Pages

Friday, 26 August 2011

hari sempurna

salam ramadhan semua :)
sebelum apaapa , saya nak bagitau saya dah selamat sampai kampung tercinta . syukur alhamdulillah :) . terasa tersangat la bahagianya pun . 

sebelum nak cerita soal hari ini , aku nak cerita perihal semalam . entah apa sebabnya , entah dimana silapnya . aku terasa lain macam ja . hati aku tak tenang . dua tiga hari jugak laa hati aku rasa sangat tidak tenang . rasa macam dah dekat sangat dengan mati . mulanya hati aku berat nak bagitau kat sesiapa pun , aku takut sangat . tapi orang kata kalau kita rasa nak mati dan kita tak bagitau sesiapa maknanya apa yang kita rasa akan jadi kenyataan . aku pun bagitau la kawan aku apa yang aku rasa . 

makin dekat dengan hari nak balik kampung hati aku makin tak tenang . kalau ikutkan hati aku memang aku taknak balik kampung , tapi bila fikir balik kalau nak mati kat manamana pun si izrail tanpa segan silu menjemput . aku cuma mampu berdoa dan berserah pada ALLAH . daripadaNya kita datang kepadaNya juga kita akan pulang .

aim aku satu ja nak balik kampung nak jumpak mak ayah aku dan semua keluarga aku . Alhamdulillah , dengan adanya entri ini bermakna aku dah pun selamat sampai kampung halaman .
perihal hari ini pulak , tersangat la bahagia sebab aku dah dapat apa yang aku takut sangat tak dapat . 

pertamanya , bersahur dengan family walaupun tak semua ada sebab sisters brothers aku masih lagi kena bekerja . ahad ni baru balik . kiranya aku orang pertama yang sampai rumah . keduanya dapat tolong mak masak . walaupun tolong potong2 ja , sudah dikira tolong . hehe . dan terakhir dapat berbuka bersama mereka . aku duduk makan di tengah2 antara mak dan ayah . SILA CEMBURU  :)

nota lutut : mood raya sangat terasa :)

Tuesday, 23 August 2011

kampung vs. test

raya dah dekat maknanya makin dekat la dgn hari aku nak balik kampung . tapi minggu ni penuh dengan kuiznya , testnya lagi . memang tragis sungguh . tapi tu la lumrah seorang pelajar . selagi bergelar pelajar memang tak dapat nak lari dari semua tu . 

mood raya dah melekat kat hati , tak boleh nak cabut balik dah . tapi nak kena tempuh test dulu . semalam dah selesai test public communication skills . lain yang aku baca lain pulak yang keluaq . tapi kira bernasib baik la ada jugak soalan ikut suka nak jawab macam mana . haha . boleh macam tu ? lepas tu tadi test LAW . aku memang takut gila sebab banyak nau (kata dok melaka hehe) section nak kena ingat . dengan kes lagi . tapi alhamdulillah soalan yang fokus pasai case LAW keluaq sejibik sedebok . syukur . . . 

kata ambil akaun tapi jawab soalan LAW . haha . wahh , tadi rasa macam peguam dah karang hujah dengan perkataan yang tak pernah dengaq pun sebelum ni . bila dah baca dan paham rasa LAW ni takdak la susah sangat pun . kena tanam minat ja . insyaALLAH , lepas ni cuba lagi yang lagi baik :)

nota lutut : kampung tetap di hati :)

Friday, 19 August 2011

pesanan cikgu saya

Assalamu'alaikum :)
bukan nak cerita perihal zaman sekolah dulu , cuma nak kongsi rasa besar hati atau lebih tepat lagi BANGGA muahahahahh  . seorang cikgu sekolah rendah saya . baca . CIKGU SEKOLAH RENDAH . beliau follow belog saya dan statusstatus saya di mukabuku . 

apa yang besar hatinya ? iya laa , cuba bayangkan saya dah tinggalkan zaman sekolah rendah hampir satu dekad , tapi bila seorang cikgu sekolah rendah saya ikut cerita saya di belog dan juga mukabuku , maknanya apa ? beliau masih ingat saya sebagai anak muridnya . saya sudah semestinya ingat beliau , tapi saya lupa samada beliau pernah ajar saya atau tidak . rasanya pernah masa saya darjah 2 ke darjah 4 . saya kurang pasti mengenai perihal itu . cuma saya agak rapat dengan beliau kerana semasa sekolah rendah saya agak aktif bersukan , dan beliau salah seorang guru yang training saya dan kawankawan satu ketika dahulu .

nama beliau Mohamad Nizam Musa . antara komen beliau di belog saya dia berpesan supaya saya belajar rajinrajin . bayangkan apa yang kita akan rasa bila cikgu sekolah rendah masih ingat kat kita . Ya Allah betapa terharunya saya . walaupun dah lama saya tinggalkan zaman sekolah rendah , tapi masih ada yang ingat saya . 

tak kurang juga seorang guru bahasa inggeris saya yang memang saya agak rapat dengan beliau semasa di bangku sekolah rendah , juga aktif mengikuti perkembangan saya di mukabuku . teacher Siti Zaleha . Alhamdulillah , kerana saya berjaya tinggalkan kesan yang baik di hati guruguru saya (walaupun saya tau ada cikgu sekolah menengah saya yang tak berapa gemar dengan mulut becok saya muahahahahh) .

gambar ni sy culik kat album di mukabuku salah seorang cikgu sy . dan edit2 sikit . jgn marah ehh . hihi

akhir kata , TERIMA KASIH CIKGU kerana masih ingat saya sebagai salah seorang anak didik cikgu , terus doakan saya berjaya . berkat doa seorang guru , InsyaAllah :)

nota lutut : tetiba rindukan zaman kanakkanak terutamanya zaman sekolah rendah :)

Sunday, 14 August 2011

rindu mak ayah ketadketad :)


siang tadi dapat cakap dengan mak ayah saya lama , TIGA PULUH MINIT . bila dapat cakap terasa lagi banyak rindukan mereka . rasa macam dekat ja dengan mereka . hey , jangan ingat rindukan pakwe ja boleh ketadketad ! tak sabar nak balik kampung . 
dengar mak ketawa < walaupun mak cakap mak tak berapa sihat :( > sangatsangat buat hati saya terasa bahagia . terasa sangat dekat dengan mereka . 

hang jadi ka balik 25 ni ?
haa , jadi la mak . orang dah beli tiket dah .
turun kat mana ? parit buntaq ka ?
ha laa . nabil balik bila mak ? abg jon ?
nabil balik 26 . hang la sampai dulu . abg jon 28 baru balik kot . 
baguih la orang sampai dulu , boleh makan banyak2 . x payah berebut . 
makan ja yang hang ingat . 
adehh .......

walaupun diperli macam tu , tapi saya tak terasa pun . suka lagi ada . hehe . banyak lagi yang saya sembang dengan mak saya . dengan adik saya pun ada jugak sembang sat , dengan ayah saya mulamula ja . dengan mak la paling lama sembang . tak reti la nak sembang dengan ayah lamalama . hihi . malu . . .
mak ayah ! tunggu tau orang balik raya ni . matlamat aku tak mau pi manamana , nak duduk rumah ja dengan family :) . (boleh ka?)

nota lutut : lagi 11 hari ja lagi , tak sabarnya :)

Thursday, 11 August 2011

kawan dan keluarga

mana lagi best ? tak mau tanya mana lagi penting , opkos akan ada yang berkatakata dusta dengan menjawab keluarga lagi penting . haha . 

bagi aku sendiri , keluarga lagi best sebenarnya . bila dah merantau jauhjauh macam ni baru terasa berada bersama keluarga lagi seronok + best . walaupun kadangkadang ada jugak terasa dengan kawankawan lagi best sebab bebas . tapi semua tu takkan kekal . kawan masa sekolah walaupun sekampung dah jarang dapat jumpa . dan sekarang bersamasama dengan kawan sekampus pulak , tapi semuanya dari serata Malaysia . bersama setakat di sini . dah habis belajar nanti masingmasing dah buat hal sendiri . 



mana perginya kita lepas habis belajar ? balik ke pangkuan keluarga kan . tu sebab aku kata keluarga jugak yang best . kalau duduk rumah boleh makan free (makan jugak yang aku ingat ~ hee) , tapi bila dengan kawankawan sendiri bayar laa . dan percaya tak , duduk kat rumah lagi selesa kan ? boleh buat apa saja tanpa ada orang nak larang . (walaupun kadang2 dengaq jugak mak membebel)  

kan aku dah cakap , best lagi dengan keluarga . macam sekarang ni bagi merekamereka yang sedang melanjutkan pelajaran jauh dari keluarga terutamanya , apa yang ada kat mind masingmasing . kampung kan ? ada sapa kat kampung ? keluarga kan ? :)

nota lutut : tak sabaqnya nak balik raya . hihi

Tuesday, 9 August 2011

yang penting niat


apa yang aku nak kata kat sini , DON'T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER !! bukan entri nak emosi atau marahmarah , tapi cuma nak berkongsi pendapat . tak semua orang atau lebih tepat lagi perempuan yang bertudung labuh itu baik atau dalam erti kata lain PERFECT . dan begitulah sebaliknya , tak semua perempuan yang tidak bertudung itu  jahat  tak baik . 

aku sendiri ada ramai kawan yang bertudung labuh dan tak bertudung . dan aku sendiri nampak ragamnya . tapi aku tak kata semua perempuan yang bertudung labuh itu tak baik . cuma ada segelintir yang membuatkan persepsi orang ramai terhadap mereka yang bertudung labuh ini goncang . 

semua tu sebenarnya bergantung kepada niat masingmasing . aku ambil contoh yang aku yakin , kawan aku . mak dia sendiri bukan yang bertudung labuh , tapi dia boleh dengan rela hati melabuhkan tudung dia . semua tu datang dari apa yang dia belajar dan niat dari hati dia . aku jugak ada seorang kakak yang dalam situasi yang sama , bertudung labuh dengan selesa walaupun mak aku bukan seorang yang bertudung labuh . 

tapi dalam satu lagi situasi dimana dia seperti terpaksa melabuhkan tudungnya sebab keluarga dia memang mengamalkan begitu . ok memang ada orang kata , mulamula kita buat sesuatu benda tu atas orang lain tapi lamalama kita akan buat semua tu atas kesedaran diri sendiri . tapi apa yang aku dapat tengok selama sebulan lebih tak ada apaapa yang berubah malah semakin teruk . huhu . sorry to say laa . 

magrib dah semakin dekat dgn penghujung ...
emm , (......) puasa tak hari ni ?
puasa .
........

tak tau lagi macam mana nak tegur , harap dia berubah . bukan bertujuan nak mengaibkan sesiapa , cuma berharap kita samasama dapat ambil iktibar dari apa yang berlaku . supaya persepsi orang ramai dan persepsi aku terutamanya terhadap sesetengah yang bertudung labuh ni kembali stabil . sepatutnya bulan Ramadhan ni perubahan ke arah kebaikan patutnya kencang , tapi sebaliknya pula yang berlaku . sebab tu la kan , setiap apa yang berlaku bermula dari niat hati masingmasing . 

nota lutut : saya pun bukan baik sangat , belum lagi bersedia untuk bertudung labuh :)

Thursday, 4 August 2011

puasa di perantauan

SEDIHH !! mungkin tu yang semua pendapat orang ramai untuk mereka yang senasib dengan aku , berbulan ramadhan jauh dari keluarga . tapi bagi aku tak , (walaupun kadangkadang terasa juga sayu kat hati ni) sebab untung juga dapat puasa sendirian dengan kawankawan cuma , sebab bila dah dekat nak balik untuk raya nanti  baru la terasa kehangatannya lebih dari mereka yang duduk dekat dengan family . HEHE . 

apaapa pun bersyukurlah sebab kita masih lagi di beri peluang untuk merasai kenikmatan bulan ramadhan . Alhamdulillah , umur kita dipanjangkan . 

nota lutut : selamat berpuasa semua :)

Tuesday, 2 August 2011

hari huru hara

bermulanya tarikh 2 Ogos 2011 , hidup aku kelam kabut . HAHA . patutnya hari ni ada 2 kuiz , akaun dan LAW . kononnya nak study la sampai pukul berapa pagi , lepas ja terawih kalut nak online mukabuku sangat . dah tu lansung mula study lambat . pukul 12am baru nak start , padahal habis terawih awal ja pun , pukul sembilan lebih lagi dah habis . saja ja alasan pemalas tu . huhu

dah mula lambat secara automatiknya akan habis lambat la jugak kan . pukul dua lebih baru habis study . tapi entah apa sebabnya , tak boleh nak tidur sampai pukul tiga lebih . pelikpelik . perut lapar , nak bangun malas . dengan dahaganya lagi . memang dugaan betul la . dah tertidur asyik terjaga ja , macammacam gangguan . pukul 6.30am dah kena bangun . solat subuh dan siapsiap pergi kelas . 

cerita di pagi hari pulak , lambat masuk kelas . assigment tak print lagi . madam cakap yang hantar lambat dia akan deduct mark . memang terbaik laa !! HAHA . kepala aku pun mula la nak buat hal , sakit bagai nak pecah aku rasa . badan aku letih gila . kurang air aku rasa . muntah . memang hilang fokus aku dalam kelas tadi . hilang mood , segala macam hilang . sobsss . .

petang pulak ada kuiz LAW , study yang semalamnya dah ingatingat lupa . nak study balik kepala dah berpusing . T E N S I O N !! tawakal ja la nak jawab macammana . agak susah soalan dia , tapi alhamdulillah tak semua nota yang aku baca semalam hilang dari memori kepala aku . OMG :)

mudahmudahan tak ada la teruk yaa keputusan aku ~ HEHE

nota lutut : kesimpulannya , lepas ni kena la kurangkan mukabuku :)