Tuesday 7 April 2015

Tips for Short Vacation | Tips Percutian Pendek

Assalamu'alaikum! Selamat pagi yang dah bangun. Hehe.

Alhamdulillah. Masih dipinjamkan nyawa.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menaip.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk membaca blog keyra. Hihi



05 April 2015

Hari Ahad baru ni, keyra selamat pergi balik Langkawi dengan Ain. Seriously very short and shock vacation. Walaupun keadaannya agak huru-hara, tapi puas hati daku. hehe. Keyra takmau cita perjalanan kitorang sepanjang di Langkawi. Kalau nak tau jugak, boleh baca kat sini --> blog ain


Keyra nak bagi tips bagi yang nak buat kerja gila, short and shock vacation yang keyra dah buat dengan BFF keyra si Ain ni, here some tips for you... syaratnya tips keyra ni mesti guna kalau korang bercadang nk bercuti sehari sahaja ke pulau. Ke tempat yang ada pantai, laut. Tau? hehe


1. Sila bawa sepersalinan pakaian, luar dan dalam ya! Tak mungkin kan kalau bercuti ke pulau dan tak mandi laut. Dah sah-sah tarikan utama pulau is laut dia yang cantik tu. Keyra dengan Ain salah percaturan, pi Langkawi sehelai sepinggang. Sampai-sampai kat Pantai Chenang, hang tengok aku, aku tengok hang.. Mashaa Allah jatuh hati betul dengan air laut yang jernih, pasir pantai yang putih dan lembut. Hati terus tergoda nak berendam..!! Huwaaa baju apa pun tak bawak.. hmmm dah terpaksa keluar duit beli pakaian untuk mandi T__T


2. Survey siap-siap transport kat sana. Part ni wajib buat tau supaya senang nak tawar menawar harga yang depa letak nanti. Takda la kita kena tipu buta-buta gitu ja. Macam baru-baru ni memang Ain dah survey siap-siap harga sewa motor. Kalau ambil kat jeti RM45. Cari punya cari, selisih dengan sorang abang ni. At first dia kata sewa sehari RM60. Hmmm nasib baik Ain dah siap survey. Sembang pi sembang mai, kami dapat sewa RM40. Alhamdulillah! (atau nak lagi selamat, google dan booking siap-siap. kami pi gamble ja, semua pun buat keputusan on the spot hehe)


3. Jangan malu bertanya. Yang ni actually nak kemana sekalipun especially tempat yang kita tak biasa sampai, sila rajin bertanya. Kalau sesat nanti rugi masa, rugi minyak. Hahaha. Macam keyra dengan ain, public toilet kat mana pun kami tanya orang. LOL


4. Bawa bekal makanan atau at least jajan. Hmm keyra rasa memang kena standby roti ka, jajan apa-apa la yang ringan-ringan dan senang bawa. Bukan apa, biasa makanan kalau kat pulau ni mahal sangat. Dah tu tak sedap mana. Hari tu very-late-breakfast dengan Ain nasi campur ayam goreng dengan kuah tomyam sikit, dah kena RM11 tau. Nak buat guane dah perut lapar takkan nak makan angin ja kan, kena makan nasi jugak. Sobbss


5. Pakai kasut yang fleksible. Yang ni paling penting. Jangan nak pakai kasut shopping mall sangat. Hahaha Alhamdulillah baru ni keyra pakai crocs memang kena la dengan situasi nak main air ni. Crocs basah pun kita takkan rasa rimas kan. Ain pakai flat shoes, bila basah aigooogogo rimas la kakinya.. Melecet! Tapi takmau la pakai selipar, dah basah camana nak pakai stoking kan. At least crocs tak pakai stoking pun kaki still bertutup :")


___________________________________________________

Hmm keyra rasa itu dulu kot buat masa ni. Nanti kalau ada tips lagi keyra share dengan korang ek. Jom kita Subuh dulu jom. Till we meet again people! Bye #muahciked



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Thursday 2 April 2015

Bakar Kalori Dengan Zumba

Ahlan wasahlan! Assalamualaikum...

Sapa nak kurus?? Hehehe. Sapa yang takmau kurus weh? Badak air tu kalau ada akal boleh fikir, boleh cakap Melayu loghat utara pulak, keyra rasa dia pun nak minum Cinch, nak telan Lecithin untuk kurusss.. Laju dia dia whatsapp keyra tau. Hihihi. alaa gurau sikit pun tak boleh. Tenggelam dalam sungai la gitu. kekeke

Eh aah laa, bulan ni promo Cinch dengan Lecithin tu. Elok sangat laa si badak air tu nak kurusss juga sama macam keyra. keh keh


Okay laa okay laa.. Keyra nak share pasal zumba ni. Syiokkkk weh zumba!! Sapa yang belum pernah cuba, lekaih pi cuba! Tak payah nak daftar-daftar kelas segala, video zumba dalam YouTube tu bersepah. Buka then follow steps depa. Dapat buat 30minit setiap pagi okay dah...




Keyra sangat suka zumba. Kita exercise dan dalam masa yang sama kita enjoy. Badan pun tak sakit-sakit tau. macam keyra kan dah lama sangat tak exercise. lepas tu baru-baru ni tiba-tiba duk pi lompat tali, hmmm skipping la. Ya Allah, sakit satu badan keyra. Jalan pun capik dah..!! Nyosal den lompat.Huhu. Padahal sebelum ni elok ja duk berzumba kan. Gatal nak melompat. Hahaha. Padah semua tu! Hmmmppphhh :p



Zumba ni bukannya kena pandai menari baru boleh follow. Asalkan boleh duk terkinja-kinja tu kira pass dah. Hahaha. Berpeluh sakan sebab kita kena sentiasa bergerak. Haa bila berzumba stamina kita sangat-sangat main peranan. Hehehe


Sedikit info tentang zumba yang keyra nak share dengan korang.


Zumba ni kombinasi tarian dan aerobik. Sebab tu keyra kata nak berzumba memang perlukan stamina sebab kita sentiasa bergerak.

Satu sesi zumba boleh membakar 500-1000 kalori..!!! (45minit)

Seronokkk sebab dalam pada kita nak exercise kita boleh enjoy. Tak ada la boring sangat macam duk joging keliling padang tu. LOL

Kalau tengok kebanyakan video zumba pergerakan dia agak seksi, meliuk lintok. Hahaha, Tapi takda hal laa kalau duk gelek sakan sorang-sorang dalam bilik kita kan. Hehehe


Hmmm syok kan zumba? Hehe. Nahhh keyra nak share video zumba yang keyra paling suka sebab steps dia sangat senang kita nak follow. Lagu dia pun syiokkk. hihi



yang ni syiokkk dan senang. tengok yang menari 
makcik-makcik so simple ja steps dia. 
-bara bara bere bere okeh-


hat ni macam agak laju tapi bila ulang 
banyak-banyak kali steps yang sama 
ja sebenarnya, Rancak! hehehe 
-chammak challo-


cool down. -kal ho na ho-



Hmmm tu ja kot yang keyra nak share pasal zumba. Kesimpulannya zumba ni senaman yang best, senaman yang enjoy! hehe


Jumpa lagi. Babai! #muahciked LOL



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Wednesday 1 April 2015

Hadiah Istimewa

Assalamu'alaikum..!!
Hari ni 1 April dah, tak ada istilah April Fool ka apa. Islam sendiri melarang prank-prank kenakan orang ni.


1 April sinonim dengan tiga huruf tu. Bukak FB tu sana-sini orang duk update status pasal tiga huruf tu. Ada yang setujuuuuu sangat dengan tiga huruf tu, ramaiiiiiii yang tak setuju lansung. Semestinya. Kita yang mana?



Hmmm apa kata kita jadi lain daripada depa semua tu, kita jadi rakyat yang bukan tak endah lansung dengan isu tiga huruf tu ni, tapi jommm kita jadi rakyat atau manusia yang nak hadap tiga huruf tu dengan jayanya. 

Apa tindakan kita lepas tiga huruf tu? Terus meraung tapi hidup still sama macam dulu? Atau kita dah cukup kaya untuk hadap tiga huruf tu dengan lapang dada?


Melalak melolong macam mana pun, tiga huruf tu dah pun terlaksana kan. Kita sendiri dah masak sangat dengan kepimpinan negara kita ni. Apa yang kita dapat dengan meroyan kat FB pasal tiga huruf tu? GST dah terlaksana.
Cuma untuk next election, kita pangkah hat satu lagi la kot. Sebab kerajaan yang ada sekarang nampak gagal menambat hati rakyat kan :p

__________________________________________________________





Keyra ada hadiah istimewa untuk korang semua bulan ni terutamanya yang nak kurussss sebelum raya. Hehe. Keyra ada jugak hadiah istimewa untuk yang duk pening macam mana nak tampung hidup dengan tiga huruf tu. Gaji sama, belanja bertambah. Confirm pening kan?



Syaratnya mudah sangat. Untuk yang nak kurusss mesti rajin dan patuh jadual.

Untuk yang duk layan pening memikirkan tiga huruf tu, ada 65 tak? Mai cari keyra cepat-cepat. Jangan bertangguh lagi. Syaratnya sama, MESTI RAJIN..!!


Tak ada kejayaan datang bergolek sayang oi.. Mana ada orang golek-golek terus jadi jutawan!! Jenis duk makan duit rakyat banyak la macam tu. LOL



Hmmm sapa yang kurusss dan nak dirinya dibantu oleh keyra, boleh cari keyra tau. Keyra tak pandai mana, tapi keyra nak kita sama-sama jadi lain daripada yang lain nak?

Jangan lupa keyra ada banyak hadiah nak bagi untuk korang ni and hadiah keyra terhad tau. Heheh
Tawaran terhad untuk bulan April sahaja yer...



Ohh yaa, sebelum keyra terlupa bulan ni promo produk untuk yang nak kurusss tau..!! Keyra laa makhluk Allah paling happy bila dapat tau promo April ni..hihi Happy yang teramat..!!


Buy 4 at 3. maksudnya bayar untuk harga 3 tong tapi dapat 4 tong. Syiokkknyaa!


Buy 2 get 5% off. Yang ni promo paling syiokkk!!
Dah la harga sebotol murahh sangat dah, dapat diskaun lagi!
Semangat tau I nak kurusss sebelum raya ni. Yeahhh!



Hmmm sapa nak hadiah jangan angkat tangan saja. Angkat tangan terus whatsapp keyra laju-laju tau. Laju-laju jugak keyra nak bagi hadiah kat korang ni. Hehehe


Good night love. #muahciked LOL


P/S: Walau hari ni 1 April, hadiah istimewa keyra untuk korang bukan April Fool tau!





Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714