Pages

Friday, 16 June 2023

Vivix dan Res-V Pilihan Saya Untuk Suami Melawan Kanser!

Bismillahhirrahmanirrahim...

Pada18 Februari 2020, suami saya disahkan menghidap kanser limfoma tahap 4. Semuanya berlaku secara tiba-tiba sahaja. Masa tu kami belum berkahwin. Dan tiba-tiba juga negara kita dilanda virus Covid-19, jadi suami saya ketika itu terpaksa bertarung melawan sakitnya seorang diri sambil dibantu oleh keluarga angkatnya di Padang Besar, sedang keluarganya jauh di Pahang tak dapat nak merentas negeri.

Gambar sebelah kiri ketika suami sakit teruk. Ya Allah, meleleh air mata bila ingat semula keadaan suami ketika itu.

Kemuncaknya adalah pada bulan Jun 2020 dimana kanser suami semakin teruk. Asalnya hanya ketulan kecil di leher, tiba-tiba membesar seperti buah kelapa dan merebak juga di celah peha dan ketiak. Berat suami sebelum sakit 75kg jatuh merudum ke 50kg sahaja ketika itu! Suami terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bayangkan betapa risaunya saya bila saya tak dapat buat apa-apa untuk tolong dia. Saya tak dapat datang melawat dia di hospital. Saya cuma mampu berdoa dari jauh supaya Allah mudahkan urusan dia dan semoga semuanya baik-baik sahaja.

Tapi saya tidak duduk saja ya tanpa berbuat apa-apa, saya bantu suami dengan hantar Vivix dan Res-V Shaklee kepadanya. By post of course sebab masa tu masih tak boleh rentas negeri.

Alhamdulillah, amazingly lepas 3 bulan suami ditahan wad, diberikan rawatan kimoterapi, dan curi-curi consume Res-V Shaklee yang saya poskan pada dia, suami semakin sihat! Ya kena makan curi-curi sebab hospital tak bagi ambil ubat atau supplement lain selain ubat hospital.

Nota : Res-V Shaklee yang paling sesuai untuk suami ketika masih di wad sebab Res-V Shaklee adalah kapsul, tak perlu disimpan di dalam peti ais berbanding Vivix Shaklee yang perlu disimpan di dalam peti ais selepas dibuka sebab Vivix Shaklee adalah cecair.

Sihat yang macamana? Suami boleh ride motor seorang diri dari Padang Besar ke Alor Setar yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk jalani rawatan kimoterapi selepas dia dibenarkan untuk pulang selepas 3 bulan ditahan di hospital. Datang hospital setiap 2 minggu sekali ke atau sebulan sekali saya tak berapa ingat untuk jalani rawatan kimoterapi seorang diri dengan menunggang motosikal adalah sangat luar biasa bagi seorang pesakit kanser tahap 4!

Kebiasaannya, jika pesakit kanser menjalani rawatan kimoterapi atau radioterapi, badan mereka akan menjadi sangat lemah, hilang selera makan, kerap muntah dan sebagainya kerana rawatan tersebut tidak hanya membunuh sel kanser tapi sel normal turut mati bersama. Tapi semua itu tidak berlaku kepada suami saya ketika itu. Para doktor semua risau dan terkejut bila dapat tahu suami datang sendiri ke hospital untuk jalani rawatan sedangkan pesakit lain yang kanser baru tahap 2-3 hampir kesemuanya perlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

Subhanallah tabarakallah, semuanya dengan izin Allah. Saya sangat yakin dan percaya asbab suami amalkan Vivix dan Res-V Shaklee membantu suami untuk dapat tenaga yang luar biasa begitu! 

Ya, Vivix dan Res-V Shaklee tidaklah menghilangkan sel kanser dengan serta merta, tapi mampu merencatkan sel kanser kerana mengandungi tinggi resveratrol.

Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix dan Res-V Shaklee adalah antioksidan yang sangat berkuasa membetulkan DNA sel yang rosak dan menyebabkan sel-sel kanser 'membunuh diri'. Kajian saintifik menunjukkan resveratrol yang terkandung di dalam Vivix dan Res-V Shaklee sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia seseorang kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

Terdapat kajian dan bukti saintifik yang menunjukkan keberkesanan resveratrol (yang terdapat di dalam Vivix dan Res-V Shaklee) dapat melawan kanser.

1. Kajian awal dalam Annals of The New York Academy of Science menunjukkan resveratrol mempunyai kesan anti kanser.

2. Kajian oleh FACEB jurnal menunjukkan resveratrol berjaya menghalang sel kanser payudara daripada membesar.

3. Kajian oleh University of Nebraska mendapati resveratrol berjaya menghalang estrogen daripada bertindak balas dengan DNA yang menyebabkan kanser payu dara.

4. Kajian oleh University of Florida menunjukkan resveratrol mempunyai sifat anti-carcinogenic yang boleh menghalang sel normal menjadi sel kanser.

5. Kajian oleh University of Kansas menunjukkan resveratrol boleh membantu kanser prostat daripada membesar.

Resveratrol dalam Vivix dan Res-V Shaklee akan menghalang mekanisme pembetukan sel kanser atau sel abnormal.

1. Antioksidan - polifenol dan resveratrol akan meneutralkan radikal bebas sebagai antioksidan pada peringkat permulaan.

2. Anti-keradangan - memperbaiki sistem pertahanan badan yang telah rosak disebabkan oleh sel kanser pada peringkat promosi.

3. Anti-angiogenik - memutuskan salur darah supaya sel kanser tidak dapat nutrient daripada organ sewaktu peringkat perkembangan.

Dalam bahasa lebih mudah, polifenol dan resveratrol yang terdapat di dalam Vivix dan Res-V Shaklee akan membunuh sel kanser yang ada pada organ dan akan menggantikan dengan sel baru yang lebih sihat.

Sekarang suami saya masih lagi bertarung untuk bebas kanser, tapi keadaannya semakin sihat, dah boleh bekerja seperti biasa, berat badannya juga sudah kembali normal. Dan beliau masih terus mengamalkan Vivix dan Res-V Shaklee sebagai makan tambahan.

Alhamdulillah kami dah pun selamat bernikah pada 8 Ogos 2021. Suami saya nampak sangat sihat pada waktu ini, tak nampak macam pesakit pun. Semuanya dengan izin Allah dan asbab amalkan Vivix dan Res-V Shaklee.

Doakan suami saya dapat bebas kanser dengan secepat mungkin. Tiada yang mustahil jika diizinkan Allah. Kita ikhtiar sebaiknya, yang selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kebetulan pada bulan ini Shaklee ada buat promosi ResV-Vix, jadi kami takkan lepaskan peluang untuk dapatkan Vivix dan Res-V Shaklee dengan harga promosi yang jimat 5-10%!

Nak juga dapatkan Vivix dan Res-V Shaklee untuk orang yang tersayang yang sedang melawan kanser, contact saya segera. Jom bantu mereka jalani rawatan kanser dengan lebih lancar, sihat dan ceria tanpa kesan sampingan yang teruk!

Keyra,
Isteri Pejuang Kanser Tahap 4

Monday, 12 June 2023

Peluang Dalam Bisnes Shaklee

Pada asalnya, saya hanya bermula sebagai pengguna produk Shaklee. Produk Shaklee pertama yang saya cuba adalah Alfalfa & ESP, iaitu pada 8 tahun yang lalu, untuk tujuan masalah haid saya yang tidak teratur. Boleh tekan link dibawah untuk baca kisah lanjut mengenai haid saya yang pernah tidak datang hampir setahun!


Selepas beberapa bulan saya amalkan produk Shaklee, Alhamdulillah saya dapat kesan yang positif. Period saya semakin cantik, walaupun masih lewat tapi tidaklah seteruk 3-5 bulan, cuma lewat beberapa hari.

Dan pada masa yang sama, saya juga dapat kesan yang baik terhadap kulit saya, makin bersih dan cerah. Padahal saya amalkan produk Shaklee untuk tujuan masalah haid saya sahaja. Itulah amazing nya produk yang semulajadi. Mereka bertindak mengikut keperluan badan kita.

Jadi saya decide untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee kepada lebih ramai orang yang mungkin alami masalah haid tidak teratur macam saya.

Alhamdulillah, saya dah pun dan masih lagi mendapat manfaat C yang pertama daripada 3C yang Shaklee tawarkan iaitu cash bonus. Setiap pertengahan bulan Shaklee akan kreditkan cash bonus hasil daripada jualan kita bulan lepas ke dalam akaun kita. Saya pemegang cash bonus Shaklee 4 angka setakat ini, Alhamdulillah. Bonus yang Shaklee bayar adalah ikut sales kita. Sebab tu walaupun pangkat sama, tapi bonus setiap orang tak sama. Jom tengok saya share beberapa bonus shaklee.

Tengok ni, dua-dua pangkat supervisor tapi bonus berbeza. Sebab bonus kita ikut pada usaha dan sales kita pada bulan bulan tersebut. Lagi banyak sales lagi banyaklah bonus yang kita dapat. Kita sendiri tentukan berapa bonus yang kita nak and it's unlimited!

Next, C yang seterusnya adalah Car Bonus Shaklee. Shaklee ada tawarkan program subsidi kereta yang mana Shaklee bagi dalam bentuk cash! Paling minima Shaklee bayar car bonus ni RM550 setiap bulan. Fuhh lepas dah nak bayar myvi. Once you layak dapat, forever you akan dapat selagi you aktif buat shaklee. Pun sama juga macam cash bonus, it's unlimited!

Ini contoh car bonus yang shaklee bayar, amaun tu car bonus sahaja tau, belum termasuk cash bonus. Banyak kan?

Last but not least, C yang terakhir adalah Convention ataupun trip Shaklee regional & international. Setiap tahun akan ada dua trip Shaklee. Trip regional pun Shaklee bawa ke luar negara ya, tak main dalam negara ja. Hehe

Sekarang ni geng Shaklee yang layak sedang berada di Los Angeles. InshaAllah hari ini mereka akan pulang ke tanah air. Trip Shaklee ni beyond imagination. Bukan trip kaleng-kaleng, trip 5-6 bintang tau! Sepanjang trip tu semuanya dilayan mengalahkan 'kerabat diraja'. Luggage pun ada orang tolong angkat ya betapa mewahnya layanan Shaklee. Dah la trip percuma 100%, siap diberi duit belanja lagi. Fuhhh memang trip Shaklee tiada tandingan! Hotel, makanan jangan cakap la. Semestinya yang terbaik Shaklee sediakan.

InshaAllah, semoga suatu hari saya juga dapat merasa trip 5 bintang Shaklee.

Korang bayangkan bisnes yang cuma bermodalkan RM35 sahaja boleh beri korang pulangan yang jauh lebih besar, layan vvip, mana nak cari? Shaklee ja yang boleh bagi semua ni. Jom korang mulakan bisnes Shaklee korang hari ini dengan saya. Jom jana pendapatan unlimited dengan Shaklee!

Dengan Shaklee, sihat dapat, duit dapat, berjalan ke luar negara pun dapat. Semuanya hanya perlukan usaha & semangat yang tidak putus asa. Modal RM35 tu kecil saja sebenarnya, modal komitmen kita untuk buat Shaklee bersungguh-sungguh itu lebih mahal.

Kalau korang masih mencari bisnes untuk tambah income korang, meh join saya buat Shaklee. Kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan.

Keyra,
Senior Supervisor Shaklee
010-5657714

See you in Shaklee soon!

Thursday, 8 June 2023

Bisnes Mobile Spa BOTG Bantu Wanita Buat Duit Setiap Hari

Saya mula join bisnes Mobile Spa BOTG ini sejak daripada tahun 2015 iaitu pada tahun projek Mobile Spa BOTG ini dilancarkan. Saya antara yang join masa batch pertama (formerly known as TWB). Alhamdulillah sampai ke hari ini saya masih lagi menjana pendapatan secara sepenuh masa dengan bisnes Mobile Spa. Ya bisnes Mobile Spa ini sangat membantu para wanita buat duit setiap hari dengan sangat mudah.

Kenapa saya kata bisnes Mobile Spa ini sangat mudah untuk wanita buat duit setiap hari?

☑️ fleksibel - boleh dibuat dimana mana dan pada waktu bila bila sahaja. So kita boleh design sendiri masa bekerja kita.

☑️ untung bersih 100% - mobile spa kan bisnes servis, jadi tak perlu nak rolling modal untuk simpan stok etc. Sekali sekala ja kena topup barang spa. Jadi sangat mudah untuk kita wanita buat duit setiap hari dan capai target harian kita.

☑️ mudah - skills untuk buat spa ni sesiapa je boleh buat InshaAllah. Mula mula je tangan kejung, dah lama lama lemah gemalai la tangan tu. Dalam team Mobile Spa BOTG kita ada engineer, lawyer, cikgu, nurse etc yang mana kerja mereka takda kena mengena dengan Spa pun. Cikpuan yang dah pencen pun ada join kami tau. Tapi diorang boleh je buat, awak mesti lagi hebat sebagai wanita buat duit!

Nah! Umur bukan penghalang.

☑️ modal sekali sahaja - masa nak mula je mungkin modal berat sikit, yela nak sediakan semua kelengkapan. Namanya bisnes servis kan? Lepas tu tinggal nak tuai hasil saja.

☑️ risiko untuk lingkup sangat rendah sebab biasanya bisnes yang berkaitan dengan wanita ni permintaan sentiasa ada. Nak nak pula yang berkaitan dengan kecantikan, orang perempuan memang suka la! Mudahlah para wanita buat duit.

☑️ instant cash yang bukan biasher biasher. Sekali dapat RM50-RM100 yang cuma ambil masa satu jam bekerja. Kalau cikpuan spend masa 3 jam, boleh dapat up to RM300 sehari. Seminggu? Sebulan? Haaa masyukkkk.

Tapi kenapa korang kena pilih untuk join bisnes Mobile Spa BOTG, bukan yang lain?

Sebab kelainan kami adalah, kami akan ajar korang untuk buat duit daripada 6 penjuru! Ya, bukan satu, bukan dua, tapi ENAM PENJURU income. MashaAllah seronoknya!

Disamping itu kami sediakan juga support group yang berterusan, trip ke luar negara dan banyakkk lagi peluang yang best jika korang join kursus Mobile Spa BOTG.

So macamana? Terlalu best kan bisnes Mobile Spa ni? Jomlah join kami, kita sama-sama jadi wanita buat duit setiap hari.

Kawan saya ni pun antara yang terpaling aktif buat duit setiap hari dengan bisnes Mobile Spa.


Jom contact saya sekarang, saya akan ajar from A-Z cara-cara buat duit yang mudah tapi lumayan dengan bisnes Mobile Spa.

Alumni & Beautician BOTG,
Keyra

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #parttimejobmobilespa #kursusmobilespapenang #kursusspapenang

Sunday, 4 June 2023

Saat Ku Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Bila jadi orang perempuan ni kan, apa benda yang paling kita bimbangkan setiap bulan?

Ya, keadaan haid kita. Datang tak setiap bulan? Kalau datang ikut tarikh yang betul atau tidak?

Pengalaman saya sendiri, saya mula ada masalah haid yang tidak teratur sejak saya di bangku sekolah menengah lagi. For your information, saya datang period awal ya, sejak umur saya 9 tahun. Awal kan?

Tapi masa tu saya ambil ringan, walaupun pernah sehingga hampir setahun saya tak datang haid!

Tahu tak apa kesannya bila haid tidak teratur? Berat badan naik mendadak, jerawat naik dengan rancak, parut hitam susah hilang!

Long story short, lepas saya habis diploma, saya asyik terbaca artikel yang berkaitan dengan bahaya jika haid tidak teratur. Antaranya yang paling saya takut adalah risiko ketumbuhan (cyst & fibroid) dan juga kesukaran untuk hamil jika berkahwin.

Jadi saya mula serius cari penawarnya supaya saya dapat haid yang lebih teratur dan hidup lebih sihat sehinggalah kawan saya recommend untuk cuba Alfalfa Shaklee.

Bila kawan yang recommend, mestilah kita yakin nak cuba kan. Masa tu saya tengah praktikal, ada la elaun sikit. Jadi saya guna duit elaun tu untuk beli Alfalfa Shaklee.

Alhamdulillah, saya seronok sangat masa tu sebab 2-3 hari lepas saya consume Alfalfa Shaklee terus saya datang period setelah berbulan-bulan tak datang period. Saya tekad untuk konsisten consume Alfalfa.

Sampailah ke hari ini, dah lebih 8 tahun saya consume Alfalfa Shaklee tanpa gagal demi mendapatkan hidup lebih sihat. Alhamdulillah, setiap bulan pasti datang period. Cuma belum berjaya kuruskan badan sebab makan ikut sedap mulut 😆

Ada masanya saya miss makan Alfalfa, pasti period saya akan terlewat seminggu dua, cepat-cepat saya makan Alfalfa dengan konsisten. InshaAllah 2-3 hari lepas tu mesti period. Tapi saya masih bersyukur sebab tidaklah melarat sehingga berbulan lamanya period tak datang macam sebelum ni.

Saya sangat recommend Alfalfa Shaklee ni pada semua wanita yang ada masalah haid tidak teratur. Bukan sebab saya jual semata-mata, tapi sebab saya sendiri makan dan dah dapat kesannya dan saya nak lebih ramai wanita yang ada masalah haid tidak teratur dapat atasi masalah tersebut dan hidup dengan lebih sihat.

Berbeza kan kulit saya sekarang berbanding yang tadi semasa saya berumur 16 tahun.

Sekarang hampir kesemua produk Shaklee saya dah cuba dan saya amalkan. Banyak kesan yang saya dapat.

✓ Tidak mudah letih
✓ Kulit saya lebih cerah dan bersih
✓ HAID SAYA TERATUR SETIAP BULAN ALHAMDULILLAH
✓ Suami bertambah sayang hehehe. (Yela, Alfalfa ni kan jamu moden, ala-ala kacip fatimah gitchu!)

Kalau korang pun ada masalah haid tidak teratur macam saya, tidak kiralah korang dah kahwin atau belum, dan korang belum jumpa penawarnya, meh contact saya.

Saya ajar makan Alfalfa dengan cara yang paling berkesan. Tak sampai seminggu boleh nampak kesannya tau!

Betul Alfalfa Shaklee boleh beli dimana-mana, tapi kalau nak cara makan yang sangat berkesan, korang kena beli dengan saya okay?

Keyra,
Shaklee Consumer & Shaklee Leader
010-5657714

#bisnesonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

Salah Satu Impian Saya Tercapai Melalui Bisnes Mobile Spa

Korang percaya tak dengan bisnes Mobile Spa ni saya dah capai salah satu impian saya?

Percaya atau tidak, saya dah pun capai impian saya dengan bisnes Mobile Spa yang saya buat sejak 8 tahun yang lalu iaitu melancong ke luar negara dengan bajet yang sangat berpatutan.

Pada tahun 2016, iaitu setahun selepas saya join bisnes Mobile Spa BOTG (formerly known as TWB), saya bersama dengan ahli team BOTG yang lain dibawa ke Perth, Australia. Itulah pertama kali saya jejakkan kaki ke luar negara.

Alhamdulillah, saya tak sangka asbab saya join bisnes Mobile Spa BOTG ni Allah izinkan saya untuk jejakkan kaki ke luar negara.

Okay jom saya kongsi ahli BOTG yang lain yang berjaya capai impian mereka juga dengan bisnes Mobile Spa BOTG.

Ini pula Siti Aisyah bt Ab Razak atau lebih dikenali sebagai Sya Syasya, menghadiahkan percutian ulangtahun perkahwinan bersama suaminya yang ke-5 tahun ke Universal Studio, Singapura. Percutian yang sepenuhnya menggunakan hasil daripada 6 penjuru income bisnes Mobile Spa BOTG.

Boleh baca disini untuk lebih lanjut mengenai 6 penjuru income bisnes Mobile Spa BOTG.

Seronok kan bila kita dapat gembirakan orang yang kita sayang hasil titik peluh kita.

Ini pula Faridah Daik. Beliau berjaya membeli Thermomix idaman setiap wanita yang berharga RM7000 dengan menggunakan hasil bisnes Mobile Spa beliau.


Korang boleh baca juga perkongsian rakan saya dalam mencapai impian beliau dengan bisnes Mobile Spa BOTG disini.


Apa impian korang? Jom kita sama-sama realisasikan impian kita bersama team BOTG.

Bisnes Mobile Spa ini sangat sesuai dan rendah risiko untuk kita jadikan sebagai platform untuk kita capai satu persatu impian kita.

Nak beli kereta idaman?
Nak bina rumah idaman?
Nak bercuti ke luar negara setiap tahun?
Nak beli handbag mahal?
Nak hadiahkan suami, mak ayah?
Nak ada duit simpanan yang banyak?
Nak beli barang kemas setiap bulan?

Apa sahaja impian anda, BOLEH dicapai dengan bisnes Mobile Spa BOTG.

Jom korang, buat duit dengan bisnes Mobile Spa BOTG dan dalam masa yang sama kita capai impian kita satu persatu, setiap tahun.

Join kami hari ini juga.

So macamana? Terlalu best kan bisnes Mobile Spa ni? Jomlah join kami, kita sama-sama tuai hasil setiap hari.

Jom contact saya sekarang, saya akan ajar from A-Z cara-cara buat duit yang mudah tapi lumayan dengan bisnes Mobile Spa.

Alumni & Beautician BOTG,
Keyra

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #parttimejobmobilespa #kursusmobilespapenang #kursusspapenang