Saturday, 5 November 2011

bengang

semester baru hampir berakhir , bermakna sekarang ni dalam mode FINAL EXAM . orang kata target biaq tinggi , sampai gayat pun takpa . memang , memang aku dah letak target aku tempat yang paling tinggi . dan sememangnya mestilahh sedia maklum , bila target dah letak tinggi bergayut USAHA pun kena la seiring . usaha jugak kena lebih . 
aku masih dalam usaha untuk meningkatkan usaha yang sedia ada . almaklumla sekarang sedang bercuti di kampung , jadinya banyak halangan untuk aku bilamana ada sahaja yang memanggil untuk buat itu dan ini . 
dua hari berturut-turut aku study kat LIBRARY di penang ini . dan dua hari itu jugaklahh buat aku sakit hati betoi . ada saja yang menyakitkan hati . ayat mcm keling paria dah HAHA .
hari pertama :
sedang khusyuk men"study" di bahagian atas library tu , tibatiba datang satu kumpulan budakbudak hingusan sekolah rendah dengan pakaian tak serupa orang nak datang library . dah macam nak pi jalanjalan . okay fine , lupakan pasai pakaian . yang buat aku tersangatlah bengang mereka tersangatlah bising . hey adikadik , kamu dekat library bukannya dekat pasarmalam (!) 

hari kedua :
sedang khusyuk menghafal nota LAW yang tersangatlah banyak section plus case yang nak kena ingat , datang pulak seorang PAKCIK duduk dekat sebelah aku tapi selang satu kerusi . diulang , PAKCIK . mulanya memang aku abaikan sebab aku pikir ini tempat public , so takkan aku nak menghalau dia pulak kan . ohh , tibatiba pakcik ini mula bersuara . mulamula aku layan la jugak , sebab aku pikir dia orang tua . nanti dianggap tak tahu hormat pulak kan . lepas tu nak pinjam pen aku pulak , ehhh sudah aku bilang aku cuma bawak satu pen ja . dia still nak pinjam jugak . ok takpa , aku bagi pinjam . dah bagi pinjam tak reti nak bagi balik . aku panggil dia nak mintak balik pen aku , sekali panggil dia buat taktau . dua kali panggil dia tak menyahut jugak . tiga kali panggil dan agak kuat , dia tetap tak pandang tapi orang lain yang ada dekatdekat situ yang pandang . ehh , pakcik ni dah melampau . dah la mengganggu orang nak study , buat orang bengang pulak . sepuluh minit kemudian nak ajak aku bersembang pulak . ehh3 , tak paham bahasa kaa ??? aku yang memang tengah bengang sangatsangat terus kemas buku nak blah . dia boleh dengan slumber tanya "NAK BALIK DAH KA" . pen aku kat tangan dia taj tergerak nak bagi balik ka . aku yang tengah hot , terus ja cakap kat dia "ehh pen saya tu kalau pakcik nak guna dulu takpa la , saya memang dah niat awai2 lagi nak sedekah kat sapasapa yang takdak pen macam pakcik ni" . dan nak tau dia jawab apa?? "TERIMA KASIH NAKK" . ouh bengang !! sekian .

Thursday, 3 November 2011

maruahku MAHAL

terasa berat sangat bebanan yang terpaksa aku tanggung sekarang ni.nak menyesal pun dah tak guna. semuanya dah jadi. terpaksa hadap jugak benda ni.
kalau benar dah ditentukan memang tiada JODOH antara aku dengan dia, aku redha. aku dah boleh pandang dia sebagai seorang kawan. (muka dah tak panas) dah tak ada rasa apaapa, cuma kadangkadang terasa jugak. hey ingat senang ka nak hilangkan on the spot. mustahil. aku pun manusia biasa yang bernama perempuan.
tapi dalam hati masih mengharap dia terCIPTA untuk aku.
 kawan ada memesan, hati kita ALLAH yang pegang. so kalau nak dia mintak pada ALLAH, bilabila masa hatinya akan dibolak balikkan. aku taknak mengharap, aku hanya akan berserah. supaya semuanya dipermudahkan dan hati aku mendapat ketenangan. Aminnn.. InsyaALLAH :)

nota lutut: memandang dari jauh (^_^)

Saturday, 29 October 2011

hang out

seronok dan suka sangatsangat. walaupun tak cukup forum keluaq hari tu , tapi cukup membahagiakan aku . insyaALLAH,kalau takdak halangan akan aku rancang betulbetul supaya dapat keluaq jalanjalan dengan kawankawan.
and for the last n the cutest one !!! :D

nota lutut : happy :)

Thursday, 13 October 2011

pengalaman pertama

bila dah namanya pelajar , memang banyak la asgment yang kena siapkan . dan yang menambahkan tekanan aku , semua pensyarah nak jugak bagi tugasan pada minggu yang sama dan kesemua kena hantar serentak . *sigh
tapi sekarang rasa sangat seronok sebab tugasan yang memerlukan kami untuk membuat laporan di luar telah selesai . pengalaman pertama aku keluar buat asigment kat luar dengan kawankawan yakni ahli kumpulan aku yang lain .
mulanya pi bank dan perodua untuk memenuhi permintaan soalan LAW dalam topik hire-purchase . kami kena mintak details mengenai how to book a car below than RM80,000 . bercakap dengan pagawai bank . bertanya itu dan ini . banyak jugak yang tersasul sebab takdak pengalaman interview orang . then pi perodua pulak . masa ni aku tak bercakap sepatah pun cuma jadi tukang salin sebabnya aku duduk jauh sikit dari tempat manager tu . ulang , MANAGER :)
kemudian beberapa hari selepas itu aku dengan aimi pergi ke kilang setelah macammacam halangan . sepatutnya pergi bertiga dengan seorang lagi ahli kumpulan , tapi disebabkan banyak sangat alasan yang dia bagi , aku buat keputusan untuk pi dengan aimi ja . yang aku sakit hati sangat , dekat kami dia bagi macammacam alasan tapi bila dekat ahli kumpulan aku yang lagi dua orang dia menuduh aku dengan aimi lain pulak . sakit hati !
tapi lantak la dia kat situ , aku puas hati dengan apa yang aku dah buat . mulanya aku rasa sangat takut sebab taktau apa soalan yang aku patut tanya . sejuk tangan menggigil sebab terlalu nervous . aku dapat face to face dengan manager kilang yang aku jadikan tempat untuk aku jalankan asigment aku . Mr. Liu . aku expect he cannot speak malay fluently . thats why la aku try my best to communicate in english even broken english yang aku guna time tu . malu jugak sebab sedikit sebanyak aku dah malukan nama baik kolej tempat aku belajaq tapi alhamdulillah sebab aku masih berkeinginan untuk mencuba .SERONOK !
 ni gambar depan kilang tu , namanya texas instrument. *sila abaikan model kat sebelah tu*
ini berdekatan dengan kilang tu *sila abaikan juga model yang comel itu*

antara machines yang ada dalam kilang tu.
 
aku berpeluang untuk berkomunikasi dengan dua orang MANAGER :)
pengalaman yang paling berharga untuk aku buat masa ni selama hampir 19 tahun aku melihat dunia .

nota lutut : semakin dewasa ! :) *mission ----> nak practice speak in English <-----*

Friday, 30 September 2011

akukah penyebabnya

berat sangat nak lepaskan keluhan ni , kalau mengeluh lebihlebih nanti orang kata tak reti nak bersyukur . taktau lagi nak buat apa . semuanya salah , semuanya tak betul . bukan aku mintak jadi macam ni . 
memang la dia mengadu , tapi seolah-olah nak salahkan aku sebab terima . macammacam benda BODOH dah terlintas dalam kepala aku ni . nak jual ja telefonbimbit itu , dan bagi balik duit kepada yang tolong membeli . tapi , adakah akan semua pihak puas hati dengan apa yang aku buat . tak jugak ! 
penat la bila kita jadi punca orang itu dan orang ini bermasam muka . nak jerit ! nak lari sekuat hati ! tapi kuatkah hati ini . mereka tak tahu tindakan mereka buatkan aku kat sini , yang jauh dari mereka terpaksa menangis seorang diri . kesal dengan apa yang dah jadi . ingatkan mereka bahagia tengok aku bahagia tapi sebaliknya . 
Ya ALLAH , dugaan apakah yang Kau berikan untukku di saat aku jauh berada di perantauan , di tempat asing . sedaya upaya aku menahan airmata daripada gugur , tapi aku manusia biasa . hanya mampu berserah dan melepaskan semuanya di dinding ini .

kawan dan sahabat

Assalamu'alaikum w.b.t .
sejak akhirakhir ni pelbagai masalah dan dugaan yang mendatang . positifnya , Alhamdulillah , ALLAH masih ingat aku . negatifnya , tak ada apaapa . :)
lepas satu satu benda yang terjadi dalam masa yang terdekat ni . dan semua yang terjadi dah bagi bad effects kat aku . dan dah tentunya semua yang jadi tu adalah yang negatif . bukan nak mengeluh , tapi aku juga manusia biasa . tak mampu nak pendam semata dalam hati . 
kalau ikutkan aku takmau pun wujudkan keadaan yang terjadi dekat sini . biarlah semua tu cuma wujud dalam diri dan hati aku cuma . tapi aku tak berdaya lagi . semua yang jadi dah mengganggu aktiviti seharian aku . 
  • dalam kelas tak dapat FOKUS !!
  • makan asyik nak MUNTAH ja .
  • benda mudah pun jadi SUSAH .
  • tak boleh nak buat KEPUTUSAN yang bijak . 
  • tidur LENA :))) ~ ngeeeee
 mulamula ada sedikit salah paham dengan Incix Ayam . tapi sekarang dah mula reda , dah kembali pulih seperti biasa . lepas tu berganti pulak dengan masalah kawan . tak tau la kalau aku ja yang salah paham . tapi sejak akhirakhir ni macam dah dingin . semuanya berpunca daripada status di bukumuka . tidak tahulah kalau aku yang ter"perangsangka buruk" . tapi semuanya nampak jelas . 
padahal aku tak bermaksud apaapa . cuma sekadar status yang menunjukkan aku sedang gembira dan bahagia disini walaupun jauh dari keluarga . maaf kawan kalau aku tersalah tafsir . mungkin jugak apa yang jadi sekarang ni takdak kena mengena dengan apa yang aku cakapkan tadi . 
kawankawan ku , aku berharap sangat apa yang sedang ada dalam fikiran aku sekarang ni adalah tipu semata . aku perlukan kawan aku menjadi sahabat aku , selamanya . dengan keadaan aku yang jauh dari keluarga , membuatkan aku sangatsangat perlukan semua . kawankawan . 
aku , kawan dan sahabat . hidup aku sekarang . takpa , kalau aku boleh bertahan jauh dari keluarga dalam tempoh setahun lebih ini , aku percaya aku mampu bertahan untuk tempoh setahun sahaja lagi . tempat baru , kawan baru , suasana baru , hidup baru . 
aku takmau kehilangan kawan lagi . itu sebabnya kadangkadang apa yang aku terasa aku sedaya upaya diamkan diri . biarlah orang kenal aku sebagai seorang yang cuma tahu bergelak ketawa , sebab itulah aku bila berkawan . 
aku masih lagi bernasib baik kerana ditakdirkan ALLAH untuk kenal dua orang sahabat yang sangat memahami disini . 

nota lutut : berharap semuanya kembali normal :)

Thursday, 29 September 2011

boros , menabung . aku

jum MENABUNG !
 syiling ja lebih ~ wang kertas tak sempat nak snap asyik terbang2 ~ huhu
aku ni memang seorang yang sangat boros . memang tak dapat dinafikan lagi . kalau dapat ja shopping waktu ada duit lebih sikit , memang aku la juara . adehh . tapi itu dulu , sekarang aku mula berjimat . dengan kawankawan aku sekali aku dah pengaruh supaya berjimat . nak beli itu tak boleh , nak beli ini tak boleh . haha . 
tapi kalau bab makanan memang surrender , tak boleh nak berjimat langsung . dan aku jugak memang seorang yang tak kisah nak belanja kawankawan (terdekat ja la hehe) makan . malah aku rasa seronok dapat belanja kawan aku makan . tapi tak dapat la selalu , mau bankrup aku . 

sekarang ni aku tengah berjimat dan berdiet . antara caracara aku memenuhi dua hasrat aku ni :
  • serta merta simpan aku punya bajet seharihari dalam tabung . supaya aku tak dapat beli makanan dan dalam masa yang sama duit tu dah tersimpan . tapi takdak la aku simpan semua sekali , mau mati kebulur aku . separuh ja . 
  • kurangkan berapa kali aku makan sehari . kalau sebelum ni cukup makan . tiga kali sehari . sarapan , makan tengahhari dan makan malam . tapi sekarang aku skip sarapan , then aku makan tengahhari . kalau aku dah sarapan , tengahhari tak makan dah . malam kadangkadang ja kalau lapar sangat baru makan . 
  • kurangkan SHOPPING !! kalau teringin sangat nak shopping aku ada cara untuk aku sendiri . bawak duit sikit ja . lepas tu jangan bawak ATM card yang ada banyak duit . sebab kadangkadang yang tak perlu pun aku beli . kan dah membazir . aku selalu praktikkan bila keluar dengan family . so jimatlah duit aku . hihi
 tu ja yang aku termampu buat masa sekarang ni . pelanpelan kayuh . hehe . 
nota lutut : lagi sebulan nak final exam ~ oh my gosh (!)

Wednesday, 28 September 2011

belajar dulu

ayah pernah pesan dulu masa sekolah menengah lagi , ingat belajaq dulu . jangan dok berangan nak bercinta ja . adehhh . maap ayah , dah terjebak la . dan susah nak keluar . huhu
bila ketegaq a.k.a degil , ni la akibatnya . kan dah bertambah masalah awak Nurul Shakirah . nak menyesal tak guna dah . terpaksa la hadap jugak benda ni . bila dah bercinta , masalah belajar dah jadi nombor dua kadangkadang . bercinta ni walaupun manis tapi bila dah datang masalah boleh jadi masalah terbesar dalam hidup . meganggu betul . lebih baik banyak masalah belajar sebab kita tahu memang ada jawapan .

tapi masalah CINTA ? memang ada jawapan tapi kadangkadang perit nak hadapi jawapan tu . tak semua jawapan yang kita buat tu betul dan memuaskan sebelah pihak lagi . kalau masalah belajar cuma ada satu jawapan walaupun kita tanya sepuluh orang . tapi masalah cinta , dalam diri kita sendiri ada macammacam jawapan , apatah lagi bila tanya orang lain .

bersabarlah hati , ingat bahawa semua yang jadi dah ditetapkan dan pasti akan ada hikmah yang menunggu . walaupun hikmah tu bukan untuk kita , bersyukurlah .

Saturday, 24 September 2011

awal atau lambat .

kawan aku mintak dan aku rasa berharap sangatsangat supaya aku balik melaka awal . tapi mak ayah aku suruh duk kampung lama sikit sebab lepas ni lambat pulak aku boleh balik . serba salah jadinya .
alasan kawan aku suruh balik awal nak ajak pi open house pensyarah akaun kesayangan yang comel (miahahahahahhh) . memang aku teringin sangatsangat nak pi tapi keliru jadinya . kalau balik awal aku akan kecewakan parents aku tapi kalau balik lambat aku akan kecewakan kawan baik aku . haissshhh . 
tak baik mengeluh ! apapun aku terpaksa buat keputusan walaupun aku tau keputusan aku akan buat sebelah pihak kecewa dan mungkin tak puas hati . 
maaf kawan , keputusan aku tidak berpihak pada hang :(

Thursday, 15 September 2011

manusia dan kehidupan

dalam dunia ni , kita boleh tengok macammacam jenis manusia . kita juga salah satu daripada jenis manusia itu . kita cuma seorang manusia yang mampu menilai diri sendiri , yang tidak mampu untuk menilai orang lain . dan kadangkadang apa yang kita nilai untuk diri sendiri juga belum tentu tepat dengan keadaan . semua yang berlaku merupakan kehendaknya semata . 
aku sendiri , sebelum ni aku selalu nak menyalahkan keadaan . padahal diri sendiri yang bertindak sedemikian rupa tanpa memikirkan baik dan buruknya di masa akan datang . tapi , InsyaALLAH sekarang aku mampu memikirkan sesuatu sebelum bertindak walaupun kadangkadang tersasar dari jalan yang sepatutnya . aku hanya mampu merancang yang terbaik , yang menentukan segalanya hanya ALLAH . 
bila sesuatu benda berlaku , kita sebagai manusia dan aku akui aku sendiri kadangkadang mengeluh mahu menyalahkan orang lain atas apa yang jadi tanpa melihat kesalahan sendiri . sebenarnya apa yang jadi ada hikmahnya yang ALLAH dah turut sertakan bersama dengan musibah tersebut .
ujian dari segi kemenangan , kejayaan , kekayaan dan kesihatan sebenarnya ujian yang lagi berat berbanding sebaliknya kerana ingatan kepada ALLAH akan berkurang .
aku sendiri salah tafsir , bila ALLAH datangkan ujian selalu saja nak mengeluh . padahal ALLAH sentiasa kurniakan yang terbaik untuk kita melalui pelbagai cara . bila aku didatangi masalah , aku cuma tahu menangis . aku lupa bahawa aku masih ada tempat untuk aku mengadu dan mintak pertolongan . ALLAH . always be there . 
semasa aku sedang diuji , didatangi masalah . tibatiba pensyarah aku yang sedang mengajar berpesan segala macam . 

orang yang bersabar , tinggi ganjarannya di sisi ALLAH .
jangan mengeluh , bersyukur dengan apa yang kita ada .

banyak lagi yang dipesan secara tidak langsung . Subhanallah , sentiasa dengan kita dalam pelbagai cara . walaupun tidak secara terus, aku dapat rasakan kehadirannya setiap masa . akhirnya aku sedar , kita cuma perlu sentiasa ingat sebabnya ALLAH tak pernah lupa untuk ingat kita sebagai hambaNya dan DIA sentiasa disisi kita . tapi kita cuma akan balik kepadaNya bila kita susah . Na'uzubillah ... 

nota lutut : berazam untuk berubah :) ~ btw , sedang berDIET :p ~