ehh , rasa macam nak menjerit pun ada . terasa tersangat lah tension . lamalama macam ni boleh pecah kepala hotak aku . sebenarnya aku sendiri tak pasti samada entri ini patut ada ataupun tidak . arrggghhh !! ...
ok aku maafkan hang , tapi kita tak mungkin macam dulu lagi .
tu antara hang dengan dia , takdak kena mengena dengan aku .
dua ayat tu betulbetul buat aku serabut selama lima bulan . memang orang tengok luaran aku hepi / gembira / seronok tapi dalam hati . memang betul kan , bukan susah untuk purapura ketawa . hanya mereka yang memahami saja yang akan perasan akan ke"fake"an ketawa itu . haha ! aku mengaku aku ni memang suka cari masalah , tak pikir panjang . dah buat baru aku pikir . akibatnya diri sendiri yang sakit .
memaafkan memang mudah tapi melupakan sangat susah . ok aku faham situasi dia . stop it kira ! tapi kenapa orang sekeliling aku turut nak menghukum aku . padahal ada yang kata "tu antara aku dengan dia" . then kenapa mesti nak hukum aku juga .
kalau boleh aku nak lari dari semua ni . aku nak pergi satu tempat yang tak ada sesiapa kenal aku . aku nak jauh dari semua orang . tapi mustahil kan ? lari dari masalah cuma akan memburukkan keadaan . aku dah tak tau nak buat macam mana lagi . sumpah aku jeles / cemburu tengok mereka yang sangat mesra . tapi apakan daya aku bukan lagi salah seorang daripada mereka . sangat menyakitkan .
kadangkadang aku boleh terima semua ni . aku redha sebab memang salah aku , tapi kan .orang yang salah berhak menerima peluang kedua kan . dah macammacam aku buat . mesej aku memang dah sahsah tak balas . dalam mukabuku pula kalau ada nama Nurul Shakirah yang menegur pasti dia akan remove status itu . aku betulbetul terasa dengan sikap mereka . tapi aku tak salahkan mereka kerana mereka tak tahu perkara yang sebenar . memang apa yang aku buat tu tak patut dimaafkan tapi aku buat bersebab . bodoh kan aku ? kerana lelaki kawan jadi mangsa !!
menyesal kemudian tak guna . masa buat taknak pikir . tanggung la sendiri akibatnya . apa yang jadi dah pun jadi . masa tak boleh di patah balik . YA ALLAH , AKU MEMOHON PADA-MU SUPAYA LEMBUTKAN HATI MEREKA UNTUK MENERIMAKU SEMULA DALAM HIDUP MEREKA . AMINN ... (tolong ya , samasama aminkan doa aku :) TQ)
nota lutut : entri kali ni agak personal . harapharap tak ada yang baca ! ouucchhh :)
No comments:
Post a Comment
Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)