Pages

Sunday, 3 July 2011

Rumahku Syurgaku

pejam celik pejam celik , cuti tinggal tak sampai seminggu ja lagi . walaupun aku selalu merungut  mengadu kat kawan baik cheq merangkap peti aduan kedua cheq , ( psstt , org kedua selepas encek ayam sy hehe ) bosan sangat cuti kali ni dok rumah ja . tak pergi mana . tak sabaq nak balik sana .

macammacam lagi la yang cheq adu kat dia . tapi bila perasan cuti dah nak habis ni , terasa berat sangat hati nak tinggalkan rumah . sangat berat . sedih . sayu . mahu tidak , selalu cuti tak pernah melekat kat rumah , tapi kali ni memang betulbetul cuti . otak pun tak berkembang . keja cheq makan tidoq , makan tidoq . HAHA . hepp , ada jugak tolongtolong mak aku tau . hee

tapi betul la kan pepatah ada mengatakan , rumahku syurgaku . walau kemana saja kita pi , rumah jugak yang kita akan ingat . walau seburuk mana rumah kita , rumah jugak la tempat yang paling selesa untuk kita . kan ? walau sejauh mana kita merantau , rumah jugak yang kita dok ingat . 

entah kenapa , terasa sedih bila mengingatkan semester baru semakin dekat . macammacam terlintas kat pikiran . pointer sedikit jatuh . belanja semakin bertambah . puasa sudah dekat ( ganti puasa pun tak habis lagi ~ hee) . semuanya bercampur aduk jadi satu . 

tapi takpa , selagi kita boleh enjoy dengan kehidupan kita , InsyaAllah kita takkan terasa terbeban . mudahan.


nota lutut : tak sabaq nak balik jumpak kawan2 , tapi sedih nak tinggalkan keluarga . 

No comments:

Post a Comment

Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)