hari ni hari jumaat, penghulu segala hari. so dengan bangganya aku tanpa ada rasa segan silu nak mengaku yg aku dah berumur 20 tahun. bulan 10 nanti genap laa 20 tahun. motip cita pasai umur? biaq laa, belog aku. haha
okay, apa yang lagi penting hari ini adalah aku dah lakukan sesuatu yg di luar jangkaan. bukan panjat pokok nyoq(kelapa) laa, mustahil kan. haaa, tapi ni lagi best daripada panjat pokok nyoq. aku masak. baca, MASAK. hahaha. apa yg peliknya dengan masak? masak memang tak pelik. tapi bila Nurul Shakirah anak pakcik Bakaq memasak seorang diri tanpa dibantu oleh sesiapa, itu yg jadi peliknya. haha
masak apa? takdak la masak piza or what so ever. memang jadi tempe la kalau aku masak piza kan. tapi aku masak LAKSA. entah mengidam apa, bangun pagi tadi teringin nak makan laksa. then aku suruh ayah aku beli bahan semua. mesti ramai yg kata, apa yang susahnya masak laksa. memang tak susah kalau semua bahan dah siap disiang, and tinggal nak masak jaa. yg jadi susahnya bila semua bahan aku kena siang sendiri. termasuk laa ikan. buat kali kedua aku siang ikan lebih 15 ekor, ambik masa hampir sejam. haha. amazing kan?
selalunya setiap kali balik kampung ja, aku order ja nak makan apa, mak aku akan masak. kali ni, aku order aku sendiri yang kena masak. aku main belasah ja sebenaqnya. haha. first time masak laksa, taktau apa rasa. sedap tak sedap tu belakang kira, tapi kalau tanya aku confirm sedap sebab aku yg masak. haha. selalu kalau bab masak ni aku reti masak tomyam ja, sebab aku adalah hantu tomyam. sampaikan org pelik, kalau pi makan kat kedai tengok menu bukan main lama tapi last2 ordernya tomyam jugak. hahaha. tapi aku kalau masak tomyam takdak sapa boleh lawan, aku yakin itu. miahahahahahh.
tu diaa tu diaa tu diaaa :D
nota lutut : harap maaf, tidak terima order. terima kasih ~ bhahahahahahahhh
No comments:
Post a Comment
Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)