-ok aku dah mula merepek-
annyeonghaseyo !
aku tak pernah couple!! ok, aku tipu.. skip yang tu. hahahaha!
apa yang best dengan couple-couple ni? kalau tanya orang yang tengah hangat bercintun-cintun ni memang la best ja dia akan kata. macam dok kat heaven katanya!haha. nak menipu pun agak-agak la kawan. ok, aku mengaku memang sekarang aku single and available dan pernah bercouple suatu ketika dahulu. mesti orang akan cakap, "biasala tu, hang dah break-off memang hang nampak couple ni banyak keburukan ja la".. ehh, hello! sebenarnya apa yang aku rasa ni dah lama, time aku pernah bercouple dulu lagi. cuma malas nak cakap banyak, sebabnya nanti mesti orang akan kata "hang pun couple, nak cakap banyak pulak..piiraahhh!!".. so aku tunggu masa dan waktu yang sesuai barulah aku buat entri ni. -ok aku tau mukadimah tak perlu panjang-
here we go! sini aku nak listkan apa yang tak best kalau couple ni..
1) Islam sendiri dah kata, HARAM !
Allah berfirman dalam Surah Al-Isra' ayat 32: "Dan janganlah kamu dekati zina, kerana sesungguhnya ianya perbuatan terkutuk dan buruk padahnya"
see, nak kata apa lagi. dah terang lagi bersuluh yang ALLAH sendiri cakap couple tu haram. aku pun agak tersentapp la bila ingatkan balik dulu aku pun pernah couple.
2) Jalan pintas ke arah zina!
tak betul ka couple ni cuma mendorong ke arah nak melakukan zina.. laki atau pompuan, sama naik ja! -ok aku malas nak tulis lelaki atau perempuan dengan proper sebab aku rasa macam tak layak-
"I sanggup bagi apa saja yang U nak" -ouh,murahnya kamu-
"kalau U sayang I, buktikan" -pandainya hang buat alasan,puihh-
kalau dah nama couple, mesti kena berdating. haa, percayalahh time berdating tu bukan hampa dua orang ja ada kat situ, for sure akan ada syaitan yang akan join sekaki, masa tu mula la nak berpegang-pegang, meraba-raba. hampa bajet orang jeles tengok hampa boleh jalan pegang-pegang tangan, peluk-peluk pinggang.. menyampah lagi ada laa. hahahaha!
"ehh, macam sama laa.. hahahaha!"
"ehh, macam sama laa.. hahahaha!"
-sakit hati baca? tak payah teruskan sebab aku tak paksa hampa untuk baca-
okey, tak payah nak berdalih lagi. yang ni memang sangat ketara. dah couple, mesti nak mesej. mesti nak call, super saver semua. dan semua tu costly. mana nak datang topup kalau tak keluarkan duit, turun dari langit?? wahh, nak menipu nombor satu. hahahaha. ehh, tau tak duit yang parents hang bagi untuk makan or else tapi hang guna untuk topup dan mesej dengan awek atau pakwe hang, duit tu dah jadi haram! unless hang bagitau kat parents hang"ayah, bank in duit sikit orang nak topup nak call awek/pakwe orang" and parents hang kata "ok" barulah takpa. sedarlah diri sikit. duit pun mintak kat mak ayah lagi, ada hati nak bercouple!
4) Rosakkan environment
pengalaman aku.. alamak, bercouple bagai nak rak. pagi pi kelas sama-sama, then balik tengahhari lunch sama-sama.. petang aku taktau la apa depa buat, sebab aku terperap dalam bilik. then turun makan malam, ada lagi muka depa kat kafe tu tengah makan. on the way nak balik blok masing-masing pun sempat lagi berhenti kat susur gajah sambung sembang. lepas tu masing-masing dah balik bilik, sambung dengan mesej, call lagi.yang aku pelik sangat tu, tak bosan ka?? aku yang tengok ni pulak naik rimas. sampaikan aku pernah kata kat kawan aku "aku mintak sangat weh, aku nak jadi invisible then aku nak duduk dengan depa yang couple-couple ni, aku teringin sangat nak tau apa yang depa sembang sampaikan tak bosan-bosan tiap-tiap masa berdua!".. sampai macam tu sekali :D -tak pasai-pasai buat tambah dosa orang dok mengata kat hampa, dosa sendiri tak payah dok cerita la- hadoi la!
5) Putus silaturrahim
ada dua situasi berkenaan dengan putus silaturrahim ni. pertama-tamanya adalah;
time couple "baby"
dah break "babi" jadinya,
time couple "I-YOU"
dah break "wa-lu"
time couple "sayang" bagai
dah break "bangang" yang keluar
-ok,yang ni aku copy-
banyak lagi contoh yang kita boleh tengok. dah terputus tali persaudaraan. daripada elok-elok berkawan gatai nak couple kan, sia-sia ja!
satu lagi situasi dimana bila ada couple yang lebihkan pasangan dia daripada kawan dia. padahal berkawan daripada sekolah rendah lagi ni, tapi sanggup dia tinggalkan kawan demi kekasih dia tu. tak paham betui dengan orang bercinta ni. hey, tanpa kawan hang tak kemana laa!
haa, yang ni ja laa dulu.. idea dah kontang. jari pun dah penat menaip. ada yang menyampah plus sakit hati plus terasa lepas baca entri ni?? ouh my.... ada aku kesahh?? hahaha
-kbai-
time couple "baby"
dah break "babi" jadinya,
time couple "I-YOU"
dah break "wa-lu"
time couple "sayang" bagai
dah break "bangang" yang keluar
-ok,yang ni aku copy-
banyak lagi contoh yang kita boleh tengok. dah terputus tali persaudaraan. daripada elok-elok berkawan gatai nak couple kan, sia-sia ja!
satu lagi situasi dimana bila ada couple yang lebihkan pasangan dia daripada kawan dia. padahal berkawan daripada sekolah rendah lagi ni, tapi sanggup dia tinggalkan kawan demi kekasih dia tu. tak paham betui dengan orang bercinta ni. hey, tanpa kawan hang tak kemana laa!
haa, yang ni ja laa dulu.. idea dah kontang. jari pun dah penat menaip. ada yang menyampah plus sakit hati plus terasa lepas baca entri ni?? ouh my.... ada aku kesahh?? hahaha
-kbai-
No comments:
Post a Comment
Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)