Hari ni hari terakhir aku kat Melaka.. okey aku tau orang lain semua pakat balik lama dah.. huh! takpa, biaq lambat asal selamat..
Seronok bila memikirkan yang aku dah tamat buat diploma, cuma tinggalnya nak buat latihan industri selama tiga bulan bermula 3Dec2012 ni.. takut jugak memikirkan nak berpraktikum dekat firm Cina.. tapi In Shaa Allah, belum cuba belum tau.. And dalam masa yang sama, sedih nak meninggalkan moments dengan kawan-kawan.. taktau nak gambarkan macam mana dia punya sedih tu.. sayu ja hati ni teringatkan/terkenangkan balik semua yang jadi sepanjang aku kat sini. tapi 'berjalan mesti kedepan, bukan kebelakang'..
Cuma aku nak record everything here, walaupun maybe tak semua, at least kedepan ada something yang boleh buat aku ingat kat sini.. maksud aku, kalau tiba-tiba teringat kawan-kawan aku datang jenguk sini la ada ceritanya.. heshhh, entah la, tak pandai nak susun ayat.. haha!
The beginning of the story . . .
aku kat sini daripada Julai2010.. maknanya dah 2 tahun setengah laa kan.. ok, ini first time aku jauh dengan family yg teramat jauh aku rasa.. sebelum ni tak pernah.. aku sekolah dulu pun sekolah harian yg cuma ambik masa dalam 15 minit ja untuk aku ulang alik pi sekolah.. untung kan? pernah dok asrama, tapi dua minggu ja, hari-hari beratuq kat public phone nak call mak aku loghat nak balik.. hahaha ! okey, lupakan semua tu.. mula-mula sampai sini aku macam nak menangis bila kena rushing gila waktu minggu orientasi.. kena bangun awai, malam tiduq lambat.. mandi pun ala kadar.. tiba hujung minggu baju selungguk nak kena basuh sendiri.. ni la padahnya bila tak pernah duk asramaa... macam nak patah pinggang aku basuh baju sendiri.. memang tak boleh lupa laa.. terus call mak mengadu kena basuh baju sendiri.. huihuihui... tapi best laa minggu orientasi bila ingatkan balik.. hehehe
ingat lagi masa semester satu dulu kelas yang paling aku tak suka kelas IntroductionToBusiness.. aku selalu berdetik, apa hal aku kena belajaq business bagai ni padahal aku ambik course Accounting.. aku dah laa memang lemah dengan subjek yang kena membaca ni.. tapi cuma terdetik dalam hati jaa.. haha! sebab lain aku tak suka lecturer tu suka tanya soalan, kena speaking pulak tu. huihui.. tapi lecturer tu baik sebenaqnya.. Then semester dua, tak banyak yang best sangat, tapi ada yg paling best. lecturer subjek FinancialAccounting aku hensem, comey! muahahahahaa! okey, kau merepek.. classmates pun awesome ja setiap semester.. syukur Alhamdulillah..
Naik semester tiga aku berpisah dengan kawan-kawan yang aku rapat kat sini.. ada laa sikit masalah teknikal.. semester empat pun.. tapi takpa, setiap yang jadi pasti ada hikmah.. seronok jugak walaupun tak bersama, tapi kalau bersama mesti lagi seronok.. semester tiga jugak banyak benda yang jadi.. semester tiga jugak laa aku rabat gunung !! haaa, tolong laa percaya.. GunungLedang.. best sesangat! banyak kenangan yg jadi sampaikan kadang-kadang aku pernah nak patah balik masa, supaya aku tak kenal dengan orang tak sepatutnya aku kenal.. next semester GunungAngsi..
Okey, nak cerita pasai kawan-kawan yang rapat dengan aku akhir semester aku kat sini.. Start with my roomates..
Ain. walaupun aku takut sikit dengan hang
Qila. kita kenal daripada first day kita kat sini qila kan. tapi dua semester terakhir baru kita sebilik kan. dalam bilik kite salau sakat qila, selalu buli qila.. kita selalu bergaduh. tapi kite sayang qila sangat2. qila baik, kakak yang baik. kite suka tengok qila gelak, tapi takda la sampai admirer. ha, satu lagi. lepas takmau loading2 dah tau. takmau2! hahaha. tahniah tau qila dengan apa yang qila ada sekarang ni. kite bangga kawan dengan qila. kite tau qila pun sayang kite. hehehe
Bilah. kite suka tengok bilah sebab bilah cantik. tapi kite tak cakap la kat depan bilah, sebab bilah kan cepat perasan. hahaha! kite baru kenal rapat dengan bilah semester ni kan. even baru kenal, kite boleh tiduq share katil, share bantal. even kite selalu terpekik terlolong dalam bilik
Cik Put. kite suka tengok cikput gelak, comel sangat2. bak kata bilah, cikput punya gelak kalau dalam mesej, hihihihi.. hehe.. cikput baik, caring sangat. cikput pun kite baru kenal rapat semester ni kan. masa awal2 kenal cikput kite segan sebenarnya dengan cikput sebab cikput macam pendiam sikit. tapi dah lama2 kenal, cikput takda la pendiam mana pun. haha. tapi kite sayang cikput yang comel dengan gelak cikput tu. hehe
ini bukan roomates, tapi aku sayang depa, boleh jadi lebih dari roomates. hahaha!
Aimi. hang la yang paling rapat dengan aku sebenarnya kat sini. apa2 hal memang aku akan refer dekat hang. even last semester ni kita macam dah tak serapat dulu, tapi aku tetap sayang hang macam dulu. hang baik, banyak aku belajaq pasai agama dari hang even sebenarnya hang pun takdak la baik mana pun. hahaha! sorryy.. aku harap hang berjaya. aku banyak sentap dengan hang semester ni, tapi aku tau hang takdak niat nak buat macam tu. tapi takpa, aku suka kawan dengan hang. hang tak payah buat apa2, tengok hang ja dah boleh buat aku gelak guling2.. hehe
Suha. hang ni lemah lembut sangat, baik, caring. suka la kawan dengan hang. bila aku tak sihat, hang akan selalu tanya aku okey ka tak. aku banyak refer kat hang soal study. sejak hang duduk dalam, aku baru tau the true colours of you. hahaha. bukan bermakna hang jahat, cuma bak kata ain, hang ni manusia tak bertulang. haha. bukan aku yang kata, ain yang kata. hahaha. tapi aku tetap sayang hang suha.. hehe
Fina. suka tengok hang, comel. muka baby face. hehe. aku suka sembang dengan hang, asyik nak gelak ja. walaupun kadang2 sakit hati jugak sebab hang selalu buat ayat sentap. haha! kita satu bilik semester lepas ja, semester ni hang tercampak ke permai. tapi kita selalu keluaq sama2 jugak. tak boleh tinggal, tak boleh tak ikut. haha! haa, even last semester ja aku sebilik dengan hang, aku takkan lupa yang hang ni duk kat mana2 pun hang mesti boleh tertiduq. tau2 senyap ja. hahaha. tapi aku tetap sayang hang fina. hehe
Ima. sebenarnya aku susun ni ikut saiz. disebabkan hang yang paling kecik, so hang la yang last. haha! tak kisah la last ka apa, aku tetap sayang hang. aku suka tengok hang sebab hang cantik, kecik jaa.. lagi aku suka duduk dengan hang, memang asyik gelak ja la melayan hang bercakap. even hang duduk luaq, aku selesa ja nak share dengan hang. hang open, apa2 pun aku boleh cita kat hang, sebab tu aku sayang hang. hehe
untuk yang lain2 yang aku tak sebut secara langsung, jangan kecik hati pulak. aku sayang hampa semua kawan2 aku kat KPM ni. nak sebut sorang2 jenuh jugak la.. hehe. sedih nak berpisah dengan hampa semua, tapi kan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. In Shaa Allah, panjang umuq kita jumpak lagi, mintak halalkan semuanya.. (kawin nanti jangan lupa jemput)
nota lutut: kawan2 semua, jangan lupa aku tau. aku sayang hampa semua. thanx sebab sudi jadi kawan aku, dengaq masalah aku. thanx sangat2 ! Assalamu'alaikum :)
No comments:
Post a Comment
Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)