Assalamu'alaikum semua! Sihat tak? Alhamdulillah, saya sihat ja. *bajet macam ada orang care. Hahaha
Petang-petang ni rasa macam nak share dengan uoolls semua especially yang masih single mingle macam ioolls. Kekeke >,< Tips nak menyimpan yang mudah !
Alkisahnya ada sorang hamba Allah ni merancang nak kahwin tahun depan. Saving dia tunggang langgang. So mula la hamba Allah ni buat research untuk menyimpan yang lebih berkesan. Yang ini namanya "urgent saving" ! Hehehe
1] Ada akaun bank yang jarang-jarang guna tak? Dan akaun bank tu mestilah yang takdak ATM card. Contoh macam Tabung Haji ka. Ataupun bank biasa cuma jangan buat ATM card. Buat akaun dengan buku sahaja.
Apa relevan buat macam ni? Supaya nanti bila simpan dalam akaun macam ni susah sikit kita nak keluarkan. Agak-agak kalau terdesak pun kena hari sabtu atau ahad, memang takkan dapat punya nak keluarkan duit. Tunggu hari Isnin. Kerja. Nak keluaq pergi bank semata-mata waktu kerja untuk manually keluarkan duit rasa macam buang masa pulak.
Nahh! Terselamatlah duit kita tu kan. Hehehe
2] Buka akaun bank yang mana bank tu agak jauh dari rumah. Jauh dari tempat kerja. Dan pastikan bank tu bukan terletak di laluan harian kita nak ke kerja dsb.
Relevannya? Bila rasa nak pergi ambik duit pun pikir dua tiga kali sebab bank jauh. Dah sampai bank nak kena tunggu giliran lagi.Fikir punya fikir jadi tertangguh la niat nak keluarkan duit tu sebab malas nak pergi bank yang jauh tu. Tangguh punya tangguh tengok-tengok bulan ni punya gaji dah masuk. Tak jadi la keluarkan duit, silap-silap pergi bank untuk tambah simpanan pulak.. Hihihi :p
3] Gaji setiap bulan tu asingkan siap-siap untuk saving dulu. Contoh you target dalam masa setahun you nak ada RM3000 dalam akaun you. So RM3000/12 bulan. Sebulan you kena simpan RM250. Jadi you asingkan siap-siap RM250 tu, terus masukkan dalam akaun bank yang memang you khaskan untuk menyimpan. Jangan simpan dalam akaun yang sama dengan gaji, memang haruih la jawabnya. Hahaha! Cubalah kalau tak percaya.
4] Macam yang saya cakap tadi, pastikan akaun bank untuk menyimpan dan basahan (means yang memang bila nak guna duit kita akan draw daripada akaun bank tu) berbeda. Hahaha. Pastikan bukan bank yang sama.
Here we go! Go go go !!!
Selamat mencuba :)
Lots of Love,
Keyra
Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | +60125687714 (sms/whatsapp)
No comments:
Post a Comment
Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)