Pages

Wednesday, 8 October 2014

8 Nasihat Khidmat Masyarakat Untuk Pengguna Jalan Raya

Assalamu'alaikum!

Boleh dikatakan banyak juga la pengalaman saya di jalan raya. Dan terlalu banyak kerenah pengguna jalan raya yang kebanyakkannya sangat-sangat la menguji kesabaran. Tpi Nabi s.a.w ajar kita untuk sentiasa bersangka baik, sentiasa menahan rasa marah sebab besar ganjaran pahala bagi orang yang berjaya menahan marah dan sentiasa berbaik sangka.

:Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya sedangkan dia boleh melepaskan kemarahan itu, maka Allah akan memenuhi hatinya dengan iman, perasaan aman dan tenang."
-Hadis Riwayat, Abu Daud-


Tapi manusia ni bila ketuk baru jalan, jadi kena juga tegur. Yang baik jadikan teladan, yang buruk kita buang jauh-jauh. Minta tolong kepada semua pengguna jalan raya, bermuhasabah diri sebelum memandu. Hehehe

1> Jangan Potong Kiri

Kalau ikutkan yang ini benda basic kan. Selalu terjadi dekat highway masa tengah jammed teruk. Yes, memang bila you main potong kiri benda tu mungkin memudahkan you. Mempercepatkan perjalanan you, mungkin. Tapi sedarkah kamu bahawa tindakan kamu memotong kiri tu sangat-sangat menyusahkan orang lain. Dah you sedap-sedap potong kiri tiba-tiba nak que masuk pulak. Hey! Ingat awak sorang ka nak cepat. Semua orang pun nak cepat. Sabar dan senyum :)

[ bersepah kan papan tanda macam ni kat highway. gamaknya orang yang buat juga perangai memotong ni buta huruf kot. ambil lesen pass pula. mungkin dia ambil lesen untuk yang orang buta huruf kot, murah! -musykil ]

2> Jangan Pasang Lampu Tinggi

Biasa terjadi waktu malam la kan, atau pagi-pagi, logically. Kena pulak kat kawasan yang tak ada lampu jalan. Kemungkinan, lampu dia rosak dan dia terpaksa pasang lampu tinggi. Kemungkinan juga dia cuma tahu pasang lampu tinggi walaupun sesungguhnya pasang lampu biasa lagi mudah.

Tapi tahukah anda yang suka memasang lampu tinggi, silau mata kami! Silap-silap boleh terbabas masuk hutan. Terbabas langgar tiang lampu. Rasa-rasa awak nak berhenti tolong tak? Entah-entah awak tak tahu pun ada orang terbabas. Kesian.

Yes, bila pasang lampu tinggi akan memudahkan perjalanan you mungkin. You boleh nampak jalan sehingga 1 kilometer jauhnya, mungkin. Tapi jangan jadi manusia yang pentngkan diri sendiri.

3> Sila Bagi Signal

Setiap kenderaan tak kisah la motosikal, kereta, lori semua pun dicipta dengan signal. Maka silalah bagi signal bila nak masuk simpang, nak keluar simpang. Terutamanya nak masuk simpang. You tak tahu berapa lama orang tunggu jalan clear untuk keluar simpang. Tiba-tiba you nak masuk simpang signal apa pun tak bagi, You just slow down your car.

Ataupun, pada mereka yang nak tukar lane. Silalah juga bagi signal. Orang lain In Shaa Allah akan mudahkan jalan you kalau you bagi signal. Jangan masuk simpang atau tukar lane ikut gerak hati. Main rasa-rasa.

"Eh, tak payah bagi signal la. Sempat kot ni tukar lane. Kereta belakang pun jauh lagi."

Takkan you expect orang depan belakang you boleh dengar apa yang cakap dalam hati you? You datang dari planet mana?

4> Jangan Teragak-agak Bila Nak Keluar Simpang

Masa kereta jauh lagi you takmau keluar simpang. Bila dah dekat sangat baru nak keluar kan. Dah tu, teragak-agak. Sikit-sikit you keluarkan kepala you. Bagi you mungkin nampak macam comel bila buat macam tu, tapi sangatlah tidak bagi orang lain. Kita tengah memandu dalam kelajuan yang smooth, tiba-tiba kena brek mengejut. Tak ka mengundang semua tu?

Kalau penankut sangat nak keluar simpang, macam saya. Hihi. Tunggu ja sampai jalan tu clear. Kalau kena horn dengan orang belakang, sendiri tanggung la. Kekeke^^

5> Kelajuan Yang Bersesuaian

Bila kat jalan dalam pekan, bukan main laju. Jalan yang sibuk, kereta parking kiri kanan jalan bukan main lagi cilok sana sini. Tapi bila kat highway, dah la pandu perlahan. Duduk kat lane memotong pulak. Aigoo laa~ Fikir la sendri apa yang you patut buat.

Laju sangat pun menyusahkan orang, perlahan sangat pun menyakitkan hati. Sebab tu saya kata, memandu dengan kelajuan yang bersesuaian dengan kawasan.

Kawasan yang patut slow down, you have to drive slowly. Yang memang untuk laju, faster la! Hehehe. Most important, drive carefully :')

6> Jemput Anak Di Sekolah

Sekolah yang tepi jalan. Jalan pula sempit. Jangan pentingkan diri sendiri, park kereta you betul-betul depan sekolah masa nak jemput anak you balik sekolah. Waktu balik sekolah kan waktu jalan sibuk, jangan pentingkan diri sendiri! Nak mudahkan diri sendiri, nak mudahkan anak you. Tapi you dah susahkan ramai pengguna jalan raya yang lain.

You tahu tak berderet kereta tunggu nak gerak kat belakang you tu. Kalau kat kawasan tempat tinggal saya ni biasa terjadi kat hadapan sekolah sungai duri. Memang tekanan betul kalau salah timing nak lalu situ waktu balik sekolah. Menguji!

7> Jangan Parking Kereta Sesuka Hati

Masuk pekan, kiri kanan rumah kedai. You nak beli barang kat kedai Ah Soon contohnya. Takkan you nak kena berhenti betul-betul dihadapan kedai Ah Soon. Orang bunyikan hon, nyalakan lampu pun you boleh buat derkkkk jaa. Hailaaa~

Parking la jauh sikit. Parking di tempat yang memang untuk park kereta. Tak rugi la jalan sikit, exercise. Dapat pahala pula tu bila you mudahkan jalan orang lain :)

8> Cilok Sana Sini

Biasa yang buat macam ni penunggang motosikal la. Dulu saya pun lebih kurang ja. Kekeke^^
Sebab saya jarang memandu kereta, jadi tak tahu sangat apa yang pemandu kereta rasa bila kita sebagai penunggang motosikal duk buat perangai menyelit sana sini.

Sekarang ni bila memandu kereta dan menunggang motosikal sama banyak ja, Sendiri rasa la bila ada penunggang motosikal yang menyelit-menyelit. Kita pula nak kena jaga depa. Terr brek-brek.



Sekian sahaja, untuk kali ni. Ini bukan teguran, tapi sedang bermuhasabah.
Till then, bye! >,<



Much Love,

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | +60125687714 (sms/whatsapp)

No comments:

Post a Comment

Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)