Ramai orang yang keliru dengan term Home Spa & Mobile Spa ni rupanya. Jadi, hari ini mari saya kongsikan apa perbezaan kedua-dua ini ya.
HOME SPA
Spa di rumah. Bukan di rumah pelanggan ya, tapi di rumah beautician itu sendiri. Konsep home Spa ni sebenarnya ala-ala Spa yang kedai tu juga, tapi yang membezakan home Spa ni adalah kita tak perlu sewa kedai. Cukup sekadar sediakan satu bilik atau ruang di rumah yang kita boleh jadikan ruang untuk pelanggan datang berSpa. Dalam The Walking Beauty kami akan ajar anda untuk berjimat sehabis mungkin. Why buy when we can D.I.Y?
Bagusnya konsep Home Spa ni adalah untuk memudahkan pelanggan dari segi keselesaan, tak perlu que giliran, dan tak perlu berebut parking.
Jom saya kongsikan sedikit gambar contoh Home Spa oleh beautician TWB ye!
MOBILE SPA
Servis Spa ke rumah anda atau dimana sahaja anda berada. Hubungi kami, dan kami akan bawakan Spa ke tempat anda. Konsep Mobile Spa atau Spa Bergerak ini direka khas bagi anda yang suka ke Spa tapi tak berkesempatan untuk ke Spa atas masalah-masalah tertentu seperti tak cukup masa, ada anak kecil, tak punya kenderaan dan sebagainya.
Mobile Spa adalah satu kemudahan untuk anda.
Tapi harus diingat, sudah tentu ada caj untuk pengangkutan yang dikenakan sebab beautician itu sendiri ke tempat anda. Kan eksklusif tu?
Bayangkan, rawatan kecantikan in the comfort of your own home. Best kan? Tak perlu keluar rumah, save masa! Tak perlu bersiap, nak drive lagi, dah sampai Spa nak kena cari parking lagi. Dah masuk Spa, nak kena tunggu giliran pulak. Banyaknya masa anda perlukan!
Jadi, mengapa pening kepala bila sekarang dah wujud servis Spa sehingga ke pintu rumah anda kan!
Tapi apapun, sebolehnya buatlah appointment lebih awal bagi mengelakkan masa yang anda nak bertindih dengan pelanggan lain.
Nak cuba servis Mobile Spa dari RBH? Jom whatsapp saya sekarang! Tekan je link di bawah ni okay?
No comments:
Post a Comment
Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)