Pages

Thursday, 9 November 2017

Kursus Spa Pilihan Ramai | The Walking Beauty Penang

Lambakan kursus Spa di luar sana menjadikan kita punya banyak pilihan untuk mendapatkan kursus yang bersesuaian dengan kriteria yang kita inginkan. Rasa-rasa apa yang paling penting biasanya orang tengok dulu? Tentulah harga. Betul tak?


Kenapa mesti bayar lebih jika kursus yang ditawarkan adalah sama.


Baiklah, mari saya senaraikan ciri-ciri kursus yang menjadi pilihan ramai orang. Fakta ini berdasarkan pengalaman saya sendiri ye.


1. Harga Yang Murah Atau Berpatutan

    Betul kan? Perkara pertama yang bakal ditanya adalah harga pakej sesuatu kursus yang ditawarkan. Kemudian barulah ditanya selanjutkan berkenaan kursus tersebut. Ada orang tak kisah jika harga yang diletakkan agak tinggi, tetapi tidaklah terlalu tinggi sehingga tidak masuk akal dan sehingga perlu berhutang pula!

    Saya bagi contoh kursus Spa yang ditawarkan oleh The Walking Beauty (TWB) ya.

    Setakat ini, pakej yang ditawarkan oleh TWB cuma berharga RM999. Anda berpeluang untuk belajar 5+1 kursus Spa sekaligus disamping mendapat segala kelengkapan yang diperlukan untuk memulakan bisnes Home & Mobile Spa anda seusai kursus! Nak tahu apa lagi yang anda bakal dapat dengan pakej RM999 ini? RUJUK SINI

    Akan tetapi, kami juga ada menawarkan pakej Spa serendah RM99 sahaja tau. Menarik kan? Nak tahu lebih lanjut tentang pakej ini boleh RUJUK SINI





2. Waktu Kursus Yang Fleksibel

    Founder TWB telah menghasilkan modul yang sangat mudah dan menarik. Bayangkan kursus yang kebiasaannya mengambil masa sehingga 2-3 hari tetapi hanya mengambil masa 2-3 jam sahaja jika anda mengambil kursus dengan TWB. Menarik kan? Tak sampai sehari pun.

    Kursus ini sangat sesuai untuk anda yang bekerja dan susah untuk mendapat cuti ATAU anda mempunyai anak kecil yang tidak boleh ditinggal lama.

Dengan TWB,
Tak perlu apply cuti.
Tak perlu tinggal anak.

Kursus Spa oleh TWB boleh dibuat dimana-mana dan bila-bila masa.



3. No Hidden Cost

    Hati-hati dengan tawaran kursus yang terlalu murah tetapi terlalu banyak yang dijanjikan. Dikhuatiri akan ada bayaran tersembunyi yang perlu dijelaskan selepas training.

    Dalam TWB, kami nyatakan dengan jelas apa yang anda bakal dapat bersesuaian dengan pakej yang anda pilih.



4. Kelas Persendirian @ Personal Class

    Kebanyakan orang lebih selesa memilih kursus secara persendirian atau personal. Terutamanya bagi mereka yang pertama kali mahu menyertai kursus ini.

    Istimewanya di TWB, kursus yang ditawarkan adalah secara personal. Anda lebih mudah dan cepat faham dengan apa yang bakal anda belajar. Kursus Spa oleh TWB sangat sesuai untuk anda yang baru memasuki bidang Spa. Kami akan ajar anda from A-Z.

Jom tengok antara kelas Spa persendirian yang dah kami buat! Saya kongsikan sedikit disini ya.


 




    Ini antara peserta kursus yang kami jalankan di rumah dan hotel sahaja. Mudah kan? Semudah bisnes Home & Mobile Spa juga :)

    Nak tengok lebih banyak gambar, boleh melawat di FB saya ye. FB saya Nurul Shakirah



5. Continuous Online & Offline Group Coaching

    Percaya tak, ada orang yang pergi kursus Spa tapi selepas kursus dia sangat sukar untuk mendapat pelanggan sedangkan permintaan Spa terutamanya Mobile Spa sangat tinggi masa kini. Kes paling teruk yang pernah saya dapat, ada yang langsung tidak tahu bagaimana mahu bermula. Akhirnya ilmu Spa yang diajar terkubur begitu sahaja. Sayang kan?

    Itulah pentingnya untuk anda mendapat bimbingan yang berterusan walaupun selepas habis kursus. Di dalam modul TWB, kami nyatakan sekali apa langkah-langkah yang perlu anda lakukan selepas usai kursus supaya anda boleh dapat semula modal yang anda keluarkan dalam masa paling lambat 2-4 minggu sahaja!

Group yang sangat aktif dengan perkongsian aktiviti Spa dan
setiap peserta tidak lokek berkongsi ilmu atau pengalaman
yang mereka ada. Alhamdulillah dipertemukan dengan TWB!



6. Tempat Kursus Yang Berdekatan

    Tidak berbaloi untuk anda menyertai kursus yang jauh dari tempat tinggal anda. Banyak kos lain yang perlu dikeluarkan selain daripada yuran kursus seperti kos transport, makan dan minum. Jika kursus yang memakan masa berhari-hari dan jauh dari tempat anda, kos sewa hotel pula perlu dikeluarkan!

    Dalam TWB, trainer kami berada di serata Malaysia bahkan ada juga diluar Negara seperti Australia, Dubai & Egypt! Dimana pun anda, semua kami boleh aturkan untuk anda dapatkan kursus Spa dengan TWB tanpa perlu anda travel terlalu jauh.




Jadi jika anda anda mencari kursus Spa yang mempunyai kesemua ciri-ciri seperti yang saya senaraikan diatas, anda boleh hubungi saya dengan segera ya! Pengambilan ahli baru TWB dibuka sekarang. Tekan link dibawah untuk terus ke aplikasi whatsapp nombor saya ;)

 
Tekan cepat, saya balas secepat anda tekan link diatas! hehe

No comments:

Post a Comment

Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)