Sejak kebelakangan ni, aku selalu terdengar keluhan ayahku.
“Adik.. nanti mak dengan ayah dah takda taktau la macam mana nasib hang. Kakak-kakak, abang-abang semua sibuk dengan kerja, dengan keluarga depa. Sapa la nak jaga hang, bagi mandi hang.”
Allahhuakbar! Satu tamparan besar buatku! Menitis airmata teresak-esak aku mendengar ucapan ayah.
Terpana!
Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah banyak kali aku dengar keluhan ayah yang satu ini sejak akhir-akhir ini.
Apa yang aku buat selama ni? Tergamak aku hidup selesa tanpa ambil tahu kerisauan ayahku!
Sedangkan Allah dah beri jalan padaku untuk situasi yang tak dijangka ini, tapi aku tak manfaatkan.
Allah dah mudahkan aku untuk berhenti kerja.
Allah dah mudahkan aku buat bisnes yang kena dengan jiwa aku.
Tapi aku tak manfaatkan! Aku tak fikir untuk menyimpan demi masa depan adikku.
Aku pentingkan diri sendiri!
Allah... ampunkan aku Ya Allah!
Aku selesa ada duit sikit-sikit.
Aku selesa bergolek dalam bilik layan drama korea jika takda customer.
Aku selesa makan kenyang hasil titik peluh ayahku.
Sepatutnya dengan umur ayah sekarang yang hampir 70 tahun, ayah dah tak perlu fikir hal dunia, dah tak perlu susah payah cari duit lagi.
Masanya untuk ayah berehat, habiskan masa atas tikar sejadah.
Allahhuakbar. Tergamaknya aku!
Tahun ini, tahun 2019, aku bertekad! Aku mesti keluar daripada zon selesa yang sebenarnya dah makan diri aku sendiri.
Zon selesa yang dah bunuh impian orang kesayanganku!
Tahun ini tahun untuk aku bekerja keras!
Tahun ini tahun untuk aku gila-gila buat duit!
Tahun ini tahun untuk aku cari ramai customer Spa aku sehingga mencecah 1000 orang!
Aku nak income aku setiap bulan bukan biasa-biasa lagi.
Supaya aku boleh menyimpan lebih banyak.
Aku MESTI stabilkan karier aku dengan Shaklee.
Aku terfikir, sampai bila aku nak buat Mobile Spa.
Sampai masanya, pasti akan ada sesuatu yang menghalang aku daripada teruskan kerja aku.
Sebab tu aku mesti stabilkan karier aku dengan Shaklee.
Kerana Shaklee janjikan income pasif.
Income yang boleh dibuat walaupun hanya duduk dirumah.
Dengan keadaan adikku, sudah menjadi kewajipan untukku lakukan sesuatu yang boleh beri income padaku walau hanya bekerja dirumah.
Supaya aku boleh awasi adikku sentiasa. Supaya adikku terus merasai kasih ayah mak dan ayah melalui aku.
Aku tahu impianku tidak mudah. Tapi aku juga tahu ianya tidak mustahil!
Aku dah tak banyak masa. Aku mesti mula sekarang!
Pada tahun ini;
✔️ Simpanan RM10,000
✔️ Income Spa minima RM5,000 setiap bulan (yang ini sangat mudah sebab sekarang aku boleh buat RM1,000-RM2,000 seminggu, at least. Want to know how?)
✔️ Hit bonus Shaklee RM5,000 by this year
✔️ Hit bonus Shaklee RM5,000 by this year
Beri aku masa 10 bulan untuk aku capai impianku. Akan aku buktikan!
Tolong doakan ye!
No comments:
Post a Comment
Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)