Pages

Friday 22 March 2019

5 Kisah Wanita Peroleh Pendapatan 4-5 Angka Dengan Mobile Spa TWB

Wanita-wanita yang join bisnes mobile spa twb, semuanya punya latar belakang & cerita mereka tersendiri.
 
Mereka wanita yang hebat, bangkit daripada kesempitan hidup! Bantu perbelanjaan keluarga, punya hati yang kuat & tidak mudah mengalah.
 
InshaAllah hari ini saya nak kongsikan antara 5 kisah mereka yang sangat memberi inspirasi. Mereka bangkit demi keluarga!
 
 
KISAH 1 “Gaji suami digantung & dia pula tidak bekerja!”

 
Wanita hebat berusia 30 tahun, Puan Nurul Fatin Adiana diuji pada Tahun 2018, tatkala suaminya digantung gaji.
 
Air mata menjadi sahabat karibnya ketika itu. Siapa yang tidak terkejut, pabila sumber kewangan utama mereka sekeluarga tiba tiba hilang. Bertambah keperitan, beliau sedang mengandung ketika itu & tidak bekerja!
 
Allahhuakbar! Apalah daya beliau. Sehingga akhirnya terlalu buntu, beliau terpaksa kerja semula sebagai tukang masak di sebuah taska.
 
Tapi Alhamdulillah, ketika itu beliau sudahpun menyertai kursus spa the walking beauty. Jadi dalam masa yang sama beliau ambil job spa juga.
 
Bayangkan dalam keadaan mengandung, waktu siang terpaksa kerja di taska, manakala malam hari pula ambil job spa. 
 
Kita yang biasa ni pun pasti terasa penatnya, inikan pula beliau yang sedang di tempoh awal kehamilan!
 
Tapi demi anak anak dan perbelanjaan rumah, beliau tidak punya pilihan.
 
Alhamdulillah, sedikit sebanyak  membantu beliau dalam belanja dapur, minyak kereta, perbelanjaan anak anak dsb.


Hari ini, beliau merupakan salah seorang pemilik income 4 angka dengan bekerja dari rumah.
 
Kerja di taska sudah ditinggalkan, beliau teruskan dengan bisnes mobile spa the walking beauty disamping bekerja sebagai pembantu makmal.
 
 
 
KISAH 2 Bagaimana TWB Menjadi Penyelamat Kewangan Keluarga?”
 
Puan Shamira Binti Mohammad Nasir, wanita muda yang berusia 25 tahun & berasal dari Kedah.


“Nak dijadikan cerita seminggu lepas berpuasa pada tahun lepas suami saya berhenti kerja, atas sebab yang dia sendiri tak boleh tahan. 
 
Walaupun gaji suami merupakan pendapatan utama keluarga kami tapi  Alhamdulillah tanpa gaji utama tersebut kami masih survive sehingga ke hari ini.
 
Macam mana kami survive? 
 
Nasib baik saya dah join kursus mobile spa TWB masa tu. Tinggal nak panaskan enjin dan mulakan pemanduan je. Bila kita ada ilmu & skills, percayalah senang gila nak buat duit dengan TWB.
 
Saya tak marah suami berhenti kerja, cuma macam tak percaya, ceerr uolss yang dah kahwin bayangkan suami korang berhenti kerja, apa perasaan? 
 
Takut? 
Gelisah? 
Rasa nak mati?? 
 
Berbekalkan ilmu dan skills yang ada saya dan suami mula susun strategi.
 
Saya mula buat promosi spa dan collect customer banyak-banyak.
 
Malu??  Lagi tebal muka dan malu kalau mintak duit kat orang.. Tahu tak masa saya diuji tu.. saya masih baru dalam bidang spa.. Tapi Alhamdulillah saya boleh survive.. hanya bergantung dengan income daripada servis spa saya semata-mata.
 
Sebab tu saya cakap, BISNES MOBILE SPA NI BISNES YANG BERI PULANGAN LUMAYAN!
 
Memang kita bersangka baik dengan Allah mintak dijauhkan dari ujian yang kita tak nak. Tapi andai kata terjadi jugak pernah bayangkan tak apa nak buat bila kita tak ada apa-apa?
 
Kesimpulannya, orang perempuan kena ada satu bisnes backup yang boleh berikan instant cash!”
 
 
 
KISAH 3 Saya join bisnes Mobile Spa TWB, tapi saya masih boleh buat income besar 4 angka setiap bulan tanpa running servis Spa”


Ini cerita Puan Syahida. Beliau join twb pada tahun 2015. Beliau sempat running bisnes Spa beliau pada awal penglibatan beliau dengan twb sahaja, lepas tu beliau dah tak dapat nak buat spa sebab komitmen menjaga 3 orang anak yang masih kecil.
 
Tapi... beliau masih berjaya mendapat income 4 angka setiap bulan tanpa gagal!
 
Apa rahsianya?
 
Beliau fokus mengajar wanita diluar sana untuk buat duit dengan bisnes mobile spa.
 
Jadi pendapatan yang beliau dapat adalah daripada 5 penjuru income yang lain yang ditawarkan dalam twb.


Asbab join twb, beliau dah berjaya bawa keluarga pergi melancong luar negara, pergi umrah, & bayar downpayment beli kereta Nissan Serena sebanyak RM10,000!!
 
Ini buktinya 6 penjuru income dalam bisnes mobile spa twb memang wujud!
 
Mobile spa twb lain daripada yang lain.
 
 
 
KISAH 4 “Sponsor Mak Ayah Pergi Umrah Dengan Kos Hampir RM20,000”


Puan Azura seorang guru. Orang kata kalau jadi cikgu ni gaji besar, tapi hakikat sebenar orang tidak tahu. Kalau tengok slip gaji sebelah kiri dah banyak macam gaji doktor, tapi bila telek sebelah kanan, terlalu banyak potongan sampaikan selalu sesak nafas sementara menunggu gaji bulan depan masuk!
 
Antara pencapaian terbaik Puan Azura adalah beliau pernah mendapat income spa RM750 dalam masa 2 hari sahaja! Fuhhh best kan?
 
Dan selepas 2 tahun menceburkan diri dalam bidang Mobile Spa TWB, Puan Azura berjaya sponsor sepenuhnya ibu  & ayah beliau menunaikan umrah dengan kos hampir RM20,000!

 
Terbukti bisnes Mobile Spa TWB bukan biasher biasher uolsss hehehe
 
 
 
KISAH 5 “Korban usia muda & kerja demi adik OKU”
 
So here is my own story...
 
Saya ada sorang adik lelaki yang OKU. Dia tak boleh jalan sejak dari kecil. Tahun ni umur dia dah 24 tahun.


Sebelum ni saya kerja, masa tu adik pun kecik lagi, mak pun kuat lagi. Tapi as time goes by, adik pun makin besar, badan dia naik mendadak (asbab makan ubat utk saraf), mak pun makin tua, sakit lutut etc.
 
So saya rasa saya kena do something. Yang boleh ringankan beban mak nak uruskan adik & kerja rumah. Tapi dalam masa yg sama boleh gain income jugak.
 
Masa tu saya memang dah start join twb masa saya kerja tu, tapi buat secara part time je la.
 
Long story short, saya ambik keputusan utk berhenti kerja & fokus 100% buat spa & shaklee.
 
Memang tawakkal ja masa tu.
 
Alhamdulillah, apa yg saya tak dapat buat masa saya kerja, saya dapat buat lepas sy buat keputusan utk fokus spa twb 100%.
 
✅ DAPAT RINGANKAN KERJA MAK, ADA LEBIH MASA UNTUK TEMAN ADIK DIRUMAH tapi dalam masa yang sama MASIH ADA INCOME & BERI DUIT BELANJA DI RUMAH.
 
InshaAllah bulan 5 ni nak bantu bagi dana untuk mak operation lutut, dan bulan 11 nanti nak hantar ayah pi umrah. 
 
Next target nak umrahkan diri sendiri pulak bulan April tahun depan. InshaAllah..
 
Bisnes Mobile Spa TWB dah banyak ubah hidup saya sendiri terutamanya, dan wanita lain juga.
 

Berpeluang menjejakkan kaki ke luar negara buat pertama kalinya asbab join bisnes Mobile Spa TWB!
 
Anda juga boleh merubah nasib anda jika anda betul-betul nak!
 
Jom join kami, jadi wanita hebat yang bekerja sendiri dari rumah tapi mampu jana income mengalahkan mereka yang bekerja profesional!
 
Pakej Mobile Spa TWB sangat menarik! Dengan harga pakej RM1,999 sahaja, anda boleh belajar 5+1 kursus Spa. Siap lengkap dengan semua kelengkapan Spa!
 
 
Jom whatsapp saya segera jika anda rasa anda perlukan instant cash setiap hari.
 


 
Keyra,
Alumni TWB Di Utara
012-5687714

No comments:

Post a Comment

Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)