Pages

Tuesday 27 September 2022

Bestnyer Jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG

Alhamdulillah, dah masuk tahun ke tujuh saya bergelar alumni team mobile Spa BOTG (Beauty On The Go) yang dulunya dikenali sebagai The Walking Beauty. Projek Spa paling femes di Malaysia waktu itu. Hehehe
 
Saya join projek Spa ni pada tahun 2015. Masa tu saya masih bekerja. Mujurlah kursus Mobile Spa BOTG ni sangat friendly, saya ambil peluang untuk training pada hari saya cuti bekerja dan kebetulan salah seorang trainer ada nak datang ke Penang, jadi kami set untuk training.

Kenapa kursus Mobile Spa BOTG yang menjadi pilihan saya?

Ada beberapa sebab kenapa saya memilih kursus Mobile Spa BOTG, dan sebab yang terakhir buatkan saya semakin yakin yang kursus Mobile Spa BOTG ni yang terbaik buat masa sekarang.

1) Kursus Mobile Spa BOTG Yang Sangat Praktikal.

Sesuai untuk semua golongan, bekerja mahupun suri rumah. Yang dah berkahwin, mahupun masih bujang. Kursus boleh dijalankan dimana-mana dan bila-bila masa yang sesuai mengikut keadaan peserta dan trainer. Tidak ada tarikh atau tempat yang khusus yang akan menyebabkan wanita yang bekerja tidak dapat join jika dijalankan pada hari bekerja. Kursus pula secara one-to-one. Lebih mudah untuk faham berbanding kursus yang dijalankan secara beramai-ramai.

Saya sendiri training di homestay sahaja. Hehe. Pun begitu, sampai sekarang masih aktif buat servis Mobile Spa tau.

Training yang sangat mudah, boleh buat dimana-mana (sesuai dengan konsep Mobile Spa) tapi sangat berkesan sebab training Spa secara one-to-one, bukannya beramai-ramai.

2) Support Group Berterusan.

Ya, ini salah satu daripada kelebihan kursus Mobile Spa BOTG. Kami sediakan support group yang berterusan untuk semua peserta. Carilah mana-mana kursus Spa yang akan guide korang, bagi marketing tools, ajar cara dapatkan customer, bagi semangat untuk dapatkan customer, bagi ilmu secara berterusan, saya berani jamin takkan ada kecuali kursus Mobile Spa BOTG.

Lepas dah habis training mestilah kita nak kena promote dan bagitahu orang yang kita ada buat servis Mobile Spa kan?

BOTG ada banyak taktik yang sangat mudah untuk dapatkan customer once you selesai training dengan kami, dan ianya diberi secara berterusan dan percuma!

Inilah yang membuatkan kursus Mobile Spa BOTG tidak ada tandingannya.
 
Nak belajar buat facial, tengok kat youtube ja pun boleh kan. Tapi ilmu marketing selepas training tu yang tidak ternilai harganya.
 
Kalau tidak, takkanlah ada beautician Mobile Spa BOTG yang boleh dapatkan semula modal RM1999 dalam masa seminggu selepas training sahaja!

Hebat bukan?

3) Income 6 Penjuru.

Buat bisnes Mobile Spa, tapi boleh jana income sampai 6 penjuru. Hanya dengan kursus Mobile Spa BOTG.

Eh bunyi macam pelik ja? Tak pelik kalau korang join kursus Mobile Spa BOTG, sebab memang kami semua dapat income 6 penjuru tu. Setiap satu penjuru tu pulak bukannya sikit-sikit, ratusan ribuan tau.

Nak tahu apa income 6 penjuru tu? Kenalah join kursus Mobile Spa BOTG dulu sebab yang ni semua rahsia team kami sahaja. Hehe

4) Career Development.

Wehh mana nak cari kursus Mobile Spa ja pun tapi boleh ada career development? 

Dia macam ni, takkan la kita selama-lamanya nak ke rumah orang untuk bagi servis Mobile Spa kan?

Bayangkan ada waktu kita tak sihat, ataupun pergi bercuti, balik kampung, jadi kita tak dapat buat servis Mobile Spa, tak ada la income kita kan.

BOTG ni lain, kita ada career development yang mana walau kita tak dapat buat servis Mobile Spa sekalipun kita masih berpeluang untuk buat duit.

Salah satunya dengan menjadi trainer BOTG. Saya sendiri dah upgrade diri saya daripada seorang beautician biasa kepada trainer Spa BOTG.

Ada lagi satu career development dalam sistem Spa BOTG. Haa yang tu pun rahsia kerajaan, nak tahu kena join kursus Mobile Spa BOTG dulu. Hehehe

5) Percutian Ke Luar Negara Setiap Tahun.

Terpaling best adalah kita ada trip gegirl ke luar negara setiap tahun! Wehhh mana nak cari kursus Spa yang nak bawak uolss bercuti ke luar negara. Takkan ada kecuali BOTG.

Team kami dah pergi ke Melbourne, Perth, Maldives dan Dubai. Ya Allah bestnya.

Next trip kita adalah ke London pada Februari 2023 nanti. Ya Allah tak sabarnya uolss! Salah satu tempat percutian idaman setiap orang kan.


So macamana, best kan kursus Mobile Spa BOTG? Bukan sekadar ajar kita ilmu Spa sahaja, terlalu banyak yang akan diajar dan ditawarkan. InshaAllah korang takkan menyesal join team BOTG.

Team kami pun fun ja semua, saling support each other.

Jomlah join team kami, tahun depan boleh jalan-jalan di Kota London sama-sama.

Kalau berminat untuk join atau ada pertanyaan yang saya tak nyatakan diatas, boleh contact saya terus ya.

Kita sembang-sembang dulu, jadi kawan. Hehehe

Klik sini 👉 Kursus Mobile Spa BOTG

Keyra,
Trainer yang funny yet berbakat 😬
012-5687714

No comments:

Post a Comment

Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)