Pages

Monday, 24 November 2014

Minum Air Sebelum Gosok Gigi

Assalamu'alaikum. Salam Subuh Malaysians :')


Biasanya, kebanyakan daripada kita bangun tidur ja terus serang bilik air ataupun tandas kan. Nak-nak pulak yang memang tahan buang air daripada pukul 3 pagi, then azan Subuh baru bangun buang air. Jenis ni memang celik-celik mata ja nampak toilet dulu. Hahaha


*Siapa-siapa yang tiba-tiba terjaga tengah malam pukul 2-3 pagi, jangan tidur balik cenggitu ja tau. Sebab itu tandanya Allah dah hantar Malaikat untuk kejutkan kita. Rugiiii kalau tidur balik gitu ja. At least kalau malas sangat nak bangun ambil wuduk and perform 2 rakaat of tahajud, sambil baring tu tadah la tangan doa kat Allah. Minta la apa pun sebab meminta daripada Allah itu percuma!



Ok sambung cerita kita. Saya pun dulu salah seorang yang memang bangun Subuh ja terus ke toilet. Dalam kepala ni memang nampak toilet ja. Cepat-cepat bangun pulak tu takut kena que hahaha.


Jom kita sama-sama ubah nak tak?





Lepas ni bangun tidur kita biasakan minum air masak segelas. Mesti minum sebelum gosok gigi dan buang air. Barulah boleh dapat manfaat enzim dalam mulut yang Allah hadiahkan masa kita tidur. Kumur-kumur sikit air dalam mulut tu then baru telan. Boleh ka boleh?

Kalau nak ikutkan sepatutnya minum air masak 4 x 160ml. Tapi sebagai permulaan kan, kita tak biasa bangun tidur minum air takut kang nanti ada yang muntah air pulak. Makanya kita mulakan minggu pertama setiap pagi selepas bangun tidur sebelum buang air atau makan apa-apa, minum segelas air dulu ya.


Nanti dah biasa boleh la minum ikut aturan yang betul, 4 x 160ml air lebih kurang saiz 1 botol sederhana mineral yang kita selalu beli kat kedai tu.


lebih kurang macam ni saiz botol 600ml air
p/s:minum air ikut sunnah, pakai tangan kanan ya! Hihi


Banyak faedah tau minum air selepas bangun tidur waktu pagi ni. Selain daripada salah satu sunnah Nabi kita. Yess Nabi kita sendiri amalkan minum air masak selepas bangun tidur.


* Memberi kelicinan kulit
Biasa kan bila kita minum air masak pagi-pagi memang kita akan rasa nak membuang. Membuang waktu pagi ni detox yang paling bagus tau. Segala toxic dalam badan kita yang diproses dan disimpan semalam terus dibuang waktu pagi. 

Sangat-sangat membantu untuk kita dapat kulit yang glowing gituuu~ Cubalah kalau tak percaya!

-Ingat lagi dulu kan bila kawan-kawan ada yang jenis suka membuang waktu pagi ni mesti aku kata kat dia macam orang tua. Sebab kat rumah yang selalu membuang waktu pagi mak atau ayah. Tapi sekarang kena ubah mind set tu. Siapa yang berjaya membuang waktu pagi tu la terbaik! Sebab tak semua orang mampu tau~ haaaa bila yang tak mampu ni la mendatangkan punca perut nak buncit! Watch out!


* Stabilkan sistem badan
Minum air kosong pagi-pagi dapat melawan bermacam jenis infections like sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, degupan jantung yang pantas(darah gemuruh),gastrik dan banyak lagi la.


* Kurangkan berat badan
Bila kita minum air masak waktu pagi kadar metabolisme akan meningkat sebanyak 24%. Haa boleh la cuba amalkan untuk mereka yang sedang berhempas pulas berdiet tu kan. Just like me~kekeke^^


Tapi, ada masa yang tak elok untuk kita minum air. Haa jangan taktau pulak ya. Apa-apa benda pun mesti ada baik buruk kan. Di lain entri nanti saya kongsi waktu-waktu yang tak elok untuk kita minum air kosong eh. Contoh like lepas work out atau exercise. Kenapa ya? Hehehe


Till then, see you! #muahciked



Much love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

1 comment:

  1. BAGUS ENTRI NI.. cp ada entri dari blog lain yang kata tak boleh minum air lepas bangun tidur saya pun xthu knapa?

    ReplyDelete

Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)