Pages

Friday 5 May 2023

Part Time Job Mobile Spa Masyuk

Teringat kata-kata seorang menteri, rakyat Malaysia tak boleh bergantung pada satu pendapatan semata-mata, kena buat dua ke tiga kerja dalam satu masa untuk dapat kehidupan yang selesa dan kewangan yang lebih stabil. Lebih kurang gitulah bunyinya.

Bukanlah saya bersetuju dengan kata-kata menteri itu, tapi zaman semakin mencabar, kita terpaksa akui yang kita kena buat dua tiga kerja untuk kehidupan yang lebih selesa dan bebas masalah kewangan.

Pulak tu zaman sekarang semuanya perlukan duit. Duduk dirumah tak keluar mana pun duit boleh keluar, dunia hujung jarilah katakan.

Jadi jangan terkejutlah jika cikgu, doktor, pegawai bank, peguam dan banyak lagi pekerja profesional yang lain memilih untuk buat kerja secara part time untuk tambah pendapatan mereka. Malu letak tepi orang kata, yang penting dapat beri kehidupan yang lebih selesa kepada diri sendiri dan keluarga terutamanya.

Pernah dengar servis Mobile Spa? Ala yang servis Spa orang datang rumah kita tu. Kena sangatlah dengan zaman sekarang yang kalau boleh semuanya nak delivery sampai ke depan pintu rumah kita kan? Begitulah konsep Mobile Spa ni, servis Spa yang dibawa ke rumah pelanggan.

Ramai tau yang memilih servis Mobile Spa ni sebagai sebab kata mereka memudahkan mereka tak perlu keluar rumah, tak perlu hadap jalan jem, tak perlu nak bersiap dan sebagainya. Tambahan lagi lebih selesa jika dirumah sendiri, nak-nak pula yang ada anak kecil, ataupun yang tak pandai memandu. Semestinya servis Mobile Spa ni sangat menggembirakan hati mereka.

Korang yang masih mencari part time job tu, jomlah join kami buat servis Mobile Spa. Ada 10 sebab kenapa korang mesti pilih servis Mobile Spa sebagai part time job korang.

1. Masa servis yang fleksibel dan tidak terikat dengan waktu kerja. Korang boleh tentukan sendiri masa bekerja korang. Mungkin ada yang cuti Sabtu dan Ahad, jadi boleh buat masa hari cuti.

2. Kita sendiri boleh tentukan berapa income yang kita nak. Jika perlukan income lebih, boleh buat lebih, jika tidak boleh buat santai-santai ja. Tapi servis Mobile Spa ni santai-santai sehari seorang ke dua customer pun dah boleh dapat RM100-RM300 tau.

3. Tak perlu terkejar-kejar masa atau ganggu waktu kerja hakiki sebab servis kita hanya dilakukan bila ada yang booking sahaja. Kita tak buka kedai, jadi takkan ada situasi customer walk in dan sebagainya.

4. Income bersih 100% daripada servis yang kita buat. Tak perlu bayar sewa kedai, upah pekerja dan sebagainya.

5. Modal sekali sahaja. Lepas tu tinggal nak tuai hasilnya saja.

6. Risiko rendah sebab kebiasaannya bisnes yang berkaitan dengan orang perempuan dan kecantikan ni sentiasa ada dan sangat tinggi permintaan. Dengan syarat kita kenalah rajin promote ya.

7. Bisnes yang mudah, boleh dibuat dimana-mana sahaja. Nama pun Mobile Spa kan, angkut ja semua barang kemana saja customer nak kita datang.

8. Sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur kerana bisnes yang mudah dan tidak memerlukan tenaga yang berat. Kakak-kakak yang dah pencen tu kot nak isi masa lapang yang bermanfaat, boleh cuba buat servis Mobile Spa ni. Hehe

9. Boleh buat secara part time atau full time. Team kami masa lunch hour pun mereka rancak buat duit tau, asalkan tak ganggu waktu bekerja ya.

10. Servis dalam bidang kecantikan ni sentiasa ada permintaan tau. Tak kiralah waktu ekonomi gawat ka apa, orang perempuan takkan berhenti untuk cantikkan diri kan.

Korang boleh klik DISINI untuk lebih banyak testimoni team kami yang buat part time job Mobile Spa.

Jadi, korang rasa bila korang nak join saya buat part time job dengan servis Mobile Spa ni? Sekarang atau hari ini juga? πŸ™‚

Boleh baca tulisan rakan seperjuangan saya juga yang menjana pendapatan secara full time lebih kurang RM3000-RM8000 setiap bulan yang mana sebelumnya beliau juga bermula dengan part time job Mobile Spa juga.

Modal kita keluar sekali sahaja, lepas tu kita akan tuai hasil yang sangat unlimited. Infinity. Selagi kita rajin promote dan bagi servis.

Jom contact saya sekarang, saya akan ajar from A-Z cara-cara buat duit yang mudah tapi lumayan dengan servis Mobile Spa.

Alumni & Beautician BOTG,
Keyra


#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #parttimejobmobilespa #kursusmobilespapenang #kursusspapenang 

8 comments:

  1. Bisnes mobile spa memang high demand 😍

    ReplyDelete
  2. Sesuai untuk ibu2 suri rumah, student yg mencari side income. Harini buka slot spa, hari juga dapat duitπŸ’Έ

    ReplyDelete
  3. seronok bila buat part time job yang flexibke

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Part Time Job Mobile Spa BOTG sgt mudah dan praktikal. Belajar sekali, duit masyuk selagi mana kita rajin, komited dan dengar cakap mentor.

    Yang tak pernah ada ilmu Spa pun boleh follow skill BOTG ni. Easy to follow tapi kesannya sangat wow!

    Cth sy sendiri, tak pernah ada skill facial pun sebelum ni. Tapi, bila join BOTG mudahnya.

    ReplyDelete
  5. Bisnes mobile spa memang awesome πŸ‘

    ReplyDelete
  6. Semua orang boleh ada part time job dengan mobile spa

    ReplyDelete
  7. Since sekarang ramai wanita yang malas nak g spa, demand servis spa kat rumah sendiri tu tinggi. So sape yang buat part time job mobile spa ni memang masyukkkk....

    ReplyDelete
  8. Best bisnes ever. Sangat sesuai untuk wanita

    ReplyDelete

Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)