malam semalam mak cheq masak sardin untuk makan tengahhari . kat mana silapnya tak tau la sardin tak rasa sardin . rasa pedas dan manis yang terlebih . mungkin terlebih cabai (cili) dan gula . sebab tu la rasa sardin lari entah ke mana . senang cakap rasa sardin hilang la . selalunya kalau masak sardin memang laku habis sebab anak buah cheq memang gila sardin . tapi nak dijadikan cerita lebih berlambaklambak lagi . pagi tadi bangun tidoq cheq tengok banyak lagi dalam belanga (kuali) . tak kan nak buang pulak kan . membazir namanya tu .
pikiaq pi pikiaq mai , cheq ingat nak renovate la masak sardin tu . mulanya untuk makan tengahhari nanti . mulamula cheq panaskan dulu lebihan yang sardin yang tak berapa nak jadi semalam tu . lepas tu cheq perah air asam jawa dan masukkan dalam belanga sardin tu . dan siap . rasa dia pun berubah . daripada manismanis pedas jadi masammasam pedas . anak buah cheq yang memang kuat makan tu terus cedok kuah sardin tu dan makan dengan roti .
makteh buat sardin lagi ka hari ni ? semalam buat dah hari ni buat lagi .
awat tak sedap jugak ka?
yang makteh buat semalam tak sedap . yang hari ni punya sedap la . ka tok yang buat ni ?
haa , tok yang buat tu .
haha . see , sapa kata cheq tak reti masak . memang pun dulu pernah buat kek hangit cheq tak dak la teruk sangat . tadi cheq ada gitau kan yang sardin selepas renovate ni cheq nak buat makan tengahhari tapi dah licin ok . belum sampai pukul 12 lagi . heee . weeee , dah terbukti yang cheq dah boleh kawin ! :D
nota lutu : pssst , sapasapa yang baca ni janji ya jangan bagitau bakal mak mertua cheq pasai kek hangit tu . janji ya ?? (:
No comments:
Post a Comment
Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)