muda-tua , sihat-sakit , senang-susah , kaya-miskin dan hidup-mati . semua tu kerja ALLAH s.w.t . mengeluh bukan caranya kita nak hilangkan segala kesulitan . kita sepatutnya berdoa kepada Yang Maha ESA supaya apa yang jadi dan akan jadi dipermudahkanNya . setiap hambaNya adalah tanggungjawabNya . samada kesenangan atau kesusahan . yang penting doa . . .
Adik .. memang mak aku ada cerita kat aku sebelum ni yang adik aku dah berapa kali tarik sawan . first time dia kena waktu malam masa dia tidoq . nasib baik adik aku , iaitu abang dia perasan . berbuihbuih mulut dia . time tu aku kat melaka . Ya Allah betapa aku sangatsangat risau .
adik aku istimewa . kurang upaya . sejak dilahirkan dia seorang kanakkanak yang istimewa . Alhamdulillah sebab semua ahli keluarga boleh terima dia . semua sayangkan dia . dulu masa aku kecikkecik aku tak boleh nak terima dia . sebab aku rasa dia cuma akan menyusahkan mak aku . tapi bila dah besar dah boleh pikir baik buruknya , aku sedar sebenarnya tu salah satu cara Allah nak tunjukkan kasih sayangNya kat keluarga aku .
berbalik kepada adik aku . fizikalnya memang normal , macam kita juga . cuma dia tak dapat nak gunakan macam mana kita . sekarang umur dia sudah pun meningkat remaja , 16 tahun . tapi dia cuma mampu melihat kawankawan yang sepatutnya menjadi rakannya di sekolah bermain berkeliaran setiap hari . aku tahu perasaan dia , mesti sangat sedih kerana tidak dapat bersama mereka . tapi apakan daya , kita hanya mampu merancang . segalanya ditangan Allah .
Adik .. dia paling rapat dengan mak dan ayah aku ja . kalau la ditakdirkan ayah dan mak aku takdak satu hari nanti , apa perasaan dia . tak kan ada sapa yang tahu sebab dia bukan macam kita , tahu nak meluahkan perasaan . apa yang dia rasa cuma dia yang tahu . kita yang macam ni sedia elok fizikal dan mental pun akan terasa kehilangan orang yang rapat dengan kita , apatah lagi dia . sudah la rasa sedih tapi tak dapat nak luahkan ataupun ceritakan kat sesiapa pun .
aku berharap sangat hati dan sayang aku untuk dia takkan berubah sampai bilabila . tadi bila aku tengok sendiri dia tarik sawan , Subhanallah aku sangat takut . mengalir airmata aku sambil cuba menenangkan dia . sementara menunggu ayah aku basuh tangan (ayah tengah makan nasik) aku selawat kat telinga dia , aku urut leher dia . langsung tak ada perubahan sampai ayah aku yang sememangnya lebih mahir yang datang tengok dan uruturut leher dia baru la dia ok . Maha Kuasa ALLAH . selamatkanlah adik aku walau dia mana saja dia berada . jauhilah adikku daripada kesusahan lagi . berikanlah kesempurnaan kepada dia Ya ALLAH . . .
nota lutut : sesiapa yang terbaca , tolong la saya merayu samasama aminkan doa saya yaa ! (:
No comments:
Post a Comment
Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)