Siapa pernah dengar pasal PCOS? Bahaya ke?
Keyra percaya ramai yang tak pernah dengar dan tak tahu pun pasal PCOS kan. Jangan risau, normal kita sebagai manusia biasa memang macam tu. Sudah terhantuk baru terngadah. Sudah kena baru mahu ambil tahu.
Jadi hari ini InshaAllah keyra nak kongsikan sedikit info mengenai PCOS.
Buat pengetahuan anda, PCOS atau dikenali sebagai Polisistik Ovari Sindrom adalah penyakit yang terjadi kepada wanita yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur. Ramai yang ambil ringan dengan masalah haid tidak teratur kan? Sebab masalah ini bukan seperti penyakit lain yang kita dapat rasa kesakitannya secara zahir, tetapi tanpa kita sedar sebenarnya organ dalaman kita sedang sakit! Rahim kita dalam bahaya.
PCOS adalah penyakit sistem reproduksi (berkaitan dengan rahim) yang disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang. PCOS akan mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur berkualiti dari ovari. Kesannya ini akan mengganggu sistem metabolisme dan kardiovaskular (jantung).
Wanita berumur 20-30 tahun berisiko tinggi untuk mengalami PCOS. Ya, tidak semua daripada mereka yang mempunyai masalah haid tidak teratur berisiko untuk mengalami PCOS, tapi 90% daripada mereka mengalami PCOS. Portion yang banyak tu!
Jangan tak tahu ye, gadis seawal 17 tahun sudah berisiko dijangkiti PCOS jika masalah haid tidak teratur masih diambil ringan.
Tetapi jangan risau, ianya bukanlah penyakit keturunan.
Antara simptom yang kita boleh detect yang boleh menyebabkan PCOS adalah seperti haid tidak teratur, berat badan naik mendadak, rambut gugur dengan banyak, dan bulu roma yang tumbuh luar biasa.
Jangan risau, setiap penyakit kan ada penawarnya. Jika anda sedang alami beberapa daripada simptom diatas, jangan bertangguh lagi untuk mencari penawarnya. Bukankah mencegah sejuta kali lebih baik daripada mengubati?
Jom keyra kupaskan setiap satu simptom yang dialami dengan vitamin apa yang bersesuaian untuk anda ambil.
1. Haid Tidak Teratur
○ Alfalfa Complex - detox darah
○ GLA Complex - ransang haid, jaga rahim
2. Stress & Depression
○ B Complex - hapuskan hormon stress & darah gemuruh
○ Vita-C - ransang hormon ceria
3. Berat Badan Naik Mendadak
○ Omega Guard - bakar lemak
○ Cinch Tea - kurangkan selera makan
○ Cinch Shake - beri rasa kenyang lebih lama, meal replacement
4. Tekanan Darah Tinggi
○ Omega Guard - kawal tekanan darah
Dan kalau anda ada alami simptom yang lain boleh terus contact keyra untuk dapatkan vitamin yang bersesuaian ye. Jom sama-sama kita jaga harta paling berharga yang dikurniakan kepada kita sebagai seorang wanita.
Keyra,
012-5687714
Yang Pernah Ada Masalah Haid Tidak Teratur
No comments:
Post a Comment
Hai! Terima kasih sudi singgah sini. Selamat Berkenalan :)