Pages

Thursday, 30 June 2011

bila dalam hati ada taman

kekasih / buah hati / mata air / dan pasangan hidup . sebenarnya semua tu memang dah jadi lumrah hidup seorang manusia kan . semua orang nak disayangi , dikasihi . maksudnya semua orang nak ada orang kesayangan . tapi . .

semua tu bergantung pada seseorang itu sendiri macammana dan bagaimana mereka nak kendalikan keadaan yang sedang berlaku dan akan berlaku . ada pepatah mengatakan "CINTA ITU BUTA" . betul ka ? ehh , sebelum tu nak tanya . CINTA tu ada mata ka , apa kes pulak tibatiba CINTA buta ? CINTA cucuk mata sendiri macam Kassim Selamat ka ? sebenarnya kita yang buta disebabkan CINTA . .

bila CINTA , semuanya indah belaka .
bila CINTA , yang buruk nampak cantik saja .
bila CINTA , yang busuk jadi wangi semata .
bila CINTA , semuanya sayang punya .
bila CINTA , status kat FB semuanya pasai (pasai = tentang) dia .

I love you ________ !!
I miss you ________ !!
I always think about you my love !

pssttt . . contoh ja tu , tak tau la kalau ada yang lagi power . hehe . tapi semua tu bergantung pada spekulasi masingmasing . maksudnya , bergantung pada pemikiran dan tanggapan masingmasing . ada yang tak kisah dengan merpati dua sejoli itu , dan sebenarnya percaya lahh ramai yang rimas sedikit kisah dengan semua tu . cuma malas nak panjangkan cerita . bukan setakat status di FB tetapi ada jugak yang jadikan belog sebagai tempat membuktikan CINTA terhadap pasangan masingmasing . 

ehh heloo , rasanya tak perlu kot nak share semuanya sebab tak ada sapa pun yang berminat nak ambik tau . ada yang berlakon / purapura ambik tau pun sebab nak jaga hati kawan . hey orang lain pun bercinta jugak , malahan yang dah salam tok kadi , tapi tak ada pun over macam kalian .

haha . terasa macam cheq pulak yang over . sebenarnya semua ni tak ada kena mengena dengan sesiapa pun . ada jugak pasangan bercinta di FB yang ok / bagus . semuanya bergantung kepada setiap individu itu sendiri . kita pun tak boleh sesedap mengata kat orang . kalau jadi kat kita balik nanti , naya ja !

nota lutut : mintak dijauhkan la , InsyaALLAH cheq takkan jadi macam tu (: . peace yaw !

Wednesday, 29 June 2011

gilakan bunga

sunflowers . indahnya . . .

roses . cantiknya . . .

entah kenapa tibatiba menjadi sangat taksub terhadap bunga . sangat menenangkan hati . sedap mata memandang . 

nak tengok banyak lagi bunga , cuba melawat Mr. Google . mesti dia ada banyak ladang bunga . hehe

nak cerita sikit kisah bunga dalam hidup cheq ni . dulu ada orang pernah hadiahkan bunga kat cheq tapi cheq tak suka sangat bunga masa tu , so cheq pandang remeh ja la hadiah dia  tu . bunga tu pun cheq tak tau cheq letak mana . teruk kan cheq . huhu .
 tapi sekarang sangatsangat menghargai bunga . cantik dan menenangkan . . .

nota lutut : ada sapasapa nak hadiahkan cheq bunga ? hihi


Tuesday, 28 June 2011

first try

Assalamu'alaikum (:

actually , me myself don't know what I should write for this entry . as requested by my sister , she asked me to write an entry in English . first of all , before I start talking nonsense , I want to apologize to who had read this entry . I am not so good in English , but not so bad as well . 

I am not so good in English writing , so then how about my speaking in English . must be worst right ? but I'll try my best and harder to improve my vocabulary . pronouns ? not so bad laa . but my vocabulary were so bad . I had very little words in my mind . because of that , I can't write and speak English very well . pity of me !

but , I keep holding these words . "as long as you have efforts , it is possible for you to achieve your dream " . I think that's all for this time . thousand of sorry if anyone of you can't my broken English . as what I'd mentioned before , this is my first try to post an entry in English ! (:

knee note : haha . funny rite ? hihi

Monday, 27 June 2011

menu orang sakit

hari ni cheq kena masak sendirian sebab mak cheq tak berapa sihat . peningpening kepala sikit . terpaksa la cheq yang masak .
baca . TERPAKSA . haha . 

ikan termenung , tapi kalau kat tempat lain cheq taktau la orang panggil apa . (cheq ni lemah sikit babbab nama ikan ni) sayur ada macammacam . kubis , kubis bunga , lobak merah , cendawan / kulat dan putik jagung . haa , bagi seorang gadis yang tak minat masak macam cheq ni , dah sahsah la cheq jadi tak tentu arah taktau nak masak apa .

pikiaq punya pikiaq , cheq dapat idea yang best . mudah dan cepat . ikan cheq goreng dan buat masak pindang . main hentam ja . main campakcampak (nak belagak macam cheff ja . haha) ja . bukan tak pernah buat pindang , tapi sebab jarangjarang sangat muka ni masuk dapur tanpa disuruh , tu yang lupa habis semua . cheq tumis bawang merah , bawang putih dengan halia . masukkan serai , tambah air . masukkan ikan , siap ! mudah kan ? haha. masakan orang yang  tak pandai  jarang masak . 

 sayur pulak buat ja sayur campur , senang ja pun . haha . siap la sudah makan tengahhari untuk orang sakit . HAHA 

nota lutut : pembetulan di tajuk entri . hihi

finally !

Assalamu'alaikum w.b.t. alhamdulillah . akhirnya cheq dah selesai bayar yuran untuk semester baru . terima kasih untuk kawan baik cheq merangkap sayang cheq . (haha sayang ka) iaitu Cik Intan Hafinaz . sebab dia dah teman cheq tadi . best dapat keluaq dengan dia walaupun sat ja . jalanjalan pusing Parit Buntaq (yang tersangat la panas) . cheq yang merancang nak beli kasut tapi lastlast dia yang beli kasut sampai tiga pasang . haha

walaupun dapat keluaq sat ja cheq seronok sangat , sempat jugak singgah makanmakan . hehe . makan bakso lagi tau . dah lama gila tak makan bakso kat tempat kegemaran cheq . sedap sangat . puas ! lepas ni memang raya pulak la dapat jumpak dia . sebab hari jumaat ni dia dah nak balik . cuti dia dah habis . nasib baik la cheq pun minggu depan dah nak balik . kalau tidak terkontang kanting cheq sorangsorang kat kampung . huhu

nota lutut : ehh , tajuk entri macam tak kena jaa :p

Sunday, 26 June 2011

result oh result

alamak !! rasa macam nak menangis pun ada . . huu . tu la gatai sangat tangan nak check result , kan dah membantutkan mood :( . tapi lambat atau cepat akan tau jugak result dan takkan ubah apaapa pun . result tetap yang sama .

waaaa . . . sedihnya . result cheq jatuh ok . walaupun tak jatuh banyak tapi tetap jatuh . adesss .. ni la padahnya kalau mainmain belajar tu . takutnya cheq nak bagitau kat sapasapa pun . bak kata siti nurhaliza , biarlah rahsia . arrggghhhh !! takutnya cheq :( . hujung minggu kakak cheq balik . mati la cheq , mesti dia tanya pasai cheq punya result . nak cakap apa ni . hadoihh . tu la kira , orang suruh belajar awak mainmain . terima la padahnya . sumpah lepas ni kena plan betulbetul aku punya daily . 

jangan banyak main lagi kira ! FOKUS !! yang dah lepas tu nak buat macam mana , tu ja la rezeki yang ALLAH bagi . setakat mana usaha kita setakat tu ja la yang ALLAH bagi . tapi Alhamdulillah , masih lagi dalam lingkungan DEKAN . hehehh . 

lepas ni , FOKUS ! FOKUS ! FOKUS ! jangan nak layan jiwa banyak sangat . (sem lepas ter"terjebak dengan masalah cintan cintun ni") lepas nih kena kurangkan bendabenda yang tak ada kena mengena dengan belajar . yang penting ingat mak ayah (muhasabah diri ~ ngeeee) . 

nota lutut : harap encik ayam saya baca ! :D

Saturday, 25 June 2011

rancangan cuma tinggal rancangan

patutnya hari ni cheq nak keluaq . setelah sebulan lebih rancang nak keluaq . tapi apakan daya kita cuma mampu merancang (ayat nak poyo ja) . sedih gila (sangatsangat) kerana apa yang dirancang setelah sebulan lebih tak dapat ditunaikan . apa benda ??



macam ni cheq dah rancang dengan kawankawan cheq nak keluaq main bowling . berapa kali hujung minggu dah , plan punya plan tapi apa pun tak jadi . sedih gila . satu ja masalah . takdak transport . kalau nak ikutkan sakit hati ni memang cheq dah mention nama orang yang selalu menggagalkan rancangan cheq ni . tapi tak payah la , tak elok mengaibkan orang . haisshhh , geram sangatsangat . 

janji cuma tinggal janji . tiaptiap minggu janji macammacam . sapa tak sakit hati bila dia kata ok minggu ni boleh , tapi lastlast minit tak dapat pulak . kata la sepatutnya esok kita punya planning , malam ni baru nak bagitau tak jadi . macammacam alasan dia cipta . pikir aku bodoh sangat ka ??? kita ni yang dah rancang dengan orang merata terpaksa cipta seribu satu alasan nak cancel . takkan nak bagi alasan yang sama tiaptiap minggu kan . ok fine , lepas ni cheq takkan mintak tolong dia dah (nama ja adik beradik) , apaapa pun . InsyaALLAH .. cheq terasa sangat dengan perangai dia sejak akhirakhir ni . semuanya yeoja chingu dia jaa . sabaq kira , sabaq !

Thursday, 23 June 2011

sayang adik

muda-tua , sihat-sakit , senang-susah , kaya-miskin dan hidup-mati . semua tu kerja ALLAH s.w.t . mengeluh bukan caranya kita nak hilangkan segala kesulitan . kita sepatutnya berdoa kepada Yang Maha ESA supaya apa yang jadi dan akan jadi dipermudahkanNya . setiap hambaNya adalah tanggungjawabNya . samada kesenangan atau kesusahan . yang penting doa . . .

Adik .. memang mak aku ada cerita kat aku sebelum ni yang adik aku dah berapa kali tarik sawan . first time dia kena waktu malam masa dia tidoq . nasib baik adik aku , iaitu abang dia perasan . berbuihbuih mulut dia . time tu aku kat melaka . Ya Allah betapa aku sangatsangat risau .

adik aku istimewa . kurang upaya . sejak dilahirkan dia seorang kanakkanak yang istimewa . Alhamdulillah sebab semua ahli keluarga boleh terima dia . semua sayangkan dia . dulu masa aku kecikkecik aku tak boleh nak terima dia . sebab aku rasa dia cuma akan menyusahkan mak aku . tapi bila dah besar dah boleh pikir baik buruknya , aku sedar sebenarnya tu salah satu cara Allah nak tunjukkan kasih sayangNya kat keluarga aku . 

berbalik kepada adik aku . fizikalnya memang normal , macam kita juga . cuma dia tak dapat nak gunakan macam mana kita . sekarang umur dia sudah pun meningkat remaja , 16 tahun . tapi dia cuma mampu melihat kawankawan yang sepatutnya menjadi rakannya di sekolah bermain berkeliaran setiap hari . aku tahu perasaan dia , mesti sangat sedih kerana tidak dapat bersama mereka . tapi apakan daya , kita hanya mampu merancang . segalanya ditangan Allah . 

Adik .. dia paling rapat dengan mak dan ayah aku ja . kalau la ditakdirkan ayah dan mak aku takdak satu hari nanti , apa perasaan dia . tak kan ada sapa yang tahu sebab dia bukan macam kita , tahu nak meluahkan perasaan . apa yang dia rasa cuma dia yang tahu . kita yang macam ni sedia elok fizikal dan mental pun akan terasa kehilangan orang yang rapat dengan kita , apatah lagi dia . sudah la rasa sedih tapi tak dapat nak luahkan ataupun ceritakan kat sesiapa pun . 

aku berharap sangat hati dan sayang aku untuk dia takkan berubah sampai bilabila . tadi bila aku tengok sendiri dia tarik sawan , Subhanallah aku sangat takut . mengalir airmata aku sambil cuba menenangkan dia . sementara menunggu ayah aku basuh tangan (ayah tengah makan nasik) aku selawat kat telinga dia , aku urut leher dia . langsung tak ada perubahan sampai ayah aku yang sememangnya lebih mahir yang datang tengok dan uruturut leher dia baru la dia ok . Maha Kuasa ALLAH . selamatkanlah adik aku walau dia mana saja dia berada . jauhilah adikku daripada kesusahan lagi . berikanlah kesempurnaan kepada dia Ya ALLAH . . . 

nota lutut : sesiapa yang terbaca , tolong la saya merayu samasama aminkan doa saya yaa ! (:

Wednesday, 22 June 2011

renovate sardin

malam semalam mak cheq masak sardin untuk makan tengahhari . kat mana silapnya tak tau la sardin tak rasa sardin . rasa pedas dan manis yang terlebih . mungkin terlebih cabai (cili) dan gula . sebab tu la rasa sardin lari entah ke mana . senang cakap rasa sardin hilang la . selalunya kalau masak sardin memang laku habis sebab anak buah cheq memang gila sardin . tapi nak dijadikan cerita lebih berlambaklambak lagi . pagi tadi bangun tidoq cheq tengok banyak lagi dalam belanga (kuali) . tak kan nak buang pulak kan . membazir namanya tu . 

pikiaq pi pikiaq mai , cheq ingat nak renovate la masak sardin tu . mulanya untuk makan tengahhari nanti . mulamula cheq panaskan dulu lebihan yang sardin yang tak berapa nak jadi semalam tu . lepas tu cheq perah air asam jawa dan masukkan dalam belanga sardin tu . dan siap . rasa dia pun berubah . daripada manismanis pedas jadi masammasam pedas . anak buah cheq yang memang kuat makan tu terus cedok kuah sardin tu dan makan dengan roti . 

makteh buat sardin lagi ka hari ni ? semalam buat dah hari ni buat lagi .

awat tak sedap jugak ka?

yang makteh buat semalam tak sedap . yang hari ni punya sedap la . ka tok yang buat ni ?

haa , tok yang buat tu .

haha . see , sapa kata cheq tak reti masak . memang pun dulu pernah buat kek hangit cheq tak dak la teruk sangat . tadi cheq ada gitau kan yang sardin selepas renovate ni cheq nak buat makan tengahhari tapi dah licin ok . belum sampai pukul 12 lagi . heee . weeee , dah terbukti yang cheq dah boleh kawin ! :D

nota lutu : pssst , sapasapa yang baca ni janji ya jangan bagitau bakal mak mertua cheq pasai kek hangit tu . janji ya ?? (:

untuk apa blogging ni

ada orang tanya awok . kenapa tak guna cheq ? ehh , mulamula memang pernah bercadang macam tu tapi takut tak kena pulak . okok , kalau tu laa permintaannya , cheq mula dengan entri ini ok . harapharap "dia" berpuas hati . (:

eheh , macam lari tajuk ja . adehh . untuk apa blogging ni ? salah seorang sibling cheq tanya . okok , sini cheq nak terangkan . sebenarnya tak ada apaapa pun . kira macam diary la . tapi tak ada la sampai nak ceritakan semua dalam kain yang berlaku . ada certain things yang cheq tak akan jadikan sebagai salah satu entri dalam belog ni . hidup masingmasing kan . semua orang boleh bercakap . tak ada sesiapa pun boleh halang . hak masingmasing . ada cakapcakap yang positif , kita boleh ambik sebagai panduan dan muhasabah diri . dan tak kurang jugak yang bercakap negatif . so pandaipandai sendiri la nak menilai . menilai dan tapis yang mana rasanya tidak perlu dalam hidup .

bukan nak cakap cheq ni perfect , tapi samasama la kita renung balik apa yang jadi dalam hidup seharian kita . cheq ni pun banyak kekurangan tapi apa yang boleh di ambil sebagai panduan jangan la kita abaikan . orang kata hidup ni banyak yang kita kena belajar . banyak lagi yang kita kena minta tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman . hey , jangan salah faham . cheq bukan bercakap untuk memalukan sesiapa atau bercakap ikut sedap mulut . bukan juga bercakap saja sukasuka . cheq juga sedang muhasabah diri sendiri . 

nota lutut : ala2 ustazah pulak ! haha (:

Tuesday, 21 June 2011

kolej sudah memanggil

barubaru ni awok dapat surat daripada kolej . surat tersebut mengatakan semua pelajar lama perlu mendaftar untuk semester baru pada 7 Julai 2011 . aiseymen ! tinggal tak berapa hari ja lagi awok punya cuti . huhu . tapi seriously tak sabar nak mulakan semester baru , semester tanpa JPAM ! bhahaha .. OMG2 ! sangat seronok .. tak payah lagi berjemur tengah panas tiaptiap hari jumaat . tak payah lagi tambah dosa (mengutuk student trainer yang suka marah2) yang sememangnya dah bertimbun ni . haha

--> yuran belum bayar . (kena bayaq kat pejabat MARA)
--> tiket bas belum beli
--> barangbarang meratarata awok letak .
--> baju baru belum beli . (the most important ni (:)

tak mengapa , banyak lagi masa . itu ja la ayat famous . bila mak ayah mula bising baru la kalut . haha . tabiat nak buat macam mana . suka sangat buat kerja last minute . orang kata hidup ni perlukan cabaran ! haha . cabaran la sangat cik kira oi . 

lagi satu sebab tak sabaq nak masuk semester baru ialah adanya JUNIOR yang sebetulbetul junior . means ? yela , sebelum ni punya junior yang paling muda pun sama umur dengan awok . haha . semester tiga lah masanya nak tunjuk belang seorang senior . HAHA ! (gelak jahat)

panggil kak kira ja . asai (asal) mana ni ?
macam mana tempat ni ? nanti lamalama besa laa . akak dulu pun macam hampa jugak .
ambik course apa ? kalau x paham apa2 bleh tnya akak . 
jum teman akak joging !

antara dialogdialog yang awok tak sabaq nak ajukan kepada merekamereka yang bakal menghuni blik A109 . HAHA ! (lagi sekali gelak jahat) . eheh , awok bakal kakak senior yang baik apa . sangat ambil berat . tapi tu dialog minggu pertama ja. hihih .

nota lutut : pakcik ayam saya tanya . kenapa x ada entri pasai dia ? eh , perlu ka .. bhahaha

Monday, 20 June 2011

penangan Nora Elena

baru lepas melawat page Aaron Aziz di laman mukabuku . macammacam yang di post oleh peminatpeminat Aaron (kononnya) laa . (termasuk saya) hihi . tapi rasanya ramai yang lebih meminati Seth Tan kot , disebalik Aaron Aziz . hehe . 

skrg klu nk tgk drama tv, mst tnya dulu, abg aaron de belakon x? klu xde jgn hrp nk tgk... hihihiihii

miss u seth, arghhh....it's killin' me :(

haha . antara yang di"post" oleh peminatpeminat beliau . apa nak dikata ? bukan nak perlekeh Aaron Aziz . tapi kalau dulu awok melawat page Aaron Aziz tak la sehangat selepas ditayangkan drama Nora Elena . tapi kira ok la tu sebab semua ni membuktikan yang lakonan Aaron Aziz berjaya kan ? tahniah !(:

tapi awok sendiri tengok temubual bersama Aaron Aziz , dan beliau sendiri mengaku bahawasanya (over la Kira ! haha) Aaron Aziz dan Seth Tan adalah dua watak yang berbeza . see ... dah terbukti ok ! so rasanya tak payah la nak tergila-gilakan Aaron Aziz sangat . tapi nanti ada pulak yang kata , "ehh salah ka kalau suka tengok Aaron" .sapa kata salah ? tak salah pun cuma tak payah la nak melebihlebih kot . 

aaron! deeply. madly in love with u! hehe

i soo faall in ♥ wif u aaron:)

kalo abg aaron belakon msti best..!!!!!3:)...

eheh , kesian dekat pengarah/penulis skrip . yang bagus semuanya Aaron . tak boleh la gitu kan . hihi . tak salah kalau nak memuji tapi rasanya tak perlu la "over" . oppsss !(:

ini cuma pendapat awok saja . awok pun salah seorang yang minat Aaron Aziz tapi takda la sampai nak post macammacam yerk . tak payah la kita nak agungkan sangat artis ni . ehh , biasa la nama pun manusia . mesti la banyak ragamnya . so chill ! :)

nota lutut : tengok slot "Stanza Cinta" pulak . hihi

Thursday, 16 June 2011

baru aku perasan

sedar tak sedar dah dekat sebulan awok cuti semester . isshhh , macam tak percaya ok . bukan tak percaya apa , sepanjang cuti ni awok duduk rumah ja . langsung tak keluar pi mana . ajaib !! mak awok pun kehairanan dengan perangai awok .

hang tu selalu balik tak pernah nak lekat kat qumah . 

adehh . tapi memang betul pun , kalau dulu awok cuti mana pernah tak keluar . haha ! ada saja la planning nak pi manamana . tapi kali ni punya cuti awok duduk rumah ja . konon nak dapat title anak mithali la tu . choi ! perasaan la kamu Kira . tapi sebenarnya bagus juga duduk terperap kat rumah ni . kulit awok yang sememangnya tak berapa nak putih ni dah jadi cerah sikit . suka sungguh awok tengok . kalau sebelum ni bukan senang nak tengok kulit awok cerah , gelap gelita . padah suka merayau . haha ! 

tapi satu ja la yang tak berapa nak baguih (bagus) bila cuti duduk kat rumah . walaupun kulit awok makin cerah tapi awok asyik makan ja . adehhh . mati la awok ! masa awalawal start cuti kononnya plan nak diet . tapi biasa la kan , bila kita dah duduk kat rumah sendiri . makan takdak sapa nak control . semua awok sebat ! tragis betul laa .. tapi kan , sapa tahan dengan masakan emak . betul tak ? bukan selalu dapat makan sejaksejak awok dibuang negeri . huu . eheh , jangan salah anggap , dibuang negeri maksud awok , awok la yang kena belajar jauhjauh . sedih kan .. tapi takpa , nanti kita dah balik MPCAM kita start balik diet ok . hehe ! 

nota lutut : target saya 55 kg ok ! :D

selamat hari bapa



semua orang mesti sayang kat ayah / bapak / papa / abah / walid / abi masingmasing rite ? saya sayang sangat kat ayah saya ok . ayah saya dah banyak sangat berkorban untuk saya . tak sanggup nak buat beliau kecewa lagi . pernah buat beliau kecewa ka ? pernah . . dengan keputusan PMR dan SPM yang tak seberapa . huu . maaf ayah ! janji lepas ni orang tak mainmain lagi . ada puisi untuk ayah . . . sebagai penutup hari bapa ! love u ayah .. !!

Ayah ...
Kerut di dahimu terkadang membuat aku risau 
Rambut putihmu memberiku ketenangan
Keras suaramu memberiku kekuatan 
Lemah tubuhmu membangkitkan semangat

Ayah ...
Kemarahanmu adalah petunjukku
Nasihatmu adalah jalan lurusku 
Kesedihanmu adalah kelemahanku
Kegembiraanmu adalah kekuatanku

Ayah ...
Ketika hidup berliku 
Kau bimbingku mengharungi hidup
Ketika kawan menjadi musuh 
Kau selalu ada untukku
Ketika asa terputus
Kau suntikkan semula

Ayah ...
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga

Ayah ...

Jika mungkin ku terlahir kembali
Ku ingin kau jadi ayahku lagi.

nota lutut : nukilan Misz Ladybird :) <tapi ada juga buat rujukan :p>

Wednesday, 15 June 2011

frust gila

semalam gerhana bulan kan ? frust gila aku sebab tak bangun !! grrrr .. patutnya semalam aku dah nak tidoq (tidur) dah . dalam pukul sebelas macam tu dah baringbaring atas katil lepas yayut (gayut = telefon) dengan pakcik awok . pusing ke kiri tak kena , pusing ke kanan tak kena . haaiissshhh !! awat ni ? mata pun tak mengantok lagi , tapi asyik menguap tak berhenti . 
kenapa susah sangat nak lelapkan mata  ni ?? adehhh .. dekat luaq pulak cerah semacam ja . mak lupa tutup lampu ka ? awok pulak dengan malas dan berat hati tak bangun tengok . alihalih tengok jam dah pukul satu setengah . bayangkan awok baring dalam masa lebih dua jam tanpa buat apaapa . aduhai .. 
awok sendiri tak perasan pukul berapa awok tidoq . tapi last awok tengok jam dah pukul dua suku . 
bangun pagi baru awok teringat yang semalam awok ada baca ramai status kawankawan awok kat mukabuku pasai gerhana bulan . ruginya ... kenapa la tak teringat dari semalam . tapi tu la orang kata kan , kalau dah memang ditakdirkan takdak rezeki . tapi sumpahh awok frust gila sebab peluang dah ada tapi still tak dapat . redha aja laa .. awok mampu tengok kat sini ja GOOGLE MOOGLE . . . tu pun ada kawan awok yang suggest .


nota lutut : lepas ni kalau jadi gerhana lagi sapasapa tolong inform ya ! :D

yang bersalah berhak terima peluang kedua - seth tan


ehh , rasa macam nak menjerit pun ada . terasa tersangat lah tension . lamalama macam ni boleh pecah kepala hotak aku . sebenarnya aku sendiri tak pasti samada entri ini patut ada ataupun tidak . arrggghhh !! ... 

ok aku maafkan hang , tapi kita tak mungkin macam dulu lagi .
tu antara hang dengan dia , takdak kena mengena dengan aku .

dua ayat tu betulbetul buat aku serabut selama lima bulan . memang orang tengok luaran aku hepi / gembira / seronok tapi dalam hati . memang betul kan , bukan susah untuk purapura ketawa . hanya mereka yang memahami saja yang akan perasan akan ke"fake"an ketawa itu . haha ! aku mengaku aku ni memang suka cari masalah , tak pikir panjang . dah buat baru aku pikir . akibatnya diri sendiri yang sakit .

memaafkan memang mudah tapi melupakan sangat susah . ok aku faham situasi dia . stop it kira ! tapi kenapa orang sekeliling aku turut nak menghukum aku . padahal ada yang kata "tu antara aku dengan dia" . then kenapa mesti nak hukum aku juga . 

kalau boleh aku nak lari dari semua ni . aku nak pergi satu tempat yang tak ada sesiapa kenal aku . aku nak jauh dari semua orang . tapi mustahil kan ? lari dari masalah cuma akan memburukkan keadaan . aku dah tak tau nak buat macam mana lagi . sumpah aku jeles / cemburu tengok mereka yang sangat mesra . tapi apakan daya aku bukan lagi salah seorang daripada mereka . sangat menyakitkan . 

kadangkadang aku boleh terima semua ni . aku redha sebab memang salah aku , tapi  kan .orang yang salah berhak menerima peluang kedua kan . dah macammacam aku buat . mesej aku memang dah sahsah tak balas . dalam mukabuku pula kalau ada nama Nurul Shakirah yang menegur pasti dia akan remove status itu . aku betulbetul terasa dengan sikap mereka . tapi aku tak salahkan mereka kerana mereka tak tahu perkara yang sebenar . memang apa yang aku buat tu tak patut dimaafkan tapi aku buat bersebab . bodoh kan aku ? kerana lelaki kawan jadi mangsa !! 

menyesal kemudian tak guna . masa buat taknak pikir . tanggung la sendiri akibatnya . apa yang jadi dah pun jadi . masa tak boleh di patah balik . YA ALLAH , AKU MEMOHON PADA-MU SUPAYA LEMBUTKAN HATI MEREKA UNTUK MENERIMAKU SEMULA DALAM HIDUP MEREKA . AMINN ... (tolong ya , samasama aminkan doa aku :) TQ)

nota lutut : entri kali ni agak personal . harapharap tak ada yang baca ! ouucchhh :)

seorang cikgu kah aku ?

haha . tajuk entry macam lawak ja . NURUL SHAKIRAH mengajaq ? even mengajaq budak sekolah rendah ja pun tapi still orang panggil mengajaq kan . awok mengajaq anak buah awok petang tadi . susah jugak sebenaqnya mengajaq ni . awok yang secara tak sengaja jadi cikgu yang tak bertauliah ni pun terasa juga penat dan susahnya . disebabkan awok ni memang agak terer subjek matematik sejak dari sekolah rendah lagi , jadi sudah semestinya matematik la awok mengajaq anak buah awok tadi . adehh . sangat susah mengajaq budak yang sangat suka bertanya . sampai ada soalansoalan dia yang buat awok kena pikir nak jawab . 

makteh.. kenapa orang mesti buat nombor mula dengan satu ekh ?

adehh lagi . awok terus tukar topik . kelu lidah awok nak menjawab . tibatiba terasa kerdilnya diri ni . (sempat lagi muhasabah diri) tu la kan , betul apa yang orang cakap . sebenarnya semua benda yang kita tengok tak semudah yang kita sangka . memang patut la ada cikgucikgu yang kadangkadang ter"over" marah pelajar mereka . macammacam pe'el . awok baru control sorang dah rasa macam nak bersilat pun ada tadi . (over la kamu kira oi) 

masa tengok balik bukubuku darjah empat anak buah awok punya tadi , tibatiba terpikir 

"kenapa la aku tak boleh jawab dulu . padahal senang ja soalan2 dia"

adehh lagi . haha . mana sama kan mentaliti kita dulu dengan sekarang . bayangkan seorang hamba ALLAH yang berumur 19 tahun menyetudi(study) balik buku untuk orang yang berumur 10 tahun . haha . renungrenungkan lah . tapi best juga sebenarnya jadi cikgu yang tak diiktiraf ni . seronok .. besok awok nak jadi cikgu lagi ! hee ~ malam ni awok kena study la , mati awok kalau anak buah awok tanya soalan cepumas lagi . tapi kalau dia tanya soalan sains memang awok hampeh sikit la jawab . dan ADEHH lagi . .

nota lutut : tak sabaq menunggu esok ! hihi

Sunday, 12 June 2011

mukabuku untuk apa ?

awok baru lepas online , mukabuku . tengah tapistapis friend yang add awok , awok ternampak satu profile pic seorang lelaki cium perempuan . awek dia la gamaknya . awok teringin nak tengok gambaq tu besar sikit sebab bila kita buat jadi gambaq profil kan dia fix gambaq tu . jadi awok pun kompomkan request dari dia . awok bukan apa , cuma nak kepastian . mana tau kotkot dia upload gambaq ka bubuh kat profil dia . kot dia saja nak buat gimix ja ka kan . haha !
bila dah kompom tu awok terus la bukak kat gambaq profil dia , hamoihh .. bukan main lagi , siap cium pipi awek dia . memang gambaq dia pun . taktau la samaada dia ka yang kurang pandai ataupun awek dia yang memang tak pandai . wallahu'alam ..
awok hairan bin pelik la . kenapa mesti letak gambaq macam tu ? untuk apa ? awok berani kerat jari yang mereka itu bukan pasangan suamiisteri pun . cuma pasangan kekasih agaknya . kalau bahagia sekalipun , rasanya tak payah kot tunjuk kat orang . bangga ka macam mana cerita ?? lepas tu ada pulak yang siap like+komen gambaq tu . adehhh !!

"sweetnyaa..semuga kekal:)"
"pasangan bahagia yaa..untung la !"
"alamak ! romantiknya ... suwiittt sangat:)"

 orang yang dah memang sah kawin pun awok tengok tak letak gambaq macam tu bagai . apa kejadahnya laa . tapi taktau la kot ramai yang suka . macammacam pe'el kan . tu baru yang kita nampak . banyak lagi sebenaqnya yang salah guna mukabuku ni . yang dekat luarnya bertudung , tapi bila muatnaik gambaq yang tak pakai tudung semua dia sapu . adehhh !! :) ni cuma pendapat awok ja . renungrenungkan lah yee ..

nota lutut : suka tengok page Heliza Helmi yang penuh dengan dakwah status beliau ! :)

Friday, 10 June 2011

ayah saya kata~

petang tadi , dalam pukul 4.45 macam tu . cadangnya nak lelapkan mata sat . bila awok tengok mak awok pun dah beransur masuk ke dalam bilik . awok pun perlahanlahan bergerak ke bilik . haha . tak sampai lima minit awok golekgolek atas katil , adik awok masuk bilik awok dengan kerusi roda dia . (untuk pengetahuan adik awok special) . 
terkejut jugak awok bila bukak ja mata (tak tidoq lagi, pejampejam mata ja) nampak adik awok kat tepi katil .

kak nak doq ka ? (kakak nak tidoq ka)

awok pun tanya la kat dia kenapa dia tanya awok macam tu kan . dia senyap ja . sengihsengih . awok bawak dia keluar bilik . awok tolak kerusi roda dia . patut la dia tanya awok macam tu , ruparupanya takdak sapa dah kat depan(ruang tamu) . mak awok tidur dalam bilik , ayah awok pulak tengah mandi . awok kesian tengok dia sorangsorang awok pun ajak dia main carom(betul ka eja macam ni?) . padahal mata awok ni mengantok sangat dah ni . tapi layan la jugak dia sebab nanti kalau awok pun tidoq tinggal dia sorang pulak . 
sampai lastlast awok menang tau . ahhahahah . 
lepas tu ayah awok yang dah siap mandi dan solat asar mai tengok kami . tau ayah awok kata apa ?

baguih kakak hang ni adik oi , sanggup teman hang . (sambil usapusap kepala awok) 

Ya Allah , dah lama rasanya ayah awok tak usap kepala awok macam tu . dulu tyme sekolah lagi selalu la , boleh kata tiaptiap hari sebab sebelum pi sekolah salam dulu dengan ayah . sekarang dah duduk kolej kat melaka nun , nak pi kelas tak dapat nak salam dah la . tak macam jauh pulak kalau nak salam .(macam mana nak buat tu ?) lepas tu kalau nak keluaq rumah pun tak bagitau dah sekarang ni , main blah macam tu ja . tak senonoh betoi !! haha . 
ayah awok memang The Best laa !!



nota lutut : saja nak highlight balik . baguih kakak hang ni ! adehh :p

Thursday, 9 June 2011

padah gosok gigi masa tengah marah~



pagi tadi , ada orang buat awok marah . awok pun dengan marahnya ambik towel nak pi mandi la ni . hati tengah panas la kata kan baik awok pi mandi nak bagi sejuk la kononnya . sebelum mandi macam biasa la mesti nak gosok gigi dulu kan . awok ambik pencuci muka yang awok ingatkan ubat gigi . terus letak kat berus gigi . tak tengok dah , kumurkumur terus letak dalam mulut la . memang nasib malang betul , dah la salah ubat gigi pastu awok tergosok gigi awok dengan kuatnya . sampai pecah gusi , pedih nak mampoih . adehhh .. pagipagi dah cari penyakit . lagi bertambahtambah panas la hati yang sedia panas ni . tapi nak salah sapa , salah sendiri la kira oi..

nota lutut : tu la orang kata , pagipagi tak elok marahmarah . mulakan pagi anda dengan senyuman . pesanan dari pihak penaja . hee

Wednesday, 8 June 2011

telefon bimbit~

zaman sekarang ni , boleh dikatakan semua peringkat umur mesti ada gadjet ni kan . teknologi laa katakan . daripada yang muda sampai yang tua . zaman awok dulu sekolah menengah baru pakai telefon bimbit . tengok kawankawan kita semua dah ada telefon bimbit kan , kita pun teringin la nak ada satu . tu pun jenuh(teruk) juga awok nak kumpul duit . baru dapat pakai telefon bimbit macam ni ja.


kira bersyukur la kan . daripada takdak lansung . seingat awok la awok ada telefon bimbit masa awok tingkatan tiga . telefon bimbit tu pun ada lagi sampai ke saat ni , cuma speaker dia dah rosak . dan dah berganti baru dah pun . tapi awok tengok anak sedara awok dah ada telefon bimbit . anak sedara awok tu baru darjah 4 dengan darjah 6 . hamoih , dasyat kan zaman sekarang . anak sedara awok yang darjah 6 tu kena pi kem kat Kulim tadi lepas zohor tadi , benda alah gadjet tu yang dia cari dulu . 

tok .. mana handphone abang ?

dia tanya kat mak awok . amboi nak pi kem teknik menjawab soalan ka nak pi teknik menggunakan telefon bimbit ? parahparah . . tapi tu la kan , telefon bimbit lagi keperluan bagi sesetengah orang tu , dah jadi macam kemahuan sebab ada yang sanggup berhabis duit sematamata nak beli telefon bimbit yang ada 3g , 4g semua .   sendiri mau ingat la kan . 

nota lutut : teringin nak beli blackberry .. waaaaaa:p

Tuesday, 7 June 2011

MimPi~

awok dah tidur sebenarnya . tidur awal hari ni . almaklumla siang tadi kan awok yang ganti tempat mak awok . hehehh . awok terjaga dari tidur sebab awok mimpi buruk . huhu . awok mimpi awok dah mati . takut juga awok bila terjaga tadi . berpeluhpeluh dahi awok . 
apa maknanya mimpi macam tu ?
awok pun tak berapa nak pasti . tapi ada orang kata kalau mimpi mati maksud dia sebalikya . maksudnya umur kita panjang la . wallahu'alam . awok pun tak berapa nak jelas dengan pendapat tu . awok tanya kat MR. GOOGLE la .. terjumpa satu blog yang ada tulis mengenai tafsir mimpi ni .

"Meski mimpi semacam ini membawa ketakutan dan kecemasan, hal ini bukan sesuatu yang harus ditakuti, karana seringkali ini merupakan simbol positif. Memimpikan kematian anda biasanya bererti ada perubahan besar yang menanti anda. Dalam sisi negatifnya, memimpikan kematian anda bisa jadi menjelaskan keterlibatan dalam sebuah hubungan yang menyakitkan atau tidak sehat, serta perlakuan yang destruktif."

awok copy paste ja ni . awok sendiri pun tak pasti mengenai kebenaran pendapat di atas . sesiapa yang ada pendapat sila la ajukan . jazakallah :)

nota lutut : mudahan umur awok dan pengujung semua dipanjangkan Allah . Amin :)

mereka ..:: mak ; ayah ::..

..::mAk::..

sebelum awok melalut apaapa . awok nak cakap awok sayang mak awok ! nama mak awok Che Wan bt Din . bukan nak cerita apa sangat . bila dah jadi seorang mak ni macammacam tanggungjawab n komitmen nak kena pegang . kita yang tengok ni pun kadangkadang rasa penat sangat . dengan nak basuh bajunya (walaupun pakai washing machine) , dah basuh nak kena jemur lagi kat luar , nak masak makannya , nak kemas rumahnya lagi . harihari buat benda yang sama . (bagi mike yang anak orang berada mungkin ada orang gaji , so takdak la mak susah payah lagi kot) bila dengar bebelan dia kadangkadang kita rasa rimas tapi bila hari ni awok buat sendiri semua keja yang mak awok buat tiaptiap hari baru awok tau apa yang mak awok rasa. sumpah sangat letih dan rasa macam nak mengamuk pun ada . 
tapi selama mak awok buat semua keja sorangsorang (dapat anak pemalas macam awok ni memang tragis butui) tak pernah lagi la mak awok mengamuk . setakat beletiaq(membebel) tu biasa la kan . salah satu cara nak hilangkan tension kot . tapi awok respect la dengan mak awok , seorang perempuan yang sangat kuat . tadi beliau sakit kepala pun beliau jenguk juga ke dapur . tengok anak dara dia memasak .

jangan risau mak , tak meletop lagi dapur ni . heheh

awok kata kat mak awok. heheh . awok taktau la awok jadi mama (highlight sikit kat situ . muehehehh) nanti macam mana . awok ni boleh dikatogarikan pemalas juga laa . harapharap nanti awok dah kawin berubah la awok punya perangai ni (pemalas) ! 

nota lutut : cehh, masak pun gagap lagi ada hati nak kawin anak dara ni ! huu


..::aYaH::..

tengah kalutkalut (kelamkabut) awok bersilat kat dapur tu sorangsorang , tibatiba awok terdengar bunyi lagu jiwang . awok jerit kat anak buah awok .

hafiz oi , yang hang dok layang lagu jiwang tengahtengah hari buta ni pasai apa , taktau ka orang penat kat dapuq ni .

anak buah awok jawab . 

orang tak buat apa pun . 

aik .. pelik jugak awok , sapa yang dok dengar lagu jiwang tengahtengah hari buta ni . ruparupanya ayah awok punya keja laa . hahahh . tau lagu apa ayah awok dengar . 

kau satusatunya - ukay's

mesti agak pelik kan bagi sorang ayah yang dah berumur 61 tahun . tapi apapun ayah awok tetap yang  
paling best . 

nota lutut : ayah awok suka butui mengusik mak awok . hihi . 

Sunday, 5 June 2011

tepuk amai2~


tengok gambaq dia pun dah cumil kan. adik dia meragam tadi, nangis. mama dengan abah dia pun tak tau nak buat macam mana dah. panggil dia la pujuk adik dia. tau dia buat apa?

Tepuk Amai-amai
Belalang Kupu-kupu
Tepuk Alyaa (nama adik dia Nur 'Alyaa Haziqah) Pandai
Mama Upah Susu
Susu Lemak Manis
Santan Kelapa Muda
Alyaa Jangan Menangis
Mama Nak Lipat Kain

haha. pandai2 dia ja la nak tukar ayat yang paling last tu. bila tengok mama dia nak mandi dia tukar la yang last tu jadi 
"Mama Nak Pegi Mandi" . . .



 cumil kan dia? anak buah awok tu. anak kakak awok yang ketiga. hehe. oppss sebelum terlupa. nama si abang ni Muhammad Aliff Haziq.

nota lutut : depa dah nak balik Tronoh petang sat gi~huhu

kawan kawin~

dasat(dasyat) kan zaman sekarang nih. orang pakat kawin muda. tak sangka betul kawan awok pong  ramai dah yang nak kawin. yang dah kawin pong ada. tapi orang kata baguih la kawin awai ni kan elak fitnah + maksiat ! tapi manusia biasa la kan. semua benda tak kena kat mata dia. kawin awal pun orang pertikai kawin lambat lagi macam2 bunyi kat belakang. pelik kan manusia ni.
bila orang sibuk hal kita pandai pulak kita nak melenting, tapi bila kita sibuk hal orang kita jugak yang nak melenting. haha ! jaga tepi kain sendiri sudeh~ minggu ni saja dah dekat seminggu kawan awok kawin (maksud awok tujuh orang la). hari ni pun ada kenduri sorang kawan awok ni. tak berapa nak rapat sangat la tapi satu sekolah la dulu. sebaya dengan awok. 19 tahun ! awok bukan nak sibuk hal orang, tapi awok nak kongsi la. suka tengok orang kawin. hehe. mendalam tu.. tapi bila teringat ja kata2 mak awok, rasa terbantut niat gatai nak kawin tu. (gatai nak kawin pun buleh pakai niat ka. haha). ingat lagi dialog cepumas nih..

awok : mak, seronok ka kawin muda ni?(sebab mak awok dulu kawin umur 16.hehe)
mak : buat sayuq (sayur) pun masin gedepang, teringin nak kawin jugak ka?
hamikaw ! adoyy.. padan dengan muka awok. kena setempek ngan mak awok. huhu.. tapi tu dulu ok. la ni awok masak sayuq dah sedap dah. (guna yang kat bawah ni) haha !

nah !! haha

dan sekarang ni kalau awok cuti balik kampung muka awok ja la yang kena buat sayuq, benda lain mak awok tak harap lagi aku buat. kalau awok nak buat dia mesti guide jugak. sat gi nak masak gulai(kari) jadi spagetti pulak. sapa nak jawab ! hadoihh.


nota lutut : mak, orang nak kawin !! ~huu~

Thursday, 2 June 2011

First And Last~

Hemo hemo.. apa yg first apa yg last? Aku la pnya hal nih.. pada tanggal 30 mei 2011, aku start qeja kat satu kedai nih. Basic dia xdak la tnggi sgt tp kira berbaloi laa sebb kedai tu dh la x besaq mna, pas tu qeja yg kna buat senang ja pong~ lap2 brg yg berhabuk~~ tp nk tau sumthing?? Pd tanggal tu jgak aku berenti. Muahahahahhh !! kenapa? Bosan doe.. bosan tahap gila. Dh la aku blah tyme break yg sejam tuh~ngeeeee~~ pas tu trus tak balik2 qeja. Mesti bos aku bengang gilaa.. oppssss, bekas bos ! hahahahahh.. tak senonoh kan aku nih? :p
Ok2 ! tak payah nk kutuk aku lbih2. aku blah bersebab ok. Cuba try test ampa pkiaq tngok.. aku msok qeja pukui 1pm .. dh sah2 aku tak dan nak semayang zohor kat umah rite? Aku mintak la kat bos aku nak kuaq semayang sat. Dia buley tak bagi.. padahal masjid depan kedai dia ja kot.. aku memang bengang gilaks laa.aku buat bodoh jaa.. kui 4 dia kata dia nak balik sat.. apa lg aku pong curi2 kuaq laa tyme dia tak dak tu. Nasib baek laa kwn aku tu kira memahami laa.. ok tu tak pa la dah lepas dah. Asaq aku tak ghisau sgt sebab aku pnya waktu break pukui 5. so pandai2 aku laa.. tp yg aku pening tyme maghrib sat gi.. dah la waktu pendek.. tak sanggup aku nak tanggung.. baek aku blahh.. nak terus terang aku takot gadoh plak kan.. tu yang aku terus blah mcm tu jaa.. nak buat mcm mna, dpt bos cina ! haiyaa ..!!



p/s : ptotnya 30 May aku dh post. tp internet wat hal lol~