Assalamu'alaikum :)
Final exam lagi dua hari ja. Bermula 6 Nov ni sampai 21 Nov. Lepas tu akan membawa diri, meninggalkan negeri Melaka yang banyak menyingkap memori, kenangan manis dan pahit, suka duka dengan kawan-kawan disini. Berakhirnya final exam ni, maka aku akan akhiri semua yang ada sekarang ni. Aku akan tinggalkan semua yang berkaitan dengan KPM, baik atau buruk, semuanya akan aku hapuskan dan sama sekali aku tidak akan bawa bersama pulang ke kampung halaman.
Mintak maaf dengan statement yang agak kasar ni, tapi aku terpaksa. Atas izin Allah, mungkin akan ada yang aku simpan sebagai kenangan yang paling indah sepanjang aku berada di bumi yang bersejarah ini. Tetapi, satu benda yang berkaitan dengan KPM cuma akan buat aku ingat semula perkara yang paling aku nak lupakan. Susah ! Payah !
Sahabat,
Kita tinggal tak berapa lama ja lagi untuk bersama, untuk bergelak ketawa, terasa hati..
Aku cuma harap persahabatan yang terjalin ini takkan berakhir seiring dengan berakhirnya kehidupan kita di sini..
Walaupun kita dari arah yang berlainan, utara dan selatan, aku harap itu bukan alasan untuk kita putus hubungan selepas ini..
Takda benda yang mudah, takda benda yang susah, yang pastinya takda benda yang mustahil. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Maaf, bukan tak consent, bukan tak ambil berat. Tapi takut nak hadapi kenyataan. Kenyataan yang kita semakin jauh. Kita tidak serapat dahulu. Banyak yang aku tak tahu, banyak jugak yang kau tak tahu. Aku redha, mungkin Allah dah begini. Siapa aku nak mengeluh, nak mempersoalkan semua. Aku hanya mampu mengikut agenda yang kau sendiri cipta, aku tak mampu nak bersuara banyak, kalau itu cuma akan membuat aku sendiri terluka. I will just follow the flow :)
Ya Allah, aku sudah tidak sanggup lagi. Cepatlah masa berlalu. Aku dah terlalu penat untuk berlakon tersenyum bahagia, terlalu penat untuk mengabaikan hati dan perasaan sendiri. Mungkin ini yang terbaik untuk aku, tabahkan hati aku Ya Allah. Tak lama dah untuk aku hadap semua ini, aku akan cuba sebaik mungkin untuk sentiasa kuat. InshaAllah :)
Benci aku kalau itu yang terbaik buatmu sahabat, lupakan aku kalau itu yang kau harapkan untuk aku lakukan kerana aku tak mungkin akan lupakan persahabatan kita.
Sayang awak kerana Allah..
No comments:
Post a Comment