Showing posts with label Natural Supplement. Show all posts
Showing posts with label Natural Supplement. Show all posts

Saturday, 14 March 2015

Vitamin C dan Udang Boleh Bawa Maut?

Assalamu'alaikum. Ohh hello! Morning ~

.

Ingat lagi tak semalam kat IG keyra ada share yang keyra ambil dua biji vitamin C sebelum tidur. Apa? Korang tak tau dan tak follow lagi keyra punya IG. Tak boleh jadi ni, macam mana boleh tak follow lagi. Kekeke~ ok perasan retis sangat kan. Ada yang nak follow, ni IG keyra_jk

.


Hmmm, berbalik pada cerita semalam. Keyra telan vitamin C dalam pukul sepuluh gitu sebelum keyra tidur. Lepas tu baru teringat, lepas solat Maghrib keyra makan mee sanggul yang ada udang as my dinner.

Ohh Mai Gaddd..!! Keyra macam pernah terbaca tau makan vitamin C selepas makan udang boleh membawa maut..!! Astagfirullah hal 'azim... Seriously memang takut sungguh semalam. Sebab seingat keyra ada orang kata la kalau kita makan vitamin C lepas makan udang hidung dan mata kita akan keluar darah.


.

Kebetulan keyra memang tengah on laptop waktu tu, laju ja keyra google pasal benda ni. Ok rasa nak menjerit sebab weyy aku tertipu..!! hahaha
Bayangkan macam mana perasaan takut bila kita tau yang kita akan mati. Hampess betul orang yang pernah bagitau keyra bahawasanya makan vitamin C selepas makan udang boleh bawa maut.



Sebenarnya tidak sama sekali. Tidak ada fakta yang kata makan vitamin C selepas makan udang boleh bawa maut. Bila keyra fikir-fikir balik, eh kan makanan kegemaran keyra tomyam dan masakan pertama yang keyra tahu masak is exactly tomyam.


Keyra oi, takkan lupa kot dalam tomyam ada udang dan perahan air limau. Hok alohh, kan limau tu sendiri kandungan vitamin C dia tinggi. Kalau kata makan vitamin C lepas makan udang boleh bawa maut, ini keyra selalu makan sekali udang dan vitamin C dalam tomyam, lama dah keyra arwah. Bukan keyra sorang, satu Malaysia ni setiap hari pun ada orang makan tomyam kan. Hmmmm tak terkira laa berapa orang yang mati akibat daripada makan vitamin C dengan udang. Sigh~



.


Kononnya vitamin C bila bertemu dengan udang akan menghasilkan unsur-unsur bukan toksik ke arsenik. Tahu tak apa itu arsenik? Kalau bahasa mudah arsenik ni racun la. Yang selalu ada dalam racun tikus tu. Sebab tu arsenik boleh bawa kematian. Uihhh, bukan main keyra cakap pasal istilah sains. Ehh hello dulu I budak Science Stream okehh. Wakakaka~ budak Science Stream celup,. dah naik kolej tetiba ambil perakaunan. Dah tu perakaunan perform lebih lagi daripada science stream. Lalalala~ kesan ikut kawan. Hmmm


Cr: Blog Dr Zubaidi

Keyra kalau ada masalah kesihatan yang keyra tak faham dan tak berapa yakin, memang keyra banyak refer blog Dr Zubaidi. Baru yakin sebab blog seorang doktor kan, hehe



Tapi kena ingat ye, macam yang Dr Zubaidi kata TIDAK ADA FAKTA MAKAN VITAMIN C BERSAMA UDANG BOLEH BAWA MAUT.



Pheww, legaa..!!


Till then people, babai #muahciked LOL



Food Lover,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Thursday, 20 November 2014

Secret Group De Amor



Oh hai readers! Pagi ni rasa nak share satu rahsia. Rahsia apa? Haa baca tajuk entri tak? Hehehe

Okay okay takmau panjang-panjang mukadimah, kita straight to the point ja la ek.


Alkisahnya secret group apa yang saya maksudkan tu? Kongsi gelap kah? Hailaaa~ Na'uzubillah!
Secret group bisnes yang saya joint ni la. Bisnes apa tu? Shaklee :)


Untuk apa secret group ni?

Okay, secret group ni macam rumah alam maya kami la. Dalam rumah tu ada nanny, ada mommy. Grand nanny(moyang) pun ada tau! Haa.. muda-muda gojes pulak tu moyang nenek semua. Kui kui. Kat sini memang macam adik-beradik dah. Bukan sekadar bercerita pasal Shaklee ja, macam-macam ada bak kata Astro! (macam-macam la sangat kalau dah cerita yg sama ulang tayang sampai 7 kali seminggu)

Back to our secret group, memang banyak group! Tapi setiap group ada kelayakan dia untuk join. Haa bukan sesuka hati ja you boleh join. Tapi ada juga banyak group yang you boleh join tanpa kelayakan asalkan serius!

Walau semua ahli dalam group ni dari serata Malaysia, tapi bersembang macam duduk sebelah menyebelah. Dan walau daku kadang-kadang saja masuk menyampuk, selalu jadi silent reader ja tetap dapat rasa kekecohan bilamana typo merata-rata.

Macam semalam daku terkena! Cehh.. Ada sorang ahli group ni hantar gambar kereta, katanya bos dia nak let go murah-murah ja sebab nak pindah ke oversea. Daku ni yang memang tengah urgent mencari kereta terus la menyampuk tanya kereta apa tu. Sekali tengok ramai-ramai reply daku terkena daaa.. Tau kenapa? Jap saya share gambarnya...

Gambar ni yang mula-mula di sent.
Beria kita ni tanya kereta apa kan.
Tengok gambar sekali imbas cenggitu ja.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ceh, betul-betul terkena daku! Geram jemahh~

Hahaha..begitulah happeningnya secret group kami. Ada yang kadang-kadang down ka sedih ka, mesti sekejap ja. Sebab ramai "adik-beradik" yang bagi semangat. 


Ini antara secret group susur galur saya.

Sparkle. Ini group nanny saya,
Nanny Tiera yang kiut miut.
Kisah kereta yang boleh terkena
tu kat sini la. Kui kui.
See, bukan cerita Shaklee
semata-mata kan :)

Polaris. Secret group mommy daku,
Mommy Aimi. Bestie forever kata. Hehehe
Group ni syiok, ada gym trainer, macam-macam
tips hado :D

9 assignments. Ini yang latest, baru semalam
ditubuhkan. Hehehe. Lima orang terpilih ja
boleh masuk sini dan Alhamdulillah saya
salah seorangnya. 9 assignments untuk
6 bulan.


Yang di atas secret group di whatsapp. Anytime ada masalah apa-apa boleh rujuk situ sebab memang akan ada yang membantu. Yang di bawah ni secret group di Facebook pulak.


Mummy Shaklee. Secret group MAS
(Master Ainul Shahrazad)
merangkap moyang daku. Sangat
inspired dengan life dia sekarang :)


Sparkle. Tadi group whatsapp, ini secret
group di Facebook. Sangat admire dengan
logo Sparkle yang baru siap tu. Hihi


Polaris. Mommy Shaklee daku. Teman mengadu
teman bergaduh teman mengata
mengusik semua la. Hahaha


Lolly Pearl. Mommy Kira punya secret group. Wanna join us? Hey
welcome! We're very glad you're here :)


Last but not least, secret group di telegram. Apps yang agak baru so tak banyak lagi group yang ada. Yang sentiasa ada semestinya Sparkle, secret group nanny daku yang gojes mojes. (ini kalau dia baca, mau kembang bermangkuk-mangkuk ni. kekeke) Ampun~~~


Inspirasi Legacy by MHM
(Master Hafsah Mardhiah)


Haa mesti ramai yang excited tergedik-gedik nak joint group kami kan? Hihihi. Tau dah.. Sangat-sangat dialukan. Jangan risau, kita akan cepat mesra. Percayalah~

"There are no boundaries between you and your dream"

"Jangan takut untuk bermimpi"

"If you're committed, you'll do whatever it takes"

"Help others to help others"


Till then, much love! #muahciked




Much Love,

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Sunday, 9 November 2014

Bengkel Nutrisi Shaklee | Shaklee's Nutrition Workshop


Hello everyone! Happy Monday blues . . . kui kui kui

Almost two weeks yang lepas, saya ada attend Bengkel Nutrisi Shaklee. Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu Bengkel Nutrisi dalam Bahasa Melayu. Sebab sebelum ni ada ja Bengkel Nutrisi kat Penang ni tapi dalam Bahasa Mandarin. Yang Bahasa Melayu ada kat Shah Alam ja. nak pergi agak susah sebab kekangan masa, jarak dari rumah semua.

So bila dapat tau ja ada bengkel ni kat Penang dalam bahasa Melayu, terus den apply cuti la. 1 Nov. Awal bulan, sepatutnya memang tak boleh cuti. Tapi daku ni terlebih berani makanya dengan tanpa rasa bersalah daku apply cuti. Kui kui. (lepas tu opkos kena basuh dengan HOD sebab ambil cuti awal bulan. Kah kah!)


Eh, tak payah la cita pasal cuti, nak marah pun dah selamat cuti dah kan. Nak cita pasal bengkel nutrisi 1 Nov 2014. Bengkel yang sangat superb awesome! Nutritionist yang cantik banget! Kak Sarah dan Kate.


Walau daku sampai lewat 30minit, Alhamdulillah dapat absorb semua ilmu.
Aci tak kalau takmau cerita apa aktiviti yang kami buat sepanjang bengkel tu ? Hihi

Layan gambar aci dak? Ngeh ngeh


Masuk-masuk ja hall, terus snap gambar nutritionist yang cantik ni, Kate. Aci tak macam tu? Kekeke~ Kate punya kulit sangat cantik dan opkos without heavy makeup. Ka dia langsung tak makeup eh? Sebab memang nampak muka dia clean and clear ja. Hihihi

Hai Kak Sarah. Kak Sarah ni dah la cantik, suara serak-serak basah. Tergoda I... Kah kah! Ini nama dia teaser, nanti last I tunjuk k gambar nutritionist yang cantik dan baik ni.


Tengahari dalam pukul 1 macam tu berhenti break dan lunch. Disebabkan phone I dah kehabisan bateri waktu tu, tak dapat snap gambar. Ini gambar dari phone family Sparkle, Kak Daiya.. Makanan kat atas ni isi dia semua seafood. Ada sotong, udang, ketam. Favourite wehh! Hihi. Makan buffet okeh kat Hotel Sunway. Banyak sangat makanan, dessert yang sedap banget! Arghhh tensen rasa bateri phone dah habis waktu ni. Grrrrr :D



Jawab test sambil minum Mealshakes memang superb la kan. Free ja, bancuh sendiri. Hihihi. Sedap wehh Mealshakes nih! First time daku rasa. Tak heran laa Mealshakes ni favourite drink anak-anak. Kita yang terlebih anak-anak ni pun suka. Kuikui


Taraaa... Ni la Kak Daiya. Apa-apa event Shaklee kat Penang memang akan attend dengan dia aja memandangkan kami berdua ja dari Penang. Kekeke~ Ada lagi sorang Kak Fisyah, dari Perlis terpaksa balik halfday sebab nak ambil anak dekat nursery. Tak ada gamabr pulak. Ada dalam phone Kak Daiya sebab snap masa lunch kan phone daku kehabisan bateri.. Grrrrr~




Yang kiri tu Kak Sarah, yang kanan ni Kate. Both of them are so gorgeous! Nutritionist Shaklee kan. hehehe


Kami semua pengedar Shaklee anda yang berilmu! In Shaa Allah :)



Tak menyempat balik rumah, dapat ja sijil terus snap gambar. Kah kah kah! I am proud to be part of Shaklee's family!



Nasihat saya kepada pengguna Shaklee di luar sana, cari dan belilah produk Shaklee daripada pengedar Shaklee yang berilmu dan bertanggungjawab. Kalau you beli dari pengedar yang tak bertanggungjawab dan you tak makan dengan cara yang betul and one day you dapat kesan yang negatif itu bukan salah Shaklee, tapi salah pengedar yang you beli tu.

Berniaga apa sekalipun biar dengan ilmu! Kenapa ada pengguna Shaklee yang bukan beli direct dari saya tapi tanya macam-macam soalan pasal Shaklee dekat saya like cara makan yang betul, waktu makan paling berkesan. Kenapa?

Awak customer saya, awak tanggungjawab saya. Macam tu la yang selalu mommy, nanny saya pesan. Jadi pengedar Shaklee yang berilmu dan bertanggungjawab! Yeeaahhh :p




Much Love,

Shaklee Independent Distributor 
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)


Sunday, 21 September 2014

Dilemma "Urgent Kurus"

Assalamu'alaikum. 

Aku sekarang ni tengah nak kurus tergedik-gedik dah ni. Hahaha. Makanya macam-macam cara dan nasihat aku korek. Memang betul-betul urgent nak kurus before end of this year. Yeahhhh!! Fighting!

Nampak tak semangat kekurusan aku tu. Kah kah kah *semangat kekurusan sangat*

Nak tips tak? Hihi. Bukan tips sangat pun. Tapi aku boleh share aku punya cara. Ini memang kes yang urgent tau. Yang tak sabar-sabar nak selim melim! Gitttewww :D
[ Buah ]

Antara buah-buah yang dicadangkan untuk kita konsisten makan setiap hari adalah pisang, epal hijau atau merah, dan betik.

Pilihan aku dan yang boleh diterima tekak yang sangat mengada-ngada ni adalah pisang dan epal. Nahhh kebetulan pisang dan epal juga bagus untuk sesiapa yang ada masalah kulit berminyak. Hehehe. Sedang elok la kan, dua dalam satu.

Sunnah Rasulullah s.a.w sebenarnya makan buah sebelum makan berat contoh makan nasi. Kita zaman sekarang yang salah praktik, konon buah sebagai pencuci mulut.

Praktikalnya kenapa seeloknya makan buah sebelum mula makan makanan berat adalah, buah akan kurangkan rasa lapar seterusnya akan mengelakkan kita daripada makan makanan berat secara berlebihan. Rasulullah s.a.w dah lama ajar cara kurus terbaik, kita ja yang degil nak ikut cara moden kan.

Jadi, aku ambil sebiji epal hijau sebelum makan tengahari. Dua biji pisang untuk minum petang. Malam minum ESP. Sedang cuba nak konsisten. Grrrrr

 Note: Perlu tahu, makan buah secara berlebihan pun tak elok tau. Sebab ada sesetengah buah yang tinggi kandungan gula.

[ Bakar Kalori ]

Aku baca dalam majalah Rapi, kalori mudah terbakar kalau kita tidur dalam keadaan lapar atau perut kosong. Sebab tu untuk makan malam aku ambil ESP ja biasanya untuk elak kenyang yang berlebihan. Tapi ESP pun mengenyangkan juga. Kenyang yang sihat. Sebab tu la pakar mengatakan tak elok tidur lepas makan, berkilo-kilo kalori dan lemak terhasil nanti. Obviously.

[ Portion Nasi ]

 Kita ni memang dah fitrah orang Malaysia, melayu tulen terutamanya suka makan nasi kan. Ada sesetengah orang yang mula diet, terus letak target taknak makan nasi langsung.

Salah cara tu.

 Katakanlah, you dah berjaya tak makan nasi untuk satu minggu. Lepas tu tiba-tiba tekak rasa nak makan nasi. Percayalah you akan ambil dalam kuantiti yang berlebihan. Yela, sebab dah banyak hari tak makan nasi kan. Sekali lepas gian, selamat la jawabnya. *pengalaman

 Nah tips sikit. Pagi katakanlah you ambil dua bungkus nasi lemak. Tengahari mesti ambil sebungkus ja nasi lemak, maksudnya separuh daripada kuantiti makan pagi. Malam separuh ja nasi lemak, maksudnya separuh dari kuantiti makan tengahari. *Nasi lemak tu contoh ja tau. I didn't say you have to eat Nasi Lemak everyday. Sebab ada sorang hamba Allah ni bila aku bagitau dia contoh nasi lemak, dia boleh tanya. "Takkan pagi petang siang malam nak makan nasi lemak?" Aigoo~ Hahaha. Sekarang nak cerita pasal kuantiti, bukan pasal makanan. Hihihi

 [ Exercise ]

 Nak kurus yang cantik mesti dengan exercise kan? Untuk bina muscle supaya kulit tak jadi menggelember bila dah slim nanti. Macam aku kadang-kadang tak sempat nak exercise. Balik kerja tak menentu. So sebagai pengganti aku ambil ESP secara konsisten sebagai dinner. 3 sudu ja pun sehari. Kan ESP juga berperanan untuk membina muscle selain mengenyangkan.

Patutlah ESP jadi kegemaran ramai. Banyak sangat fungsi dia. Yeaahhh!

[ Visualisation ]

 Tulis dan tampal berapa target berat yang you nak. Kalau boleh tampal dekat tempat yang hari-hari setiap masa you boleh tengok. Kat cermin contohnya. Pintu almari. Hari-hari tengok cermin kan? Hari-hari mesti ambil baju dari dalam almari kan.

 Nak lagi push you punya target tu, kalau boleh tampal dekat tempat yang orang lain pun boleh nampak. Dengan cara tu you mesti akan rasa tercabar kalau tak berjaya capai apa yang you tulis kan.

 [ Supplement ]

 Penting tau sebenarnya supplement ni. Sebab dalam masa you nak kuruskan badan you akan rasa bertenaga sentiasa. Tapi pastikan you ambil supplement yang natural tau. Jangan sesekali percaya dengan supplement yang hari ni makan supplement tu, esok dah boleh turun 3kg. Mustahil! Must be something wrong dengan supplement tu.

 Macam aku ambil set kurus Shaklee.
Lecithin - emulsify fat.
Herblax - detox.
ESP - build muscle.

Tulis, tampal, buat dan visualise.

Till then, good luck!


Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | +60125687714 (sms/whatsapp)

Friday, 5 September 2014

Mealshakes Shaklee : Kawan Baik Anak Kita


Assalamu'alaikum.. Hai awak! Yaa, awak la... hehehe

Sini-sini.. saya nak cerita sesuatu yang best ni. Sangat best. Untuk awak, untuk saya, untuk mereka, untuk semua! Minuman sihat untuk seisi keluarga.

Shaklee baik hati sangat tau. Bulan ni bulan September dia buat dua promotion.
1) Buy 6 Free 1 Collagen Powder
2) Buy 3 Free 1 Mealshakes

Hari ni, saya nak cerita promo yang kedua dulu. Promo beli 3 Mealshakes percuma 1. Siapa nak bagi weh beli 3 dapat satu percuma Mealshakes yang harganya RM113. Berat yang sama, khasiat yang sama. Wallaaa sangat. Selalu tu kena tunggu beli enam baru nak dapat percuma satu, tapi kali ni beli tiga ja dah boleh dapat percuma satu canister Mealshakes. Baiknya Shaklee. Hihihi >,<

Setiap satu sudu Mealshakes Shaklee ni mengandungi 19 jenis vitamin penting, mineral dan zat perlu. Basically memang Mealshakes terbaik untuk anak-anak kita. Tapi jangan salah faham sebab seisi keluarga boleh shake shake shake dan minum Mealshakes. Hehehe

Takmau la panjang-panjang cerita, jom baca apa yang terbaik sangat Mealshakes Shaklee ni sampaikan saya cadangkan untuk kakak-kakak, ibu-ibu semua jadikan Mealshakes Shaklee sebagai kawan baik, best-friend-forever lah bak kata orang putih. Hahaha


* Makanan yang rendah lemak dan rendah-glycemic.
* Nutrisi lengkap semulajadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Membantu tumbesaran normal (asid folik, biotin, kalsium dan magnesium) untuk membina tulang dan sel-sel.
* Solusi untuk menambah selera makan anak-anak.
* Mengurangkan tendensi anak-anak untuk jatuh sakit.
* Tenaga tambahan, untuk anak-anak menjadi lebih aktif dan cergas.
* Sesuai untuk menambah berat badan anak secara sihat, secara semulajadi.
* Kolina, kalsium dan protein di dalamnya sesuai untuk otak yang bijak.
* Mengurangkan ekzema, athma dan mengatasi masalah sembelit.

Cuba dulu, baru berbunyi. Jangan berbunyi dulu baru cuba. Sebab tu orang putih ada kata, "don't judge the book by it's cover". Shaklee ni supplement, makanan tambahan. Bukannya ubat. Supplement dan ubat adalah dua benda yang berbeza. Will share dalam entri akan datang.

Jom bagi yang terbaik untuk anak-anak kita. Anak sihat, ibu bahagia, keluarga bertambah ceria. Boleh gitu :') Selamat mencuba! Dan jangan lupa untuk dapatkan free gift dan konsultasi percuma sekiranya kakak-kakak, abang-abang, ibu-ibu, kawan-kawan semua membeli dengan saya. Happy shopping! <3






Lots of Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565
+60125687714 (sms/whatsapp/call)

Sunday, 3 August 2014

Healing Crisis - The Road to Becoming Healthier





Assalamu'alaikum sedara sedari ! Hee >.<

Lama aih tak hupdate belog ni. Sungguh aku tuan yang tidak bertanggungjawab, biarkan belog daku sunyi sepi. Mintak maap ! ^^,

Healing Crisis - Krisis Penyembuhan


  • Berlaku apabila badan dibebankan dengan perubahan secara tiba-tiba yang berlaku untuk memberi kesihatan yang lebih baik.
  • Krisis penyembuhan berlaku apabila badan kita secara tiba-tiba mengesan dan menghapuskan "toxins" yang sebelumnya dah jadi "penduduk tetap" dalam badan kita.
  • Bahasa mudahnya, badan kita tengah dalam proses detox; tindak balas vitamin dengan badan kita untuk keluarkan toksin.
Kajian menunjukkan healing crisis ni sebenarnya sangat membantu. Membantu dari segi apa? Iya laa, bila kita kena healing crisis ni maknanya badan kita bertindak balas dengan supplement atau vitamin yang kita ambil. Sesuatu produk atau supplement atau vitamin yang terbaik untuk kita adalah yang memberikan tindak balas kepada tubuh apabila diambil.

Berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi - bertindak mengeluarkan toksin dan sistem dalam badan kita.

Punca
  • Sebelum ni makan makanan yang tak mengikut piramid makanan yang betul.
  • Banyak makan makanan segera.
  • Tidak pernah atau jarang bersenam.
  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Tubuh berasid.
  • Hormon tidak seimbang.
  • Toksin berkumpul di tempat yang sakit.
  • Sebelum ni, selalu amalkan ubat bila sakit (demam, senggugut, sakit, kepala, selsema)
Tanda-tanda
  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Emosi terganggu
  • Keletihan
  • Cirit-birit
  • Ruam
  • Gatal-gatal
  • Rasa lebih sakit
  • Haid tidak teratur

Begitulah tubuh kita, apabila bertindak balas dengan vitamin semulajadi. Untuk mencantikkan dan yang paling penting menyihatkan sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu la. Itu yang kita panggil healing creasis.


Lots of LOVE,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565
+60125687714 (sms/whatsapp)

Monday, 7 July 2014

Running Man dan Shaklee

Assalamu'alaikum! Selamat pagi.. Dah lama tak rasa nikmat pagi lepas Subuh sejak-sejak kerja kena masuk 7 pagi kan. Hikmah Allah terlalu banyak, tak reti nak bersyukur lagi taktau la nak cakap apa Kira oi! #deep

Dulu aku pernah terfikir, macamana Shaklee boleh hasilkan produk yang guna bahan organik semata-mata tanpa bahan kimia. Sedangkan kita nak memasak pun kena letak garam, inikan pula nak hasilkan produk kesihatan yang memang terbaik dan dah jadi fenomena pun sekarang. 

Fikir punya fikir, kaji punya kaji Alhamdulillah Allah datangkan pada aku satu analogy yang sangat mudah! Itulah orang selalu cakap, have faith. Sebab apa yang kita bayangkan, itu yang Allah akan bagi. Jadi, mulai hari ni bayangkan yang elok-elok ja tau :)

Okay, meh sini aku nak bagi satu analogy yang sangat simple. Senang.


Gambar-gambar kat atas ni hasil gabungan daripada variety show, Running Man episod 180. Isshh, apa pulak kaitan Running Man dengan produk Shaklee kan. Yes, memang takdak kaitan. Tapi, dalam masa aku duk memikirkan persoalan yang membelit otak aku kat atas tu aku teringat pula Running Man episod 180. Episod ni pasal cooking battle. Semua orang pun tau aku ni peminat tegar si badan ketul-ketul KimJongKook ni. Yaka semua orang tau, bajet-bajet ja hang Kira! hahaha

Dalam episod ni semua orang kena masak something yang depa rasa nak makan untuk raikan tahun baru. Dah sedia maklum Si Badan Ketul-ketul ni memang jenis yang jaga pemakanan dia. Lepas tu partner dia pulak model yang memang sah-sah jaga badan kan.

Jadi depa decide untuk masak something tanpa perlu guna garam atau apa-apa perasa. Macam kita kan kalau masak mesti kena letak at least garam kan. Tapi, Si Badan Ketul-ketul ni berjaya masak tanpa guna garam. Dan depa menang dengan masakan depa yang memang asli tanpa food season tu. Judges kata masakan depa segar, rasa yang memang datang sendiri daripada abalone, octopus dan ayam yang depa masak tu. Letak la herba-herba bawang semua tu. I was like, wow!

Nak cakap kat sini, betapa hebat yang asli tu! Macam tu jugak dengan Shaklee, free chemical. Shaklee guna chemical yang memang sedia ada dalam jenis tumbuhan yang digunakan. Bukan chemical ciptaan manusia yang kononnya bertujuan nak bagi kesan yang cepat, nak bagi produk tahan lama. Tapi sebenarnya kita pengguna ni yang merasa kesan buruk dia kan. Itulah sebabnya yang asli tu jugak yang terbaik. Percayalah.. Tak percaya, nanti pi tengok Running Man episod 180..Kekeke^^

Kalau tidak takkan Shaklee dah berada di pasaran sejak tahun 1956 lagi. Dah 58 tahun bertahan. Sebab Shaklee memang produk asli yang guna bahan alam semulajadi semata-mata. In Shaa Allah, yakin dengan yang asli, yakin dengan Shaklee! :)



Lots of Love,
Keyra

Jemput LIKE FB Page saya. Thanks tau :)