Showing posts with label Always green always safe. Show all posts
Showing posts with label Always green always safe. Show all posts

Monday, 30 March 2015

Penting Beli Dengan Penjual Yang Berilmu dan Bertanggungjawab

Assalamu'alaikum! Hai korang :")
Lately ni suka betul sebut 'korang'.hehe
Tapi I still orang Penang pure   punya tau..hihi


Semalam ada sorang kawan keyra cerita, dia ada minum satu jenama Tea ni, untuk kurus la. Fungsi teh tu sama dengan fungsi HerbLax which is akan buat kita rasa nak buang air besar. Kalau HerbLax biasa akan ambil masa 9 ke 12 jam baru datang rasa nak membuang tu sebab dia bertindak dengan badan kita slowly and effectively :p


Tapi teh yang kawan keyra minum ni, dalam 3 ke 4 jam datang dah rasa nak membuang tu.


Biasanya kalau korang beli HerbLax daripada keyra, keyra akan pesan siap-siap kat korang yang HerbLax ni jangan ambil setiap hari. Sila ambil selang 3-4 hari. Sebab apa? Fungsi HerbLax senang cerita akan paksa perut kita usus kita untuk proses makanan dan buang segera. Maksudnya akan buat kita rasa nak terberak laa..!! LOL

.

Nak dijadikan cerita kawan keyra ni dia minum teh yang sama fungsinya dengan HerbLax ni setiap hari. Even masa perut kosong pun. Sebab dia tak gemuk cuma perut agak buncit. SALAH SATU PUNCA PERUT BUNCIT IALAH JARANG BUANG AIR BESAR.


Alololo..comey sangat ni. Baby kalau buat gitu harus
lahh comel kan. Kalau kita. Ouchhh! Hahaha



Dah hampir sebulan kot dia minum teh tu, tiba-tiba turun darah. Keluar darah bukan darah haid. Keluar darah dan rasa pedih di sekitar kawasan kemaluan dia. Allah. takut sungguh keyra dengar cerita dia. Sampai kena pi klinik ambil ubat untuk hentikan darah. Tapi still pedih dia kata. Nak duduk pun susah T_T



Okay, masalah sekarang bukan keyra nak cerita salah teh tu, tapi SALAH SI PENJUAL TEH. Berdosa awak tak jalankan tangungjawab awak terhadap customer awak. Ya Allah, sungguh keyra sedih dengan sikap sesetengah peniaga ni. Jangan la sekadar menjual nak dapat untung ja kawan.


Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab awak tu, customer awak yang jadi mangsa tau. Geram betul keyra rasa. Kemon la, untung awak tu tak kemana kalau customer tak puas hati dengan service awak.

Dan jangan awak tak tahu, disebabkan sikap awak yang tidak bertanggungjawab tu sesetengah customer ni akan terus salahkan produk yang diambil. Padahal cara makan dia salah. Kenapa? Sebab awak la kawan, tak ajar customer awak cara makan yang betul..!!



Customer kita tanggungjawab kita. Pesan keyra pada customers keyra, kalau keyra terlupa nak guide cara makan supplement SILA CARI KEYRA DENGAN SEGERA.

Awak customer keyra, awak tanggungjawab keyra :")



Till then people, till we meet again. #muahciked LOL



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Tuesday, 17 March 2015

Ubah Kebiasaan

Assalamu'alaikum! Ohh hello everyone~ hi!
Kekeke.. manyak metoi nk kena jawab kan. LOL



Tengah buat apa tu? Malam ni TV ada cerita apa yang best ek? Keyra ni kureng sikit layan TV, nak-nak pulak dram melayu. Sooo cannot go lahh. Hahak!



Hmmm tajuk kat atas tu bunyi macam nak serius dah kan. Okay-okay, serious please...

.

Biasa kalau bangun pagi-pagi lepas Subuh korang buat apa? What! Tidur balik..?? Hmmm.. Jom ubah kebiasaan nak? Lepas Subuh kita mengaji, baca quran sampai hilang suara. Pernah rasa tak nikmat baca quran lepas Subuh sampai hilang suara? Subhanallah, sepanjang hari tu akan rasa apa yang kita buat smooth ja. Tak percaya? Cuba dulu~



Rugi tau siapa yang tidur balik lepas Subuh, rezeki tak masuk.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan."
-Riwayat al-Tabrani dalam al-Awsath-



Masyaa Allah, hikmah Allah tu terlalu banyak, terlalu luas.
Masa awal-awal keyra kerja dulu, keyra kena masuk shift 7pagi sampai 3petang. So bila dah kena masuk kerja awal pagi macam tu memang takdak peluang la nak tidur lepas Subuh kan. Dah lama-lama dalam 5 bulan macam tu, tiba-tiba kena tukar ke normal shift which is masuk 9pagi. Tapi sebab keyra dah terbiasa tak tidur balik lepas Subuh even hari cuti pun, walau masuk kerja pukul 9pagi keyra takkan tidur balik lepas Subuh. Alhamdulillah istiqomah sampai sekarang dah nak masuk 2 tahun kerja kat situ. Bukan nak mendabik dada, tapi kalau kita dah biasa buat sesuatu benda tu akan jadi mudah In shaa Allah :)





Malam pulak, lepas layan drama yang drama sangat tu korang terus tidur kaaaaaaaa? Eh, tak la maksud keyra mestilah solat Isyak dulu then tidur kan. Apa kata lepas ni sebelum tidur kita tambah sikit. Kita CUCI MUKA DENGAN NUTRIWHITE dulu. Eh, gurau-gurau! Melawak sikit pun tak boleh :p


Hmmm apa kata lepas ni kita sama-sama baca al-Mulk sebelum kita tidur. Jomlah sama-sama, nak? Antara kelebihan amalkan al-Mulk sebelum tidur dapat lindungi kita daripada siksa kubur.


Dari Jabir bin Abdullah, berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk."
-Riwayat Ahmad Tarmidzi-



Tak dapat baca dua-dua kita mulakan satu dulu. Kita mulakan dengan al-Mulk ja dulu. Al-Mulk baru 30ayat ja. Tak sampai 20minit pun baca. Selalu baca silap-silap boleh hafal.

Surah as-Sajdah pun 30ayat ja. Panjang sikit ja sebab dia 3muka surat penuh tapi al-Mulk 2 setengah muka surat ja. Tak kisah mana-mana satu, dua-dua pun sunnah kan :)



Tapi kena ingat, "Allah lebih suka amalan yang sedikit tapi berterusan berbanding amalan yang banyak tapi culas"


Siapa sekali tengok ja dapat baca, dia 'terer' !! Hehe



Hmmm.. mati tu pasti. Jom layan al-Mulk dulu jom. Mata ngantuk dah ni. Babai. Selamat malam kesayangan keyra semua. Semoga kita berjiran di syurga nanti, aminnn :)



Jangan lupa cuci muka dengan Nutriwhite ni tau!
EH, ini bukan iklan berbayar tau :p LOL





Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Thursday, 5 March 2015

Tips Kulit Putih Halus Gebu

Assalamu'alaikum.. Hai, hello everyone!

Officemate keyra tengok gambar ni,
sukar untuk dia mempercayai yang keyra konon nampak
innocent sangat kat office tu boleh ambik gambar
cenggini. haha. Nightmare~


.

Tahu kan bulan ni Shaklee buat promo untuk yang nak kulit dia bertambah PUTIH, yang nak kulit dia HALUS, yang nak kulit dia GEBU..

So keyra pun memang dalam proses nak dapat ketiga-tiga jenis kulit macam keyra cakap kat atas tu, pulun ni sebab ada sesuatu menanti hujung tahun ni.


Sebelum keyra share tips yang keyra ada, percaya dak kalau keyra kata NAK KULIT CANTIK LEBIH MUDAH DARIPADA NAK BENTUK BADAN CANTIK?

Muahahaha. Ini ayat daripada seorang yang sangat fail dalam bab berdiet. Phewww~
Tapi kalau bab jaga kulit memang rajin bebenor dia nak tempek masker segala. Vita C yang awesome tak pernah fail dia telan, ESP yang sedap tu rajin ja dia shake siap bancuh buat masker lagi.


Nak buat macam mana, nafsu makan mudah goyah. Kekeke~(alasan orang nafsu makan power haha)


.

So bulan ni kita fokus kulit cantik dulu ek.. Nak ke nak? Mestilah nakkkk.. Sapa yang takmau kulit dia cantik kan. Dah putih, kita kasikk dia jadi halus gebu pulak dehhh..hehe
Syiokkk oo bila kita dapat kulit macam yang kita nak kan. Kena rajin, kena sabar, dan JANGAN BERKIRA. Untuk diri sendiri pun berkira pi main jauh-jauh. hahaha


.

Keyra ada banyak tipss nak bagi kat korang. In shaa Allah nanti keyra kongsikan ek. Hehe. Saja ja takmau bagitau sekarang. Ini teaser namanya. kikiki~


Stay tune~



With Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp/call)

Thursday, 20 November 2014

Secret Group De Amor



Oh hai readers! Pagi ni rasa nak share satu rahsia. Rahsia apa? Haa baca tajuk entri tak? Hehehe

Okay okay takmau panjang-panjang mukadimah, kita straight to the point ja la ek.


Alkisahnya secret group apa yang saya maksudkan tu? Kongsi gelap kah? Hailaaa~ Na'uzubillah!
Secret group bisnes yang saya joint ni la. Bisnes apa tu? Shaklee :)


Untuk apa secret group ni?

Okay, secret group ni macam rumah alam maya kami la. Dalam rumah tu ada nanny, ada mommy. Grand nanny(moyang) pun ada tau! Haa.. muda-muda gojes pulak tu moyang nenek semua. Kui kui. Kat sini memang macam adik-beradik dah. Bukan sekadar bercerita pasal Shaklee ja, macam-macam ada bak kata Astro! (macam-macam la sangat kalau dah cerita yg sama ulang tayang sampai 7 kali seminggu)

Back to our secret group, memang banyak group! Tapi setiap group ada kelayakan dia untuk join. Haa bukan sesuka hati ja you boleh join. Tapi ada juga banyak group yang you boleh join tanpa kelayakan asalkan serius!

Walau semua ahli dalam group ni dari serata Malaysia, tapi bersembang macam duduk sebelah menyebelah. Dan walau daku kadang-kadang saja masuk menyampuk, selalu jadi silent reader ja tetap dapat rasa kekecohan bilamana typo merata-rata.

Macam semalam daku terkena! Cehh.. Ada sorang ahli group ni hantar gambar kereta, katanya bos dia nak let go murah-murah ja sebab nak pindah ke oversea. Daku ni yang memang tengah urgent mencari kereta terus la menyampuk tanya kereta apa tu. Sekali tengok ramai-ramai reply daku terkena daaa.. Tau kenapa? Jap saya share gambarnya...

Gambar ni yang mula-mula di sent.
Beria kita ni tanya kereta apa kan.
Tengok gambar sekali imbas cenggitu ja.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ceh, betul-betul terkena daku! Geram jemahh~

Hahaha..begitulah happeningnya secret group kami. Ada yang kadang-kadang down ka sedih ka, mesti sekejap ja. Sebab ramai "adik-beradik" yang bagi semangat. 


Ini antara secret group susur galur saya.

Sparkle. Ini group nanny saya,
Nanny Tiera yang kiut miut.
Kisah kereta yang boleh terkena
tu kat sini la. Kui kui.
See, bukan cerita Shaklee
semata-mata kan :)

Polaris. Secret group mommy daku,
Mommy Aimi. Bestie forever kata. Hehehe
Group ni syiok, ada gym trainer, macam-macam
tips hado :D

9 assignments. Ini yang latest, baru semalam
ditubuhkan. Hehehe. Lima orang terpilih ja
boleh masuk sini dan Alhamdulillah saya
salah seorangnya. 9 assignments untuk
6 bulan.


Yang di atas secret group di whatsapp. Anytime ada masalah apa-apa boleh rujuk situ sebab memang akan ada yang membantu. Yang di bawah ni secret group di Facebook pulak.


Mummy Shaklee. Secret group MAS
(Master Ainul Shahrazad)
merangkap moyang daku. Sangat
inspired dengan life dia sekarang :)


Sparkle. Tadi group whatsapp, ini secret
group di Facebook. Sangat admire dengan
logo Sparkle yang baru siap tu. Hihi


Polaris. Mommy Shaklee daku. Teman mengadu
teman bergaduh teman mengata
mengusik semua la. Hahaha


Lolly Pearl. Mommy Kira punya secret group. Wanna join us? Hey
welcome! We're very glad you're here :)


Last but not least, secret group di telegram. Apps yang agak baru so tak banyak lagi group yang ada. Yang sentiasa ada semestinya Sparkle, secret group nanny daku yang gojes mojes. (ini kalau dia baca, mau kembang bermangkuk-mangkuk ni. kekeke) Ampun~~~


Inspirasi Legacy by MHM
(Master Hafsah Mardhiah)


Haa mesti ramai yang excited tergedik-gedik nak joint group kami kan? Hihihi. Tau dah.. Sangat-sangat dialukan. Jangan risau, kita akan cepat mesra. Percayalah~

"There are no boundaries between you and your dream"

"Jangan takut untuk bermimpi"

"If you're committed, you'll do whatever it takes"

"Help others to help others"


Till then, much love! #muahciked




Much Love,

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Sunday, 9 November 2014

Bengkel Nutrisi Shaklee | Shaklee's Nutrition Workshop


Hello everyone! Happy Monday blues . . . kui kui kui

Almost two weeks yang lepas, saya ada attend Bengkel Nutrisi Shaklee. Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu Bengkel Nutrisi dalam Bahasa Melayu. Sebab sebelum ni ada ja Bengkel Nutrisi kat Penang ni tapi dalam Bahasa Mandarin. Yang Bahasa Melayu ada kat Shah Alam ja. nak pergi agak susah sebab kekangan masa, jarak dari rumah semua.

So bila dapat tau ja ada bengkel ni kat Penang dalam bahasa Melayu, terus den apply cuti la. 1 Nov. Awal bulan, sepatutnya memang tak boleh cuti. Tapi daku ni terlebih berani makanya dengan tanpa rasa bersalah daku apply cuti. Kui kui. (lepas tu opkos kena basuh dengan HOD sebab ambil cuti awal bulan. Kah kah!)


Eh, tak payah la cita pasal cuti, nak marah pun dah selamat cuti dah kan. Nak cita pasal bengkel nutrisi 1 Nov 2014. Bengkel yang sangat superb awesome! Nutritionist yang cantik banget! Kak Sarah dan Kate.


Walau daku sampai lewat 30minit, Alhamdulillah dapat absorb semua ilmu.
Aci tak kalau takmau cerita apa aktiviti yang kami buat sepanjang bengkel tu ? Hihi

Layan gambar aci dak? Ngeh ngeh


Masuk-masuk ja hall, terus snap gambar nutritionist yang cantik ni, Kate. Aci tak macam tu? Kekeke~ Kate punya kulit sangat cantik dan opkos without heavy makeup. Ka dia langsung tak makeup eh? Sebab memang nampak muka dia clean and clear ja. Hihihi

Hai Kak Sarah. Kak Sarah ni dah la cantik, suara serak-serak basah. Tergoda I... Kah kah! Ini nama dia teaser, nanti last I tunjuk k gambar nutritionist yang cantik dan baik ni.


Tengahari dalam pukul 1 macam tu berhenti break dan lunch. Disebabkan phone I dah kehabisan bateri waktu tu, tak dapat snap gambar. Ini gambar dari phone family Sparkle, Kak Daiya.. Makanan kat atas ni isi dia semua seafood. Ada sotong, udang, ketam. Favourite wehh! Hihi. Makan buffet okeh kat Hotel Sunway. Banyak sangat makanan, dessert yang sedap banget! Arghhh tensen rasa bateri phone dah habis waktu ni. Grrrrr :D



Jawab test sambil minum Mealshakes memang superb la kan. Free ja, bancuh sendiri. Hihihi. Sedap wehh Mealshakes nih! First time daku rasa. Tak heran laa Mealshakes ni favourite drink anak-anak. Kita yang terlebih anak-anak ni pun suka. Kuikui


Taraaa... Ni la Kak Daiya. Apa-apa event Shaklee kat Penang memang akan attend dengan dia aja memandangkan kami berdua ja dari Penang. Kekeke~ Ada lagi sorang Kak Fisyah, dari Perlis terpaksa balik halfday sebab nak ambil anak dekat nursery. Tak ada gamabr pulak. Ada dalam phone Kak Daiya sebab snap masa lunch kan phone daku kehabisan bateri.. Grrrrr~




Yang kiri tu Kak Sarah, yang kanan ni Kate. Both of them are so gorgeous! Nutritionist Shaklee kan. hehehe


Kami semua pengedar Shaklee anda yang berilmu! In Shaa Allah :)



Tak menyempat balik rumah, dapat ja sijil terus snap gambar. Kah kah kah! I am proud to be part of Shaklee's family!



Nasihat saya kepada pengguna Shaklee di luar sana, cari dan belilah produk Shaklee daripada pengedar Shaklee yang berilmu dan bertanggungjawab. Kalau you beli dari pengedar yang tak bertanggungjawab dan you tak makan dengan cara yang betul and one day you dapat kesan yang negatif itu bukan salah Shaklee, tapi salah pengedar yang you beli tu.

Berniaga apa sekalipun biar dengan ilmu! Kenapa ada pengguna Shaklee yang bukan beli direct dari saya tapi tanya macam-macam soalan pasal Shaklee dekat saya like cara makan yang betul, waktu makan paling berkesan. Kenapa?

Awak customer saya, awak tanggungjawab saya. Macam tu la yang selalu mommy, nanny saya pesan. Jadi pengedar Shaklee yang berilmu dan bertanggungjawab! Yeeaahhh :p




Much Love,

Shaklee Independent Distributor 
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)


Friday, 19 September 2014

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta


Assalamu'alaikum!

Saya dalam proses mencari dua buah buku yang saya rasa best! Tengok kat google ramai yang bagi respon positif. Komen-komen yang positif.

Okay, hati I dah meloncat-loncat nak mencari dua buah buku ni. Kebetulan pulak dah lama rasa tak membaca. Padahal dulu asal ada duit lebih ja mesti akan beli satu dua tiga buah buku.





Mission I nak hidupkan balik hobi membaca I. Nak jadi ulat buku! Yeaahhh... Hehehe. Rindu rindu rindu ! Rindu nak membaca. Kalau dulu novel cintan-cintun jadi sasaran pertama. Sekarang kena ubah la, nak banyakkan baca buku motivasi.

Novel cintan cintun selingan ja. Kikiki. Nak beli jugak tu :D

Okay la, nanti dah jumpa dua buah buku ni saya akan share apa yang menarik ada dalam buku ni. In shaa Allah. Atau ada siapa-siapa yang dah pernah baca dua buku ni, boleh kongsi-kongsi. Till then, bye!


With Love,

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | +60125687714 (sms/whatsapp)

Monday, 8 September 2014

Tahun Depan Mesti Kahwin!


Assalamu'alaikum. Hai korang semua! *korang sangat hahaha

Pagi ni nak update pendek ja. Nak share something pasal Vitamin E. Rasa terharu sangat. Kekeke^^


Mulanya niat dihati ni nak consume Vitamin E memang untuk kulit. Sebab hari-hari naik motor untuk pergi dan balik kerja. Bukan sunburn lagi dah, macam kena tonyoh dengan arang dah muka tangan semua. Semua la bahagian yang terdedah dengan cahaya matahari.

*Sebab mommy nanny oyang Shaklee aku selalu pesan, nak apa-apa visualize betul-betul. Bagi jelas apa yang kita nak. Aku pun visualize la yang aku mesti kahwin tahun depan. Itu yang pulun nak jaga body, jaga kulit segala ni. Untuk bakal suami yang taktau ada ceruk mana. Hahaha! Bab kahwin bukan main jelas lagi aku visualize. Kakakaka!* -Ini Iklan :D-

Dalam masa yang sama aku memang ada masalah kitaran haid yang tunggang langgang. Dua tiga bulan sekali baru datang menjengah. Stress kan bila period tak datang. Bila stress mula la naik segala macam jenis jerawat batu, jerawat besi kat muka ni. Hahaha!

Seminggu konsisten ambil Vitamin E, sehari sebiji ja pun, tup-tup period menonjolkan dirinya. Perasaan waktu tu tersangat la bahagia sebab sebelum tu dah almost 3 bulan tak datang. Now dah masuk bulan kedua consume sehari sebiji Vitamin E, period datang on time. Betul! Alhamdulillah. Shaklee ni asbab dia ja, semua ni still datang dari Allah kan. Tapi kan Allah suruh kita usaha.
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka. " [Ar-Ra'd:11]

Dan yang paling best, Alhamdulillah niat asal consume untuk kulit pun semakin cerah kulit aku. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ! Syukur sangat... Betul la Vitamin E Shaklee bukan sekadar untuk kulit, juga untuk betulkan hormon dalam badan kita. Kalau tak, takda la orang panggil kamu Vitamin CInta ya! Hehehe


Lots of Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | +60125687714 (sms/whatsapp/call)

Friday, 5 September 2014

Mealshakes Shaklee : Kawan Baik Anak Kita


Assalamu'alaikum.. Hai awak! Yaa, awak la... hehehe

Sini-sini.. saya nak cerita sesuatu yang best ni. Sangat best. Untuk awak, untuk saya, untuk mereka, untuk semua! Minuman sihat untuk seisi keluarga.

Shaklee baik hati sangat tau. Bulan ni bulan September dia buat dua promotion.
1) Buy 6 Free 1 Collagen Powder
2) Buy 3 Free 1 Mealshakes

Hari ni, saya nak cerita promo yang kedua dulu. Promo beli 3 Mealshakes percuma 1. Siapa nak bagi weh beli 3 dapat satu percuma Mealshakes yang harganya RM113. Berat yang sama, khasiat yang sama. Wallaaa sangat. Selalu tu kena tunggu beli enam baru nak dapat percuma satu, tapi kali ni beli tiga ja dah boleh dapat percuma satu canister Mealshakes. Baiknya Shaklee. Hihihi >,<

Setiap satu sudu Mealshakes Shaklee ni mengandungi 19 jenis vitamin penting, mineral dan zat perlu. Basically memang Mealshakes terbaik untuk anak-anak kita. Tapi jangan salah faham sebab seisi keluarga boleh shake shake shake dan minum Mealshakes. Hehehe

Takmau la panjang-panjang cerita, jom baca apa yang terbaik sangat Mealshakes Shaklee ni sampaikan saya cadangkan untuk kakak-kakak, ibu-ibu semua jadikan Mealshakes Shaklee sebagai kawan baik, best-friend-forever lah bak kata orang putih. Hahaha


* Makanan yang rendah lemak dan rendah-glycemic.
* Nutrisi lengkap semulajadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Membantu tumbesaran normal (asid folik, biotin, kalsium dan magnesium) untuk membina tulang dan sel-sel.
* Solusi untuk menambah selera makan anak-anak.
* Mengurangkan tendensi anak-anak untuk jatuh sakit.
* Tenaga tambahan, untuk anak-anak menjadi lebih aktif dan cergas.
* Sesuai untuk menambah berat badan anak secara sihat, secara semulajadi.
* Kolina, kalsium dan protein di dalamnya sesuai untuk otak yang bijak.
* Mengurangkan ekzema, athma dan mengatasi masalah sembelit.

Cuba dulu, baru berbunyi. Jangan berbunyi dulu baru cuba. Sebab tu orang putih ada kata, "don't judge the book by it's cover". Shaklee ni supplement, makanan tambahan. Bukannya ubat. Supplement dan ubat adalah dua benda yang berbeza. Will share dalam entri akan datang.

Jom bagi yang terbaik untuk anak-anak kita. Anak sihat, ibu bahagia, keluarga bertambah ceria. Boleh gitu :') Selamat mencuba! Dan jangan lupa untuk dapatkan free gift dan konsultasi percuma sekiranya kakak-kakak, abang-abang, ibu-ibu, kawan-kawan semua membeli dengan saya. Happy shopping! <3






Lots of Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565
+60125687714 (sms/whatsapp/call)

Sunday, 3 August 2014

Healing Crisis - The Road to Becoming Healthier





Assalamu'alaikum sedara sedari ! Hee >.<

Lama aih tak hupdate belog ni. Sungguh aku tuan yang tidak bertanggungjawab, biarkan belog daku sunyi sepi. Mintak maap ! ^^,

Healing Crisis - Krisis Penyembuhan


  • Berlaku apabila badan dibebankan dengan perubahan secara tiba-tiba yang berlaku untuk memberi kesihatan yang lebih baik.
  • Krisis penyembuhan berlaku apabila badan kita secara tiba-tiba mengesan dan menghapuskan "toxins" yang sebelumnya dah jadi "penduduk tetap" dalam badan kita.
  • Bahasa mudahnya, badan kita tengah dalam proses detox; tindak balas vitamin dengan badan kita untuk keluarkan toksin.
Kajian menunjukkan healing crisis ni sebenarnya sangat membantu. Membantu dari segi apa? Iya laa, bila kita kena healing crisis ni maknanya badan kita bertindak balas dengan supplement atau vitamin yang kita ambil. Sesuatu produk atau supplement atau vitamin yang terbaik untuk kita adalah yang memberikan tindak balas kepada tubuh apabila diambil.

Berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi - bertindak mengeluarkan toksin dan sistem dalam badan kita.

Punca
  • Sebelum ni makan makanan yang tak mengikut piramid makanan yang betul.
  • Banyak makan makanan segera.
  • Tidak pernah atau jarang bersenam.
  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Tubuh berasid.
  • Hormon tidak seimbang.
  • Toksin berkumpul di tempat yang sakit.
  • Sebelum ni, selalu amalkan ubat bila sakit (demam, senggugut, sakit, kepala, selsema)
Tanda-tanda
  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Emosi terganggu
  • Keletihan
  • Cirit-birit
  • Ruam
  • Gatal-gatal
  • Rasa lebih sakit
  • Haid tidak teratur

Begitulah tubuh kita, apabila bertindak balas dengan vitamin semulajadi. Untuk mencantikkan dan yang paling penting menyihatkan sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu la. Itu yang kita panggil healing creasis.


Lots of LOVE,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565
+60125687714 (sms/whatsapp)

Monday, 7 July 2014

Running Man dan Shaklee

Assalamu'alaikum! Selamat pagi.. Dah lama tak rasa nikmat pagi lepas Subuh sejak-sejak kerja kena masuk 7 pagi kan. Hikmah Allah terlalu banyak, tak reti nak bersyukur lagi taktau la nak cakap apa Kira oi! #deep

Dulu aku pernah terfikir, macamana Shaklee boleh hasilkan produk yang guna bahan organik semata-mata tanpa bahan kimia. Sedangkan kita nak memasak pun kena letak garam, inikan pula nak hasilkan produk kesihatan yang memang terbaik dan dah jadi fenomena pun sekarang. 

Fikir punya fikir, kaji punya kaji Alhamdulillah Allah datangkan pada aku satu analogy yang sangat mudah! Itulah orang selalu cakap, have faith. Sebab apa yang kita bayangkan, itu yang Allah akan bagi. Jadi, mulai hari ni bayangkan yang elok-elok ja tau :)

Okay, meh sini aku nak bagi satu analogy yang sangat simple. Senang.


Gambar-gambar kat atas ni hasil gabungan daripada variety show, Running Man episod 180. Isshh, apa pulak kaitan Running Man dengan produk Shaklee kan. Yes, memang takdak kaitan. Tapi, dalam masa aku duk memikirkan persoalan yang membelit otak aku kat atas tu aku teringat pula Running Man episod 180. Episod ni pasal cooking battle. Semua orang pun tau aku ni peminat tegar si badan ketul-ketul KimJongKook ni. Yaka semua orang tau, bajet-bajet ja hang Kira! hahaha

Dalam episod ni semua orang kena masak something yang depa rasa nak makan untuk raikan tahun baru. Dah sedia maklum Si Badan Ketul-ketul ni memang jenis yang jaga pemakanan dia. Lepas tu partner dia pulak model yang memang sah-sah jaga badan kan.

Jadi depa decide untuk masak something tanpa perlu guna garam atau apa-apa perasa. Macam kita kan kalau masak mesti kena letak at least garam kan. Tapi, Si Badan Ketul-ketul ni berjaya masak tanpa guna garam. Dan depa menang dengan masakan depa yang memang asli tanpa food season tu. Judges kata masakan depa segar, rasa yang memang datang sendiri daripada abalone, octopus dan ayam yang depa masak tu. Letak la herba-herba bawang semua tu. I was like, wow!

Nak cakap kat sini, betapa hebat yang asli tu! Macam tu jugak dengan Shaklee, free chemical. Shaklee guna chemical yang memang sedia ada dalam jenis tumbuhan yang digunakan. Bukan chemical ciptaan manusia yang kononnya bertujuan nak bagi kesan yang cepat, nak bagi produk tahan lama. Tapi sebenarnya kita pengguna ni yang merasa kesan buruk dia kan. Itulah sebabnya yang asli tu jugak yang terbaik. Percayalah.. Tak percaya, nanti pi tengok Running Man episod 180..Kekeke^^

Kalau tidak takkan Shaklee dah berada di pasaran sejak tahun 1956 lagi. Dah 58 tahun bertahan. Sebab Shaklee memang produk asli yang guna bahan alam semulajadi semata-mata. In Shaa Allah, yakin dengan yang asli, yakin dengan Shaklee! :)



Lots of Love,
Keyra

Jemput LIKE FB Page saya. Thanks tau :)