Showing posts with label Nutriwhite Cleanser. Show all posts
Showing posts with label Nutriwhite Cleanser. Show all posts

Sunday, 16 July 2017

Cubaan Makeup Kali Pertama

Makin seronok pulak main makeup-makeup ni. Takde la susah mana pun. Amboi, berlagak! Haha


Keyra memang suka makeup, suka tengok orang makeup. Tapi Keyra tak pandai makeup. Suka tengok tutorial makeup. Antara MUA yang keyra follow Make up by BellazSiti Nurfarahain.


Korang rasa makeup ni best ke tak? Part mana yang paling best? Part mana yang susah?


Bagi Keyra part yang paling susah adalah kening. Oi dah berbulan belajar masih tak puas hati, kadang-kadang cunggit sebelah. Jeles betul tengok MUA lukis kening cantik betul! Sekali lukis je terus jadi. Kita ni lukis padam lukis padam, tak juga jadi cantik. Kadang jadi Sinchan. Kadang nampak macam lintah pun ye! Haha. Tapi tak give up tau! Setiap hari praktis. Hihi


Nak tengok hasil pertama MUA Keyra? 😜






















Anak sedara cheq la jadi
mangsa. Haha! Jangan kutuk
naa, hasil tangan amatur
ni.


Bila lukis kening kat muka orang rasa cun dah, kat muka sendiri jugak takmau nak jadi helok. Taaapiii... apa yang Keyra nak share hari ni adalah toner dan moisturizer yang Keyra guna sebelum Keyra apply makeup. Serious korang, best gilerr guna toner dan moisturizer ni.


✔ melembap & menganjalkan kulit muka
✔ foundation nampak lebih sekata
✔ makeup tahan lebih lama
✔ mengurangkan minyak dimuka


Semestinya jenama Shaklee hehe

Istimewanya moisturizer ni sebab
didalamnya terkandung serum.


Toner  ni buat muka rasa licin & anjal je tau!




Haa jangan gelak naa! 😜
Nanti lama-lama mesti helok! Kakakku juga jadi mangsa kejadian. Hahaha. Ada sebenarnya makeup tu kat muka kami, cuma lighting tak membantu jadi tak nampak sangat.


Oklah uolss, kalau nak makeup jangan cari Keyra naa.. Maunya jadi badut hampa nanti! Kekeke. Tapi kalau nak beli toner atau moisturizer paling best boleh roger Keyra okay?

Tekan je LINK ni untuk whatsapp Keyra 😊

Sunday, 29 March 2015

Tips Sebelum Make-Up

Amboi-amboi, sejak bila pulak keyra pandai duk contiang-contiang muka ni. Hihihi. Haa tu laa, ingat keyra ni tak reti sangat ka. memang tak reti pun :p


Keyra nak bagi tips make-up yang paling best. Paling senang. Paling syiokkk semestinya. Hihi

Keyra suka jugak tengok tutorial make-up kat youtube. Sukaa tengok depa make up simple, soft yet cantik sangat. Tapi keyra tak suka tengok orang make-up tebal-tebal sampai nak bercakap pun jenuh pedo. Haa orang utara ja tau pedo tu apa :p


I suka betul tengok citer barbie ni. Hehe. Oh yaa, keyra suka betul make-up
yang soft and pinky. Hihi


Okay, tips yang pertama tiga bulan sebelum make-up sila amalkan vitamin C. Mana nak cari vitamin C yang paling best, paling selamat, paling berpatutan harganya?
Soalan yang bagus. Jom tiru macam keyra, telan vitamin C kegemaran keyra. Sustained Release Vita-C Plus..! See, namanya dah vouge. Kan? Hehe


Tahu tak pengambilan vitamin C setiap hari sangat penting sebab badan kita tak dapat hasilkan sendiri vitamin C macam arnab. Dan kita sendiri pun tak boleh jamin kan vitamin C intake kita setiap hari cukup dengan yang badan kita perlukan.
Vitamin C bukan untuk kulit ja, untuk sistem imun badan kita juga. Untuk pastikan kesihatan kita ditahap terbaik. Kan mencegah lebih baik daripada mengubati :)



Tips kedua, sila minum ESP setiap pagi. Yang ni dijamin dapat kulit yang halus mulus, bersih senang nak calit-calit conteng-conteng muka kita. Sebab apa? Sebab fungsi ESP itu sendiri sebagai 'alat binaan' sel kulit, Kalau buat rumah kita guna batu bata, nak cantikkan kulit kita perlukan protein. Mana nak dapat protein terbaik yang bersih dan selamat? Hehehe


Sapa yang dapatkan ESP daripada keyra, akan dapat tips rahsia secara ekstra. Tips yang tak semua orang boleh tau.
Tips ketiga dan terakhir, sila cuci muka dengan pencuci muka NutriWhite yang sangat-sangat best ni. Sapa yang ada masalah kulit muka berminyak macam keyra, hmmm memang keyra galakkan sangat guna pencuci muka NutriWhite ni. Betul-betul berkesan. Dua minggu ja boleh rasa berkurang kulit muka berminyak!


Kita selalu kongsi sesuatu yang ada kaitan dengan diri kita kan. So keyra akan terus share tips untuk korang yang ada masalah kulit muka berminyak, just like me. Tak syok kan bila muka berminyak ni. Tak selesa, malu!


Okaylah, till then people. Nanti keyra share 'tips sebelum, semasa dan selepas make-up' lagi ya..!!


Jumpa lagi, babai..!! #muahciked :p



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Tuesday, 17 March 2015

Ubah Kebiasaan

Assalamu'alaikum! Ohh hello everyone~ hi!
Kekeke.. manyak metoi nk kena jawab kan. LOL



Tengah buat apa tu? Malam ni TV ada cerita apa yang best ek? Keyra ni kureng sikit layan TV, nak-nak pulak dram melayu. Sooo cannot go lahh. Hahak!



Hmmm tajuk kat atas tu bunyi macam nak serius dah kan. Okay-okay, serious please...

.

Biasa kalau bangun pagi-pagi lepas Subuh korang buat apa? What! Tidur balik..?? Hmmm.. Jom ubah kebiasaan nak? Lepas Subuh kita mengaji, baca quran sampai hilang suara. Pernah rasa tak nikmat baca quran lepas Subuh sampai hilang suara? Subhanallah, sepanjang hari tu akan rasa apa yang kita buat smooth ja. Tak percaya? Cuba dulu~



Rugi tau siapa yang tidur balik lepas Subuh, rezeki tak masuk.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan."
-Riwayat al-Tabrani dalam al-Awsath-



Masyaa Allah, hikmah Allah tu terlalu banyak, terlalu luas.
Masa awal-awal keyra kerja dulu, keyra kena masuk shift 7pagi sampai 3petang. So bila dah kena masuk kerja awal pagi macam tu memang takdak peluang la nak tidur lepas Subuh kan. Dah lama-lama dalam 5 bulan macam tu, tiba-tiba kena tukar ke normal shift which is masuk 9pagi. Tapi sebab keyra dah terbiasa tak tidur balik lepas Subuh even hari cuti pun, walau masuk kerja pukul 9pagi keyra takkan tidur balik lepas Subuh. Alhamdulillah istiqomah sampai sekarang dah nak masuk 2 tahun kerja kat situ. Bukan nak mendabik dada, tapi kalau kita dah biasa buat sesuatu benda tu akan jadi mudah In shaa Allah :)





Malam pulak, lepas layan drama yang drama sangat tu korang terus tidur kaaaaaaaa? Eh, tak la maksud keyra mestilah solat Isyak dulu then tidur kan. Apa kata lepas ni sebelum tidur kita tambah sikit. Kita CUCI MUKA DENGAN NUTRIWHITE dulu. Eh, gurau-gurau! Melawak sikit pun tak boleh :p


Hmmm apa kata lepas ni kita sama-sama baca al-Mulk sebelum kita tidur. Jomlah sama-sama, nak? Antara kelebihan amalkan al-Mulk sebelum tidur dapat lindungi kita daripada siksa kubur.


Dari Jabir bin Abdullah, berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk."
-Riwayat Ahmad Tarmidzi-



Tak dapat baca dua-dua kita mulakan satu dulu. Kita mulakan dengan al-Mulk ja dulu. Al-Mulk baru 30ayat ja. Tak sampai 20minit pun baca. Selalu baca silap-silap boleh hafal.

Surah as-Sajdah pun 30ayat ja. Panjang sikit ja sebab dia 3muka surat penuh tapi al-Mulk 2 setengah muka surat ja. Tak kisah mana-mana satu, dua-dua pun sunnah kan :)



Tapi kena ingat, "Allah lebih suka amalan yang sedikit tapi berterusan berbanding amalan yang banyak tapi culas"


Siapa sekali tengok ja dapat baca, dia 'terer' !! Hehe



Hmmm.. mati tu pasti. Jom layan al-Mulk dulu jom. Mata ngantuk dah ni. Babai. Selamat malam kesayangan keyra semua. Semoga kita berjiran di syurga nanti, aminnn :)



Jangan lupa cuci muka dengan Nutriwhite ni tau!
EH, ini bukan iklan berbayar tau :p LOL





Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714