Tuesday, 5 May 2020

Sila Ambil Berat Masalah Haid Tidak Teratur

Hai, Assalamu’alaikum. Nama saya Keyra. Seorang wanita yang berumur 28 tahun.

Kenapa saya bagitau pengenalan diri ni? Sebab saya nak kongsikan pengalaman saya hadapi masalah haid tidak teratur suatu ketika dahulu.

Saya datang haid ketika umur saya 9 tahun. Darjah 3 saya dah datang haid. Bayangkan waktu tu masih kanak-kanak mentah, masih mandi dengan adik lelaki dan sebagainya.

Tiba-tiba semuanya jadi terhad. Kena sentiasa pakai tudung bila nak keluar, solat tak boleh tinggal.

Tapi bukan itu yang saya nak ceritakan.

Sejak saya datang haid, hormon jadi tak stabil. Berat badan naik dengan sangat ketara. Tidak mendadak, tapi saban hari bertambah berat badan.

Kemuncaknya bila saya masuk sekolah menengah, semasa saya di Tingkatan 3. Haid saya mula tidak teratur. Kadang datang, kadang tak datang. Tapi masa tu masih mentah orang kata, jadi saya tak kisah langsung bila ada bulan yang saya tak datang haid. 

Sehinggalah bila saya naik Tingkatan 4, saya tak datang haid sehingga 5 bulan lamanya! Masa tu dah mula risau. Saya mengadu pada kakak saya. Dimarahnya saya sebab tak bagitahu awal-awal.

Saya dibawa ke hospital, terus berjumpa dengan doktor pakar sakit puan. Ingat lagi masa tu semuanya ibu mengandung, orang dewasa la pendek kata. Saya seorang ja budak sekolah kat situ 😂

Lepas jumpa doktor, masalah utamanya adalah berat badan berlebihan. Jadi doktor nasihatkan untuk turunkan berat badan dan doktor bagi juga ubat hormon kalau tak silap saya.

Jadi saya makan ubat tu untuk seketika, period saya datang tapi masih tidak teratur. Saya dah pasrah. Bagi saya, asalkan masih datang walaupun 3-4 bulan sekali, kira okay la tu.



Long story short, lepas saya habis diploma, saya asyik terbaca artikel yang berkaitan dengan bahaya jika haid tidak teratur. Antaranya yang paling saya takut adalah risiko ketumbuhan (cyst fibroid) dan juga kesukaran untuk hamil jika berkahwin kelak.

Jadi saya mula serius cari penawarnya sehinggalah kawan saya recommend untuk cuba Alfalfa Shaklee.


Bila kawan yang recommend, mestilah kita yakin nak cuba kan. Masa tu saya tengah praktikal, ada la elaun sikit. Jadi saya guna duit elaun tu untuk beli Alfalfa Shaklee.

Alhamdulillah, saya seronok sangat masa tu sebab 2-3 hari lepas saya consume Alfalfa Shaklee terus saya datang period setelah berbulan-bulan tak datang period. Saya tekad untuk konsisten consume Alfalfa.

Sampailah ke hari ini, dah lebih 5 tahun saya consume Alfalfa Shaklee tanpa gagal. Alhamdulillah, setiap bulan pasti datang period. Cuma belum berjaya kuruskan badan sebab makan ikut sedap mulut 😆

Ada masanya saya miss makan Alfalfa, pasti period saya akan terlewat seminggu dua, cepat-cepat saya makan Alfalfa dengan konsisten. InshaAllah 2-3 hari lepas tu mesti period. Tapi saya masih bersyukur sebab tidaklah melarat sehingga berbulan lamanya period tak datang macam sebelum ni.

Saya sangat recommend Alfalfa Shaklee ni pada semua wanita yang ada masalah haid tidak teratur. Bukan sebab saya jual semata-mata, tapi sebab saya sendiri makan dan dah dapat kesannya.


Jadi kalau cik/puan juga ada masalah yang sama, cubalah amalkan Alfalfa Shaklee. Masalah kita selesai InshaAllah.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan Alfalfa Shaklee ni, tapi untuk kali ni saya nak highlight mengenai masalah haid tidak teratur je dulu.


Nak cuba Alfalfa Shaklee? Boleh whatsapp saya untuk beli dan konsultasi cara makan terbaik.

Keyra | 012-5687714

Thursday, 7 November 2019

Bahaya Bentan Ibu Dalam Pantang

Masalah bentan paling ditakuti oleh ibu selepas bersalin. Ibu lepas bersalin, banyak urat kembang dan putus, jadi mudah kena bentan.
Apa itu bentan?

Bentan bermaksud ibu bersalin yang mengalami sakit badan, sakit urat dan pinggang, dan sakit di kawasan peranakan yang boleh menyebabkan tumpah darah.


Bagaimana boleh terjadi bentan?

1. Tidak jaga pemakanan semasa dalam pantang. Sebab tu la orang selepas bersalin kena pantang makan selama 44 hari. Jangan makan benda sejuk dan berangin.





2. Angkat benda berat atau terlanggar benda keras. Paling utama kena jaga ibu jari kaki, jangan sampai terhantuk benda keras, nanti bentan!

3. Badan terlalu penat atau stress.

4. Jalan laju. Yang ini kerap terjadi, bila dah rasa kuat dan sihat sikit, ibu dalam pantang mula langkah laju seperti sebelum bersalin. Tak boleh yer, bahaya takut bentan!

5. Ambil mudah pemakaian stoking. Malas macam mana pun, kena pakai stoking setiap masa selama 44 hari berpantang kecuali waktu mandi sahaja.


Bila terkena bentan, badan akan rasa seram sejuk, darah akan keluar sangat banyak, dan kawasan peranakan akan rasa sakit dan senak.

Ada orang sampai tak boleh bangun bila terkena bentan! Sebab tu masa dalam pantang kena jaga betul-betul terutamanya pemakanan.

Jenis-jenis Bentan

1. Bentan urat pinggang
Kebiasaannya terjadi kepada wanita yang bersalin secara caeseran/pembedahan. Lenguh di bahagian pinggang akan dirasai sehari atau dua hari selepas melahirkan.

Jadi semasa berpantang, cara untuk duduk dan bangun daripada pembaringan mestilah betul. Perkara ini kerap saya lihat semasa saya memberi servis kepada ibu berpantang, ramai wanita yang bangun tidak betul caranya.

Cara bangun dari pembaringan yang betul, mengiring dahulu kemudian baru bangun.


2. Bentan urat peranakan
Biasanya terjadi pada wanita yang angkat benda berat semasa dalam pantang. Hatta anak kita yang dah besar sikit pun kita tak boleh angkat tau ketika berpantang.

Sebab itu ada sesetengah orang lama yang melarang kita untuk mengangkat bayi kita sekalipun, takut rahim yang masih lemah terbeban dan menyebabkan bentan!


3. Bentan urat
Semasa berpantang, ibu dinasihatkan untuk banyak berehat dan jangan banyak bergerak atau berjalan walaupun di dalam rumah. Nanti badan akan jadi terlalu penat dan stress.

Bentan urat bila kita dah kena, kita akan rasa sakit-sakit sendi, badan rasa seram sejuk dan lemah sampaikan rasa nak baring ja, terlalu lemah untuk bangun.


Jadi, ibu yang dalam pantang, sila jaga kesihatan diri ya. Disamping pantau anak, kesihatan diri juga penting.

✔️ Banyakkan berehat. Biarlah orang nak kata kita asyik baring ja, sepatutnya mereka faham, ibu berpantang memang kena banyak berehat daripada bergerak.

✔️ Menjaga kebersihan. Walaupun disarankan untuk banyak berehat, kebersihan diri mesti jaga. Kerap tukar lampin wanita dan sebagainya.

✔️ Menjaga pemakanan. Badan kita tak sama, ada sesetengah orang banyak makanan yang dia boleh makan semasa dalam pantang. Kita jangan terlalu ambil mudah atau nak ikut orang, pantang makanan paling utama untuk dijaga.

✔️ Pantang bersama suami. Seeloknya selama 100 hari.

✔️ Kerap sapu minyak panas ke seluruh badan untuk memastikan badan sentiasa rasa selesa, ringan dan mudah buang angin.

✔️ Memakai baju yang tebal untuk mengelakkan urat masuk angin.

✔️ Menyarung stoking setiap masa selama 44 hari dalam pantang.

✔️ Akhir sekali, amalkan bertungku setiap hari untuk melancarkan darah ke seluruh badan.

Enjoy your confinement period ladies!


++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika anda perlukan Confinement Lady untuk menjaga anda semasa dalam pantang, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya boleh aturkan CL untuk anda di seluruh Malaysia.

Whatsapp Sahaja: 012-5687714

Thursday, 4 July 2019

Banyaknya Duit Cash Lepas Join Bisnes Mobile Spa Ni

“Keyra malu la nak share duit hasil keyra buat spa kat fb tu nanny. Nanti orang kata apa pulak dia ni asyik tunjuk duit ja!” (Nanny = upline shaklee) 

Sekali mentor I jawab,

“Lantak p la orang nak kata apa”

Papppp kena setepek! 😂

Kena betulkan niat sebenarnya kan. Niat nak bantu lebih ramai wanita buat instant cash macam saya.



Berapa ramai wanita yang perlukan duit cash setiap hari,

Berapa ramai wanita yang tak cukup duit bila tiba tengah bulan,

Berapa ramai wanita yang ikat perut sebab nak save duit untuk minyak kereta,

Berapa ramai wanita yang dah lama tak reward diri sendiri sebab takut lari bajet!

And the list goes on..

Alhamdulillah, tu income Spa yang saya dapat untuk kerja minggu lepas yang total up untuk seminggu tu masa kerja tak sampai 24 jam pun, RM600++ semuanya! (p/s: income CL asing yerr.. kalau campur income CL dekat 2k I dapat last week 🤣)

So korang jangannn takut nak labur duit, nak keluarkan modal untuk join kursus Spa twb ni.


Modal RM1999 ja.. paling mahal RM2999, tu pun belajar lebih daripada 10 courses tau! Memang berbaloi sangat. Belum kira kelengkapan yang dibagi, tak cukup tangan!

Malam ni ada preview percuma, lebih details pasal kursus spa twb. Nak join preview bagitau saya yer, PERCUMA ajo! 😉

Whatsapp 012-5687714

Friday, 24 May 2019

Kurangkan Dahaga Ketika Berpuasa Dengan Performance Drink Shaklee

Assalamu’alaikum. Harapnya belum terlambat untuk Keyra ucapkan Selamat Berpuasa. Alhamdulillah dah masuk fasa kedua menghampiri fasa ketiga di bulan Ramadhan. Semoga kita semua berpeluang bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Aaminn Ya Rabb.
 
Puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat.”
 
Okay, seiring dengan makna puasa itu sendiri yakni menahan diri daripada makan & minum, maka normal jika kita berasa lapar & dahaga semasa berpuasa. Kerana itulah tujuan kita berpuasa.
 
Macamana korang menahan rasa lapar & dahaga terutamanya dengan cuaca panas di negara kita?
 
Korang perasan tak? Bila hampir tiba bulan Ramadhan je, mesti iklan minuman isotonik menguasai media massa ie TV dan sebagainya.
 
Semakin menghampiri Ramadhan, semakin rancak & banyak iklan minuman isotonik yang menarik ditayangkan. Korang tahu ke kenapa?
 
Ini kerana minuman isotonik yang mengandungi elektrolit & gula kompleks mampu mengawal rasa dahaga dan memberikan tenaga segera.
 
Sangat penting untuk kita memastikan badan kita sentiasa kekal hidrasi ketika berpuasa. Korang tahu tak macamana nak tahu badan korang terdehidrasi?
 
🔆 sakit kepala
🔆 letih/lemah
🔆 sembelit
🔆 mulut kering/cepat haus
🔆 keinginan makanan manis
🔆 tekanan darah rendah
🔆 tumpuan lemah
 
Haa korang mesti pernah dengar kan, bila ada yang mengadu sakit kepala, pasti orang kata kurang minum air. Maksud sebenarnya dehidrasi la tu.
 
Jadi saya nak kongsikan satu produk Shaklee yang sangat berkesan untuk menangani masalah dehidrasi.
 
Performance®️ Drink Shaklee


Performance Drink (PD) adalah minuman elektrolit yang lengkap dengan campuran unik karbohidrat.
 
Fungsi elektrolit:
• Mengawal keseimbangan air dalam sel badan
• Penting dalam menghasilkan impuls elektrik yang perlu digunakan oleh saraf & otot badan.
 
Elektrolit yang utama dalam badan:
• Sodium
• Klorid
• Magnesium
• Kalsium
• Potasium
 
Kesemua kandungan elektrolit ini ada di dalam Performance Drink Shaklee.
 
Performance Drink Shaklee telah menjalani ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang.
 
Performance Drink Shaklee dipercayai dapat:
 
Mengurangkan kehilangan cecair dalam badan bagi meningkatkan hidrasi.
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium.
Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
 
Campuran Elektrolit OPTI-LYTE™️ propreitari dengan campuran unik karbohidrat dalam Performance Drink dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
 

✔️ Tenaga Berkekalan
✔️ Enam Jenis Elektrolit
✔️ Tanpa Gula Tambahan
✔️ Tanpa Perasa Tambahan
✔️ Tanpa Pewarna dan Pengawet Tambahan

 

Tapi air Performance Drink Shaklee ni bukan setakat membantu tahan rasa dahaga je tau, tapi bagus juga untuk penghidap gout, penghidap gastrik, ahli sukan (atlit), pesakit yang menjalani pembedahan, tiada selera makan, paras gula rendah, insomnia dsb.
 
Next entri I’ll share dengan you guys impact minum Performance Drink ni pada golongan-golongan yang Keyra sebutkan tadi tu ye.
 
By the way, kalau korang nak tahu, angkasawan NASA pun minum air Performance Drink Shaklee ni tau. Untuk kekalkan hidrasi badan mereka.

 
Ye la, bila berada di angkasa lepas, tekanan dah tak sama, darah akan jadi sangat pekat. So mereka akan minum air Performance Drink Shaklee ni untuk kekalkan cecair dalam badan & mudahkan darah untuk kembali normal bila turun ke bumi.

Cumanya formula air Performance Drink untuk mereka diperkasakan lagi la, sesuai dengan keadaan semasa di angkasa lepas. Tapi bahan asas masih sama dengan Performance Drink yang kita minum.
 
Kita patut rasa bangga dapat minum air yang sama macam angkasawan minum. Hehehe
 
Jika korang rasa korang perlukan air Performance Drink ni untuk bantu korang berpuasa atau anak-anak korang kekal aktif semasa berpuasa, korang boleh contact Keyra yer.
 
Keyra,
012-5687714
Pengedar Sah Shaklee

Monday, 25 March 2019

Mobile Spa Bisnes Ideal Untuk Suri Rumah

Kebanyakan suri rumah zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Walaupun diorang banyak menghabiskan masa dirumah dengan menguruskan kerja kerja rumah, menjaga anak dsb, diorang dah pandai ambil peluang untuk buat side income.

Lihat saja di media sosial, kebanyakan suri rumah tidak terlepas daripada berniaga secara online kan?

So saya nak recommend para suri rumah diluar sana, yang nak ada duit sendiri, yang taknak bekerja lama lama, yang nak jaga anak sendiri, untuk buat bisnes mobile spa bersama team the walking beauty.

Okay, kenapa saya kata bisnes mobile spa ni bisnes yang ideal untuk para suri rumah?


See, orang sekarang dah tak sempat nak ke Spa! So kita sediakan servis Spa yang boleh datang ke rumah mereka.


KENAPA BISNES MOBILE SPA IDEAL UNTUK SURI RUMAH?

☑️ fleksibel - boleh dibuat dimana mana dan pada waktu bila bila sahaja. So cikpuan boleh design sendiri masa bekerja cikpuan.

☑️ untung bersih 100% - mobile spa kan bisnes servis, jadi tak perlu nak rolling modal untuk simpan stok etc. Sekali sekala ja kena topup barang spa hehe

☑️ mudah - skills untuk buat spa ni sesiapa je boleh buat InshaAllah. Mula mula je tangan kejung, dah lama lama lemah gemalai la tangan tu. Dalam twb kita ada engineer, lawyer, cikgu, nurse etc yang mana kerja mereka takda kena mengena dengan spa. Cikpuan yang dah pencen pun ada join kami tau. Tapi diorang boleh je buat, cikpuan mesti lagi hebat! Hehe

☑️ modal sekali sahaja - masa nak mula je mungkin modal berat sikit, yela nak sediakan semua kelengkapan. Namanya bisnes servis kan? Lepas tu tinggal nak tuai hasil ja.

☑️ risiko untuk lingkup sangat rendah sebab biasanya bisnes yang berkaitan dengan wanita ni permintaan sentiasa ada. Nak nak pula yang berkaitan dengan kecantikan, orang perempuan memang suka la!

☑️ instant cash yang bukan biasher biasher. Sekali dapat RM50-RM100 yang cuma ambil masa satu jam bekerja. Kalau cikpuan spend masa 3 jam, boleh dapat up to RM300 sehari. Seminggu? Sebulan? Haaa masyukkkk







Modal untuk join bisnes mobile spa the walking beauty RM1,999 sahaja. Cikpuan dapat belajar 5 kursus Spa;

1️⃣ Facial Treatment & Face Massage
2️⃣ Body Scrub @ Lulur
3️⃣ Hands & Foot Spa
4️⃣ Aroma Milk Bath
5️⃣ Sauna Herba

Ditambah lagi cikpuan akan dapat lengkap semua peralatan yang diperlukan untuk cikpuan mulakan bisnes mobile spa cikpuan. Mudah kan? (Rujuk gambar dibawah)


Cikpuan akan rasa teruja bila cikpuan mula dapat upah servis spa cikpuan yang pertama. Sehari tak perlu bekerja sehingga 8 jam pun, tapi cikpuan boleh buat duit lebih banyak daripada mereka yang bekerja 8 jam sehari.

Best kan?

Ada peserta kami sampai gadai rantai tengan beliau untuk join bisnes mobile spa the walking beauty. Sebab beliau nampak peluang yang besar dengan bisnes mobile spa ni.

Tak berapa lama lepas tu, rantai tangan dah dapat ditebus semula, dan sekarang beliau adalah seorang pemegang income 4 angka hanya dengan bekerja dari rumah!

Cikpuan yang punya banyak impian dan keinginan, jom realisasikan impian cikpuan dengan buat bisnes mobile spa twb.

Cukuplah jadi suri rumah yang mengharapkan ihsan suami semata! Jom buat duit sendiri, suami pun suka, kita pun senang hati.

Buat mobile spa ni income masyuk dan anak masih boleh dijaga sendiri.

Berminat nak join bisnes mobile spa dengan team twb? Jom whatsapp saya,

Keyra,
012-5687714
💝 Alumni TWB
💝 Pemilik Income 4 Angka Sebulan Dengan Bisnes Mobile Spa

Friday, 22 March 2019

5 Kisah Wanita Peroleh Pendapatan 4-5 Angka Dengan Mobile Spa TWB

Wanita-wanita yang join bisnes mobile spa twb, semuanya punya latar belakang & cerita mereka tersendiri.
 
Mereka wanita yang hebat, bangkit daripada kesempitan hidup! Bantu perbelanjaan keluarga, punya hati yang kuat & tidak mudah mengalah.
 
InshaAllah hari ini saya nak kongsikan antara 5 kisah mereka yang sangat memberi inspirasi. Mereka bangkit demi keluarga!
 
 
KISAH 1 “Gaji suami digantung & dia pula tidak bekerja!”

 
Wanita hebat berusia 30 tahun, Puan Nurul Fatin Adiana diuji pada Tahun 2018, tatkala suaminya digantung gaji.
 
Air mata menjadi sahabat karibnya ketika itu. Siapa yang tidak terkejut, pabila sumber kewangan utama mereka sekeluarga tiba tiba hilang. Bertambah keperitan, beliau sedang mengandung ketika itu & tidak bekerja!
 
Allahhuakbar! Apalah daya beliau. Sehingga akhirnya terlalu buntu, beliau terpaksa kerja semula sebagai tukang masak di sebuah taska.
 
Tapi Alhamdulillah, ketika itu beliau sudahpun menyertai kursus spa the walking beauty. Jadi dalam masa yang sama beliau ambil job spa juga.
 
Bayangkan dalam keadaan mengandung, waktu siang terpaksa kerja di taska, manakala malam hari pula ambil job spa. 
 
Kita yang biasa ni pun pasti terasa penatnya, inikan pula beliau yang sedang di tempoh awal kehamilan!
 
Tapi demi anak anak dan perbelanjaan rumah, beliau tidak punya pilihan.
 
Alhamdulillah, sedikit sebanyak  membantu beliau dalam belanja dapur, minyak kereta, perbelanjaan anak anak dsb.


Hari ini, beliau merupakan salah seorang pemilik income 4 angka dengan bekerja dari rumah.
 
Kerja di taska sudah ditinggalkan, beliau teruskan dengan bisnes mobile spa the walking beauty disamping bekerja sebagai pembantu makmal.
 
 
 
KISAH 2 Bagaimana TWB Menjadi Penyelamat Kewangan Keluarga?”
 
Puan Shamira Binti Mohammad Nasir, wanita muda yang berusia 25 tahun & berasal dari Kedah.


“Nak dijadikan cerita seminggu lepas berpuasa pada tahun lepas suami saya berhenti kerja, atas sebab yang dia sendiri tak boleh tahan. 
 
Walaupun gaji suami merupakan pendapatan utama keluarga kami tapi  Alhamdulillah tanpa gaji utama tersebut kami masih survive sehingga ke hari ini.
 
Macam mana kami survive? 
 
Nasib baik saya dah join kursus mobile spa TWB masa tu. Tinggal nak panaskan enjin dan mulakan pemanduan je. Bila kita ada ilmu & skills, percayalah senang gila nak buat duit dengan TWB.
 
Saya tak marah suami berhenti kerja, cuma macam tak percaya, ceerr uolss yang dah kahwin bayangkan suami korang berhenti kerja, apa perasaan? 
 
Takut? 
Gelisah? 
Rasa nak mati?? 
 
Berbekalkan ilmu dan skills yang ada saya dan suami mula susun strategi.
 
Saya mula buat promosi spa dan collect customer banyak-banyak.
 
Malu??  Lagi tebal muka dan malu kalau mintak duit kat orang.. Tahu tak masa saya diuji tu.. saya masih baru dalam bidang spa.. Tapi Alhamdulillah saya boleh survive.. hanya bergantung dengan income daripada servis spa saya semata-mata.
 
Sebab tu saya cakap, BISNES MOBILE SPA NI BISNES YANG BERI PULANGAN LUMAYAN!
 
Memang kita bersangka baik dengan Allah mintak dijauhkan dari ujian yang kita tak nak. Tapi andai kata terjadi jugak pernah bayangkan tak apa nak buat bila kita tak ada apa-apa?
 
Kesimpulannya, orang perempuan kena ada satu bisnes backup yang boleh berikan instant cash!”
 
 
 
KISAH 3 Saya join bisnes Mobile Spa TWB, tapi saya masih boleh buat income besar 4 angka setiap bulan tanpa running servis Spa”


Ini cerita Puan Syahida. Beliau join twb pada tahun 2015. Beliau sempat running bisnes Spa beliau pada awal penglibatan beliau dengan twb sahaja, lepas tu beliau dah tak dapat nak buat spa sebab komitmen menjaga 3 orang anak yang masih kecil.
 
Tapi... beliau masih berjaya mendapat income 4 angka setiap bulan tanpa gagal!
 
Apa rahsianya?
 
Beliau fokus mengajar wanita diluar sana untuk buat duit dengan bisnes mobile spa.
 
Jadi pendapatan yang beliau dapat adalah daripada 5 penjuru income yang lain yang ditawarkan dalam twb.


Asbab join twb, beliau dah berjaya bawa keluarga pergi melancong luar negara, pergi umrah, & bayar downpayment beli kereta Nissan Serena sebanyak RM10,000!!
 
Ini buktinya 6 penjuru income dalam bisnes mobile spa twb memang wujud!
 
Mobile spa twb lain daripada yang lain.
 
 
 
KISAH 4 “Sponsor Mak Ayah Pergi Umrah Dengan Kos Hampir RM20,000”


Puan Azura seorang guru. Orang kata kalau jadi cikgu ni gaji besar, tapi hakikat sebenar orang tidak tahu. Kalau tengok slip gaji sebelah kiri dah banyak macam gaji doktor, tapi bila telek sebelah kanan, terlalu banyak potongan sampaikan selalu sesak nafas sementara menunggu gaji bulan depan masuk!
 
Antara pencapaian terbaik Puan Azura adalah beliau pernah mendapat income spa RM750 dalam masa 2 hari sahaja! Fuhhh best kan?
 
Dan selepas 2 tahun menceburkan diri dalam bidang Mobile Spa TWB, Puan Azura berjaya sponsor sepenuhnya ibu  & ayah beliau menunaikan umrah dengan kos hampir RM20,000!

 
Terbukti bisnes Mobile Spa TWB bukan biasher biasher uolsss hehehe
 
 
 
KISAH 5 “Korban usia muda & kerja demi adik OKU”
 
So here is my own story...
 
Saya ada sorang adik lelaki yang OKU. Dia tak boleh jalan sejak dari kecil. Tahun ni umur dia dah 24 tahun.


Sebelum ni saya kerja, masa tu adik pun kecik lagi, mak pun kuat lagi. Tapi as time goes by, adik pun makin besar, badan dia naik mendadak (asbab makan ubat utk saraf), mak pun makin tua, sakit lutut etc.
 
So saya rasa saya kena do something. Yang boleh ringankan beban mak nak uruskan adik & kerja rumah. Tapi dalam masa yg sama boleh gain income jugak.
 
Masa tu saya memang dah start join twb masa saya kerja tu, tapi buat secara part time je la.
 
Long story short, saya ambik keputusan utk berhenti kerja & fokus 100% buat spa & shaklee.
 
Memang tawakkal ja masa tu.
 
Alhamdulillah, apa yg saya tak dapat buat masa saya kerja, saya dapat buat lepas sy buat keputusan utk fokus spa twb 100%.
 
✅ DAPAT RINGANKAN KERJA MAK, ADA LEBIH MASA UNTUK TEMAN ADIK DIRUMAH tapi dalam masa yang sama MASIH ADA INCOME & BERI DUIT BELANJA DI RUMAH.
 
InshaAllah bulan 5 ni nak bantu bagi dana untuk mak operation lutut, dan bulan 11 nanti nak hantar ayah pi umrah. 
 
Next target nak umrahkan diri sendiri pulak bulan April tahun depan. InshaAllah..
 
Bisnes Mobile Spa TWB dah banyak ubah hidup saya sendiri terutamanya, dan wanita lain juga.
 

Berpeluang menjejakkan kaki ke luar negara buat pertama kalinya asbab join bisnes Mobile Spa TWB!
 
Anda juga boleh merubah nasib anda jika anda betul-betul nak!
 
Jom join kami, jadi wanita hebat yang bekerja sendiri dari rumah tapi mampu jana income mengalahkan mereka yang bekerja profesional!
 
Pakej Mobile Spa TWB sangat menarik! Dengan harga pakej RM1,999 sahaja, anda boleh belajar 5+1 kursus Spa. Siap lengkap dengan semua kelengkapan Spa!
 
 
Jom whatsapp saya segera jika anda rasa anda perlukan instant cash setiap hari.
 


 
Keyra,
Alumni TWB Di Utara
012-5687714

Tuesday, 19 March 2019

7 Sebab Bisnes Mobile Spa Satu Pelaburan Bisnes Yang Bijak

Assalamu’alaikum!

Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun ke-4 Keyra berkecimpung dalam dunia bisnes Mobile Spa. Mulanya secara part-time, sekarang dah buat secara full time.


Daripada cuma tahu buat rawatan facial, sekarang dah macam-macam treatment Keyra upgrade untuk Mobile Spa Keyra.
Dan sekarang Keyra dah boleh ambik job confinement jugak tau. Alhamdulillah 😇

Pelan-pelan dan sikit-sikit Keyra upgrade servis di Russ Beauty House.

So, korang rasa kenapa Keyra boleh setia dengan bisnes yang sama selama hampir 5 tahun ni?

Bukan satu tempoh yang pendek ye. Macam-macam suka duka sepanjang Keyra running bisnes Mobile Spa Keyra, tapi Keyra still survive hingga ke hari ini.

7 SEBAB BISNES MOBILE SPA SATU PELABURAN YANG BIJAK

1. Servis dalam bidang kecantikan ni adalah non-stop, bukan servis bermusim. Tak kisah la ekonomi bagus ke, ekonomi gawat ke, orang perempuan takkan berhenti untuk menjadi cantik kan? 😅

Jadi bisnes yang melibatkan kaum wanita ni mesti takkan lingkup if you buat betul dengan caranya.


2. Orang perempuan zaman sekarang semakin banyak tanggungjawab, jadi apa-apa servis “mobile” ni selalunya sangat diperlukan! Kalau ada servis mobile lipat kain pun mesti dioranglah yang paling gembira. Haha


3. Bisnes yang paling mudah, boleh dijalankan dimana-mana! Asalkan ada semua kelengkapan, bersedialah untuk buat duit ye.

Tepi laut pun layan beb!


Dalam ofis pun jalan!

4. Sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur, dari yang muda sehinggalah yang sudah pencen. Kerana bisnes mobile spa ni sangat mudah untuk dilakukan, teknik yang diajar oleh TWB sangat simple tapi berkesan, mudah nak faham dan apply.



5. Risiko rendah. Yela, modal RM1999 je beb, lepas tu pulangan berkali ganda you boleh buat. Tak kisah la dalam masa berapa lama pun, you mesti akan dapat semula modal you tu!

6. Jika you sedang struggle untuk ada instant cash sementara nak dapat gaji, bisnes Mobile Spa ni jalan penyelesaian yang paling mudah dan cepat! Setiap upah yang you dapat itulah untung bersih you. Best kan?




7. Boleh buat secara part-time ataupun full time! Korang yang bekerja kalau perlukan side income, meh la join bisnes Mobile Spa TWB. Team kami masa lunch hour pun depa tibai buat duit! 😆









So, what say you?

Bertuah gilerrr siapa yang pilih untuk buat bisnes Mobile Spa ni. Pulangan sangat lumayan! Keuntungan bersih adalah 100%!

Kalau korang rasa nak buat duit dengan bisnes Mobile Spa, meh berguru dengan Keyra. I am making RM5,000 income Spa bersih setiap bulan!

Siapa nak tahu ilmu dan rahsianya? Jom join bisnes Mobile Spa TWB.

Whatsapp Keyra,
012-5687714