Saturday 27 May 2023

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Ambil Supplement

Korang percaya tak, ada je lagi orang zaman sekarang yang belum kenal atau belum tahu mengenai kepentingan mengambil supplement atau bahasa mudahnya makanan tambahan atau vitamin sihat. Kebanyakan mereka merasa tidak perlu untuk mengambil supplement dan ada antara mereka yang salah anggap mengenai supplement yang kononnya "ubat" yang akan merosakkan buah pinggang.

Baiklah, jom kita tengok 5 sebab mengapa kita perlu mengambil supplement.

1. Gaya pemakanan kita yang tidak sihat.

Korang tengok dan nilai sendiri gaya pemakanan korang setiap hari. Kadang-kadang terlalu sibuk, makan apa yang cepat ja kan. Apa yang cepat? Semestinya fast food, beli di kedai dan sebagainya. Cukupkah vitamin C yang diambil? Cukupkah protein yang diambil? Cukupkah kalsium yang diambil?

Kenapa saya sebut tiga jenis vitamin ni? Sebab ketiga-tiga ini adalah vitamin sihat yang paling asas yang badan kita perlukan, dan yang paling banyak badan kita gunakan setiap hari, dan yang paling cepat hilang pula daripada badan.

Bayangkan, kita gelak pun boleh hilang kalsium, apatah lagi berjalan, berlari dan sebagainya. Ha mesti korang tak tahu kan? Yang ni nanti saya share di dalam posting yang lain ya.

2. Aktiviti harian yang kurang aktif.

Kita hari ini terlalu banyak benda yang mudah buatkan kita stress, tidur lambat, dan tidak jaga pemakanan kita. Benda ni semua boleh mengundang kepada kehidupan yang tidak sihat. Kita jarang bersenam, tidur tak tentu masa dan makan apa yang mengenyangkan sahaja tanpa mengambil kira khasiat dan vitamin sihat yang kita perolehi daripada makanan tersebut.

3. Banyak penyakit berjangkit.

Korang perasan tak, kebanyakan penyakit hari ini pelik-pelik kan? Contohnya Covid-19, Influenza A dan sebagainya. Jadi untuk mengelak diri kita dan keluarga kita daripada terkena penyakit ni semua, kita kena ambil vitamin sihat tambahan untuk boost immune system kita ie vitamin C, interferons dan sebagainya.

4. 94% rakyat Malaysia tidak mengambil buah dan sayur yang secukupnya setiap hari.

Kita nilai sendiri la ya, banyak mana sayur dan buah yang kita ambil setiap hari. Kadang-kadang tu langsung takda ambil sayur dan buah dalam sehari tu kan. Jadi korang masih rasa tak perlu ke ambil supplement atau vitamin sihat sebagai makanan tambahan korang?

5. Kualiti sayur dan buah sekarang dah berkurang berbanding 20-30 tahun dahulu.

Zaman sekarang, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan dan diubah secara genetik atau kita panggil Genetically Modified Organism (GMO) supaya makanan tersebut cepat matang dan tidak cepat rosak. Kalau korang perasan, buah tembikai sekarang dah tak ada biji kan? Tak bagus sebenarnya, berkurang vitamin sihat yang kita sepatutnya dapat daripada buah tembikai seperti vitamin C, vitamin A dan zat besi. Buah tembikai sepatutnya ada biji dan bijinya berwarna hitam.

Makanan GMO ni boleh mengganggu fungsi hati dan meningkatkan risiko penyakit barah!

Jadi korang rasa masih tidak perlukah korang ambil supplement sebagai makanan tambahan harian korang? Supplement berfungsi sebagai makanan tambahan dan vitamin sihat yang melengkapkan keperluan nutrisi yang badan kita perlukan setiap hari.

Saya sendiri suatu ketika dahulu ada pemikiran yang sama macam korang, rasa tak perlu ambil supplement sebab kononnya dah cukup makan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Padahal tak sampai segenggam pun yang diambil, lebih kepada karbohidrat dan protein sahaja, vitamin sihat yang lain kelaut!

Saya dah pun mulai mengambil supplement untuk kesihatan saya sejak 8 tahun yang lalu dan masih lagi mengamalkan supplement yang sama sehingga ke hari ini. Kesannya bukan sahaja kesihatan dalaman saya maintain, tapi juga memberi kesan luaran.

Boleh nampak kan perbezaannya?

Korang nak tahu saya makan supplement apa dan kenapa boleh bertahan sehingga ke hari ini? Nanti korang check out next posting saya ya.

Keyra,
Pengamal Supplement Sejak 2015
010-5657714


#bisnesonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee 

No comments: