Tuesday 11 December 2018

Kursus Spa & Penjagaan Ibu Bersalin Dan Berpantang




Orang kita ni, kalau tengok apa yang artis buat, mesti kita nak ikut buat kan? Kalau benda tu baik, mendatangkan manfaat takpa, tak jadi masalah.

Contohnya, kalau korang perasan lately ni ramai artis yang ambil servis penjagaan berpantang atau kita panggil confinement lady kan? Sebenarnya servis macam ni dah lama wujud, cuma mungkin sebelum ni tak diperkenalkan secara terbuka.










Tapi sejak artis-artis gunakan khidmat confinement lady ni, permintaan menjadi sangat tinggi kan!
Tambahan lagi orang zaman sekarang dah semakin bersikap terbuka, tak semestinya mak bidan tu orang yang dah berumur, dah banyak pengalaman. Orang muda pun boleh jadi mak bidan.

Yang penting cukup ilmu di dada, betul tak?

Padahal kalau fikir logik, orang muda lagi banyak tenaga nak mengurut dan sebagainya kan?

So, the walking beauty dengan berbesar hati menawarkan kursus penjagaan ibu bersalin & berpantang buat pertama kalinya pada tahun ini.


Antara kursus yang akan dipelajari:

1. Urutan Badan (tradisional/bersalin/sengkak)
2. Cara Bertungku
3. Pemakaian Bengkung
4. Cara Buat Tapel/Param/Pilis
5. Cara Menyediakan Tangas Kering & Basah
6. Pengurusan Bayi
7. Penyediaan Makanan & Vitamin Yang Diperlukan Ketika Berpantang


Bonus Pada Bulan Ini! (Disember 2018)

Anda berpeluang untuk belajar kursus asas Spa!

1. Facial Relaxing Treatment
2. Body Scrub
3. Hands & Foot Spa
4. Sauna Herba
5. Aroma Milk Bath


Untungnya korang! Semua rawatan Spa asas ini korang boleh masukkan dalam pakej penutup berpantang tau. Fuhhh sekali belajar semua boleh dapat ni.


Jap jappp.. ada lagi bonus tau!!



Jika korang join kursus berpantang the walking beauty pada bulan ini, korang juga berpeluang untuk belajar cara make over diri korang!

Belajar basic makeup, cara menggayakan tudung sesuai dengan bentuk muka & warna kulit, cara berpakaian dan sebagainya!

MashaAllah!! Kursus apa ni banyak sangat bonus korang dapat!!😍


Cop coppp.. adaaaa lagi la uolls!


Dengan pakej Spa kami ni, korang akan dibekalkan dengan semua peralatan lengkap yang korang perlukan untuk mulakan servis Spa korang tau! OMG!! Biar betullll

Ye, betul sis. Semuanya kami sediakan lengkap!


Sis cuma perlu tambah sikit2 ja macam kain batik, tuala kecil dan sebagainya yang mana semua tu sis boleh guna yang mana sedia ada di rumah sis sahaja ye..


Okay, cool down.. berapa agaknya harga pakej Spa yang kami tawarkan pada bulan ini?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





HANYA RM2,999 SAHAJA..!!!

Dengan harga semurah ini korang boleh dapat banyak sangat ilmu & kelengkapan! Untungnya korang yang join dengan pakej pengenalan pada bulan ini.

Saya yakin, harga akan semakin meningkat naik di masa akan datang. Jadi saya nasihatkan korang cepat-cepat grab peluang yang ada pada bulan ini.

Dijangka pada tahun 2019 permintaan Mobile Spa & Penjagaan Ibu Berpantang akan meningkat naik dengan sangat lajuu! Jadi jom persiapkan diri kita dengan ilmu yang berkaitan supaya masuk tahun baru nanti kita sudah bersedia untuk buat duit berkepuk-kepuk! Hehehe

Hubungi saya sekarang untuk pendaftaran kursus kerana tempat sangat terhad!


Whatsapp @ call 012-5687714 (Cik Keyra)

Rawatan Untuk Ibu Bersalin di Penang

Sekarang ni semakin ramai yang sedar kepentingan untuk memberi rawatan selepas bersalin dengan baik. Ya walaupun sekarang sudah zaman moden, tapi perawatan tradisional masih mendapat permintaan.

Tanpa tradisional, tiadalah yang moden. Gitteww! Hehe

Jangan buat main ya dengan rawatan tradisional selepas bersalin, kalau diabaikan takut si ibu boleh kena angin meroyan! Haa sebab tu la banyak kes tak masuk akal sering terjadi sekarang ni.

Apakah rawatan selepas bersalin yang penting untuk si ibu?


1. Urutan Seluruh Badan




• penting untuk kelancaran darah seluruh badan, jadi susu badan akan lebih mudah dihasilkan.
• mengurangkan sakit-sakit semasa bersalin, kan bersalin perlukan tenaga sepenuhnya, tentu sakit satu badan.
• memberikan keselesaan pada si ibu untuk menguruskan si kecil yang mungkin tidurnya tidak menentu.

Bagi ibu yang bersalin secara normal, urutan selepas bersalin boleh dilakukan seawal hari ketiga berpantang. Manakala untuk ibu yang bersalin secara cser pula dinasihatkan untuk mula melalukan urutan badan pagi hari ketujuh ke atas kerana bimbang akan memudaratkan kawasan jahitan. Apapun, ikut kemampuan si ibu ye..


2. Bertungku




• membantu mengecutkan rahim & organ lain yang bengkak akibat bersalin.
• memecahkan lemak.
• mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Kebiasaannya darah nifas akan mengalir lebih laju selepas bertungku.


3. Pemakaian Bengkung




• mengecutkan rahim.
• menampung rahim yang tenat & bengkak yang mana baby tumpang selama 9 bulan.
• mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Bengkung ada banyak jenis. Bengkung jawa, bengkung tali kasut, bengkung tali barut dan sebagainya. Nanti bila “mak bidan” pakaikan bengkung, tengok dengan teliti ya. Bila dah habis treatment dengan mak bidan, ibu boleh pakai sendiri setiap hari selama 4 jam paling maksima.


4. Tangas




Tangas ni adalah rawatan untuk faraj. Boleh dilakukan apabila darah nifas sudah kering.

• membantu kembalikan keintiman wanita.
• membantu mengetatkan faraj
• buang segala kotoran & bau yang tidak menyenangkan
• kembalikan hormon yang bercelaru
• membantu kesuburan wanita

Untuk pengetahuan para ibu, tangas ada dua jenis yer.. tangas kering & tangas basah. Tangas basah adalah wap daripada rebusan herba terpilih, manakala tangas kering pula wap daripada batu sungai yang dipanaskan.

Keduanya penting & mempunyai manfaatnya tersendiri.


5. Sauna @ Steam Bath @ Mandi Wap




• bakar kalori
• tingkatkan kadar metabolisme badan & membantu penurunan berat badan
• singkirkan toksik melaluli peluh & kembalikan kesegaran badan
• membantu dapatkan tidur yang lebih baik
• menggantikan sel-sel kulit yang mati, menjadikan kulit lebih halus & licin


6. Mandian Herba



7. Tapel, Param & Pilis



Tapel

• Sapuan yang dipakai pada perut sebelum pemakaian bengkung
• Mengurangkan rasa sakit-sakit di perut
• Memulihkan keadaan luar perut akibat selulit / stretch marks
• Membantu proses pembakaran lemak & mengempiskan perut
• Menghangatkan perut & membuang angin serta darah kotor 
• Menegangkan kulit perut yang menggeleber

Param

• Sapuan seluruh badan kecuali payudara & perut
• Membantu melancarkan peredaran darah
• Mengelakkan angin masuk ke dalam badan
• Memberi kehangatan pada tubuh
• Menjaga kecantikan luaran kulit

Pilis

• Campuran herba yang khusus untuk disapu pada dahi
• Meredakan pening kepala
• Melancarkan peredaran darah
• Menyegarkan mata & mengurangkan rasa pitam
• Mengelak angin yang boleh menyebabkan tekanan emosi


Penjagaan berpantang sama sahaja ye bagi ibu yang bersalin normal atau secara czer, tekniknya sahaja sedikit berbeza.


Manakala untuk ibu yang keguguran, jangan ambil mudah penjagaan semasa berpantang. Sebaiknya rawatlah sama seperti orang bersalin. Ibu yang keguguran lebih mudah diserang angin meroyan!


Jika anda masih mencari mak bidan untuk menjaga anda semasa di dalam pantang, cepat hubungi saya. Untuk seluruh Pulau Pinang, Parit Buntar & Kulim.


Whatsapp @ call: 012-5687714 (keyra)


Pakej penjagaan ibu bersalin & berpantang terbaik dengan harga yang berpatutan InshaAllah.