Thursday 15 March 2012

bukan LAKSA penang

Assalamu'alaikum :)
hari ni hari jumaat, penghulu segala hari. so dengan bangganya aku tanpa ada rasa segan silu nak mengaku yg aku dah berumur 20 tahun. bulan 10 nanti genap laa 20 tahun. motip cita pasai umur? biaq laa, belog aku. haha

okay, apa yang lagi penting hari ini adalah aku dah lakukan sesuatu yg di luar jangkaan. bukan panjat pokok nyoq(kelapa) laa, mustahil kan. haaa, tapi ni lagi best daripada panjat pokok nyoq. aku masak. baca, MASAK. hahaha. apa yg peliknya dengan masak? masak memang tak pelik. tapi bila Nurul Shakirah anak pakcik Bakaq memasak seorang diri tanpa dibantu oleh sesiapa, itu yg jadi peliknya. haha

masak apa? takdak la masak piza or what so ever. memang jadi tempe la kalau aku masak piza kan. tapi aku masak LAKSA. entah mengidam apa, bangun pagi tadi teringin nak makan laksa. then aku suruh ayah aku beli bahan semua. mesti ramai yg kata, apa yang susahnya masak laksa. memang tak susah kalau semua bahan dah siap disiang, and tinggal nak masak jaa. yg jadi susahnya bila semua bahan aku kena siang sendiri. termasuk laa ikan. buat kali kedua aku siang ikan lebih 15 ekor, ambik masa hampir sejam. haha. amazing kan?

selalunya setiap kali balik kampung ja, aku order ja nak makan apa, mak aku akan masak. kali ni, aku order aku sendiri yang kena masak. aku main belasah ja sebenaqnya. haha. first time masak laksa, taktau apa rasa. sedap tak sedap tu belakang kira, tapi kalau tanya aku confirm sedap sebab aku yg masak. haha. selalu kalau bab masak ni aku reti masak tomyam ja, sebab aku adalah hantu tomyam. sampaikan org pelik, kalau pi makan kat kedai tengok menu bukan main lama tapi last2 ordernya tomyam jugak. hahaha. tapi aku kalau masak tomyam takdak sapa boleh lawan, aku yakin itu. miahahahahahh. masuk bakul angkat sendiri. malas nak cakap banyak, takut nanti ramai yg hantaq order pulak. hang bajet ramai dok baca belog hang,piiraahhh!! tengok la hasilnyaaa. pasti sedap. miahahahahahahh

 tu diaa tu diaa tu diaaa :D

nota lutut : harap maaf, tidak terima order. terima kasih ~ bhahahahahahahhh

Monday 12 March 2012

taktau apa yg tak kena

Assalamu'alaikum :)
alhamdulillah, la ni tengah cuti mid semester. lega sangat bila dah cuti walaupun dibekalkan dgn asgment+homework yg bertimbun sebab dpt restkan badan drp terkejar2 itu ini.
tapi memang aku tak expect pun cuti kali ni dpt rehatkan mna2 part yg dh lma x brehat. kali ni punya cuti aku kna jadi surirumah tangga sepenuh masa. hahahahaha. tak apa, aku suka dgn kerjaya aku sekarang ni. dgn keadaan mak aku yg tak berapa sihat, takkan aku nak pentingkan diri sendiri kan.

so aku pun dgn lapang dada, aku ikhlaskan hati aku utk take over semua keja yg sepatutnya mak aku buat yg dah diambil alih oleh ayah aku sebelum kepulangan aku. alhamdulillah, aku seronok dgn keadaan aku sekarang walaupun penat. yala, sebab tak biasa kan. lepas habis masak utk makan tengah hari ja dlm pukul 12.30 tgh hari, mesti aku tumbang. hahahahahahaa. penat sgt tuhhh :)

waktu siang memang aku spend utk penuhi apa yg family aku nak. mak nak makan itu ini, aku cuba tunaikan walaupun aku sebenaqnya bukannya pandai masak sgt pun. tapi aku cuba. tu yg jadi sambal ayam kering tanpa kuah dan pedas nak mati. huhuuhuhuhu. my 1st try ok.

then waktu malam pulak aku cuba utk study. baca, CUBA. hahahaha. heyy!! at least ada niat tau. tapi mau xmau aku kena jugak study sebab tu utk diri sendiri. dan alhamdulillah, walaupun siang aku dh penat lelah bersilat tapi malam aku still ada energy utk study walaupun sat tapi jadi la drp takdak langsung kan..

ok lahhh, online2 ni sebenaqnya takdak pun dlm jadual aku. ~ Daaaa