Sunday 27 May 2012

tak best pun couple

Assalamu'alaikum.. adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik ! mari-mari, rapat-rapat sini. saya bukan jual obat mahupun jamu, saya mau ucap syabas untuk yang TAK COUPLE ! :D
-ok aku dah mula merepek-

annyeonghaseyo !
aku tak pernah couple!! ok, aku tipu.. skip yang tu. hahahaha!
apa yang best dengan couple-couple ni? kalau tanya orang yang tengah hangat bercintun-cintun ni memang la best ja dia akan kata. macam dok kat heaven katanya!haha. nak menipu pun agak-agak la kawan. ok, aku mengaku memang sekarang aku single and available dan pernah bercouple suatu ketika dahulu. mesti orang akan cakap, "biasala tu, hang dah break-off memang hang nampak couple ni banyak keburukan ja la".. ehh, hello! sebenarnya apa yang aku rasa ni dah lama, time aku pernah bercouple dulu lagi. cuma malas nak cakap banyak, sebabnya nanti mesti orang akan kata "hang pun couple, nak cakap banyak pulak..piiraahhh!!".. so aku tunggu masa dan waktu yang sesuai barulah aku buat entri ni. -ok aku tau mukadimah tak perlu panjang-

here we go! sini aku nak listkan apa yang tak best kalau couple ni..

1) Islam sendiri dah kata, HARAM !

Allah berfirman dalam Surah Al-Isra' ayat 32: "Dan janganlah kamu dekati zina, kerana sesungguhnya ianya perbuatan terkutuk dan buruk padahnya"

see, nak kata apa lagi. dah terang lagi bersuluh yang ALLAH sendiri cakap couple tu haram. aku pun agak tersentapp la bila ingatkan balik dulu aku pun pernah couple.

2) Jalan pintas ke arah zina!

tak betul ka couple ni cuma mendorong ke arah nak melakukan zina..  laki atau pompuan, sama naik ja! -ok aku malas nak tulis lelaki atau perempuan dengan proper sebab aku rasa macam tak layak-

"I sanggup bagi apa saja yang U nak" -ouh,murahnya kamu-
"kalau U sayang I, buktikan" -pandainya hang buat alasan,puihh-

kalau dah nama couple, mesti kena berdating. haa, percayalahh time berdating tu bukan hampa dua orang ja ada kat situ, for sure akan ada syaitan yang akan join sekaki, masa tu mula la nak berpegang-pegang, meraba-raba. hampa bajet orang jeles tengok hampa boleh jalan pegang-pegang tangan, peluk-peluk pinggang.. menyampah lagi ada laa. hahahaha!

"ehh, macam sama laa.. hahahaha!"

-sakit hati baca? tak payah teruskan sebab aku tak paksa hampa untuk baca-

3) Pembaziran yang kritikal!

okey, tak payah nak berdalih lagi. yang ni memang sangat ketara. dah couple, mesti nak mesej. mesti nak call, super saver semua. dan semua tu costly. mana nak datang topup kalau tak keluarkan duit, turun dari langit?? wahh, nak menipu nombor satu. hahahaha. ehh, tau tak duit yang parents hang bagi untuk makan or else tapi hang guna untuk topup dan mesej dengan awek atau pakwe hang, duit tu dah jadi haram! unless hang bagitau kat parents hang"ayah, bank in duit sikit orang nak topup nak call awek/pakwe orang" and parents hang kata "ok" barulah takpa. sedarlah diri sikit. duit pun mintak kat mak ayah lagi, ada hati nak bercouple!

4) Rosakkan environment
pengalaman aku.. alamak, bercouple bagai nak rak. pagi pi kelas sama-sama, then balik tengahhari lunch sama-sama.. petang aku taktau la apa depa buat, sebab aku terperap dalam bilik. then turun makan malam, ada lagi muka depa kat kafe tu tengah makan. on the way nak balik blok masing-masing pun sempat lagi berhenti kat susur gajah sambung sembang. lepas tu masing-masing dah balik bilik, sambung dengan mesej, call lagi.yang aku pelik sangat tu, tak bosan ka?? aku yang tengok ni pulak naik rimas. sampaikan aku pernah kata kat kawan aku "aku mintak sangat weh, aku nak jadi invisible then aku nak duduk dengan depa yang couple-couple ni, aku teringin sangat nak tau apa yang depa sembang sampaikan tak bosan-bosan tiap-tiap masa berdua!".. sampai macam tu sekali :D -tak pasai-pasai buat tambah dosa orang dok mengata kat hampa, dosa sendiri tak payah dok cerita la- hadoi la!

5) Putus silaturrahim
ada dua situasi berkenaan dengan putus silaturrahim ni. pertama-tamanya adalah;
time couple "baby"
dah break "babi" jadinya,
time couple "I-YOU"
dah break "wa-lu"
time couple "sayang" bagai
dah break "bangang" yang keluar
-ok,yang ni aku copy-

banyak lagi contoh yang kita boleh tengok. dah terputus tali persaudaraan. daripada elok-elok berkawan gatai nak couple kan, sia-sia ja!

satu lagi situasi dimana bila ada couple yang lebihkan pasangan dia daripada kawan dia. padahal berkawan daripada sekolah rendah lagi ni, tapi sanggup dia tinggalkan kawan demi kekasih dia tu. tak paham betui dengan orang bercinta ni. hey, tanpa kawan hang tak kemana laa!

haa, yang ni ja laa dulu.. idea dah kontang. jari pun dah penat menaip. ada yang menyampah plus sakit hati plus terasa lepas baca entri ni?? ouh my.... ada aku kesahh?? hahaha
-kbai-

Thursday 24 May 2012

bila doa dimakbulkan

Assalamu'alaikum :)
saja nak share something.. aku janji, entri ni tak panjang. Insha-Allah :D
dah baca tajuk entri ni? aku yakin dan pasti semua orang pernah lalui apa yang aku lalui, maksud aku doa dimakbulkan. apa yang hampa rasa? of course la gembira kan. happy macam nak lompat tinggi, cuma tak mampu ja nak lompat tinggi. hahahaa

aku pernah tanya kawan aku, boleh tak kalau kita nak share dengan orang apa yang Allah dah bagi kat kita. dia kata boleh asalkan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.. Insha-Allah :)
 teringat aku satu doa aku yang Allah makbulkan. aku mintak kat Allah sebelum aku cuti semester aku nak dengaq dia azan sebab aku rasa dah lama gila tak dengaq suara dia azan. dan alhamdulillah, beberapa hari sebelum habis final dan masa tu aku kat surau aku dengaq dia azan. rasa macam nak menangis sebab Allah sentiasa ada dengan kita dan sentiasa dengaq luahan kita..

lepas habis azan, macam biasa la baca doa lepas azan dan mesti semua orang tau kan berdoa lepas azan tu salah satu waktu yang afdal untuk berdoa. lepas baca doa lepas azan, aku tambah sikit doa.. "Ya Allah, izinkan aku solat betul-betul sebaris di belakang dia".. dan Subhanallah, Allah memang sangat baik. Allah dengar doa aku.. tiba-tiba langsir kat depan aku kawan aku selak sebab imam tak pakai microfon, takut tak dengaq suara imam angkat takbir. aku terpandang depan dan Ya Allah saja yang tau apa aku rasa. dia sembahyang betul-betul sebaris dengan aku. maksud aku dia kat depan la, saf lelaki.. tapi dia betul-betul kat depan aku.. lepas tu langsir aku tarik sikit, supaya aku tak nampak dia, takut hilang khusyuk. hahahahaha

see, betapa hebatnya bila kita terus sabaq berdoa. setengah orang berdoa, tapi tak teliti betul-betul tertibnya berdoa. berdoa ni kena mintak sungguh-sungguh. jangan expect dengan sekali ja berdoa terus Allah nak bagi. kalau Allah terus bagi, Alhamdulillah. kalau Allah bagi lambat sikit, Alhamdulillah sebab Allah bagi jugak cuma lambat sikit sebab Allah nak bagi banyak pahala bersabaq untuk kita. dan kalau Allah tak bagi langsung bukan bermakna Allah tak sayang kita, tapi Allah ada yang lebih baik untuk kita, Insha-Allah :)

sapa dia? takdak sapa pun kenai.. biaqlahh rahsia sebab aku dengan dia memang takdak apa-apa pun..minat jarak jauh jaa.. hahahahaa.. sekian ! wassalamm

kenapa gambaq cokelat? sebab aku suka makan coklat!
motip? kaitan? suka hati aku laa, belog aku.. haha !

Wednesday 23 May 2012

heroinnya Shakirah

Assalamu'alaikum..walaupun dah lama tak update kat belog ini, aku tak rasa macam ada habuk pun, macam beloger lain selalu buat bilamana lama tak update entri. terbatukbatuk kononnya banyak habuk sebab dah lama tak jengah belog masingmasing..hahahahaa.. aiyark! ada yang terasa ka? ada ake kesahh?? haha..ehh2 belog aku kan, suka hati aku laa.. HAHA <gelak jahat>

lama sungguh tak menaip panjang lebaq macam ni, aku rasa excited sangat.. dah lama tak menaip bukan sebab takdak idea nahh, tapi aku sibuk dengan belajaq. BACA. sibuk dengan belajaq. saya kan student ! tapi betul nak habaq kat hampahampa semua, aku memang sibuk sungguh sejak naik semester empat ni. banyak sungguh kerja nak kena buat sampai tak sempat nak update kat sini, padahal banyak ja cerita nak share..

ehh2,macam dah lari tajuk jaa. lupakan pasai semester empat semua tu. sekarang alhamdulillah dah habis final dah pun dan aku pun tengah bercuti. itu yang ada masa tersangat laa banyaknya untuk menaip kat sini. hehehe..


haa, ada sapasapa tengok drama melayu kat TV3, setiap isnin-khamis pukul 7pm-8pm. aku ni bukan jenis yang suka tengok drama melayu sangat sebenaqnya, tapi petang semalam saja terbukak TV sambil tunggu turn untuk mandi, bukak la TV3.. tertengok laa cerita Seindah Sakura lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha.. sebelum ni kalau apa saja cerita yang ada Fasha Sandha berlakon, aku jarang nak tengok sebab aku tak minat dia. tapi cerita Seindah Sakura ni yang buat aku tertarik sangat nak tengok adalah sebab buat julungjulung kalinya nama heroin dia SHAKIRAH.


wehh, serius aku cakap sebelum ni mana pernah nama aku sebagai heroin atau pelakon tambahan sekalipun. taktau la kot pernah ada tapi aku sorang ja yang tak pernah tau. hahaha. tu semua tak penting, yang penting sekarang ni hero dia Fahrin Ahmad yang hensem tu. walaupun bukan aku yang berlaon dengan, tapi tiaptiap hari isnin sampai khamis dalam masa sejam tu banyak kali jugak laa dia dok panggil nama aku..hahaha..nampak tak betapa aku sangat excited, tu yang aku pulun tengok jugak cerita ni walaupun ada Fasha Sandha. haha !


ok tu ja nak bagitau, sekian ! :')