Tuesday 21 October 2014

Mudahnya Menjadi Ahli Shaklee


Rasa macam dah jadi hobi pulak download kartun comel-comel macam kat atas ni. Hihi. Suka suka...

Pagi-pagi ni mood nak update blog membuak-buak. Macam-macam cerita yang keluar dalam kepala yang rasa nak share. Tapi tak boleh la nak update semua cerita dalam entri yang sama kan. Cacar merba jadinya. Keh keh. But don't worry sebab saya dah siap tulis, dah siap buat list apa tajuk-tajuk blog yang bakal di update. Supaya tak lupa, tak ter"miss". Hehehe


So hari ni nak share dengan awak semua "bagaimana menjadi ahli Shaklee". Mudah sangat, murah sangat. Sebab rupanya ramai lagi yang tak tahu cara mudah nak jadi ahli Shaklee. Hihi





Ada dua pilihan. Samada bayar untuk jadi ahli, atau beli produk Shaklee sampai melayakkan kita untuk dapat free membership.


1- RM65 seumur hidup
  • Macam saya dulu register as member secara online dengan mummy Shaklee saya dengan bayaran RM65 untuk Shaklee kit. Maknanya RM65 tu bukannya kita free-free bagi kat Shaklee gitu ja. Dalam Shaklee kit tu ada manual business, ada resit Shaklee, ada buku sejarah Shaklee, ada buku comel pasal produk Shaklee. Pendek kata berbaloi la kita bayar RM65 tu untuk register jadi ahli. Macam-macam kita dapat. Dan kalau macam saya register secara online dia cas penghantaran Shaklee kit tu RM10. Total RM75 untuk online registration.

  • If awak nak jimatkan RM10 postage tu, boleh ja ikut saya pergi daftar dekat mana-mana branch Shaklee. Manual registration kena isi borang la. Hihi. Kena tambah RM3 ja untuk borang tu.

  • Yes yes, memang nampak macam tak masuk akal kan sebab cuma RM65 untuk daftar jadi ahli Shaklee. Awak tak perlu pun pastikan awak kena beli produk Shaklee setiap bulan untuk kekal aktif membership awak. Dua tiga bulan sekali baru nak shopping pun takpa. Membership awak still aktif lagi. Iya laa, katakanlah awak pengguna Vitamin E kan. Kan Vitamin E sebotol untuk 4 bulan. Haa, mesti dah habis sebotol baru awak nak beli lain kan. Tak ada masalah la. Boleh ja lagi nak guna ID awak tu. Hehehe

2- Daftar secara percuma
  • Beli mana-mana kombinasi produk Shaklee yang bernilai lebih kurang RM700 untuk dapat free membership. Bukan setakat free membership ja tau, dapat point dan dapat bonus lagi. Wah! Sangat maha untung! Shaklee kit pun dapat tau. Lagi untung la free membership ni. Shaklee kit dapat, produk Shaklee dapat, point dapat, lagi-lagi dapat bonus pulak! Yeaaayy

  • Contoh macam bulan ni kan promo ESP Shaklee. Meh nak bagi awak satu tips. Tips untuk dapatkan free membership. Okay, macam ni. Kan promo bulan ni beli 6 percuma 1 ESP-Energizing Soy Protein-. Okay, nampak memang macam banyak kan awak nak beli sorang ESP sampai tujuh tong kan. Sekarang macam ni, awak share la dengan siapa-siapa yang perlukan ESP. Kot la ada yang nak kurus, kot ada yang dah kurus, tapi tak fit, flabby, menggelebeh boleh cuba ambil ESP. Ataupun kot ada yang nak kulit cantik flawless, pun boleh minum ESP untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik. Kot ada pulak kawan-kawan yang tengah pregnant, yang baru bersalin, yang tengah berpantang dan bercadang nak fully breastfeed, sangat elok la dicadangkan kat dia untuk ambil ESP sebab ESP kan bagus untuk kulit ibu dan baby. Baby pun cepat kenyang bila menyusu. Ataupun awak sendiri selalu lemau bila kat tempat kerja, atau yang masih study selalu mengantuk dalam kelas walau still awal pagi, sangat digalakkan untuk minum ESP. ESP kan energy booster.

  • Ataupun awak memang masih tercari-cari set untuk bersalin dan berpantang. Boleh cuba set bersalin dan berpantang Shaklee dan awak layak dapat free membership tau. Apa yang ada dalam set ni, boleh terus tanya saya ja k. Dan ESP memang ada dalam salah satunya. Hehehe

  • Pada penggemar atau pengguna tegar Vitamin C Shaklee, boleh juga awak share dengan kawan-kawan awak untuk cuba dan rasa sendiri manfaat Vita C Shaklee kan. Cari 9 orang termasuk awak ja dah cukup melayakkan awak dapat free membership. Mudah ja kan?

Jadi ahli Shaklee tak semestinya awak kena buat bisnes untuk kekal sebagai ahli. Awak jadi ahli untuk makan sendiri ja pun takpa. Puas hati kan dapat beli dengan harga ahli yang jimat hampir 25%. Guna ID sendiri pulak tu. Semua untung dapat kat awak la. 


Tunggu apa lagi, jom daftar sebagai ahli Shaklee. Kenal kan Rita Rudaini? Dia pun dah rasa sendiri kehebatan produk Shaklee, dan sekarang dah jadi ahli Shaklee dah pun. See, produk bagus tak perlu cari artis untuk jadi duta produk segala. Artis tu sendiri datang cari Shaklee.

Pada haters kat luar sana, teruslah jadi haters sebab awak sikit pun tak tinggalkan kesan pada kami. Benda bagus ni memang selalu ada orang dengki. Hahaha

Enjoy your live! Till then, see ya <3



Much Love,

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | +60125687714 (sms/whatsapp)

Saturday 18 October 2014

Selamat Hari Jadi Untuk Saya



Tiga hari yang lepas, 16 October 2014, genap la umur saya 22 tahun. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk betulkan mana yang bengkok. Masih diberi peluang untuk tambah pahala buat bekalan kat sana nanti.


"Syarat untuk mati itu bukan tua, tapi bernyawa."


Tahun ni punya hadiah birthday paling best la. Dapat ada orang layankan apa yang kita nak, memang bahagia la hati ni. Dan tanam bunga sepokok dua dalam hati. Hahaha

Kita ajak pi zoo, dia layankan ja. Kita ajak pi makan dekat @KoreanGilKafe, pun dia bawak pi jugak. Dari Zoo Taiping, patah balik ke Bukit Jambul Penang, semata-mata nak layan kehendak birthday girl yang over mengada. Kah kah kah!


Tapi rasa bersalah pun ada jugak ajak pi Zoo Taiping sebab banyak sangkar yang kosong. Zirafah ada seekor ja. Harimau dengar bunyi ja, taktau duk kat ceruk mana. Cari tak jumpa. Tapi, syukur sebab antara binatang yang saya nak sangat tengok like buaya, badak air, gajah semua dapat tengok. Hehehe. Meh nak belanja gambar binatang sikit. Hihi






-Ini badak air super comel! Bila penjaga tu nak baling pisang dengan betik, macam tu la gaya dia. Letak kepala macam tu then nganga mulut. Pemalas betul!-

Yang paling tak tahan, at first tengok badak air ni berendam selalu kan akan nampak either hidung dia atau badan dia sikit kan. Kita ni duk pikir la yang air kolam dia berendam tu mesti dalam. Siap bayang kalau jatuh dalam tu, mau tenggelam terus. Sekali penjaga tu datang nak bagi makan, si badak air ni boleh dengan selamba bangun berdiri dan air kolam rendam dia tu memang takat yang dalam gambar tu ja. Hampeh betoi! Rasa tertipu betul. Hahaha



Lepas dah pusing-pusing dalam zoo sejam lebih, terus gerak balik Penang. Nak ke KoreanGilKafe tu. Senang ja cari bila berjalan dengan orang yang memang pernah stay kat kawasan pulau. Sekali tuju ja terus jumpa. Hehe. Layan gambar la ek. Ek ek ek?



-masuk ja kedai dia, terus rasa comel. haha. suasana dalam kedai yang sangat memikat hati, comel sangat. nampak tak kat hujung belah kanan tu, haa tu la owner kedai ni. made in korea tau owner ni. bila dengaq depa sembang dalam korea live, rasa macam kita pulak foreigner. rasa macam ada kat Korea. kui kui-





-Alahai, buku menu pun nak comel jugak. geram betul. kulit dia balut dengan kain tau-


-Jjambongbap-

-Jjajangbap-

-Ddeokbokki-


Seriously, semua makanan ni tak kena lansung dengan selera tekak aku. hahaha! Tengok dalam drama korea, dalam RunningMan macam sedap sangat depa makan. Dah rasa sendiri, taktau nak describe macam mana rasa dia. Kah kah! Tapi.... dalam pada konon-konon tekak tak boleh terima tu, licin jugak haa.. Taraaa!!!

-ada orang nak belajar makan pedas, tu yang dia habiskan. haha-


@KoreanGilKafe ni dekat dengan Vistana Hotel dan Bukit Jambul Mall (betul ka orang panggil Bukit Jambul Mall?hahaha). Kat kawasan ni memang mostly owner kedai makan dia foreigner. Dan halal! Hari tu dah pergi sekali dengan Ain, tapi waktu tu @KoreanGilCafe ni tak buka. So kami decided untuk makan nasi Arab yang memang pure owner dan chef orang Arab. Nasi dia sangat banyak. Daging kambing sangat lembut. Haa makanan Arab kena dengan tekak daku. Keh keh



And I got this for my birthday present. Thank you.



-Actually dah dapat hadiah ni almost 2 weeks dah. Sebab urgent nak guna. terus dia belikan, yang baru pulak tu. Thanks <3 -


Till then, babai love. Haha


Much Love,

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | +60125687714 (sms/whatsapp)

Thursday 16 October 2014

Misi Menabung Ke Korea

Assalamu'alaikum pembuka bicara >,<


Eh, bukan nak bermadah la. Tak reti pun nak berpuisi segala. Propa ja semua tu. Hiks!


Nak share satu hobi saya dari zaman sekolah lagi. Kalau hampa semua dengar mesti rasa apa punya hobi daa.. Hahaha. tak kira, nak share jugak! Keh keh


Hobi menabung! Yes yes. Saya memang suka menabung. Suka ada tabung yang comel-comel. Hihi. Kalau tidak tak ada la orang bagi hadiah birthday tabung, saya bagi hadiah kat orang pun tabung jugak. kekeke^^


Suka menabung tapi tak ada la gigih mana menabung. Tapi kan bagus amalan menabung ni. Ada syaratnya nak menabung cara saya. Saya suka menabung syiling 50sen dan 20sen ja. Sepuluh sen out of list. Hahaha. Iya la, kalau simpan 10sen nanti time tabung dah penuh penat nak kira syiling 10sen tu. 10 keping baru dapat RM1. Adoi la, tak suka la~ Haha



Sekarang ni saya tengah gigih menabung untuk beli tiket pergi balik ke Korea. Haa, pada yang baca sekarang ni mesti ada yang tersenyum sumbing perli kan?Tak kisah pun sebab tak mustahil. Saya nak, saya buat dan saya percaya saya akan dapat by end of year 2015. Yeahhhh!!

Lagi, bila menabung jangan selalu sangat duk nak kira ada berapa "ribu" dah dalam tabung. Sebab bila selalu sangat kira dan amaun dia tak banyak mana mula la rasa "Isshhh malas dah la nak menabung, rasa macam dah banyak aku simpan tp lima puluh ringgit pun tak sampai"

Haa, kan dah tak syok macam tu.


Tabung yang dah nazak sangat rupanya hasil kekreatifan anak menakan yang lasak!
Tabung-buat-sendirian-berhad-ja-tu

Jom challenge!!!

Planning without acting, is just a wish. Wind.
Plan and act. Wish you all the best! Till then, good bye! Assalamu'alaikum <3



Much Love,
KeyraFB Page : Mekira JK Shoppe ] , [ Instagram : keyra_jk ]


Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | +60125687714 [sms/whatsapp]


Wednesday 8 October 2014

8 Nasihat Khidmat Masyarakat Untuk Pengguna Jalan Raya

Assalamu'alaikum!

Boleh dikatakan banyak juga la pengalaman saya di jalan raya. Dan terlalu banyak kerenah pengguna jalan raya yang kebanyakkannya sangat-sangat la menguji kesabaran. Tpi Nabi s.a.w ajar kita untuk sentiasa bersangka baik, sentiasa menahan rasa marah sebab besar ganjaran pahala bagi orang yang berjaya menahan marah dan sentiasa berbaik sangka.

:Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya sedangkan dia boleh melepaskan kemarahan itu, maka Allah akan memenuhi hatinya dengan iman, perasaan aman dan tenang."
-Hadis Riwayat, Abu Daud-


Tapi manusia ni bila ketuk baru jalan, jadi kena juga tegur. Yang baik jadikan teladan, yang buruk kita buang jauh-jauh. Minta tolong kepada semua pengguna jalan raya, bermuhasabah diri sebelum memandu. Hehehe

1> Jangan Potong Kiri

Kalau ikutkan yang ini benda basic kan. Selalu terjadi dekat highway masa tengah jammed teruk. Yes, memang bila you main potong kiri benda tu mungkin memudahkan you. Mempercepatkan perjalanan you, mungkin. Tapi sedarkah kamu bahawa tindakan kamu memotong kiri tu sangat-sangat menyusahkan orang lain. Dah you sedap-sedap potong kiri tiba-tiba nak que masuk pulak. Hey! Ingat awak sorang ka nak cepat. Semua orang pun nak cepat. Sabar dan senyum :)

[ bersepah kan papan tanda macam ni kat highway. gamaknya orang yang buat juga perangai memotong ni buta huruf kot. ambil lesen pass pula. mungkin dia ambil lesen untuk yang orang buta huruf kot, murah! -musykil ]

2> Jangan Pasang Lampu Tinggi

Biasa terjadi waktu malam la kan, atau pagi-pagi, logically. Kena pulak kat kawasan yang tak ada lampu jalan. Kemungkinan, lampu dia rosak dan dia terpaksa pasang lampu tinggi. Kemungkinan juga dia cuma tahu pasang lampu tinggi walaupun sesungguhnya pasang lampu biasa lagi mudah.

Tapi tahukah anda yang suka memasang lampu tinggi, silau mata kami! Silap-silap boleh terbabas masuk hutan. Terbabas langgar tiang lampu. Rasa-rasa awak nak berhenti tolong tak? Entah-entah awak tak tahu pun ada orang terbabas. Kesian.

Yes, bila pasang lampu tinggi akan memudahkan perjalanan you mungkin. You boleh nampak jalan sehingga 1 kilometer jauhnya, mungkin. Tapi jangan jadi manusia yang pentngkan diri sendiri.

3> Sila Bagi Signal

Setiap kenderaan tak kisah la motosikal, kereta, lori semua pun dicipta dengan signal. Maka silalah bagi signal bila nak masuk simpang, nak keluar simpang. Terutamanya nak masuk simpang. You tak tahu berapa lama orang tunggu jalan clear untuk keluar simpang. Tiba-tiba you nak masuk simpang signal apa pun tak bagi, You just slow down your car.

Ataupun, pada mereka yang nak tukar lane. Silalah juga bagi signal. Orang lain In Shaa Allah akan mudahkan jalan you kalau you bagi signal. Jangan masuk simpang atau tukar lane ikut gerak hati. Main rasa-rasa.

"Eh, tak payah bagi signal la. Sempat kot ni tukar lane. Kereta belakang pun jauh lagi."

Takkan you expect orang depan belakang you boleh dengar apa yang cakap dalam hati you? You datang dari planet mana?

4> Jangan Teragak-agak Bila Nak Keluar Simpang

Masa kereta jauh lagi you takmau keluar simpang. Bila dah dekat sangat baru nak keluar kan. Dah tu, teragak-agak. Sikit-sikit you keluarkan kepala you. Bagi you mungkin nampak macam comel bila buat macam tu, tapi sangatlah tidak bagi orang lain. Kita tengah memandu dalam kelajuan yang smooth, tiba-tiba kena brek mengejut. Tak ka mengundang semua tu?

Kalau penankut sangat nak keluar simpang, macam saya. Hihi. Tunggu ja sampai jalan tu clear. Kalau kena horn dengan orang belakang, sendiri tanggung la. Kekeke^^

5> Kelajuan Yang Bersesuaian

Bila kat jalan dalam pekan, bukan main laju. Jalan yang sibuk, kereta parking kiri kanan jalan bukan main lagi cilok sana sini. Tapi bila kat highway, dah la pandu perlahan. Duduk kat lane memotong pulak. Aigoo laa~ Fikir la sendri apa yang you patut buat.

Laju sangat pun menyusahkan orang, perlahan sangat pun menyakitkan hati. Sebab tu saya kata, memandu dengan kelajuan yang bersesuaian dengan kawasan.

Kawasan yang patut slow down, you have to drive slowly. Yang memang untuk laju, faster la! Hehehe. Most important, drive carefully :')

6> Jemput Anak Di Sekolah

Sekolah yang tepi jalan. Jalan pula sempit. Jangan pentingkan diri sendiri, park kereta you betul-betul depan sekolah masa nak jemput anak you balik sekolah. Waktu balik sekolah kan waktu jalan sibuk, jangan pentingkan diri sendiri! Nak mudahkan diri sendiri, nak mudahkan anak you. Tapi you dah susahkan ramai pengguna jalan raya yang lain.

You tahu tak berderet kereta tunggu nak gerak kat belakang you tu. Kalau kat kawasan tempat tinggal saya ni biasa terjadi kat hadapan sekolah sungai duri. Memang tekanan betul kalau salah timing nak lalu situ waktu balik sekolah. Menguji!

7> Jangan Parking Kereta Sesuka Hati

Masuk pekan, kiri kanan rumah kedai. You nak beli barang kat kedai Ah Soon contohnya. Takkan you nak kena berhenti betul-betul dihadapan kedai Ah Soon. Orang bunyikan hon, nyalakan lampu pun you boleh buat derkkkk jaa. Hailaaa~

Parking la jauh sikit. Parking di tempat yang memang untuk park kereta. Tak rugi la jalan sikit, exercise. Dapat pahala pula tu bila you mudahkan jalan orang lain :)

8> Cilok Sana Sini

Biasa yang buat macam ni penunggang motosikal la. Dulu saya pun lebih kurang ja. Kekeke^^
Sebab saya jarang memandu kereta, jadi tak tahu sangat apa yang pemandu kereta rasa bila kita sebagai penunggang motosikal duk buat perangai menyelit sana sini.

Sekarang ni bila memandu kereta dan menunggang motosikal sama banyak ja, Sendiri rasa la bila ada penunggang motosikal yang menyelit-menyelit. Kita pula nak kena jaga depa. Terr brek-brek.



Sekian sahaja, untuk kali ni. Ini bukan teguran, tapi sedang bermuhasabah.
Till then, bye! >,<



Much Love,

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | +60125687714 (sms/whatsapp)

Tuesday 7 October 2014

Ciri-ciri Lelaki Pilihan "Typical" Perempuan Melayu ?

Assalamu'alaikum!

Bukan nak mengata sesiapa, saya sendiri pun kadang-kadang tergolong dalam kumpulan di atas. Huaaaa! Kalau sebut ja pasal lelaki pilihan, mesti nak yang hensem, berharta, jaga solat, baik, romantik, penyabar... bla,bla,bla... Banyak lagi la kalau nak taip.

Yes, semua pun nak yang terbaik kan. Termasuklah saya sendiri pun. Tak pernah lagi saya dengar orang ni bila ditanya tentang lelaki pilihan hati, nak yang pernah bunuh orang, kaki botol, tak pernah solat, garang, panas baran, gemuk, muka penuh jerawat. Haa, tak ke pelik kalau ada yang mengharap jodoh dia sebegitu rupa. Aigoo~

Islam tu mudah sebenarnya. Nak kahwin? Ikut rukun yang Islam dah tetapkan. Kena ada suami, isteri, wali, dua orang saksi lelaki, ijab dan kabul (akad nikah). Kan mudah ja tu? Orang kita ja yang selalu susahkan, ikut sangat adat. Kenduri nak grand, kalau orang Penang tu kalau boleh nak jemput satu Penang datang wedding dia. Hebat sangat *tangan dibahu, mata dijulingkan*

Bagi saya, cukuplah seoarang lelaki yang jaga solat. Sebab lelaki yang jaga solat, In shaa Allah itu bermakna dia jaga hubungan dia dengan Allah. So mesti tak ada masalah untuk dia jaga kita kan.

-Dia selalu perli kasar. Kata nak berjaya, nak kaya, nak jadi Master Shaklee. Tapi nak bangun awal pagi pun susah. Nak biasakan tahajud pun susah. Orang tolong doa melimpah-limpah pun tapi kalau dah diri sendiri tak jaga hubungan dengan Allah, tak jalan jugak.-Lelaki itu

Alhamdulillah, ditegur begitu setiap hari :)

Nak yang kaya? Ohh no. Saya nak ubah pemikiran tu. Selalu orang perempuan ni mesti nak cari lelaki yang kaya kan. Tidak bagi saya sebab saya nak jadi isteri yang kaya! Yaa, saya yang nak kaya. Tapi tak bermaksud saya nak suami yang papa kedana pulak. Keh keh. Cukuplah sekadar berkemampuan :)

: Kata Ustaz Badlishah, untuk berkahwin, si lelaki perlu ada 3 kunci :

1) Kunci rumah - beli/sewa yang penting ada kediaman/tempat tinggal.
2) Kunci kereta - kereta atau motor, yang penting ada kenderaan
3) Kunci pejabat - kiasan. Bermaksud ada pekerjaan.

Tapi ada satu ja ciri-ciri yang saya suka sangat dan tak boleh nak buang. Suka sangat-sangat lelaki yang badan tough. Kekeke^^

*Gambar sekadar hiasan :p

: Nabi s.a.w bersabda, ada tiga perkara yang perlu dicepatkan dan jangan dilambatkan :

1) Solat apabila masuk waktu - sebab tu kita ditegaskan untuk solat awal waktu, sebab Nabi yang suruh. Bukan ada siapa-siapa yang saja keluarkan statement tu.
2) Jenazah, segera disemadikan.
3) Pernikahan, segerakan apabila anak perempuanmu sudah dipinang lelaki yang sepadan.

In shaa Allah, one step closer :D

Till then, see ya love !



Much Love,
Keyra 

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | +60125687714 (sms/whatsapp)