Friday 16 June 2023

Vivix dan Res-V Pilihan Saya Untuk Suami Melawan Kanser!

Bismillahhirrahmanirrahim...

Pada18 Februari 2020, suami saya disahkan menghidap kanser limfoma tahap 4. Semuanya berlaku secara tiba-tiba sahaja. Masa tu kami belum berkahwin. Dan tiba-tiba juga negara kita dilanda virus Covid-19, jadi suami saya ketika itu terpaksa bertarung melawan sakitnya seorang diri sambil dibantu oleh keluarga angkatnya di Padang Besar, sedang keluarganya jauh di Pahang tak dapat nak merentas negeri.

Gambar sebelah kiri ketika suami sakit teruk. Ya Allah, meleleh air mata bila ingat semula keadaan suami ketika itu.

Kemuncaknya adalah pada bulan Jun 2020 dimana kanser suami semakin teruk. Asalnya hanya ketulan kecil di leher, tiba-tiba membesar seperti buah kelapa dan merebak juga di celah peha dan ketiak. Berat suami sebelum sakit 75kg jatuh merudum ke 50kg sahaja ketika itu! Suami terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bayangkan betapa risaunya saya bila saya tak dapat buat apa-apa untuk tolong dia. Saya tak dapat datang melawat dia di hospital. Saya cuma mampu berdoa dari jauh supaya Allah mudahkan urusan dia dan semoga semuanya baik-baik sahaja.

Tapi saya tidak duduk saja ya tanpa berbuat apa-apa, saya bantu suami dengan hantar Vivix dan Res-V Shaklee kepadanya. By post of course sebab masa tu masih tak boleh rentas negeri.

Alhamdulillah, amazingly lepas 3 bulan suami ditahan wad, diberikan rawatan kimoterapi, dan curi-curi consume Res-V Shaklee yang saya poskan pada dia, suami semakin sihat! Ya kena makan curi-curi sebab hospital tak bagi ambil ubat atau supplement lain selain ubat hospital.

Nota : Res-V Shaklee yang paling sesuai untuk suami ketika masih di wad sebab Res-V Shaklee adalah kapsul, tak perlu disimpan di dalam peti ais berbanding Vivix Shaklee yang perlu disimpan di dalam peti ais selepas dibuka sebab Vivix Shaklee adalah cecair.

Sihat yang macamana? Suami boleh ride motor seorang diri dari Padang Besar ke Alor Setar yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk jalani rawatan kimoterapi selepas dia dibenarkan untuk pulang selepas 3 bulan ditahan di hospital. Datang hospital setiap 2 minggu sekali ke atau sebulan sekali saya tak berapa ingat untuk jalani rawatan kimoterapi seorang diri dengan menunggang motosikal adalah sangat luar biasa bagi seorang pesakit kanser tahap 4!

Kebiasaannya, jika pesakit kanser menjalani rawatan kimoterapi atau radioterapi, badan mereka akan menjadi sangat lemah, hilang selera makan, kerap muntah dan sebagainya kerana rawatan tersebut tidak hanya membunuh sel kanser tapi sel normal turut mati bersama. Tapi semua itu tidak berlaku kepada suami saya ketika itu. Para doktor semua risau dan terkejut bila dapat tahu suami datang sendiri ke hospital untuk jalani rawatan sedangkan pesakit lain yang kanser baru tahap 2-3 hampir kesemuanya perlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

Subhanallah tabarakallah, semuanya dengan izin Allah. Saya sangat yakin dan percaya asbab suami amalkan Vivix dan Res-V Shaklee membantu suami untuk dapat tenaga yang luar biasa begitu! 

Ya, Vivix dan Res-V Shaklee tidaklah menghilangkan sel kanser dengan serta merta, tapi mampu merencatkan sel kanser kerana mengandungi tinggi resveratrol.

Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix dan Res-V Shaklee adalah antioksidan yang sangat berkuasa membetulkan DNA sel yang rosak dan menyebabkan sel-sel kanser 'membunuh diri'. Kajian saintifik menunjukkan resveratrol yang terkandung di dalam Vivix dan Res-V Shaklee sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia seseorang kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

Terdapat kajian dan bukti saintifik yang menunjukkan keberkesanan resveratrol (yang terdapat di dalam Vivix dan Res-V Shaklee) dapat melawan kanser.

1. Kajian awal dalam Annals of The New York Academy of Science menunjukkan resveratrol mempunyai kesan anti kanser.

2. Kajian oleh FACEB jurnal menunjukkan resveratrol berjaya menghalang sel kanser payudara daripada membesar.

3. Kajian oleh University of Nebraska mendapati resveratrol berjaya menghalang estrogen daripada bertindak balas dengan DNA yang menyebabkan kanser payu dara.

4. Kajian oleh University of Florida menunjukkan resveratrol mempunyai sifat anti-carcinogenic yang boleh menghalang sel normal menjadi sel kanser.

5. Kajian oleh University of Kansas menunjukkan resveratrol boleh membantu kanser prostat daripada membesar.

Resveratrol dalam Vivix dan Res-V Shaklee akan menghalang mekanisme pembetukan sel kanser atau sel abnormal.

1. Antioksidan - polifenol dan resveratrol akan meneutralkan radikal bebas sebagai antioksidan pada peringkat permulaan.

2. Anti-keradangan - memperbaiki sistem pertahanan badan yang telah rosak disebabkan oleh sel kanser pada peringkat promosi.

3. Anti-angiogenik - memutuskan salur darah supaya sel kanser tidak dapat nutrient daripada organ sewaktu peringkat perkembangan.

Dalam bahasa lebih mudah, polifenol dan resveratrol yang terdapat di dalam Vivix dan Res-V Shaklee akan membunuh sel kanser yang ada pada organ dan akan menggantikan dengan sel baru yang lebih sihat.

Sekarang suami saya masih lagi bertarung untuk bebas kanser, tapi keadaannya semakin sihat, dah boleh bekerja seperti biasa, berat badannya juga sudah kembali normal. Dan beliau masih terus mengamalkan Vivix dan Res-V Shaklee sebagai makan tambahan.

Alhamdulillah kami dah pun selamat bernikah pada 8 Ogos 2021. Suami saya nampak sangat sihat pada waktu ini, tak nampak macam pesakit pun. Semuanya dengan izin Allah dan asbab amalkan Vivix dan Res-V Shaklee.

Doakan suami saya dapat bebas kanser dengan secepat mungkin. Tiada yang mustahil jika diizinkan Allah. Kita ikhtiar sebaiknya, yang selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kebetulan pada bulan ini Shaklee ada buat promosi ResV-Vix, jadi kami takkan lepaskan peluang untuk dapatkan Vivix dan Res-V Shaklee dengan harga promosi yang jimat 5-10%!

Nak juga dapatkan Vivix dan Res-V Shaklee untuk orang yang tersayang yang sedang melawan kanser, contact saya segera. Jom bantu mereka jalani rawatan kanser dengan lebih lancar, sihat dan ceria tanpa kesan sampingan yang teruk!

Keyra,
Isteri Pejuang Kanser Tahap 4

No comments: