Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Friday, 6 July 2018

Suplemen Untuk Jemaah Umrah & Haji

Assalamua’laikum wbt.




Labbaikallah humma labbaik.
Labbaikalaa syari kala kala baik.

Tak lama lagi akan tiba musim haji. Alhamdulillah, kakak saya & suaminya antara yang mendapat jemputan Illahi untuk kesana.


Nak pergi sana banyak persediaan yang perlu dipersiapkan. Tak boleh ambil mudah. Terutamanya bab kesihatan kita, mestilah yang terbaik supaya kita dapat beribadah dengan senang & sempurna.


Jadi kakak saya ada minta pendapat saya mengenai suplemen apa yang boleh bantu beliau supaya sentiasa kekal sihat & bertenaga untuk beribadah disana nanti. InshaAllah, akan saya kongsikan juga pada anda yang mungkin akan kesana juga musim haji yang akan datang ini.


Disana nanti, kita pun tahu cuacanya sangat jauh berbeza dengan cuaca di Malaysia. Kalau di Malaysia suhu 38•C kita sudah terasa bahangnya, disana nanti suhunya boleh mencecah sehingga 45•C ye! Bayangkan sendiri betapa panasnya.


Bila cuaca panas & kita pula tak biasa dengan keadaan cuaca begitu, kita akan rasa cepat letih, dahaga & jadi malas!


Jadi untuk elak daripada keadaan itu daripada berlaku, eloklah kiranya kita ambil langkah selamat dengan mengambil suplemen yang boleh boost tenaga & kesihatan kita.


1. Basic Essential (B-Complex, Vita-C & Vitalea)




B-Complex
• beri tenaga berpanjangan
• kurangkan rasa letih
• kawal emosi

Vita-C
• lindungi sistem imun badan
• beri kesihatan yang baik

Vitalea
• beri tenaga segera
• pelengkap nutrisi


Selain daripada suplemen asas diatas, korang boleh juga add on beberapa suplemen lain untuk tenaga yang lebih baik semasa beribadah.


2. Performance Drink



• menghilangkan rasa dahaga yang terlampau
• beri kesegaran & tenaga segera


3. Ostematrix



• mengurangkan sakit & lenguh-lenguh badan
• memberikan tidur yang lena
• mengelak masalah ‘cramp’


4. Herbal Blend Cream

• mengelakkan kulit kering
• boleh disapu pada bibir, muka, tangan, siku, lutut & tapak kaki untuk elak merekah
• cream ini takde bahan wangian, jadi InshaAllah sah digunakan sepanjang berihram


Kalau anda berminat nak dapatkan Set Vitamin untuk Jemaah Umrah dan Haji, boleh Whatsapp saya yer. Tekan je link dibawah.

Atau boleh juga call saya (012-5687714) 

InsyaAllah saya akan berikan konsultasi terbaik dan cara makan yang betul untuk semua customer tersayang.

Sunday, 18 February 2018

Shaklee Youth Skincare; Unlock D Secret of True Beauty

Dalam entri saya yang lepas, saya dah ceritakan bagaimana Shaklee telah ambil keputusan untuk cipta produk Youth Complex ni. Bagaimana proses yang sangat rumit selama 8 TAHUN telah menghasilkan produk yang sangat power!


Boleh BACA DISINI ya kawan-kawan.


Produk Youth ni sangat simple tau, sebab Shaklee memang purposely nak buat skin care yang sesuai & senang untuk wanita juga lelaki pakai.

Youth terdiri daripada 6 range of products:

1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Youth Activating Serum
4. Day Cream @ Age Defense Moisturizer with Spf 50
5. Advanced Renewal Night Cream
6. Radiance C+E inside Golden Capsule


Okay now kita cakap pasal kajian ingredients dalam Youth.


Luminous Gel Oil Cleanser

● Ianya combination of cleansing oil & cleansing gel.

● Pembersih pH seimbang TANPA sabun.

● Cleansing oil - membantu menanggalkan makeup & habuk-habuk yang melekat di muka.

● Cleansing gel - membantu kekalkan kelembapan kulit, dia takkan ganggu kelembapan semulajadi di muka kita, so its very gentle.

● Jadi, cleanser ini sangat sesuai untuk kulit kering & berminyak.


● Tengok dalam gambar tu, KEY INGREDIENT untuk cleanser. Muscadine grape tu! Salah satu ingredient yang ada dalam Vivix tau!! (Bantu untuk protect our DNA)

● Selain tu, ada green algae - untuk ciri-ciri cleanser yang bagus, kena ada bahan yang boleh remove death skin cells. Green algae is good for it!

● Its protect outer & inner beauty!


Perfecting Skin Toner


● Toner dia pun ada muscadine grape la you all! Ianya double cleanse.

● Ia bantu bersihkan lagi kulit mati, menghidrat (melembap), bekalkan nutrisi selain tutup liang pori.

● Dalam toner ni pula ada DUA (2) jenis algae yang mana membantu untuk hidrat, kurangkan keradangan & kulit sensitif.

● Untuk anda yang ada masalah kulit sensitif, dinasihatkan untuk pakai sedikit dahulu. Mulakan dengan 3 hari sekali ke, untuk biasakan kulit menerima algae ini.

● Cara pakai toner ni ada DUA. Nak tahu tak? Kenalah dapatkan set Youth Complex ni dengan saya dulu! 😉


Ohh yer, sebelum saya teruskan dengan serum, kalau korang perasan, cleanser & toner dia je dah cukup gempak kandungannya. Biasanya skin care lain mereka takkan fokus sangat pada cleanser & toner. Tapi Shaklee, celanser & toner pun siap ada ingredients untuk ANTI AGING!


Youth Activating Serum

● Hah, ini adalah HERO dalam produk Youth.

● Serum ni mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk bantu pembaharuan sel (kiranya bahan-bahan yang ada dalam cleanser, toner, moisturizer tu, dalam serum ni ada 10 kali ganda kepekatan Youth Complex!

● So, kalau nak cantik, kena hasilkan sel yang sihat. Maka jangan skip serum, okay?


Age Defense Moisturizer - With SPF 50

● Vitamin & nutrien dalam moisturizer ni membantu untuk lembapkan kulit.

● Ia juga melindungi kulit daripada sinaran UV (Shaklee bagi SPF 50 untuk sesuaikan dengan cuaca di Malaysia tau)

● Dan yang paling best, moisturizer Youth ni melindungi kulit daripada UVA & UVB.

● UVA - pancaran cahaya yang masuk ke dalam lapisan kulit (dalam). Collagen & elastin ada dalam lapisan kulit, jadi kalau tak protect, habis akan termusnah. Dan inilah punca TUA. Kalau perasan, orang-orang yang terdedah dengan kerja bawah matahari, kulit mereka memang nampak tua kan? Tambah-tambah yang tak guna any protection.

● UVB - serang permukaan luar kulit, so sunburn tu disebabkan oleh UVB la.


Radiance C+E inside Golden Capsule

● Vitamin C 20% tulen memulihkan sinaran kulit sihat dengan mengurangkan bintik-bintik pada kulit disebabkan penuaan kulit.

● Kapsul ini berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodgrasi & tidak menggunakan pengawet.

● Kapsul ini mampu melicinkan tekstur kulit & mencerahkan warna kulit.

● Cakap pasal kapsul ni, tau tak nak buat kapsul ni sangat-sangat costly, sangat mahal tau!

● Shaklee Corporation sampai hantar kapsul tu ke Paris untuk buat kajian ketahanan, untuk uji nutrien yang masuk ke dalam tu tidak berubah.

● Kapsul tu sangat mahal sebab nak jaga nutrisi yang ada dalam tu. Its very high antioxidant, very high concentration (Vit C+E).

● Even nutritionist Shaklee Malaysia sendiri pun rasa amazed sangat, ada ke company yang sanggup berhabis duit untuk ke Paris semata untuk TEST quality casing emas tu je?

Nak tengok tak kapsul emas ni? Jeng jeng jeng!!



Cara guna dia? Shuhhh rahsia untuk pelanggan saya sahaja.. hehehe



Okay last but not least, kita dah tahu sejarah Youth, dah tahu kandungan Youth, dah tahu how powerful clinical study yang dibuat oleh Shaklee. Tapi you guys kena ingat sesuatu.

Kalau nak transform kulit daripada tua kepada muda, of course ada "proses"yang perlu dilalui.. Dan proses ini TIDAK SAMA antara satu sama lain.

Sebab apa? Cara hidup kita pun tak sama kan, makan tak sama, environment tak sama.

Ada orang smooth jerr.. Ada orang akan lalui asam garam terlebih dahulu sebelum nak nampak MUDA.. Seperti kulit mengelupas, memerah dsb. Tapi jangan risau, sebab Shaklee dah provide guidelines.


1. Maintenance / Penjagaan Harian

   * Basic Youth Complex (cleamser, toner, day cream, night cream)

2. Renew & Maintain - untuk prevent & maintain muda

   * Basic + Serum

3. Intensive Treatment & Repair - yang ni bila ada pigmentasi, dah nampak aging, wrinkles etc

   * Basic + Serum + Radiance C+E


Rasanya setakat ini sahaja dulu perkongsian saya untuk setiap produk Youth Complex ni. Shaklee sendiri sasarkan jualan Youth akan menjadi top seller Shaklee. It is a new revolutional breakthrough dalam dunia sains & kecantikan.

Siapa nak jadi pengguna terawal Shaklee Youth Complex?? Put your hand's up girlsssss

Thursday, 8 February 2018

Youth Skincare; Breakthrough of Science & Beauty

Seperti yang kita semua sudah maklum, Shaklee baru je lancarkan rangkaian skin care mereka yang terbaru iaitu Youth Complex.




Mula-mula ramai peminat setia skincare Nutriwhite Shaklee rasa sedih sebab lepas ni dah takda Nutriwhite, cuma ada Youth. Tapi lepas masing-masing dah tahu detail pasal Youth, semua pakat lupa dah kat Nutriwhite! 😅

Apa tidaknya, dalam skin care youth ada ingredient yang sama dalam Vivix, iaitu muscadine grape yang saiznya sebesar bola golf & harga sebiji tu RM100+ tau! Maunya tak power Youth ni, sama hebat macam Vivix.


Jadi hari ini kita akan bedah siasat tentang produk yang bakal membuat breakthrough ke atas dunia Science & Beauty. Shaklee sendiri sasarkan, Youth Complex akan menjadi door opening untuk orang ramai tahu lebih mengenai Shaklee.


Okay sebelum tu saya nak tanya, apa perasaan anda kalau boleh look younger? Nampak muda?? Bukan look younger semata, tapi look younger longer!!

Rasa bahagia kan bila orang puji kita nampak muda gituuu hehehe


Jadi jom kita explore lebih details tentang produk yang telah menjalani 8 TAHUN PENYELIDIKAN! Yes, 8 years of RESEARCH!

Well, itulah Shaklee. Company yang sangat obses dengan PROOF. Shaklee bukan hanya nak produk mereka berkesan, tapi Shaklee nak buktikan bahawa setiap satu produk mereka memang betul-betul berkesan dan dibuktikan oleh Sains. Bukan testimoni semata-mata.

Dan itu yang membawa Shaklee to newly develop Skin Age Index dalam penghasilan Youth. Tahu tak, tak ada company skin care di dunia ni yang buat Skin Age Index ni kecuali Shaklee.

Kalau company lain ada juga yang buat, macam Johnson & Johnson, tapi itupun dengan data parameter yang sangat terhad.

Untuk company skincare, tak ada lagi yang buat kecuali Shaklee!

Skin Age Index - Kajian klinikal untuk mengukur tanda-tanda UTAMA penuaan yang dilakukan oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa!


So macamana Shaklee buat?

Shaklee comes out dengan kajian tentang ingredients. Saintis diorang buat research bahan terbaik untuk dimasukkan dalam Youth skin care.

Then as usual, siapa yang tak kenal Shaklee kan. Shaklee bukan hanya nak claim produk dia berkesan, tapi mesti ada PROOF. Shaklee tahu dah produk Youth mampu untuk transform kulit seseorang; MAMPU buat mereka melihat perubahan pada wajah mereka sendiri.

Tapi bagaimana Shaklee nak buktikan yang produk Youth ni betul-betul jadikan kulit wanita itu lebih muda??

Dari sinilah Shaklee develop Skin Age Index. Shaklee bekerjasama dengan International Clinical Research Organization yang terletak di Texas, USA. Diorang ni memang works globally. Diorang ada satu brand penyelidikan yang besar di seluruh dunia; in Asia, Europe, North America etc.

Shaklee bekerjasama dengan organization ini sebab nak BUKTIKAN secara klinikal yang produk Youth MAMPU untuk shift kulit ke usia yang lebih muda!


Korang tau tak, most companies kalau claim looks younger, hanyalah berdasarkan feedback pengguna. Mereka tidak ada clinical proven!

Tapi skin age index yang Shaklee develop ni, bukan berdasarkan testimoni atau feedback daripada pengguna. 100% clinical proven! Ianya melibatkan Mathematics Equation, daripada saintifik data. Bukan berdasarkan feeling 😂

Clinical study Shaklee dah melibatkan lebih daripada 100 orang wanita, caucasians & Asians, 20 orang wanita terlibat bagi setiap peringkat umur.

20 tahun
30 tahun
40 tahun
50 tahun
60 tahun

Ni semua pakar kulit antarabangsa yang buat kerja, bukan calang-calang orang yang Shaklee pilih untuk bekerjasama yer!


So daripada semua data yang dikumpulkan, mereka mengukur 8 TANDA UTAMA penuaan dengan factual clinical data, iaitu:




Dan tahu apa keputusannya?

100% wanita yang melalui ujian ini terbukti memiliki kulit yang lebih muda dalam masa 7 hari! 100% tau.. bukan 99%, bukan 98%.

Tapi 100%!!

Dan dengan penggunaan Youth yang berterusan, 2/3 daripada wanita-wanita ini mengalami perubahan kulit MUDA 10 TAHUN! Gila tak gila weh!! 😂




Korang tau tak apa penyebab penuaan kulit?? (Skin aging)

Ada DUA FAKTOR penyebab penuaan kulit. Faktor luaran & faktor dalaman.

1) Faktor Luaran
   ■ Cahaya Matahari & Pencemaran
   ■ Diet - banyak makan fast food, junk food, lemak & gula tinggi
   ■ Cara Hidup - stress, tak cukup tidur dsb

2) Faktor Dalaman
   ■ Proses penghasilan sel semakin perlahan
   ■ Kekurangan kolagen & keanjalan
   ■ Flattening DEJ (Dermal Epidermal Junction) - DEJ ni persimpangan antara epidermis & kulit. DEJ ni penting sebab dia bagi jalan untuk angkut nutrien.



Produk Youth sangat simple tau, sebab Shaklee memang purposely nak buat skin care yang sesuai & senang untuk wanita juga lelaki pakai.

Youth terdiri daripada 6 range of products:

1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Youth Activating Serum
4. Day Cream @ Age Defense Moisturizer with Spf 50
5. Advanced Renewal Night Cream
6. Radiance C+E inside The Golden Capsule


Saya akan huraikan setiap satu produk ini di dalam next entry yer.. Entry kali ni saya cuma nak perkenalkan secara detail produk Youth Complex yang akan digunakan dalam projek Spa The Walking Beauty secara official bermula bulan Mac ini.


Korang akan sangat amazed dengan kehebatan produk Youth once korang apply pada muka korang.


Jom lock harga pakej untuk belajar Spa dengan TWB hanya RM1199 last untuk bulan ini. Sebab bulan depan, harga akan officially naik jadi RM1399!


Rugiii ooo join lambat-lambat. Hehehe

Sebelum saya tutup entri saya hari ni, jom saya belanja sedikit kesan penggunaan Youth.










Tak sabar nak guna Youth untuk customer Russ Beauty House!

Nak run Spa korang dengan produk hebat yang terbukti secara klinikal ni? Jom join The Walking Beauty Project!


Nak tahu lebih detail pasal TWB? Boleh klik DISINI. Jumpa anda di TWB ye!

Tuesday, 19 December 2017

Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati

Semalam terjaga dari tidur jam 2 pagi. Sakit dada! Rasa sesak tak boleh nak bernafas dengan elok.

Selalunya jadi camni sebab sejuk sangat, takpun sebab kipas hala ke muka untuk tempoh yang lama. Boleh jadi juga sebab sistem pencernaan tidak lancar, mungkin sebelum tidur makanan sesuatu yang berat & berminyak.


Terus bangun dan duduk, urut-urut dada. Switch off kipas. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Alhamdulillah, kurang sikit rasa sesak di dada.

Tapi bila baring, sesak di dada datang balik. Terus bangun duduk, tarik nafas urut dada semua. Okaylah, kurang dah rasa sesak. Tapi takut nak baring, takut sesak dada datang lagi!


Tunggu dalam 2-3 minit camtu, then baring balik. Ok cool.. tapi still tak boleh tidur. Kena bernafas dalam-dalam, bagi karbon dioksida keluar ikut mulut jugak.


Memang mulut tak boleh tutup rapat. Kalau tidak sesak dada datang balik!

Sedar tak sedar dah pukul 3 pagi! Allah.. tak boleh jadi, mesti buat sesuatu.


Google tengok cara untuk hilangkan sesak di dada atau pedih ulu hati ni. Macam-macam cara yang dicadangkan.

Antaranya:

1. Jika sedang pakai pakaian yang ketat, tukar kepada baju yang lebih longgar supaya boleh bernafas dengan lebih selesa.

2. Minum air suam.

3. Tidur dengan kepala dinaikkan tinggi, 30°-40° lebih tinggi daripada aras pembaringan kita.

4. JANGAN ambil ubat tahan sakit, ambil ubat anti-asid.

5. Makan sesuatu yang boleh boost keluar angin dalam badan. Contohnya, halia.


Nahhhh, mana nak rajin nak bancuh air halia pukul 2-3 pagi. Jadi, saya ambil Peppermint Ginger. Ginger = halia.

Jadi InshaAllah boleh keluarkan angin yang tersumbat di laluan pernafasan & pencernaan kita.




Terus ambil 4 biji, tarik nafas dalam-dalam. Alhamdulillah 10 minit lepas tu sendawa dan kentut. Hihihi

Bolehlah tidur dengan aman tanpa perlu buka mulut untuk bernafas. Bernafas macam biasa la ikut hidung. Hehehe


Antara punca terjadinya keadaan begini adalah:

1. Makan makanan pedas.

2. Kurang minum air.

3. Berat badan berlebihan.

4. Merokok.

5. Diet tidak seimbang.

6. Gemar minuman berkafein.

7. Gemar tidur selepas makan.


Korang yang kerap kena sesak nafas macam saya ni, elakkan daripada 7 perkara yang boleh menyebabkan terjadinya pedih ulu hati seperti saya nyatakan diatas.


Atau korang boleh sediakan sebotol Peppermint Ginger di rumah korang. Makan bila perlu je. Boleh ambil up to 6 biji.


Korang kalau rasa perlukan peppermint ni boleh contact saya okay. Tekan je no saya kat bawah ni untuk terus ke aplikasi whatsapp saya.


+60125687714

Sunday, 16 July 2017

Cubaan Makeup Kali Pertama

Makin seronok pulak main makeup-makeup ni. Takde la susah mana pun. Amboi, berlagak! Haha


Keyra memang suka makeup, suka tengok orang makeup. Tapi Keyra tak pandai makeup. Suka tengok tutorial makeup. Antara MUA yang keyra follow Make up by BellazSiti Nurfarahain.


Korang rasa makeup ni best ke tak? Part mana yang paling best? Part mana yang susah?


Bagi Keyra part yang paling susah adalah kening. Oi dah berbulan belajar masih tak puas hati, kadang-kadang cunggit sebelah. Jeles betul tengok MUA lukis kening cantik betul! Sekali lukis je terus jadi. Kita ni lukis padam lukis padam, tak juga jadi cantik. Kadang jadi Sinchan. Kadang nampak macam lintah pun ye! Haha. Tapi tak give up tau! Setiap hari praktis. Hihi


Nak tengok hasil pertama MUA Keyra? 😜






















Anak sedara cheq la jadi
mangsa. Haha! Jangan kutuk
naa, hasil tangan amatur
ni.


Bila lukis kening kat muka orang rasa cun dah, kat muka sendiri jugak takmau nak jadi helok. Taaapiii... apa yang Keyra nak share hari ni adalah toner dan moisturizer yang Keyra guna sebelum Keyra apply makeup. Serious korang, best gilerr guna toner dan moisturizer ni.


✔ melembap & menganjalkan kulit muka
✔ foundation nampak lebih sekata
✔ makeup tahan lebih lama
✔ mengurangkan minyak dimuka


Semestinya jenama Shaklee hehe

Istimewanya moisturizer ni sebab
didalamnya terkandung serum.


Toner  ni buat muka rasa licin & anjal je tau!




Haa jangan gelak naa! 😜
Nanti lama-lama mesti helok! Kakakku juga jadi mangsa kejadian. Hahaha. Ada sebenarnya makeup tu kat muka kami, cuma lighting tak membantu jadi tak nampak sangat.


Oklah uolss, kalau nak makeup jangan cari Keyra naa.. Maunya jadi badut hampa nanti! Kekeke. Tapi kalau nak beli toner atau moisturizer paling best boleh roger Keyra okay?

Tekan je LINK ni untuk whatsapp Keyra 😊

Thursday, 18 May 2017

PCOS Kesan Daripada Haid Tidak Teratur

Siapa pernah dengar pasal PCOS? Bahaya ke?



Keyra percaya ramai yang tak pernah dengar dan tak tahu pun pasal PCOS kan. Jangan risau, normal kita sebagai manusia biasa memang macam tu. Sudah terhantuk baru terngadah. Sudah kena baru mahu ambil tahu.

Jadi hari ini InshaAllah keyra nak kongsikan sedikit info mengenai PCOS.

Buat pengetahuan anda, PCOS atau dikenali sebagai Polisistik Ovari Sindrom adalah penyakit yang terjadi kepada wanita yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur. Ramai yang ambil ringan dengan masalah haid tidak teratur kan? Sebab masalah ini bukan seperti penyakit lain yang kita dapat rasa kesakitannya secara zahir, tetapi tanpa kita sedar sebenarnya organ dalaman kita sedang sakit! Rahim kita dalam bahaya.

PCOS adalah penyakit sistem reproduksi (berkaitan dengan rahim) yang disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang. PCOS akan mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur berkualiti dari ovari. Kesannya ini akan mengganggu sistem metabolisme dan kardiovaskular (jantung).



Wanita berumur 20-30 tahun berisiko tinggi untuk mengalami PCOS. Ya, tidak semua daripada mereka yang mempunyai masalah haid tidak teratur berisiko untuk mengalami PCOS, tapi 90% daripada mereka mengalami PCOS. Portion yang banyak tu!

Jangan tak tahu ye, gadis seawal 17 tahun sudah berisiko dijangkiti PCOS jika masalah haid tidak teratur masih diambil ringan.

Tetapi jangan risau, ianya bukanlah penyakit keturunan.

Antara simptom yang kita boleh detect yang boleh menyebabkan PCOS adalah seperti haid tidak teratur, berat badan naik mendadak, rambut gugur dengan banyak, dan bulu roma yang tumbuh luar biasa.




Jangan risau, setiap penyakit kan ada penawarnya. Jika anda sedang alami beberapa daripada simptom diatas, jangan bertangguh lagi untuk mencari penawarnya. Bukankah mencegah sejuta kali lebih baik daripada mengubati?

Jom keyra kupaskan setiap satu simptom yang dialami dengan vitamin apa yang bersesuaian untuk anda ambil.


1. Haid Tidak Teratur
○ Alfalfa Complex - detox darah
○ GLA Complex - ransang haid, jaga rahim


2. Stress & Depression
○ B Complex - hapuskan hormon stress & darah gemuruh
○ Vita-C - ransang hormon ceria

3. Berat Badan Naik Mendadak
○ Omega Guard - bakar lemak
○ Cinch Tea - kurangkan selera makan
○ Cinch Shake - beri rasa kenyang lebih lama, meal replacement

4. Tekanan Darah Tinggi
○ Omega Guard - kawal tekanan darah

Dan kalau anda ada alami simptom yang lain boleh terus contact keyra untuk dapatkan vitamin yang bersesuaian ye. Jom sama-sama kita jaga harta paling berharga yang dikurniakan kepada kita sebagai seorang wanita.


Keyra,
012-5687714

Yang Pernah Ada Masalah Haid Tidak Teratur

Tuesday, 20 September 2016

8 Tips Mengurangkan Kulit Muka Berminyak

Kulit berminyak berlaku daripada hasil pengeluaran sebum berlebihan iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi dari kulit kita. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sebum ini terhasil.

1) Pemakanan
Anda seorang yang gemar makanan yang bergoreng, berminyak & berlemak? Inshaa Allah, kulit muka berminyak akan jadi kawan baik anda. Ayam goreng, mee goreng mamak, nasi goreng kampung. Sedap kan? Boleh makan, cuma kena kurangkan. Lebihkan makanan yang direbus atau kukus.


2) Hormon
Tahukah anda, jika anda seorang yang mudah stress dengan perkara kecil, atau anda seorang pengamal pil perancang atau pain killer, sebenarnya ia mengundang kepada masalah kulit muka berminyak.

Terutamanya para remaja.


3) Cuaca
Cuaca yang panas menyebabkan kita cepat berpeluh & peluh tersebut akan menyebabkan kulit muka berminyak. Patutlah masa pergi Perth hari tu kulit muka keyra langsung tak berminyak! Sebab udara sejuk je kat sana walaupun cuaca panas.


Nahhh! Belanja gambar dekat Perth sekeping hehe


Tapi awas ye! Kulit yang banyak terdedah dengan air-cond boleh menyebabkan kulit muka kering! Udara yang semulajadi sejuk takpe 😊


4) Kosmetik
Memakai kosmetik atau makeup terlalu lama, nak-nak pula yang jenis oily akan menyebabkan kulit muka berminyak & mudah ditumbuhi jerawat! Pilih kosmetik yang FREE OIL. Sekali sekala tak pakai makeup pun takpe, boleh bantu kurangkan muka berminyak.


Kulit berminyak memerlukan penjagaan yang rapi supaya dapat mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan. Beberapa perkara yang perlu diamalkan bagi memastikan tahap pengeluaran sebum pada wajah dapat dikawal.


1) Guna pencuci muka yang lembut & berbuih
Tahukah anda, kulit muka berminyak memerlukan pencuci muka jenis berbuih untuk menghapuskan minyak pada wajah. Tapi mestilah disertakan dengan formula mencuci dengan lembut.



Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser | Sesuai dengan nama yang diberi, pencuci ini mencuci sehingga ke dalam pori wajah dengan begitu lembut sekali. Berbuih & satu tiub yang besar boleh tahan sehingga 6 bulan! Dicipta khas untuk anda wanita Asia.

Lebih info mengenai pencuci muka ini boleh baca disini


2) Cuci muka waktu pagi & malam
Pastikan anda mencuci muka menggunakan pencuci sebaik sahaja anda bangun dari tidur & sebelum anda tidur. Kadar pengeluaran minyak semulajadi diwajah anda akan lebih terkawal.


3) Memakai masker wajah sebulan sekali
Pilih masker yang berupaya untuk mengurangkan minyak di wajah & mengecilkan pori wajah. Pori wajah yang terbuka boleh mengakibatkan muka mudah berminyak & jerawat naik!

Saya memilih masker daripada protein soya ESP. Sebab saya tahu makanan kepada sel kulit adalah protein, jadi untuk dapatkan kulit yang bersih & cantik, sila jaga pengambilan protein. 




✔ mengurangkan minyak pada kulit
✔ mengecilkan pori wajah
✔ melembutkan kulit
✔ memberi keanjalan pada kulit

P/S; istimewa buat customer @spa_bergerak_penang, PERCUMA masker bagi setiap rawatan wajah sehingga 30 September ini!


4) Elakkan makanan yang 'deep fried'
Ayam goreng, mee goreng mamak semua tu memang sedap kan? Tapi jangan makan selalu tau, sebab kandungan gula & garam yang tinggi dalam makanan penyumbang kepada kulit muka berminyak.


5) Ambil makanan tinggi fiber
Contohnya seperti buah-buahan & sayur-sayuran. Kalau dikukus atau rebus lebih baik kerana buahan & sayuran dapat membantu mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan.


6) Banyakkan minum air masak
Minum air sebanyak mungkin kerana air boleh membuang toksin dalam badan yang akan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan & pertumbuhan jerawat. Lagipun, air masak tiada kolesterol!


7) Cuci muka dengan air sejuk
Membasuh muka menggunakan air sejuk membantu mengecilkan pori wajah. Apabila pori wajah kita terbuka, penghasilan minyak di wajah akan menjadi lebih aktif. Pori wajah yang terbuka juga akan membuatkan banyak habuk terperangkap di dalam kulit & seterusnya 'menjemput' jerawat untuk timbul!


8) Melakukan rawatan wajah (facial treatment)
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit muka berminyak, anda dinasihatkan untuk melakukan rawatan wajah atau facial sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali. Rawatan wajah membantu menghapuskan minyak yang berlebihan & menaikkan seri wajah.


Anda juga boleh cuba amalkan supplement sebagai perisai kepada faktor yang menyumbang kepada masalah kulit muka berminyak.

● Jika anda seorang yang mudah tertekan (stress) anda dinasihatkan untuk mengamalkan B Complex vitamin anti stress & GLA Complex untuk menstabilkan hormon.

● Vitamin E Complex vitamin antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari & ultra ungu yang akan menyebabkan kulit muka terbakar & pori wajah terbuka.

● Minum ESP (Energizing Soy Protein) setiap pagi bagi membantu penghasilan sel kulit yang baru & sihat. Tahukah anda, lebih 10 juta sel kulit kita mati setiap hari! Protein diperlukan untuk membina sel kulit yang baru.


Semoga tips yang diberikan bermanfaat untuk anda terutamanya yang ada masalah kulit muka berminyak. Kalau anda perlukan pencuci muka & supplement yang saya sarankan, anda boleh terus whatsapp saya di nombor 012-5687714. Atau boleh terus mesej saya di FB Nurul Shakirah 


Jumpa lagi di lain entri.
Salam sayang,
Keyra

Tuesday, 17 March 2015

Ubah Kebiasaan

Assalamu'alaikum! Ohh hello everyone~ hi!
Kekeke.. manyak metoi nk kena jawab kan. LOL



Tengah buat apa tu? Malam ni TV ada cerita apa yang best ek? Keyra ni kureng sikit layan TV, nak-nak pulak dram melayu. Sooo cannot go lahh. Hahak!



Hmmm tajuk kat atas tu bunyi macam nak serius dah kan. Okay-okay, serious please...

.

Biasa kalau bangun pagi-pagi lepas Subuh korang buat apa? What! Tidur balik..?? Hmmm.. Jom ubah kebiasaan nak? Lepas Subuh kita mengaji, baca quran sampai hilang suara. Pernah rasa tak nikmat baca quran lepas Subuh sampai hilang suara? Subhanallah, sepanjang hari tu akan rasa apa yang kita buat smooth ja. Tak percaya? Cuba dulu~



Rugi tau siapa yang tidur balik lepas Subuh, rezeki tak masuk.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan."
-Riwayat al-Tabrani dalam al-Awsath-



Masyaa Allah, hikmah Allah tu terlalu banyak, terlalu luas.
Masa awal-awal keyra kerja dulu, keyra kena masuk shift 7pagi sampai 3petang. So bila dah kena masuk kerja awal pagi macam tu memang takdak peluang la nak tidur lepas Subuh kan. Dah lama-lama dalam 5 bulan macam tu, tiba-tiba kena tukar ke normal shift which is masuk 9pagi. Tapi sebab keyra dah terbiasa tak tidur balik lepas Subuh even hari cuti pun, walau masuk kerja pukul 9pagi keyra takkan tidur balik lepas Subuh. Alhamdulillah istiqomah sampai sekarang dah nak masuk 2 tahun kerja kat situ. Bukan nak mendabik dada, tapi kalau kita dah biasa buat sesuatu benda tu akan jadi mudah In shaa Allah :)





Malam pulak, lepas layan drama yang drama sangat tu korang terus tidur kaaaaaaaa? Eh, tak la maksud keyra mestilah solat Isyak dulu then tidur kan. Apa kata lepas ni sebelum tidur kita tambah sikit. Kita CUCI MUKA DENGAN NUTRIWHITE dulu. Eh, gurau-gurau! Melawak sikit pun tak boleh :p


Hmmm apa kata lepas ni kita sama-sama baca al-Mulk sebelum kita tidur. Jomlah sama-sama, nak? Antara kelebihan amalkan al-Mulk sebelum tidur dapat lindungi kita daripada siksa kubur.


Dari Jabir bin Abdullah, berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk."
-Riwayat Ahmad Tarmidzi-



Tak dapat baca dua-dua kita mulakan satu dulu. Kita mulakan dengan al-Mulk ja dulu. Al-Mulk baru 30ayat ja. Tak sampai 20minit pun baca. Selalu baca silap-silap boleh hafal.

Surah as-Sajdah pun 30ayat ja. Panjang sikit ja sebab dia 3muka surat penuh tapi al-Mulk 2 setengah muka surat ja. Tak kisah mana-mana satu, dua-dua pun sunnah kan :)



Tapi kena ingat, "Allah lebih suka amalan yang sedikit tapi berterusan berbanding amalan yang banyak tapi culas"


Siapa sekali tengok ja dapat baca, dia 'terer' !! Hehe



Hmmm.. mati tu pasti. Jom layan al-Mulk dulu jom. Mata ngantuk dah ni. Babai. Selamat malam kesayangan keyra semua. Semoga kita berjiran di syurga nanti, aminnn :)



Jangan lupa cuci muka dengan Nutriwhite ni tau!
EH, ini bukan iklan berbayar tau :p LOL





Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Friday, 19 September 2014

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta


Assalamu'alaikum!

Saya dalam proses mencari dua buah buku yang saya rasa best! Tengok kat google ramai yang bagi respon positif. Komen-komen yang positif.

Okay, hati I dah meloncat-loncat nak mencari dua buah buku ni. Kebetulan pulak dah lama rasa tak membaca. Padahal dulu asal ada duit lebih ja mesti akan beli satu dua tiga buah buku.





Mission I nak hidupkan balik hobi membaca I. Nak jadi ulat buku! Yeaahhh... Hehehe. Rindu rindu rindu ! Rindu nak membaca. Kalau dulu novel cintan-cintun jadi sasaran pertama. Sekarang kena ubah la, nak banyakkan baca buku motivasi.

Novel cintan cintun selingan ja. Kikiki. Nak beli jugak tu :D

Okay la, nanti dah jumpa dua buah buku ni saya akan share apa yang menarik ada dalam buku ni. In shaa Allah. Atau ada siapa-siapa yang dah pernah baca dua buku ni, boleh kongsi-kongsi. Till then, bye!


With Love,

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | +60125687714 (sms/whatsapp)

Monday, 8 September 2014

Tahun Depan Mesti Kahwin!


Assalamu'alaikum. Hai korang semua! *korang sangat hahaha

Pagi ni nak update pendek ja. Nak share something pasal Vitamin E. Rasa terharu sangat. Kekeke^^


Mulanya niat dihati ni nak consume Vitamin E memang untuk kulit. Sebab hari-hari naik motor untuk pergi dan balik kerja. Bukan sunburn lagi dah, macam kena tonyoh dengan arang dah muka tangan semua. Semua la bahagian yang terdedah dengan cahaya matahari.

*Sebab mommy nanny oyang Shaklee aku selalu pesan, nak apa-apa visualize betul-betul. Bagi jelas apa yang kita nak. Aku pun visualize la yang aku mesti kahwin tahun depan. Itu yang pulun nak jaga body, jaga kulit segala ni. Untuk bakal suami yang taktau ada ceruk mana. Hahaha! Bab kahwin bukan main jelas lagi aku visualize. Kakakaka!* -Ini Iklan :D-

Dalam masa yang sama aku memang ada masalah kitaran haid yang tunggang langgang. Dua tiga bulan sekali baru datang menjengah. Stress kan bila period tak datang. Bila stress mula la naik segala macam jenis jerawat batu, jerawat besi kat muka ni. Hahaha!

Seminggu konsisten ambil Vitamin E, sehari sebiji ja pun, tup-tup period menonjolkan dirinya. Perasaan waktu tu tersangat la bahagia sebab sebelum tu dah almost 3 bulan tak datang. Now dah masuk bulan kedua consume sehari sebiji Vitamin E, period datang on time. Betul! Alhamdulillah. Shaklee ni asbab dia ja, semua ni still datang dari Allah kan. Tapi kan Allah suruh kita usaha.
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka. " [Ar-Ra'd:11]

Dan yang paling best, Alhamdulillah niat asal consume untuk kulit pun semakin cerah kulit aku. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ! Syukur sangat... Betul la Vitamin E Shaklee bukan sekadar untuk kulit, juga untuk betulkan hormon dalam badan kita. Kalau tak, takda la orang panggil kamu Vitamin CInta ya! Hehehe


Lots of Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | +60125687714 (sms/whatsapp/call)

Friday, 5 September 2014

Mealshakes Shaklee : Kawan Baik Anak Kita


Assalamu'alaikum.. Hai awak! Yaa, awak la... hehehe

Sini-sini.. saya nak cerita sesuatu yang best ni. Sangat best. Untuk awak, untuk saya, untuk mereka, untuk semua! Minuman sihat untuk seisi keluarga.

Shaklee baik hati sangat tau. Bulan ni bulan September dia buat dua promotion.
1) Buy 6 Free 1 Collagen Powder
2) Buy 3 Free 1 Mealshakes

Hari ni, saya nak cerita promo yang kedua dulu. Promo beli 3 Mealshakes percuma 1. Siapa nak bagi weh beli 3 dapat satu percuma Mealshakes yang harganya RM113. Berat yang sama, khasiat yang sama. Wallaaa sangat. Selalu tu kena tunggu beli enam baru nak dapat percuma satu, tapi kali ni beli tiga ja dah boleh dapat percuma satu canister Mealshakes. Baiknya Shaklee. Hihihi >,<

Setiap satu sudu Mealshakes Shaklee ni mengandungi 19 jenis vitamin penting, mineral dan zat perlu. Basically memang Mealshakes terbaik untuk anak-anak kita. Tapi jangan salah faham sebab seisi keluarga boleh shake shake shake dan minum Mealshakes. Hehehe

Takmau la panjang-panjang cerita, jom baca apa yang terbaik sangat Mealshakes Shaklee ni sampaikan saya cadangkan untuk kakak-kakak, ibu-ibu semua jadikan Mealshakes Shaklee sebagai kawan baik, best-friend-forever lah bak kata orang putih. Hahaha


* Makanan yang rendah lemak dan rendah-glycemic.
* Nutrisi lengkap semulajadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Membantu tumbesaran normal (asid folik, biotin, kalsium dan magnesium) untuk membina tulang dan sel-sel.
* Solusi untuk menambah selera makan anak-anak.
* Mengurangkan tendensi anak-anak untuk jatuh sakit.
* Tenaga tambahan, untuk anak-anak menjadi lebih aktif dan cergas.
* Sesuai untuk menambah berat badan anak secara sihat, secara semulajadi.
* Kolina, kalsium dan protein di dalamnya sesuai untuk otak yang bijak.
* Mengurangkan ekzema, athma dan mengatasi masalah sembelit.

Cuba dulu, baru berbunyi. Jangan berbunyi dulu baru cuba. Sebab tu orang putih ada kata, "don't judge the book by it's cover". Shaklee ni supplement, makanan tambahan. Bukannya ubat. Supplement dan ubat adalah dua benda yang berbeza. Will share dalam entri akan datang.

Jom bagi yang terbaik untuk anak-anak kita. Anak sihat, ibu bahagia, keluarga bertambah ceria. Boleh gitu :') Selamat mencuba! Dan jangan lupa untuk dapatkan free gift dan konsultasi percuma sekiranya kakak-kakak, abang-abang, ibu-ibu, kawan-kawan semua membeli dengan saya. Happy shopping! <3






Lots of Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565
+60125687714 (sms/whatsapp/call)