Saturday 5 November 2011

bengang

semester baru hampir berakhir , bermakna sekarang ni dalam mode FINAL EXAM . orang kata target biaq tinggi , sampai gayat pun takpa . memang , memang aku dah letak target aku tempat yang paling tinggi . dan sememangnya mestilahh sedia maklum , bila target dah letak tinggi bergayut USAHA pun kena la seiring . usaha jugak kena lebih . 
aku masih dalam usaha untuk meningkatkan usaha yang sedia ada . almaklumla sekarang sedang bercuti di kampung , jadinya banyak halangan untuk aku bilamana ada sahaja yang memanggil untuk buat itu dan ini . 
dua hari berturut-turut aku study kat LIBRARY di penang ini . dan dua hari itu jugaklahh buat aku sakit hati betoi . ada saja yang menyakitkan hati . ayat mcm keling paria dah HAHA .
hari pertama :
sedang khusyuk men"study" di bahagian atas library tu , tibatiba datang satu kumpulan budakbudak hingusan sekolah rendah dengan pakaian tak serupa orang nak datang library . dah macam nak pi jalanjalan . okay fine , lupakan pasai pakaian . yang buat aku tersangatlah bengang mereka tersangatlah bising . hey adikadik , kamu dekat library bukannya dekat pasarmalam (!) 

hari kedua :
sedang khusyuk menghafal nota LAW yang tersangatlah banyak section plus case yang nak kena ingat , datang pulak seorang PAKCIK duduk dekat sebelah aku tapi selang satu kerusi . diulang , PAKCIK . mulanya memang aku abaikan sebab aku pikir ini tempat public , so takkan aku nak menghalau dia pulak kan . ohh , tibatiba pakcik ini mula bersuara . mulamula aku layan la jugak , sebab aku pikir dia orang tua . nanti dianggap tak tahu hormat pulak kan . lepas tu nak pinjam pen aku pulak , ehhh sudah aku bilang aku cuma bawak satu pen ja . dia still nak pinjam jugak . ok takpa , aku bagi pinjam . dah bagi pinjam tak reti nak bagi balik . aku panggil dia nak mintak balik pen aku , sekali panggil dia buat taktau . dua kali panggil dia tak menyahut jugak . tiga kali panggil dan agak kuat , dia tetap tak pandang tapi orang lain yang ada dekatdekat situ yang pandang . ehh , pakcik ni dah melampau . dah la mengganggu orang nak study , buat orang bengang pulak . sepuluh minit kemudian nak ajak aku bersembang pulak . ehh3 , tak paham bahasa kaa ??? aku yang memang tengah bengang sangatsangat terus kemas buku nak blah . dia boleh dengan slumber tanya "NAK BALIK DAH KA" . pen aku kat tangan dia taj tergerak nak bagi balik ka . aku yang tengah hot , terus ja cakap kat dia "ehh pen saya tu kalau pakcik nak guna dulu takpa la , saya memang dah niat awai2 lagi nak sedekah kat sapasapa yang takdak pen macam pakcik ni" . dan nak tau dia jawab apa?? "TERIMA KASIH NAKK" . ouh bengang !! sekian .

No comments: