Wednesday 23 May 2012

heroinnya Shakirah

Assalamu'alaikum..walaupun dah lama tak update kat belog ini, aku tak rasa macam ada habuk pun, macam beloger lain selalu buat bilamana lama tak update entri. terbatukbatuk kononnya banyak habuk sebab dah lama tak jengah belog masingmasing..hahahahaa.. aiyark! ada yang terasa ka? ada ake kesahh?? haha..ehh2 belog aku kan, suka hati aku laa.. HAHA <gelak jahat>

lama sungguh tak menaip panjang lebaq macam ni, aku rasa excited sangat.. dah lama tak menaip bukan sebab takdak idea nahh, tapi aku sibuk dengan belajaq. BACA. sibuk dengan belajaq. saya kan student ! tapi betul nak habaq kat hampahampa semua, aku memang sibuk sungguh sejak naik semester empat ni. banyak sungguh kerja nak kena buat sampai tak sempat nak update kat sini, padahal banyak ja cerita nak share..

ehh2,macam dah lari tajuk jaa. lupakan pasai semester empat semua tu. sekarang alhamdulillah dah habis final dah pun dan aku pun tengah bercuti. itu yang ada masa tersangat laa banyaknya untuk menaip kat sini. hehehe..


haa, ada sapasapa tengok drama melayu kat TV3, setiap isnin-khamis pukul 7pm-8pm. aku ni bukan jenis yang suka tengok drama melayu sangat sebenaqnya, tapi petang semalam saja terbukak TV sambil tunggu turn untuk mandi, bukak la TV3.. tertengok laa cerita Seindah Sakura lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha.. sebelum ni kalau apa saja cerita yang ada Fasha Sandha berlakon, aku jarang nak tengok sebab aku tak minat dia. tapi cerita Seindah Sakura ni yang buat aku tertarik sangat nak tengok adalah sebab buat julungjulung kalinya nama heroin dia SHAKIRAH.


wehh, serius aku cakap sebelum ni mana pernah nama aku sebagai heroin atau pelakon tambahan sekalipun. taktau la kot pernah ada tapi aku sorang ja yang tak pernah tau. hahaha. tu semua tak penting, yang penting sekarang ni hero dia Fahrin Ahmad yang hensem tu. walaupun bukan aku yang berlaon dengan, tapi tiaptiap hari isnin sampai khamis dalam masa sejam tu banyak kali jugak laa dia dok panggil nama aku..hahaha..nampak tak betapa aku sangat excited, tu yang aku pulun tengok jugak cerita ni walaupun ada Fasha Sandha. haha !


ok tu ja nak bagitau, sekian ! :')

No comments: