Thursday, 7 March 2013

Selamat Hari Jadi Aimi

Assalamu'alaikum :)

Hai Aimi ! rindu hang weh. rindu gila punya ni. semalam kita ada sikit salah paham kan. sorry laa, aku tak marah hang pun. seriously, sikit pun tak marah. aku pun taktau apa yang aku rasa. takmau la sebabkan "dia" kita jadi macam ni. sorry kay,

Walaupun kadang-kadang kita ada salah paham macam ni, hang still kawan baik aku. aku sayang hang Aimi.

Aku mengaku kadang-kadang tu aku tak paham hang, and hang pun ada jugak tak paham aku. tapi tu semua bukan alasan untuk aku benci hang, tak pernah sekali pun aku rasa macam tu, In Shaa Allah,

Aku kenal hang, rapat dengan hang since awal tahun 2011, masa tu kita semester dua,kita sebilik. Hampir semua yang jadi kat aku hang tau, walaupun hang bukan kawan aku sejak dari sekolah tapi hang yg paling rapat dengan aku sampai sekarang, In Shaa Allah. rindu hang weh, rindu waktu kita sebilik dulu. mcm2 benda annoying kita pernah buat, sama-sama. tu laa kenangan. gelak sama, menangis sama yang aku tak tahan tu. hahaha. ingat lagi, kita jalan berdua, malam2 sambil pegang tangan, last2.. hahaha. kita ja yang tau apa jadi.

Main tembak2 ayaq dalam toilet,mandi pukul dua tiga pagi. Kenangan semua tu. Serious aku rindu..

Aku banyak belajaq daripada hang sebenaqnya walaupun mata kasaq orang nampak macam hang yg banyak belajaq daripada aku. hahaha. (atau aku ja yang perasan)

Tak kisah laa macam mana pun, In Shaa Allah aku sayang hang.

Hari ni birthday hang kan. Aku taktau nak wish macam mana supaya aku jadi lain dari yang lain, yg special sikit laa. At last, aku buat keputusan utk post entri pasai hang.

Aimi . . .
Hang lah kawan, hang lah sahabat,
Terkadang boleh jadi seorang kakak,
Yang banyak menasihati ke arah kebaikan,
Yang banyak membimbing ke jalan Allah.

Terkadang juga boleh jadi seorang adik,
Yang mengada-ngadanya melampau,
Gediknya boleh tahan,
Tapi alhamdulillah, tidak pernah rasa "annoying" dengan dia.

Aimi Amirah,
Secantik nama, secantik orangnya,
In Shaa Allah, cantik juga akhlaknya,

Aimi Amirah Ab Razak,
Seorang sahabat tika susah dan senang,
Satu aku harapkan,
Moga kita jadi sahabat di dunia,
Di bawa ke akhirat, syurga Allah, In Shaa Allah.
Sama-sama kita usaha ke arah itu.

Penulis lirik : Mekira Kookie
Komposer : Mekira Kookie
Penyanyi : Mekira Kookie (Rapper) hahahaha


*aku saja jaa letak gambaq yg dulu kala punya, sebab aku tersangat rindu moments kita yg dulu kala punya*

Selamat ulangtahun kelahiran SAHABAT !
Semoga umurmu diberkati Allah, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusanmu, ditemukan dengan jodoh daripada kalangan mereka yg mencintai Allah, diperkenankan hajatmu oleh Allah. In Shaa Allah. Hang anak yang baik, sahabat yg baik, adik yg baik, kakak yg baik, dan In Shaa Allah hang akan jadi hamba terbaik di sisi Allah. Aku bersyukur Allah temukan hang dgn aku sebagai sahabat sampai hari ni. Jaga diri, jaga iman ! Sayang hang :)


See you next week, In Shaa Allah !

1 comment:

S a y a T i e r a said...

kira so sweet..hihi..eh eh main simbah2 air mcm akak gn kak dayah ke keah dulu ;)