Monday, 22 August 2016

Kisah Budak Kampung ke Australia!

Assalamu'alaikum! Hello guys 😉

Alhamdulillah, hujung bulan lepas keyra berpeluang ikut team The Walking Beauty ke Perth, Australia. Tahu tak The Walking Beauty tu apa? Boleh refer sini bagi yang takde idea apa itu The Walking Beauty.

Oklah, straight to the point. Keyra nak share dengan semua pengalaman keyra pergi ke Perth, Australia! Pertama kali, seorang gadis bernama Nurul Shakirah menjejakkan kaki ke luar negara. Pertama kali juga gadis ini menaiki kapal terbang. Ok, serius jakun teramat! Haha

Nak tahu apa yang dia jakun sangat? Jom baca sampai habis k..


22 Julai 2016, Jumaat

Keyra datang sorang dari Penang. Naik kereta api laju, ETS tu. 3 jam je dah sampai KL Sentral dari Nibong Tebal. Keyra bertolak pukul 7 pagi, sampai dalam pukul 10 pagi. Pukul 1pm dah ada kat KLIA2. Bayangkan berapa lama daku meroyan sorang-sorang sementara nak tunggu flight ke Perth 12 tengah malam! Berhuhuhu sorang-sorang kat airport. Lepak kat surau je.

By the way, dari KL Sentral ke KLIA2 keyra ambil bas je, tiket RM10. Satu jam perjalanan. Ada satu lagi option, ambil train. Dalam 15 minit boleh sampai, tapi tiket mahal! Dalam RM50+ jugak. Naik bas je lah! Haha.. Tunggu kawan baikku si Aimi datang dalam pukul 6 macam tu. Aimi dari Melaka. Yang lain-lain, memang sampai ngam-ngam sebelum check in sebab depa memang tinggal berdekatan je. Kami bertolak dari KLIA2, naik kapal terbang AirAsia terus ke Perth!

Aimi yang dah pernah ke overseas pun, sama jakun macam aku haha! Ok jom, nak berlepas dah.


23 Julai 2016, Sabtu

Alhamdulillah, selamat sampai Perth International Airport jam 5 pagi. Tak terasa lagi sejuk diluar sebab masih dalam airport.

Tak sangka weh dah sampai Perth, serius jakun tahap godzila! Hahaha. Masa ni steady lagi pakai cardigan je sebab masih dalam airport.

Sampai je airport, macam biasa la kena lepas kastam dulu. Nak check passport & visa. Beratur panjang dan lama gila weh! Masing-masing dah penat 5 jam dalam flight, layankan je la beratur lama-lama pun haha! Malas nak cakap banyak.

Asalnya takmau beli simkad ni. Tapi bila fikir-fikir balik kalau takde mobile data tak boleh nak #LiveUpdate pulak kan.. haha! Tapi not bad la, 10AUD untuk 4 hari. Sehari dia bagi 500mb. Oklah kan?

Dah selesai semua solat Subuh, kami gerak ke Hotel dalam pukul 7 pagi camtu. Hoi, bayangkan sendiri sejuk macam mana pagi-pagi buta sampai kat negara beriklim sejuk. Pertama kali pulak tu! Bergetar tulang rusuk kiri. Eh! 😝😝

Kami ambil teksi untuk ke hotel. Share bayar sorang 7AUD. Check in satu apartment je dulu since kami sampai awal, so kena tambah duit sikit. Master Ainul belanja! Terima kasih master. Dah sampai masa untuk check in, barulah kami check in aparment yang kedua. 

Dah sampai hotel! Sejuknya, 4° ja. Masa ni aku tewas, terpaksa pakai winter coat jugak. Hihi. Keyra dengan aimi kena tunggu luar, sebab kami semua 12 orang campur baby Maryam sorang jadi 13 orang la, tapi booked 2 apartment je yang mana satu apartment untuk 5 orang je. Haha. So untuk nak menyelamatkan keadaan, kami berpura-pura la yang kami bukan satu team dengan depa. Kikiki. Tapi receptionist tu tahu, dia tutup sebelah mata je la. Hahaha

Bilik tidur keyra share dengan Hawa & mama Hawa. Satu apartment ada 2 bilik.


Kami stay di Addina Hotel Apartment.

Tengahari, lepas dah check in lagi satu apartment barulah kami mulakan Perth City tour! So let's go..!!

Tempat pertama yang kami tuju adalah Fremantle. Memandangkan perut pun tengah lapar, kat luar pun hujan renyai-renyai. Marilah kita pergi cari makan dulu.

Jalan kaki dulu nak cari public transport.

Ok dah jumpa stesen dia, tiket sorang 2AUD tak silap. Lupa dah 😅


Perjalanan nak ke Fremantle sangat cantik. Kami lalu city dia. Lalu tepi laut. Serius cantik! Tapi orang Perth ni memang Sabtu Ahad depa duduk rumah je kot, sebab lengang je jalan dia. Satgi keyra tunjuk bukti ek.

Yeayy dah sampai! Jom kita pi cari Fish N Chips yang orang kata sedap sangat tu!

Yeahh, mission accomplished. Memang sedap, lepas tu portion yang banyak. Kami makan sampai tak habis siap tapau bawak balik hotel. By the way, hampa kalau mai sini nak makan Fish N Chips, try yang original k. Kalau yang grill tak berapa umphh. Hehe. Ohh sebelum terlupa, terima kasih Kak Yuni belanja kami! Hehe #muahciked


Lepas order depa akan bagi benda alah ni, dan kalau order dah siap benda alah ni akan berbunyi tenenet gituuu 😂😂

Lepas makan, kami jalan-jalan di kawasan sekitar sebelum ke Shed Markets untuk beli souvenirs. Shed markets pun dekat-dekat situ jugak. Kita layan gambar la ek?




Ini budak bernama Aimi, pantang tengok aku angkat monopod, mesti tiba-tiba terjengul muka dia hahaha!



Nahh!! Bukti yang orang Perth memang duduk rumah je masa weekend. Tengah-tengah jalan ku selamba je selfie. Ni kat tengah bandar tau!



Banyak lagi gambar, dalam perjalanan dari Kailis Fish N Chips nak ke Shed Markets. Tapi kita share yang nampak senonoh je la ek. Haha. Tiba di Shed Markets, keyra tak shopping sangat pun sebab baru hari pertama so tak rasa macam nak shopping sangat. Lepas tu menyesal tak sudah sebab tempat lain semua mahal!

Oklah, jom balik! Penat sudehh..

Sebelum tidur malam ni, wajib telan 2biji Vitamin C dan 4biji Ostematrix. Esok nak jalan banyak lagi ni!

Vitamin C untuk sistem imun badan, perubahan cuaca kan, nak elak daripada demam atau sakit kepala & selsema.

Ostematrix membantu untuk kekal segar walaupun banyak berjalan dari pagi ke malam! Elakkan kejang kaki, lenguh badan. 

Seriously dua vitamin ni sangat membantu kesihatan kami sepanjang di Perth!


24 Julai 2016

Kami keluar awal. Pukul 8 pagi dah mula cari public transport untuk ke tempat sewa kereta. Disini, bas yang ada gambar kucing percuma je! Tapi kena tahu bas tu berhenti tak kat tempat yang kita nak. Ada blue cat, red cat, yellow cat etc. Kalau tersilap ambil bas walau bas tu lalu tempat yang kita nak turun tapi stesen tu bukan untuk bas yang kita naik tu, bas takkan berhenti tau. So silalah tanya sebelum naik ye!

Lepas tu kami terus gerak ke Caversham Wildlife Park. Ala-ala zoo sebenarnya tempat ni, dan agak jauh dari city so susah nak dapat public transport, that's why kami sewa kereta. 


2 buah kereta kami sewa. Nissan apa namanya, tak ingat.. Hmm, boleh tahan ek trip TWB ni 😏

Lepas sewa kereta terus gerak ke sana. Tiket masuk dewasa 27AUD, kanak-kanak 12AUD. Kalau student 19AUD. Jom layan gambar kat Caversham k?

Dah sampai!! Keyra dan Zoo tak dapat dipisahkan 😋😋

Bersepah-sepah kangaroo kat sini. Sepanjang perjalanan pun, tepi jalan macam ladang tau. Bersepah kangaroo! Dia punya excited rasa nak guling-guling dalam zoo ni haha!


Layankan si Aimi ni, nak ambik gambar ala-ala musim luruh katanya. Adoi la

Ok sejenis yang comel tahap kencing manis!  Eh bukan keyra la, It's koala! Koala ni binatang yang sangat pemalas tau. Dia hanya akan berjaga selama 4 jam je sehari untuk makan dan beraktiviti. Selebihnya memang dia tidur je!

This is wombat guys! Binatang yang sangat sensitif! First time tengok wombat.

Ohh ya, lepas tu ada pertunjukan kambing biri-biri. Depa shave bulu dia. Pastu boleh cuba perah susu lembu. Best! Gambar takde la pulak, sebab excited sangat tengok sampai lupa nak ambik gambar. Haha

Lepas tu kami terus gerak ke Margaret River & Chocolate Factory. Gambar kat sini tak banyak, sebab coklatnya mahal! Hahaha. Tapi kat sini ada coklat free tau. Keyra duk ulang ambik coklat free tu je la sampai orang lain habis shopping coklat. Kekeke

Puas hati den! Hahaha. White chocolate dia sedap gilos!

Masa balik kami berpecah, ada yang ke Fremantle untuk makan Fish N Chips, ada yang terus balik ke hotel. Keyra follow team yang balik hotel, sebab tiba-tiba kepalaku pening.

Tapi dah sampai hotel hilang pening, siap boleh pi JJCM lagi. Hahaha. Makan kebab satu round, terus balik hotel. Nak cari kedai kebab tu pun satu hal, semua dah tutup. Padahal awal lagi, belum pukul 8 malam lagi. Homeless pun boleh tahan ramai. Tapi memang dah gelap macam pukul 10 malam di Malaysia since kat sini Maghrib awal. 5.30pm dah maghrib dan dah start gelap. Kira 5.30pm kat sini dah senja.

Subuh je sama, lain semua awal. Sebab kat sini siang pendek.


25 Julai 2016

Hari ni kami naik bas percuma yang ada gambar kucing tu untuk ke Kings Park & Botanic Garden. Park terbesar didunia tau!

Ohh sebelum tu, pagi di hotel kami ada buat video shooting TWB. Ada orang tu buat video sampai menangis! Malu bila ingat balik tapi itulah pembakar semangat keyra! Inshaa Allah. Nanti video dah siap keyra share dengan hampa k?

Dah sampai Kings Park!

Actually banyak tempat best untuk bergambar kat Kings Park yang super luas ni, tapi disebabkan duk cangak kat situ ja, tak dapat la gambar best. Sobss sobbss.. Terus bawa diri ke Bell Tower!

Here I am! Dah sampai Bell Tower. Sejenis kegigihan nak ambil gambar bg nampak muka & tower tu sampai ke puncak! Hahaha.. siap ada yang baring tau 😂😂

Dah puas bergambar, kami pun pulang ke hotel. Hotel yang kami menginap tu straight je dengan Bell Tower ni, tapi jauh amat la! Dari jauh nampak muncung tower je.

Boleh pulak jumpa kedai makan orang Melayu dekat-dekat hotel tu. Apa lagiii.. bantai nasi goreng cili padi satu kali la! Sepinggan 10AUD. Bersamaan RM30+. Hahaha. Nasib baik Kak Tiera belanja. Terima kasih Kak Tiera. Hehe. Tidur lena la malam ni...


26 Julai 2016

Hari ni aktiviti bebas. So kami berpecah kepada dua kumpulan. Pagi kami pergi shopping chocolates di Woolworths. Macam Tesco je tu. Coklat dia jauh lebih murah daripada di Margaret River semalam. Hehe. Gambar taktau ada dalam handphone siapa, tak dapat dikesan. Hahaha.

Lepas tu, bermulalah misi mencari The Blue House. Macam Mission Impossible dah. Tapi kami berjaya jumpa Blue House. Horayy!!

Lepas dah puas bergambar di Blue House, kami patah balik ke Elizabeth Quay dimana terletaknya Bell Tower. Lepak-lepak situ, ambil angin malam terakhir di Perth. Esok nak balik Malaysia dah T.T sobssss

Blue House. Perjalanan nak sampai sini sangat mencabar okeh! Sebab kebanyakan orang tak tahu tempat ni, orang muda je tahu. Blue House di atas Swan River. Kadang-kadang nampak itik berenang.

Elizabeth Quay. Daku palingsuka gambar ni, sebab nampak kurus dan tinggi. Kah kah!

Actually kat sini sepatutnya boleh ambil gambar yang di belakangnya ada tulisan Perth besar tu. Tapi kawasan tu ditutup pulak, so kami ambil je gambar ala-ala student overseas nak buat salam perantauan. Ahak!

Macam inilah sepatutnya. Sobbss
Gambar sumber google.


27 Julai 2016

Nak balik Malaysia dah. Huwaaaa

Alhamdulillah kami selamat sampai Malaysia pukul 12 tengahari.


Pertama kali jejakkan kaki ke luar negara, buat keyra banyak berfikir. Terlalu banyak. Mata terbuka luas. Inshaa Allah, ada rezeki dan diizinkan Allah, keyra nak mentadabbur bumi Allah lagi. Terima kasih sudi baca perkongsian budak kampung ke Australia sampai habis! #muahciked

Oklah, dari pagi ke malam dah ni nak siapkan satu entri yang sangat berharga buat keyra. Seorang anak kampung, yang tak pernah naik kapal terbang pun, Alhamdulillah asbab join The Walking Beauty, keyra dah pun jejakkan kaki ke Perth Australia.

Mungkin ada antara anda yang senasib macam keyra. Jomlah, izinkan keyra untuk bantu anda realisasikan impian anda! Inshaa Allah. Assalamu'alaikum


Keyra
A proud member of The Walking Beauty Project, A Shaklee Independent Distributor, A Spa Trainer, A Beautician, A Friend of You!

012-5687714

xoxo

2 comments:

Izanalia said...

Hi mommy... Bestnya entry ni... hehe..
Follow my blog mommy.. TQ :)

www.izanalia.blogspot.com

Shasratul Kamaruddin said...

Bestnya! Seronok baca :)