Friday 16 September 2016

Bagaimana Menghilangkan Parut Jerawat Berlubang?

Cuba pegang muka anda, ada rasa bergerutu tak? Keyra yakin, bukan keyra seorang je yang ada masalah muka parut berlubang. Tak kira perempuan atau lelaki, kalau anda pernah ada sejarah jerawat yang teruk atau pernah diserang demam campak, anda tidak terkecuali untuk menghadapi masalah kulit muka berlubang. Betul tak?

Ada beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kulit muka berlubang.


1) Jerawat berulang-ulang. Ya, bila jerawat tumbuh silih berganti di tempat yang sama, kulit muka akan rosak & berlubang. Cuba bayangkan kalau kita tanam & cabut pokok di tempat yang sama, kondisi tanah tidak akan sama seperti yang asal bukan? Begitu juga kulit muka kita.

2) Jerawat batu. Lebih teruk lagi, kalau anda seorang yang suka picit jerawat! Fakta mengenai picit jerawat sehingga keluar seperti butir 'nasi' boleh menghalang jerawat daripada tumbuh semula di tempat yang sama adalah tidak benar. Ya, jerawat hilang tapi kesannya muka jadi berlubang!

3) Demam campak. Orang kata, setiap daripada kita akan diserang demam campak sekali je seumur hidup. Tapi, yang sekali itulah yang susah hendak dijaga! Demam campak sembuh, tapi kulit pasti berlubang. Bukan dimuka sahaja, tapi di semua bahagian naiknya campak.


Alamak, habis tu macamana nak buat ni? Takkan tak ada harapan orang yang kulit muka berlubang untuk dapatkan kulit licin semula? Sabar.. mari kita lihat apa solusi untuk masalah ini.

1) Pernah tengok pokok lidah buaya? Ambil daun lidah buaya yang tebal tu, potong bahagian atas & ambil gel daripada daun tersebut. Kemudian sapu gel pada parut berlubang. Biarkan sampai kering, kemudian bilas dengan air suam.



Antara manfaat daun lidah buaya adalah mengurangkan parut & meransang pertumbuhan sel baru.

2) Susah nak jumpa pokok lidah buaya? Tak mengapa, anda boleh gunakan hirisan tomato atau timun. Potong nipis & tekap pada parut jerawat. Selalu dengar kan orang kata kalau nak kulit cantik kena banyak makan tomato. Khasiat yang sama kita boleh dapat dengan hirisan tomato yang ditekapkan pada parut jerawat.



Lakukan pada waktu malam untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, tegang & lembap.


Tapi sekarang dah banyak video yang dikongsi, tanaman hari ini walaupun nampak segar tapi hakikatnya tidak selamat! Terlalu banyak bahan kimi yang disuntik untuk mempercepatkan tempoh kematangan sayur tersebut.


Habislah.. Sudah tidak ada harapan untuk kita semua yang ada masalah kulit muka berlubang untuk dapatkan kulit yang licin semula!


Jangan risau! Mari kita cuba rawat dari dalam dengan makanan tambahan yang 100% semulajadi, bebas bahan kimia & mesra alam.

1) Energizing Soy Protein

Atau lebih dikenali sebagai ESP. ESP adalah protein yang merupakan makanan kepada sel badan kita. Kulit kita terdiri daripada sel, bila sel mati atau rosak, kulit memerlukan protein untuk membina sel yang baru.

Jom dapatkan ESP
dengan harga promosi
sehingga 30hb ini!

Analoginya begini. Cuba bayangkan anda hendak membina sebuah rumah. Apa yang anda perlukan? Tentunya bata adalah bahan utama bukan? Kalau tidak cukup bata, maka rumah anda pasti akan ada lubang. Begitu juga dengan kulit kita, protein ibarat bata yang menutup lubang tadi.

Lebih menarik mengenai ESP, bukan sahaja boleh dimakan, tapi boleh juga dibancuh sebagai masker wajah! Jimat bukan?
Lebih info mengenai ESP? Boleh rujuk sini >> Info ESP Shaklee

2) Vita-E Complex

Kalau tadi makanan untuk sel adalah protein, vitamin E pula berperanan memperbaiki tisu dalam badan kita. Vitamin E mampu memberi kelembapan pada kulit bagi mengelakkan kulit mudah berminyak & seterusnya ditumbuhi jerawat.

Tahukah anda, vitamin E juga dikenali sebagai
VITAMIN CINTA! Sebab vitamin E
mampu merapatkan hubungan
suami isteri.

Sama juga seperti ESP, Vita-E Shaklee juga bukan sahaja untuk dimakan, boleh juga dibuat masker! Keluarkan gel yang ada di dalam kapsul Vita-E tersebut, dan sapu di seluruh muka. Tipsnya, makan sebiji diwaktu pagi, dan sapukan sebagai masker dimalam hari.

3) Suntained Release Vita-C Plus

Kita sedia tahu bahawa vitamin C bertindak sebagai ejen sistem ketahanan badan kita. Vitamin C berperanan meningkatkan sistem imun badan kita. Dan yang paling penting, badan kita tidak dapat menghasilkan sendiri vitamin C sedangkan badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 500mg vitamin C setiap hari!

Sebiji Vita-C shaklee bersamaan dengan
7 biji setengah buah oren!

Sesuai dengan keperluan badan, Shaklee mencipta vitamin C yang diformulasikan dengan formula Sustained Release yang mana, vitamin C dilepaskan secara berperingkat sesuai dengan permintaan badan kita.

Vitamin C membantu masalah jerawat batu yang akan mengakibatkan parut jerawat berlubang, meningkatkan sistem ketahanan badan bagi melawan virus demam campak dan bertindak sebagai pelindung kepada kulit!

4) Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser & Gentle Action Makeup Remover

Pertahanan dari bahagian luar kulit juga penting. Istimewanya Makeup Remover Shaklee bukan sekadar untuk membersihkan bekas makeup, malah boleh juga membersihkan sel kulit mati pada wajah. Kulit kita terdedah pada terlalu banyak kotoran yang akan menyebabkan sel kulit kita mati. Dan tahukah anda, sebanyak 1000 sel kulit kita mati setiap hari! Minum ESP untuk bina sel kulit baru sahaja tidak cukup jika sel kulit yang sudah mati tidak dibuang atau dibersihkan terlebih dahulu!



Gandingkan bersama Cleanser, kulit yang bersih, lembut & licin adalah milik anda! Pencuci muka yang dirumus khas dengan buah berry yang datang daripada 16 buah negara yang berbeza & dicipta khas untuk kulit wanita Asia.


Saya dah mulakan misi memperbaiki masalah kulit muka berlubang. Alhamdulillah, nampak perubahan. Liang pori semakin mengecil, parut semakin pudar. Dan yang paling ketara, kulit semakin cerah! Anda bila lagi? Jom dapatkan set parut jerawat shaklee  hari ini dengan saya, kita sama-sama mulakan misi mendapatkan kulit yang lebih licin.


Anda boleh whatsapp saya di nombor 012-5687714 atau boleh terus mesej saya di FB Nurul Shakirah.

Berita baik untuk anda, setiap pembelian set parut jerawat shaklee ini, anda berpeluang untuk mendapat shaker ekslusif shaklee yang bernilai RM30 & pillbox secara PERCUMA! Dan pastinya, saya akan berikan konsultasi terbaik untuk anda. Sementara stok masih ada, ok? :)


Salam sayang
Keyra ❤

No comments: