1) Pemakanan
Anda seorang yang gemar makanan yang bergoreng, berminyak & berlemak? Inshaa Allah, kulit muka berminyak akan jadi kawan baik anda. Ayam goreng, mee goreng mamak, nasi goreng kampung. Sedap kan? Boleh makan, cuma kena kurangkan. Lebihkan makanan yang direbus atau kukus.
2) Hormon
Tahukah anda, jika anda seorang yang mudah stress dengan perkara kecil, atau anda seorang pengamal pil perancang atau pain killer, sebenarnya ia mengundang kepada masalah kulit muka berminyak.
Terutamanya para remaja.
3) Cuaca
Cuaca yang panas menyebabkan kita cepat berpeluh & peluh tersebut akan menyebabkan kulit muka berminyak. Patutlah masa pergi Perth hari tu kulit muka keyra langsung tak berminyak! Sebab udara sejuk je kat sana walaupun cuaca panas.
Nahhh! Belanja gambar dekat Perth sekeping hehe |
Tapi awas ye! Kulit yang banyak terdedah dengan air-cond boleh menyebabkan kulit muka kering! Udara yang semulajadi sejuk takpe 😊
4) Kosmetik
Memakai kosmetik atau makeup terlalu lama, nak-nak pula yang jenis oily akan menyebabkan kulit muka berminyak & mudah ditumbuhi jerawat! Pilih kosmetik yang FREE OIL. Sekali sekala tak pakai makeup pun takpe, boleh bantu kurangkan muka berminyak.
Kulit berminyak memerlukan penjagaan yang rapi supaya dapat mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan. Beberapa perkara yang perlu diamalkan bagi memastikan tahap pengeluaran sebum pada wajah dapat dikawal.
1) Guna pencuci muka yang lembut & berbuih
Tahukah anda, kulit muka berminyak memerlukan pencuci muka jenis berbuih untuk menghapuskan minyak pada wajah. Tapi mestilah disertakan dengan formula mencuci dengan lembut.
Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser | Sesuai dengan nama yang diberi, pencuci ini mencuci sehingga ke dalam pori wajah dengan begitu lembut sekali. Berbuih & satu tiub yang besar boleh tahan sehingga 6 bulan! Dicipta khas untuk anda wanita Asia.
Lebih info mengenai pencuci muka ini boleh baca disini
2) Cuci muka waktu pagi & malam
Pastikan anda mencuci muka menggunakan pencuci sebaik sahaja anda bangun dari tidur & sebelum anda tidur. Kadar pengeluaran minyak semulajadi diwajah anda akan lebih terkawal.
3) Memakai masker wajah sebulan sekali
Pilih masker yang berupaya untuk mengurangkan minyak di wajah & mengecilkan pori wajah. Pori wajah yang terbuka boleh mengakibatkan muka mudah berminyak & jerawat naik!
Saya memilih masker daripada protein soya ESP. Sebab saya tahu makanan kepada sel kulit adalah protein, jadi untuk dapatkan kulit yang bersih & cantik, sila jaga pengambilan protein.
✔ mengurangkan minyak pada kulit
✔ mengecilkan pori wajah
✔ melembutkan kulit
✔ memberi keanjalan pada kulit
P/S; istimewa buat customer @spa_bergerak_penang, PERCUMA masker bagi setiap rawatan wajah sehingga 30 September ini!
4) Elakkan makanan yang 'deep fried'
Ayam goreng, mee goreng mamak semua tu memang sedap kan? Tapi jangan makan selalu tau, sebab kandungan gula & garam yang tinggi dalam makanan penyumbang kepada kulit muka berminyak.
5) Ambil makanan tinggi fiber
Contohnya seperti buah-buahan & sayur-sayuran. Kalau dikukus atau rebus lebih baik kerana buahan & sayuran dapat membantu mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan.
6) Banyakkan minum air masak
Minum air sebanyak mungkin kerana air boleh membuang toksin dalam badan yang akan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan & pertumbuhan jerawat. Lagipun, air masak tiada kolesterol!
7) Cuci muka dengan air sejuk
Membasuh muka menggunakan air sejuk membantu mengecilkan pori wajah. Apabila pori wajah kita terbuka, penghasilan minyak di wajah akan menjadi lebih aktif. Pori wajah yang terbuka juga akan membuatkan banyak habuk terperangkap di dalam kulit & seterusnya 'menjemput' jerawat untuk timbul!
8) Melakukan rawatan wajah (facial treatment)
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit muka berminyak, anda dinasihatkan untuk melakukan rawatan wajah atau facial sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali. Rawatan wajah membantu menghapuskan minyak yang berlebihan & menaikkan seri wajah.
Anda juga boleh cuba amalkan supplement sebagai perisai kepada faktor yang menyumbang kepada masalah kulit muka berminyak.
● Jika anda seorang yang mudah tertekan (stress) anda dinasihatkan untuk mengamalkan B Complex vitamin anti stress & GLA Complex untuk menstabilkan hormon.
● Vitamin E Complex vitamin antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari & ultra ungu yang akan menyebabkan kulit muka terbakar & pori wajah terbuka.
● Minum ESP (Energizing Soy Protein) setiap pagi bagi membantu penghasilan sel kulit yang baru & sihat. Tahukah anda, lebih 10 juta sel kulit kita mati setiap hari! Protein diperlukan untuk membina sel kulit yang baru.
● Minum ESP (Energizing Soy Protein) setiap pagi bagi membantu penghasilan sel kulit yang baru & sihat. Tahukah anda, lebih 10 juta sel kulit kita mati setiap hari! Protein diperlukan untuk membina sel kulit yang baru.
Semoga tips yang diberikan bermanfaat untuk anda terutamanya yang ada masalah kulit muka berminyak. Kalau anda perlukan pencuci muka & supplement yang saya sarankan, anda boleh terus whatsapp saya di nombor 012-5687714. Atau boleh terus mesej saya di FB Nurul Shakirah
Jumpa lagi di lain entri.
Salam sayang,
Keyra
Jumpa lagi di lain entri.
Salam sayang,
Keyra
No comments:
Post a Comment