Thursday, 7 November 2019

Bahaya Bentan Ibu Dalam Pantang

Masalah bentan paling ditakuti oleh ibu selepas bersalin. Ibu lepas bersalin, banyak urat kembang dan putus, jadi mudah kena bentan.
Apa itu bentan?

Bentan bermaksud ibu bersalin yang mengalami sakit badan, sakit urat dan pinggang, dan sakit di kawasan peranakan yang boleh menyebabkan tumpah darah.


Bagaimana boleh terjadi bentan?

1. Tidak jaga pemakanan semasa dalam pantang. Sebab tu la orang selepas bersalin kena pantang makan selama 44 hari. Jangan makan benda sejuk dan berangin.





2. Angkat benda berat atau terlanggar benda keras. Paling utama kena jaga ibu jari kaki, jangan sampai terhantuk benda keras, nanti bentan!

3. Badan terlalu penat atau stress.

4. Jalan laju. Yang ini kerap terjadi, bila dah rasa kuat dan sihat sikit, ibu dalam pantang mula langkah laju seperti sebelum bersalin. Tak boleh yer, bahaya takut bentan!

5. Ambil mudah pemakaian stoking. Malas macam mana pun, kena pakai stoking setiap masa selama 44 hari berpantang kecuali waktu mandi sahaja.


Bila terkena bentan, badan akan rasa seram sejuk, darah akan keluar sangat banyak, dan kawasan peranakan akan rasa sakit dan senak.

Ada orang sampai tak boleh bangun bila terkena bentan! Sebab tu masa dalam pantang kena jaga betul-betul terutamanya pemakanan.

Jenis-jenis Bentan

1. Bentan urat pinggang
Kebiasaannya terjadi kepada wanita yang bersalin secara caeseran/pembedahan. Lenguh di bahagian pinggang akan dirasai sehari atau dua hari selepas melahirkan.

Jadi semasa berpantang, cara untuk duduk dan bangun daripada pembaringan mestilah betul. Perkara ini kerap saya lihat semasa saya memberi servis kepada ibu berpantang, ramai wanita yang bangun tidak betul caranya.

Cara bangun dari pembaringan yang betul, mengiring dahulu kemudian baru bangun.


2. Bentan urat peranakan
Biasanya terjadi pada wanita yang angkat benda berat semasa dalam pantang. Hatta anak kita yang dah besar sikit pun kita tak boleh angkat tau ketika berpantang.

Sebab itu ada sesetengah orang lama yang melarang kita untuk mengangkat bayi kita sekalipun, takut rahim yang masih lemah terbeban dan menyebabkan bentan!


3. Bentan urat
Semasa berpantang, ibu dinasihatkan untuk banyak berehat dan jangan banyak bergerak atau berjalan walaupun di dalam rumah. Nanti badan akan jadi terlalu penat dan stress.

Bentan urat bila kita dah kena, kita akan rasa sakit-sakit sendi, badan rasa seram sejuk dan lemah sampaikan rasa nak baring ja, terlalu lemah untuk bangun.


Jadi, ibu yang dalam pantang, sila jaga kesihatan diri ya. Disamping pantau anak, kesihatan diri juga penting.

✔️ Banyakkan berehat. Biarlah orang nak kata kita asyik baring ja, sepatutnya mereka faham, ibu berpantang memang kena banyak berehat daripada bergerak.

✔️ Menjaga kebersihan. Walaupun disarankan untuk banyak berehat, kebersihan diri mesti jaga. Kerap tukar lampin wanita dan sebagainya.

✔️ Menjaga pemakanan. Badan kita tak sama, ada sesetengah orang banyak makanan yang dia boleh makan semasa dalam pantang. Kita jangan terlalu ambil mudah atau nak ikut orang, pantang makanan paling utama untuk dijaga.

✔️ Pantang bersama suami. Seeloknya selama 100 hari.

✔️ Kerap sapu minyak panas ke seluruh badan untuk memastikan badan sentiasa rasa selesa, ringan dan mudah buang angin.

✔️ Memakai baju yang tebal untuk mengelakkan urat masuk angin.

✔️ Menyarung stoking setiap masa selama 44 hari dalam pantang.

✔️ Akhir sekali, amalkan bertungku setiap hari untuk melancarkan darah ke seluruh badan.

Enjoy your confinement period ladies!


++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika anda perlukan Confinement Lady untuk menjaga anda semasa dalam pantang, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya boleh aturkan CL untuk anda di seluruh Malaysia.

Whatsapp Sahaja: 012-5687714

No comments: