Monday, 11 February 2019

Servis Mobile Spa Penang

Assalamu’alaikum wbt. Hello ladies!

Setuju tak kalau saya cakap orang perempuan dan Spa tak dapat dipisahkan. Tipulah kalau ada orang perempuan yang tak suka rawatan Spa.

Mesti dia tak pernah cuba, sebab tu dia kata dia tak suka, sebab dia tak tahu nikmatnya macam mana. Hehe

Tapi sekarang dah malas nak ke Spa kan? Nak bersiap, nak drive, dah sampai kena que pulak, pastu kena drive balik rumah lagi pulak tu.

Waduh waduh, banyaknya perjalanan dia tu kan?

Kadang-kadang tak sempat nak ke Spa. Mana nak pegi kerja, nak uruskan anak-anak lagi. Memang tak cukup masa, tapi badan dah letih perlukan urutan dan rawatan Spa!

So kalau nak senang, korang panggil je beautician datang rumah. Kan sekarang dah ada servis Spa ke rumah.

Korang cuma kena tunggu ja kat rumah, lepas tu dapatkan rawatan Spa. As simple as that.. 😍

Okay, jom saya kongsi rawatan Spa apa yang boleh dibuat kat rumah korang sendiri.







Semua ni saya buat di rumah customer tau. Menarik kan? Semuanya on the go di rumah anda sendiri.

Dan ini pula sebahagian daripada testimoni customers yang dah ambil servis daripada Russ Beauty House.










Customer saya bukan orang Melayu je tau, orang Cina, India, Indonesia, dan Thailand pun ambil servis saya.

Pelancong daripada Indonesia pun ambil servis saya.


InshaAllah, korang akan berpuas hati dengan servis Mobile Spa saya. Walaupun korang cuma buat di rumah korang sendiri, tapi treatment setanding di Spa.

Malah rasanya korang akan lebih selesa since semuanya dibuat di rumah korang sendiri. Customer saya selalunya sampai terlena sebab selesa sangat. Hehe

Di rumah, di tempat kerja, di hotel, semuanya saya dah pernah entertain customer.

So kalau korang rasa nak cuba berSpa di tempat korang sendiri, boleh contact saya.

Servis terbaik untuk anda setiap masa.

InshaAllah ♥️

Beautician Anda!
Whatsapp 012-5687714

Peluang Buat Duit Dengan Mobile Spa

Seronok tak kalau setiap hujung minggu boleh buat duit banyak dan mudah macam diorang ni? Tonyoh-tonyoh muka orang, nah dapat duit camni.





Mestilah seronok kan? Siapa je yang taknak buat duit extra hujung minggu, sekali dapat RM200-RM300 pun happy kan? Tak perlu buat setiap hari pun, cukup buat waktu cuti hujung minggu je kalau you bekerja.

Kalau yang tak bekerja tu lebih banyak lagi boleh buat. Contohnya suri rumah, student, penganggur terhormat hehe


Projek Spa TWB tidak menjanjikan bulan bintang, tapi apa yang kami boleh jamin

✔️ duit tepi RM500 seminggu tu petik jari je
✔️ career development (spa owner > trainer > leader)
✔️ bisnes yang mudah, fun tapi sangat menguntungkan!
✔️ miliki Spa atas nama sendiri
✔️ tak perlu simpan stok
✔️ keuntungan 100% masuk poket you
✔️ support group seumur hidup
✔️ team yang happening dan supportive


Dan banyak lagi kelebihan team TWB yang tak dapat saya nak senaraikan disini.

Ukhuwah kami macam satu keluarga. Kami happy berkongsi rezeki. Kami seronok berkongsi tips dan idea untuk dapatkan customer, untuk kembangkan bisnes masing-masing.

Korang takkan pernah menyesal join team TWB jika korang ikut rules yang ditetapkan.

Eh takda la rules pelik-pelik pun. Salah satunya mesti guna produk Shaklee untuk servis Spa uols.

Haa mudah kan? Kami sediakan semuanya untuk you. You cuma perlu keluarkan modal RM2999 sahaja, selebihnya kami uruskan.

  • Traning secara praktikal 5 kursus Spa - facial treatment with face massage, body scrub, hands and foot spa, aura bath dan sauna herba
  • Kelengkapan Spa disediakan dan diberi untuk digunakan run bisnes
  • Produk Spa yang natural, bebas kimia dan berkualiti tinggi diberi
  • Sijil dan module lengkap dengan kitab harga
Korang boleh refer link sebelah untuk lebih details mengenai pakej Mobile Spa TWB 👉🏻 KURSUS MOBILE SPA TWB 2019

What else? You name it.

Bagus tau buat Mobile Spa ni, korang tak perlu pening-pening nak fikir sewa kedai la, upah pekerja etc.

Semuanya on the go. Bila ada customer booking, korang bawak je troley beg yang kami bagi tu, sumbat semua kelengkapan dalam tu, then you are ready untuk serve customer.



+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +

Berita baik untuk korang yang join projek Spa TWB pada bulan ini, korang akan diajar cara makeover diri!

Self makeup dan overall image !!

Tak perlu add on apa-apa kos, semuanya ditanggung beresss.. bonus untuk korang yang join projek Spa TWB pada bulan ini.

Yela, nak jadi beautician mestilah ada penampilan yang menarik dan meyakinkan. Barulah korang pun yakin nak mengaku yang korang beautician kan?




So korang tunggu apa lagi? Join us today!

Saya akan ajar korang untuk dapatkan semula modal RM2999 tu dalam masa sebulan je.

InshaAllah guys, tak mustahil. Sebab saya sendiri dah buat RM1-2k setiap minggu. So untuk you guys dapat semula modal RM2999 tu kacang je! Hehehe

Copywriting, bahan iklan semua saya sediakan.
You tinggal nak war-warkan dan bersedia untuk serve customer, buat duit kepuk-kepuk 🤑🤑🤑

See you soon guys!

Keyra,
012-5687714 (whatsapp only)


Saturday, 9 February 2019

Kursus Mobile Spa Terbaik 2019

Assalamu’alaikum. Saya harap belum terlambat untuk saya wish Selamat Tahun Baru 2019 pada korang semua! Hehe

Year by year, kehidupan kita semakin struggle.

Ada orang kata, yang miskin bertambah miskin, yang kaya semakin kaya!

Hmm.. what say you?

Inilah masanya untuk kita ubah kewangan kita.
Inilah masanya untuk kita angkat martabat diri kita.

Kalau dulu boleh la kata, duit bukan segalanya.

Tapi zaman sekarang kita tak boleh nak menafikan lagi, segalanya memerlukan duit.

So saya ada satu peluang bisnes yang very easy to run, fun & yang paling penting mestilah menguntungkan!


Keuntungan 100% masuk poket you

Modal sekali sekala kena tambah, itupun sikit-sikit je.

You buat you mesti dapat duit. Minima satu jam RM80.

Kadang ada yang boleh buat almost RM1,000 untuk satu hari ja!

Saya salah seorang alumni TWB yang berjaya buat duit kepuk-kepuk setiap hari. Boleh view Instagram & FB saya untuk segala aktiviti Spa saya setiap hari.

Instagram : @russbeautyhouse_

Nak tengok testimoni bekas peserta TWB? Klik link disebelah 👉🏻 testimoni alumni TWB



Okay, untuk pakej kita sekarang apa yang you akan dapat?

1) Youth Skincare by Shaklee 
2) trial kit spa
3) skin analyzer
4) trolley beg spa
5) ion massage
6) sijil penyertaan





Senarai modul dan praktikal training utk belajar : 

1) facial relaxing treatment 
2) body scrub & urut lulur
3) mandian aura susu
4) foot & hand spa 
5) sauna herba 

♥️ +1 how to set up home and mobile spa


🌸 BONUS 🌸
+ kitab harga
+ modul & teori lengkap
+ lifetime coaching
+ support group
+ income 6 penjuru
+ overseas trip *t&c apply

Lepas habis training, boleh terus run spa. Yela, eveything dah complete, nak tunggu apa lagi kan! Hehe

+++++++++++++++++++++++++++++


Okay training 5 courses ini cuma dalam satu hari sahaja tau.
Paling penting training one-to-one. Bukan training beramai-ramai dalam hall tu ye

Boleh dikatakan training personal.



Dan ianya adalah practical training!


#################################

Then lepas habis training 5 courses ni, kita akan set another date & time untuk training make over pula.

Self makeup & overall image!!

Ini bonus yang TWB beri pada semua peserta.




Let’s transform!!





Tadaaaaaa 😍😍😍

You tell me, mana nak cari course semurah ini lengkap dengan semua peralatan Spa?

Siap dapat additional course lagi untuk cantikkan diri you. And it's worth more than RM 2k tau for this course only!

Tapi dalam TWB - It is included dalam pakej RM 2,999!

Yelah nak jadi beautician kenalah nampak presentable sikit kan, barulah orang bertambah yakin nak ambil servis kita.

Presentable dan cantik dua benda berbeza tapi serupa. Haa camana tu?


So kalau impian 2019 you all adalah untuk baiki kewangan & nampak lebih cantik dan presentable, this project is for you!

Belajar buat duit & belajar “bersiap” dengan The Walking Beauty.


Find me now:

Contact : 012-5687714

Tuesday, 5 February 2019

Impian Saya Pada Tahun 2019



Sejak kebelakangan ni, aku selalu terdengar keluhan ayahku.

“Adik.. nanti mak dengan ayah dah takda taktau la macam mana nasib hang. Kakak-kakak, abang-abang semua sibuk dengan kerja, dengan keluarga depa. Sapa la nak jaga hang, bagi mandi hang.”
Allahhuakbar! Satu tamparan besar buatku! Menitis airmata teresak-esak aku mendengar ucapan ayah.


Terpana!

Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah banyak kali aku dengar keluhan ayah yang satu ini sejak akhir-akhir ini.


Apa yang aku buat selama ni? Tergamak aku hidup selesa tanpa ambil tahu kerisauan ayahku!

Sedangkan Allah dah beri jalan padaku untuk situasi yang tak dijangka ini, tapi aku tak manfaatkan.

Allah dah mudahkan aku untuk berhenti kerja.

Allah dah mudahkan aku buat bisnes yang kena dengan jiwa aku.

Tapi aku tak manfaatkan! Aku tak fikir untuk menyimpan demi masa depan adikku.

Aku pentingkan diri sendiri!

Allah... ampunkan aku Ya Allah!

Aku selesa ada duit sikit-sikit.

Aku selesa bergolek dalam bilik layan drama korea jika takda customer.

Aku selesa makan kenyang hasil titik peluh ayahku.

Sepatutnya dengan umur ayah sekarang yang hampir 70 tahun, ayah dah tak perlu fikir hal dunia, dah tak perlu susah payah cari duit lagi.

Masanya untuk ayah berehat, habiskan masa atas tikar sejadah.

Allahhuakbar. Tergamaknya aku!


Tahun ini, tahun 2019, aku bertekad! Aku mesti keluar daripada zon selesa yang sebenarnya dah makan diri aku sendiri.

Zon selesa yang dah bunuh impian orang kesayanganku!


Tahun ini tahun untuk aku bekerja keras!

Tahun ini tahun untuk aku gila-gila buat duit!

Tahun ini tahun untuk aku cari ramai customer Spa aku sehingga mencecah 1000 orang!

Aku nak income aku setiap bulan bukan biasa-biasa lagi.

Supaya aku boleh menyimpan lebih banyak.

Aku MESTI stabilkan karier aku dengan Shaklee.

Aku terfikir, sampai bila aku nak buat Mobile Spa.

Sampai masanya, pasti akan ada sesuatu yang menghalang aku daripada teruskan kerja aku.

Sebab tu aku mesti stabilkan karier aku dengan Shaklee.

Kerana Shaklee janjikan income pasif.

Income yang boleh dibuat walaupun hanya duduk dirumah.

Dengan keadaan adikku, sudah menjadi kewajipan untukku lakukan sesuatu yang boleh beri income padaku walau hanya bekerja dirumah.

Supaya aku boleh awasi adikku sentiasa. Supaya adikku terus merasai kasih ayah mak dan ayah melalui aku.

Aku tahu impianku tidak mudah. Tapi aku juga tahu ianya tidak mustahil!

Aku dah tak banyak masa. Aku mesti mula sekarang!


Pada tahun ini;

✔️ Simpanan RM10,000
✔️ Income Spa minima RM5,000 setiap bulan (yang ini sangat mudah sebab sekarang aku boleh buat RM1,000-RM2,000 seminggu, at least. Want to know how?)
✔️ Hit bonus Shaklee RM5,000 by this year


Beri aku masa 10 bulan untuk aku capai impianku. Akan aku buktikan!


Tolong doakan ye!

Semoga yang baik-baik sahaja Allah kurniakan pada kita semua. Aamiinnn

KERAMAT HIDUPKU 

Tuesday, 11 December 2018

Kursus Spa & Penjagaan Ibu Bersalin Dan Berpantang




Orang kita ni, kalau tengok apa yang artis buat, mesti kita nak ikut buat kan? Kalau benda tu baik, mendatangkan manfaat takpa, tak jadi masalah.

Contohnya, kalau korang perasan lately ni ramai artis yang ambil servis penjagaan berpantang atau kita panggil confinement lady kan? Sebenarnya servis macam ni dah lama wujud, cuma mungkin sebelum ni tak diperkenalkan secara terbuka.










Tapi sejak artis-artis gunakan khidmat confinement lady ni, permintaan menjadi sangat tinggi kan!
Tambahan lagi orang zaman sekarang dah semakin bersikap terbuka, tak semestinya mak bidan tu orang yang dah berumur, dah banyak pengalaman. Orang muda pun boleh jadi mak bidan.

Yang penting cukup ilmu di dada, betul tak?

Padahal kalau fikir logik, orang muda lagi banyak tenaga nak mengurut dan sebagainya kan?

So, the walking beauty dengan berbesar hati menawarkan kursus penjagaan ibu bersalin & berpantang buat pertama kalinya pada tahun ini.


Antara kursus yang akan dipelajari:

1. Urutan Badan (tradisional/bersalin/sengkak)
2. Cara Bertungku
3. Pemakaian Bengkung
4. Cara Buat Tapel/Param/Pilis
5. Cara Menyediakan Tangas Kering & Basah
6. Pengurusan Bayi
7. Penyediaan Makanan & Vitamin Yang Diperlukan Ketika Berpantang


Bonus Pada Bulan Ini! (Disember 2018)

Anda berpeluang untuk belajar kursus asas Spa!

1. Facial Relaxing Treatment
2. Body Scrub
3. Hands & Foot Spa
4. Sauna Herba
5. Aroma Milk Bath


Untungnya korang! Semua rawatan Spa asas ini korang boleh masukkan dalam pakej penutup berpantang tau. Fuhhh sekali belajar semua boleh dapat ni.


Jap jappp.. ada lagi bonus tau!!



Jika korang join kursus berpantang the walking beauty pada bulan ini, korang juga berpeluang untuk belajar cara make over diri korang!

Belajar basic makeup, cara menggayakan tudung sesuai dengan bentuk muka & warna kulit, cara berpakaian dan sebagainya!

MashaAllah!! Kursus apa ni banyak sangat bonus korang dapat!!😍


Cop coppp.. adaaaa lagi la uolls!


Dengan pakej Spa kami ni, korang akan dibekalkan dengan semua peralatan lengkap yang korang perlukan untuk mulakan servis Spa korang tau! OMG!! Biar betullll

Ye, betul sis. Semuanya kami sediakan lengkap!


Sis cuma perlu tambah sikit2 ja macam kain batik, tuala kecil dan sebagainya yang mana semua tu sis boleh guna yang mana sedia ada di rumah sis sahaja ye..


Okay, cool down.. berapa agaknya harga pakej Spa yang kami tawarkan pada bulan ini?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





HANYA RM2,999 SAHAJA..!!!

Dengan harga semurah ini korang boleh dapat banyak sangat ilmu & kelengkapan! Untungnya korang yang join dengan pakej pengenalan pada bulan ini.

Saya yakin, harga akan semakin meningkat naik di masa akan datang. Jadi saya nasihatkan korang cepat-cepat grab peluang yang ada pada bulan ini.

Dijangka pada tahun 2019 permintaan Mobile Spa & Penjagaan Ibu Berpantang akan meningkat naik dengan sangat lajuu! Jadi jom persiapkan diri kita dengan ilmu yang berkaitan supaya masuk tahun baru nanti kita sudah bersedia untuk buat duit berkepuk-kepuk! Hehehe

Hubungi saya sekarang untuk pendaftaran kursus kerana tempat sangat terhad!


Whatsapp @ call 012-5687714 (Cik Keyra)

Rawatan Untuk Ibu Bersalin di Penang

Sekarang ni semakin ramai yang sedar kepentingan untuk memberi rawatan selepas bersalin dengan baik. Ya walaupun sekarang sudah zaman moden, tapi perawatan tradisional masih mendapat permintaan.

Tanpa tradisional, tiadalah yang moden. Gitteww! Hehe

Jangan buat main ya dengan rawatan tradisional selepas bersalin, kalau diabaikan takut si ibu boleh kena angin meroyan! Haa sebab tu la banyak kes tak masuk akal sering terjadi sekarang ni.

Apakah rawatan selepas bersalin yang penting untuk si ibu?


1. Urutan Seluruh Badan




• penting untuk kelancaran darah seluruh badan, jadi susu badan akan lebih mudah dihasilkan.
• mengurangkan sakit-sakit semasa bersalin, kan bersalin perlukan tenaga sepenuhnya, tentu sakit satu badan.
• memberikan keselesaan pada si ibu untuk menguruskan si kecil yang mungkin tidurnya tidak menentu.

Bagi ibu yang bersalin secara normal, urutan selepas bersalin boleh dilakukan seawal hari ketiga berpantang. Manakala untuk ibu yang bersalin secara cser pula dinasihatkan untuk mula melalukan urutan badan pagi hari ketujuh ke atas kerana bimbang akan memudaratkan kawasan jahitan. Apapun, ikut kemampuan si ibu ye..


2. Bertungku




• membantu mengecutkan rahim & organ lain yang bengkak akibat bersalin.
• memecahkan lemak.
• mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Kebiasaannya darah nifas akan mengalir lebih laju selepas bertungku.


3. Pemakaian Bengkung




• mengecutkan rahim.
• menampung rahim yang tenat & bengkak yang mana baby tumpang selama 9 bulan.
• mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

Bengkung ada banyak jenis. Bengkung jawa, bengkung tali kasut, bengkung tali barut dan sebagainya. Nanti bila “mak bidan” pakaikan bengkung, tengok dengan teliti ya. Bila dah habis treatment dengan mak bidan, ibu boleh pakai sendiri setiap hari selama 4 jam paling maksima.


4. Tangas




Tangas ni adalah rawatan untuk faraj. Boleh dilakukan apabila darah nifas sudah kering.

• membantu kembalikan keintiman wanita.
• membantu mengetatkan faraj
• buang segala kotoran & bau yang tidak menyenangkan
• kembalikan hormon yang bercelaru
• membantu kesuburan wanita

Untuk pengetahuan para ibu, tangas ada dua jenis yer.. tangas kering & tangas basah. Tangas basah adalah wap daripada rebusan herba terpilih, manakala tangas kering pula wap daripada batu sungai yang dipanaskan.

Keduanya penting & mempunyai manfaatnya tersendiri.


5. Sauna @ Steam Bath @ Mandi Wap




• bakar kalori
• tingkatkan kadar metabolisme badan & membantu penurunan berat badan
• singkirkan toksik melaluli peluh & kembalikan kesegaran badan
• membantu dapatkan tidur yang lebih baik
• menggantikan sel-sel kulit yang mati, menjadikan kulit lebih halus & licin


6. Mandian Herba



7. Tapel, Param & Pilis



Tapel

• Sapuan yang dipakai pada perut sebelum pemakaian bengkung
• Mengurangkan rasa sakit-sakit di perut
• Memulihkan keadaan luar perut akibat selulit / stretch marks
• Membantu proses pembakaran lemak & mengempiskan perut
• Menghangatkan perut & membuang angin serta darah kotor 
• Menegangkan kulit perut yang menggeleber

Param

• Sapuan seluruh badan kecuali payudara & perut
• Membantu melancarkan peredaran darah
• Mengelakkan angin masuk ke dalam badan
• Memberi kehangatan pada tubuh
• Menjaga kecantikan luaran kulit

Pilis

• Campuran herba yang khusus untuk disapu pada dahi
• Meredakan pening kepala
• Melancarkan peredaran darah
• Menyegarkan mata & mengurangkan rasa pitam
• Mengelak angin yang boleh menyebabkan tekanan emosi


Penjagaan berpantang sama sahaja ye bagi ibu yang bersalin normal atau secara czer, tekniknya sahaja sedikit berbeza.


Manakala untuk ibu yang keguguran, jangan ambil mudah penjagaan semasa berpantang. Sebaiknya rawatlah sama seperti orang bersalin. Ibu yang keguguran lebih mudah diserang angin meroyan!


Jika anda masih mencari mak bidan untuk menjaga anda semasa di dalam pantang, cepat hubungi saya. Untuk seluruh Pulau Pinang, Parit Buntar & Kulim.


Whatsapp @ call: 012-5687714 (keyra)


Pakej penjagaan ibu bersalin & berpantang terbaik dengan harga yang berpatutan InshaAllah.