Wednesday, 18 December 2013

Kenapa Pilih Omega Guard Shaklee?

Assalamu'alaikum. Salam sejahtera. Salam mahabbah.

Rasanya semua orang dah sedia maklum yang Omega Guard Shaklee (OGS) ni ada banyak sangat fungsi dan kelebihan. OGS boleh bantu kurangkan dan atasi pelbagai jenis penyakit yang dihadapi oleh setiap peringkat umur. Seriously !


So, hari ni saya nak jelaskan lagi macamana OGS berfungsi sebagai sekian-sekian dan kepada sekian-sekian peringkat umur dan jantina. Secara ringkasnya, OGS adalah minyak ikan yang mengandungi 7 asid lemak atau Omega 3 penting yang tak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. Ianya adalah EPA, DHA, HPA, ETA, SDA, DPA, dan ALA.

Rasanya semua orang tahu yang DHA adalah asid lemak yang sangat penting untuk perkembangan otak dan menajamkan minda kanak-kanak khususnya. Alaa, kan banyak iklan susu dalam TV yang ada bagitau ada DHA semua tu. Kan?? Sama la jugak dengan OGS ni cuma yang membezakan OGS adalah lebih baik daripada produk lain adalah disebabkan minyak ikan yang terhasil adalah daripada ikan yang hidup di lautan paling dalam yang terhindar daripada sebarang pencemaran yang dilakukan oleh kita sendiri, manusia.

Perlu kita tahu yang asid lemak ni ada dua jenis, iaitu ada yang baik untuk tubuh badan kita dan ada yang tak baik. Antara yang baik untuk tubuh badan kita adalah seperti yang saya bagitau tadi la. Ini bukan saya kata tau, tapi memang pakar kesihatan yang kata :)

Suka saya nak share kat sini satu ayat yang saya petik daripada seseorang.
" Badan kita, adalah satu mesin kompleks yang Allah ciptakan. Berikan dia zat/nutrisi yang diperlukan, tahulah dia nak repair sendiri."

Apa maksudnya? Maksudnya kat sini saya nak bagitau, Shaklee adalah supplement atau makanan tambahan. OGS adalah salah satu supplement daripada yang sangat bagus untuk tubuh badan kita. Semuanya dengan izin Allah yang pastinya.

Contoh OGS ni salah satu kebaikan dia yang sangat best adalah dia membantu bakar lemak yang kita duk bela dalam badan kita tu dengan lebih cepat. Bakar lemak untuk apa? Untuk kurangkan berat badan. Untuk jadi kurus. Tapi, jangan pulak kita expect hari ni berat kita 60kg la contohnya. Then seminggu ambik OGS, kita expect berat kita akan turun jadi 40kg. Uishh, kalau macam tu punya cepat berat kita turun, esok-esok dia nak naik balik cepat macam tu jugak la. Seriously!

Kelebihan Omega 3 yang terdapat OGS ni adalah yang pertama-tamanya macam yang saya bagitau tadi minyak ikan yang diekstrak dari ikan laut dalam dan beriklim sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Sebab tu minyak ikan OGS ni panas dan membantu mempercepatkan proses membakar lemak. Cuba bayangkan ikan-ikan yang tinggal di iklim sejuk tadi, kalau badan "mereka" tak boleh hasilkan asid amino yang boleh panaskan badan "diorang", macamana "diorang" nak survive kan? Subhanallah, indah sungguh ciptaan yang Maha Esa.

Kan saya dah kata yang produk Shaklee ni adalah makanan tambahan. Jadi, dia bukan pengganti pada makanan harian kita. Cumanya, Shaklee ni makanan tambahan yang memberi zat dan nutrisi yang lebih baik kepada tubuh badan kita. Yang mana badan kita tak dapat hasilkan sendiri nutrisi tersebut.

Dan yang hebatnya OGS ni tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang sesetengah daripada kita tak tau minyak hati ikan ni mengandungi toksik yang sangat tinggi. Omega 3 dalam OGS juga mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

Perbezaan yang sangat ketara adalah hanya satu kapsul OGS sudah membekalkan 905g asid lemak Omega 3. Dan lagi yang best, OGS boleh membantu melicinkan salur darah dan melancarkan peredaran darah kita. So, tak ada alasan lagi untuk uollss semua ragu-ragu untuk ambil Omega Guard Shaklee ni :)

Di lain entri, In Shaa Allah akan saya cerita kebaikan Omega Guard Shaklee secara terperinci. Kita kasi suprise sikit ! Hee

Lots of Love,
Kirah

pm/whatsapp 0125687714

No comments: