Saturday, 7 June 2014

Rajinnya Hang Semayang


 Tiba-tiba teringat satu conversation daku dengan kawan-kawan masa sekolah menengah. Biasanya lepas habis waktu sekolah pukul 2 petang tu kami akan Zohor siap-siap kat sekolah sebelum balik rumah.

Ada la satu hari ni, seorang kawan datang pada kami. "Rajinnya ampa semayang". Dia kata kat kami dengan muka ala-ala sedih gitu. Aku pun dengan innocent dan tanpa rasa bersalahnya kata kat dia, "Eh, semayang ni kan wajib buat. Bukan kira rajin tak rajin. Heee"

Terus muka dia berubah. Lepas dia keluaq dari Surau, aku tanya la kawan aku samada aku ada cakap salah ka. Dia kata betul la apa yang aku cakap tu. Hahaha! Dua-dua pun takdak sensitivity waktu tu... Maap kawan!

Sekarang ni baru aku sedar, ada betulnya ayat "rajinnya ampa semayang" tu. Sebab kadang-kadang aku sendiri nak semayang kena tunggu mood datang. Huwaaaa! Sangat tidak senonoh. Jarang la jadi gitu tapi pernah la jadi masalahnya. Alhamdulillah semayang tetap semayang walau kadang-kadang bukan on time. Huhuhu!!


So solution nya sekarang ni, kena tanamkan azam yang kuat dalam hati ni nak semayang awal waktu. Bukan setakat berazam ja, kena buat betul-betul apa yang diazamkan tu. Good luck Keyra!

"Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab Allah di akhirat nanti... Jika solat seseorang itu baik, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya."



Lots of Love,
Keyra

Jemput LIKE FB page kite. Hiks! Thanks tau...


No comments: