Tuesday, 17 March 2015

Ubah Kebiasaan

Assalamu'alaikum! Ohh hello everyone~ hi!
Kekeke.. manyak metoi nk kena jawab kan. LOL



Tengah buat apa tu? Malam ni TV ada cerita apa yang best ek? Keyra ni kureng sikit layan TV, nak-nak pulak dram melayu. Sooo cannot go lahh. Hahak!



Hmmm tajuk kat atas tu bunyi macam nak serius dah kan. Okay-okay, serious please...

.

Biasa kalau bangun pagi-pagi lepas Subuh korang buat apa? What! Tidur balik..?? Hmmm.. Jom ubah kebiasaan nak? Lepas Subuh kita mengaji, baca quran sampai hilang suara. Pernah rasa tak nikmat baca quran lepas Subuh sampai hilang suara? Subhanallah, sepanjang hari tu akan rasa apa yang kita buat smooth ja. Tak percaya? Cuba dulu~



Rugi tau siapa yang tidur balik lepas Subuh, rezeki tak masuk.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan."
-Riwayat al-Tabrani dalam al-Awsath-



Masyaa Allah, hikmah Allah tu terlalu banyak, terlalu luas.
Masa awal-awal keyra kerja dulu, keyra kena masuk shift 7pagi sampai 3petang. So bila dah kena masuk kerja awal pagi macam tu memang takdak peluang la nak tidur lepas Subuh kan. Dah lama-lama dalam 5 bulan macam tu, tiba-tiba kena tukar ke normal shift which is masuk 9pagi. Tapi sebab keyra dah terbiasa tak tidur balik lepas Subuh even hari cuti pun, walau masuk kerja pukul 9pagi keyra takkan tidur balik lepas Subuh. Alhamdulillah istiqomah sampai sekarang dah nak masuk 2 tahun kerja kat situ. Bukan nak mendabik dada, tapi kalau kita dah biasa buat sesuatu benda tu akan jadi mudah In shaa Allah :)





Malam pulak, lepas layan drama yang drama sangat tu korang terus tidur kaaaaaaaa? Eh, tak la maksud keyra mestilah solat Isyak dulu then tidur kan. Apa kata lepas ni sebelum tidur kita tambah sikit. Kita CUCI MUKA DENGAN NUTRIWHITE dulu. Eh, gurau-gurau! Melawak sikit pun tak boleh :p


Hmmm apa kata lepas ni kita sama-sama baca al-Mulk sebelum kita tidur. Jomlah sama-sama, nak? Antara kelebihan amalkan al-Mulk sebelum tidur dapat lindungi kita daripada siksa kubur.


Dari Jabir bin Abdullah, berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk."
-Riwayat Ahmad Tarmidzi-



Tak dapat baca dua-dua kita mulakan satu dulu. Kita mulakan dengan al-Mulk ja dulu. Al-Mulk baru 30ayat ja. Tak sampai 20minit pun baca. Selalu baca silap-silap boleh hafal.

Surah as-Sajdah pun 30ayat ja. Panjang sikit ja sebab dia 3muka surat penuh tapi al-Mulk 2 setengah muka surat ja. Tak kisah mana-mana satu, dua-dua pun sunnah kan :)



Tapi kena ingat, "Allah lebih suka amalan yang sedikit tapi berterusan berbanding amalan yang banyak tapi culas"


Siapa sekali tengok ja dapat baca, dia 'terer' !! Hehe



Hmmm.. mati tu pasti. Jom layan al-Mulk dulu jom. Mata ngantuk dah ni. Babai. Selamat malam kesayangan keyra semua. Semoga kita berjiran di syurga nanti, aminnn :)



Jangan lupa cuci muka dengan Nutriwhite ni tau!
EH, ini bukan iklan berbayar tau :p LOL





Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

No comments: