Saturday 14 March 2015

Vitamin C dan Udang Boleh Bawa Maut?

Assalamu'alaikum. Ohh hello! Morning ~

.

Ingat lagi tak semalam kat IG keyra ada share yang keyra ambil dua biji vitamin C sebelum tidur. Apa? Korang tak tau dan tak follow lagi keyra punya IG. Tak boleh jadi ni, macam mana boleh tak follow lagi. Kekeke~ ok perasan retis sangat kan. Ada yang nak follow, ni IG keyra_jk

.


Hmmm, berbalik pada cerita semalam. Keyra telan vitamin C dalam pukul sepuluh gitu sebelum keyra tidur. Lepas tu baru teringat, lepas solat Maghrib keyra makan mee sanggul yang ada udang as my dinner.

Ohh Mai Gaddd..!! Keyra macam pernah terbaca tau makan vitamin C selepas makan udang boleh membawa maut..!! Astagfirullah hal 'azim... Seriously memang takut sungguh semalam. Sebab seingat keyra ada orang kata la kalau kita makan vitamin C lepas makan udang hidung dan mata kita akan keluar darah.


.

Kebetulan keyra memang tengah on laptop waktu tu, laju ja keyra google pasal benda ni. Ok rasa nak menjerit sebab weyy aku tertipu..!! hahaha
Bayangkan macam mana perasaan takut bila kita tau yang kita akan mati. Hampess betul orang yang pernah bagitau keyra bahawasanya makan vitamin C selepas makan udang boleh bawa maut.



Sebenarnya tidak sama sekali. Tidak ada fakta yang kata makan vitamin C selepas makan udang boleh bawa maut. Bila keyra fikir-fikir balik, eh kan makanan kegemaran keyra tomyam dan masakan pertama yang keyra tahu masak is exactly tomyam.


Keyra oi, takkan lupa kot dalam tomyam ada udang dan perahan air limau. Hok alohh, kan limau tu sendiri kandungan vitamin C dia tinggi. Kalau kata makan vitamin C lepas makan udang boleh bawa maut, ini keyra selalu makan sekali udang dan vitamin C dalam tomyam, lama dah keyra arwah. Bukan keyra sorang, satu Malaysia ni setiap hari pun ada orang makan tomyam kan. Hmmmm tak terkira laa berapa orang yang mati akibat daripada makan vitamin C dengan udang. Sigh~



.


Kononnya vitamin C bila bertemu dengan udang akan menghasilkan unsur-unsur bukan toksik ke arsenik. Tahu tak apa itu arsenik? Kalau bahasa mudah arsenik ni racun la. Yang selalu ada dalam racun tikus tu. Sebab tu arsenik boleh bawa kematian. Uihhh, bukan main keyra cakap pasal istilah sains. Ehh hello dulu I budak Science Stream okehh. Wakakaka~ budak Science Stream celup,. dah naik kolej tetiba ambil perakaunan. Dah tu perakaunan perform lebih lagi daripada science stream. Lalalala~ kesan ikut kawan. Hmmm


Cr: Blog Dr Zubaidi

Keyra kalau ada masalah kesihatan yang keyra tak faham dan tak berapa yakin, memang keyra banyak refer blog Dr Zubaidi. Baru yakin sebab blog seorang doktor kan, hehe



Tapi kena ingat ye, macam yang Dr Zubaidi kata TIDAK ADA FAKTA MAKAN VITAMIN C BERSAMA UDANG BOLEH BAWA MAUT.



Pheww, legaa..!!


Till then people, babai #muahciked LOL



Food Lover,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

No comments: