Friday 9 September 2011

sedarlah diri

kuliah akan bermula pada hari isnin ini pada 12 september 2011 . hari ini dah 9 september , tinggal tiga hari ja lagi . dan aku pulak akan pulang ke perantauan pada esok hari . bermakna tinggal sehari saja lagi masa aku di kampung . lepas ni tak tau bila pulak aku akan balik . semester ni aku jarang balik tak macam semester lepas . mungkin sebab semester ni aku agak sibuk dengan tugas sebagai pelajar .
bila terkenangkan kolej , baru aku teringat yang lecturer ada "bekalkan" assignments untuk disiapkan . dan setelah dua minggu bercuti , satu pun belum siap . haha . aku tau aku memang terbaik . 


tak pernah nak serik , padahal sebelu cuti hari tu dah ada kumpulan yang bentang dan kena "basuh" teruk dengan lecturer sebabnya tak prepare sepenuhnya . bila ingat balik memang la ngeri tapi apakan daya , buku satu apa pun aku tak bawak balik . satu tindakan yang bangang ! HAHA
tapi takpa sebab aku sampai kolej pagi ahad , InshaALLAH aku sempat siapkan semuanya . inilah akibatnya bila pikirkan raya terlebihlebih . bila nak berubah ni ? jangan tak tahu aku dah pasang dua target bila naik cuti ni . 

1 > increase studying time

2 > decrease body weigth
 
cuti ni dah terlalu banyak makan dan dah terlalu lembab otak ni aku rasa . seperti yang dijanjikan lecturer , test dan quiz menanti bila naik cuti . so aku kena berubah . mesti (!)

nota lutut : ini bukan angan-2 tapi azam :)

No comments: