Assalamu'alaikum :)
bukan nak cerita perihal zaman sekolah dulu , cuma nak kongsi rasa besar hati atau lebih tepat lagi BANGGA muahahahahh . seorang cikgu sekolah rendah saya . baca . CIKGU SEKOLAH RENDAH . beliau follow belog saya dan statusstatus saya di mukabuku .
apa yang besar hatinya ? iya laa , cuba bayangkan saya dah tinggalkan zaman sekolah rendah hampir satu dekad , tapi bila seorang cikgu sekolah rendah saya ikut cerita saya di belog dan juga mukabuku , maknanya apa ? beliau masih ingat saya sebagai anak muridnya . saya sudah semestinya ingat beliau , tapi saya lupa samada beliau pernah ajar saya atau tidak . rasanya pernah masa saya darjah 2 ke darjah 4 . saya kurang pasti mengenai perihal itu . cuma saya agak rapat dengan beliau kerana semasa sekolah rendah saya agak aktif bersukan , dan beliau salah seorang guru yang training saya dan kawankawan satu ketika dahulu .
nama beliau Mohamad Nizam Musa . antara komen beliau di belog saya dia berpesan supaya saya belajar rajinrajin . bayangkan apa yang kita akan rasa bila cikgu sekolah rendah masih ingat kat kita . Ya Allah betapa terharunya saya . walaupun dah lama saya tinggalkan zaman sekolah rendah , tapi masih ada yang ingat saya .
tak kurang juga seorang guru bahasa inggeris saya yang memang saya agak rapat dengan beliau semasa di bangku sekolah rendah , juga aktif mengikuti perkembangan saya di mukabuku . teacher Siti Zaleha . Alhamdulillah , kerana saya berjaya tinggalkan kesan yang baik di hati guruguru saya (walaupun saya tau ada cikgu sekolah menengah saya yang tak berapa gemar dengan mulut becok saya muahahahahh) .
gambar ni sy culik kat album di mukabuku salah seorang cikgu sy . dan edit2 sikit . jgn marah ehh . hihi
akhir kata , TERIMA KASIH CIKGU kerana masih ingat saya sebagai salah seorang anak didik cikgu , terus doakan saya berjaya . berkat doa seorang guru , InsyaAllah :)
nota lutut : tetiba rindukan zaman kanakkanak terutamanya zaman sekolah rendah :)
No comments:
Post a Comment