Tuesday, 9 August 2011

yang penting niat


apa yang aku nak kata kat sini , DON'T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER !! bukan entri nak emosi atau marahmarah , tapi cuma nak berkongsi pendapat . tak semua orang atau lebih tepat lagi perempuan yang bertudung labuh itu baik atau dalam erti kata lain PERFECT . dan begitulah sebaliknya , tak semua perempuan yang tidak bertudung itu  jahat  tak baik . 

aku sendiri ada ramai kawan yang bertudung labuh dan tak bertudung . dan aku sendiri nampak ragamnya . tapi aku tak kata semua perempuan yang bertudung labuh itu tak baik . cuma ada segelintir yang membuatkan persepsi orang ramai terhadap mereka yang bertudung labuh ini goncang . 

semua tu sebenarnya bergantung kepada niat masingmasing . aku ambil contoh yang aku yakin , kawan aku . mak dia sendiri bukan yang bertudung labuh , tapi dia boleh dengan rela hati melabuhkan tudung dia . semua tu datang dari apa yang dia belajar dan niat dari hati dia . aku jugak ada seorang kakak yang dalam situasi yang sama , bertudung labuh dengan selesa walaupun mak aku bukan seorang yang bertudung labuh . 

tapi dalam satu lagi situasi dimana dia seperti terpaksa melabuhkan tudungnya sebab keluarga dia memang mengamalkan begitu . ok memang ada orang kata , mulamula kita buat sesuatu benda tu atas orang lain tapi lamalama kita akan buat semua tu atas kesedaran diri sendiri . tapi apa yang aku dapat tengok selama sebulan lebih tak ada apaapa yang berubah malah semakin teruk . huhu . sorry to say laa . 

magrib dah semakin dekat dgn penghujung ...
emm , (......) puasa tak hari ni ?
puasa .
........

tak tau lagi macam mana nak tegur , harap dia berubah . bukan bertujuan nak mengaibkan sesiapa , cuma berharap kita samasama dapat ambil iktibar dari apa yang berlaku . supaya persepsi orang ramai dan persepsi aku terutamanya terhadap sesetengah yang bertudung labuh ni kembali stabil . sepatutnya bulan Ramadhan ni perubahan ke arah kebaikan patutnya kencang , tapi sebaliknya pula yang berlaku . sebab tu la kan , setiap apa yang berlaku bermula dari niat hati masingmasing . 

nota lutut : saya pun bukan baik sangat , belum lagi bersedia untuk bertudung labuh :)

5 comments:

Mohamad Nizam 210510 said...

belajag elok-elok

Mohamad Nizam 210510 said...

belajag elok-elok naa..

Mohamad Nizam 210510 said...

baguih la dah pandai buat blog... belajag pun mau elok2... jangan ikut perasaan..

mohamad nizam said...

dah pandai buat blog... baguih la... belajag elok2...

Misz Keyramitsu said...

terima kasih cikgu sebab sudi melawat blog saya :)
insyaAllah , saya ingat pesan ckgu .