Tuesday 27 September 2022

Hebatnya Bila Facial Dengan Youth Skincare Shaklee

Ramai orang ingat Shaklee cuma ada produk supplement. Salah tu, shaklee pun ada produk penjagaan kulit (skincare), penjagaan rambut, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan dan sebagainya.

Hari ni saya nak kongsikan mengenai produk penjagaan kulit Shaklee iaitu Youth yang kami gunakan dalam servis Mobile Spa BOTG.

Biasanya orang yang mementingkan something yang natural dan selamat, mereka akan memilih Youth Shaklee. Skincare Youth dijamin semulajadi, selamat dan berkesan. Ini bukan cakap kosong ya, memang ada bukti kajian klinikal, Youth selamat untuk digunakan dan terbukti berkesan.

Sebelum dipasarkan, Shaklee buat kajian ke atas wanita-wanita Asia, hasilnya terbukti 100% berkesan dan dua pertiga daripada mereka mendapati skin age mereka berubah menjadi 10 tahun lebih muda!

Skincare Youth hanya diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan sahaja dan ianya sangat eksklusif kerana bahan-bahan di dalam Youth telahpun dipatenkan, bermaksud tidak akan ada produk jenama lain yang akan ada bahan yang sama seperti yang ada di dalam Youth.

Siapa boleh gunakan skincare Youth?

Orang muda boleh guna skincare Youth untuk maintain keremajaan kulit, manakala orang yang sudah berusia boleh guna skincare Youth untuk melambatkan proses penuaan dan menghasilkan semula kolagen.

Kebiasaannya, selepas 4 minggu penggunaan skincare Youth dah boleh nampak kesan positif. Kulit akan jadi lebih berseri dan tidak kusam, kurang kedutan dan boleh nampak 10 tahun lebih muda! Siapa yang tak mahu nampak muda kan?

Tahukah anda wanita yang berumur 25 tahun sudah sepatutnya menjaga kulit muka kerana proses penuaan akan mula berlaku, kulit akan menjadi kusam dan semakin nipis. Dan bermula umur wanita 30 ke 40 tahun adalah waktu dimana kolagen akan berkurang dengan sangat drastik. Apakah kesan jika kolagen berkurang? Kulit nampak kendur, kusam dan lebih tua!

Jom kita tengok bahan-bahan yang terdapat di dalam skincare Youth.

Fakta : Skincare Youth bebas 1500 bahan kimia bahaya yang kebiasaannya terdapat dalam produk penjagaan kulit wajah.

1) Apple Stem Cell Extract

Buah epal ni tak sedap jika dimakan, tetapi mempunyai keupayaan untuk perbaharui sel kulit dengan lebih cepat dan melambatkan penuaan.

2) Schisandra Chinensis Extract

Herba tradisional China yang menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.


3) Lotus Extract

Bahan yang meningkatkan penghasilan kolagen dan membantu menegangkan kulit.

4) Muscadine Grape

Bahan paling premium yang telah dipatenkan oleh Shaklee. Mengandungi kadar antioksidan yang sangat tinggi untuk melindungi kulit daripada radikal bebas. Bila kita tidak lindungi kulit kita daripada cahaya matahari contohnya, kulit akan rosak.

Kesemua empat diatas adalah bahan asas yang terdapat di dalam rangkaian skincare Youth.

Jom kita tengok pula setiap satu produk Youth.

1) Cleanser : berupaya untuk menanggalkan makeup dimuka, menanggalkan sel kulit mati dengan teknik double cleansing dan boleh juga dijadikan sebagai scrub kerana mengandungi algae.

2) Toner : mengecilkan liang pori wajah, boleh bagi effect bouncing pada kulit muka.

3) Serum : merupakan ketua kepada produk Youth kerana bahan yang sangat premium, sangat pekat dan concentrate ada di dalam serum. Sangat cepat menyerap ke dalam kulit.

4) Moisturizer : produk asas yang mempunya spf50 yang mesti dipakai setiap hari untuk lindungi kulit kita daripada sinaran UV untuk mengelakkan kulit kusam, sunburn dan jeragat.

5) Night Cream : bantu enhance kolagen di kulit muka.

6) Radiance C+E : lebih kepada rawatan kulit muka dan tak semestinya pakai dimuka sahaja, boleh juga digunakan di kawasan kulit lain yang gelap bagi tujuan untuk mencerahkan kulit.

7) Moisture Lock Day Cream : terdapat ekstrak kaktus didalamnya, jadi kulit muka akan kelihatan lembab dan tidak kering.

8) Clay Mask : dihasilkan daripada 3 jenis tanah liat yang kaya dengan mineral. Ditambah dengan arang yang diambil daripada letusan gunung berapi di Pulau Jeju. Bertujuan untuk detox kulit yang berjerawat dan berminyak. Hebatnya clay mask ni, liang pori yang kecil pun boleh dibersihkan.

9) Gel Mask : disarankan untuk yang mempunyai masalah kulit kering.


10) Eye Cream : anti penuaan dan anti kedut.

Jadi itulah dia rangkaian produk penjagaan kulit Youth Shaklee yang sangat premium.

Dan korang tahu tak kami gunakan produk premium ni untuk servis Mobile Spa BOTG. High class kan?

Jadi korang yang nak join kursus Mobile Spa BOTG tak perlu risau nak bagi servis pada customer sebab produk yang kita gunakan dijamin selamat dan berkesan.

Dan ini pulak kesan seawal selepas sesi pertama facial dengan team BOTG menggunakan seratus peratus Youth skincare.

Fuhhh macam ajaib kan. Macam dijampi! Tapi itulah hakikatnya, Youth skincare boleh memberi kesan positif yang sangat cepat.

Tunggu apa lagi guys, korang kena berbangga dapat serve customer korang menggunakan produk yang sangat eksklusif dan premium ni. Customer pun akan lebih yakin untuk ambil servis korang.

Nak join kursus Mobile Spa BOTG? Klik 👉 Kursus Mobile Spa BOTG

No comments: